Mahu Mencetus MAMPU

Mahu.

Mampu.

 

Dua kata yang tidak boleh dipisah. Andai dipisah pasti tempang. Pasti cacat. Mahu itu dikaitkan dengan keinginan, keazaman, cita-cita juga keghairahan. Kemahuan atau keazaman yang tinggi akan mendorong usaha yang bersungguh ke arah matlamat yang ingin dicapai.

 

Mahu itu perlu disulam dengan niat yang ikhlas. Juga sangat penting untuk kita yakin dengan pertolongan Allah. Allah kita yakini, pastinya kerja susah kan menjadi senang. Usah sombong untuk memohon pertolongan dari Allah. Kita ada Allah. Kita ada Allah. Kita ada Allah. Yakin Allah sentiasa bersama pada setiap derap kaki.

 

Kita sering dihantui masalah-masalah dalam diri yang akhirnya menyebabkan ketakutan untuk mencabar diri. Apa yang sering ditakutkan adalah hipokrit.

 

Mencabar diri untuk berubah.

Mencabar diri untuk berhijrah.

Mencabar diri untuk lebih positif.

Mencabar diri untuk mentadbir.

Mencabar diri untuk menahan marah.

Mencabar diri untuk mengurus.

Mencabar diri untuk MENANG!

 

Kalau nak dapat sesuatu, buatlah cara nak dapatkan ia!

Bagaimana?

Usaha!

Tak cukup!

 

Saudaraku, tidak cukup sekadar usaha. Kita buat itu ini masih tidak mencukupi kalau hati kita tidak rapat dengan Allah. Benar, manusia itu apabila ditekan, barulah mahu merintih di tikar sejadah. Rayu dan teruslah merayu kepadaNya untuk Islam kembali gemilang.

 

Hati bermonolog lagi.

 

Berapa lama kita biarkan mereka memegang tampuk PMUKM?

Berapa lama kita biarkan program-progam yang membatas syariat bermaharajalela hasil tangan-tangan mereka?

Berapa lama kita biarkan wang-wang kita disalahguna?

Berapa lama?

 

Hingga tahun ke-8 kita mahu biarkan mereka menang lagi?

 

Janganlah takut, janganlah gentar terhadap musuh-musuh Allah.

Tegakkan kema’rufan runtuhkan kemungkaran bersama laungan takbir.

Robohkan rangkaian penindasan, tegakkan islam agama tercinta.

Bersama kita terus melangkah, syahid matlamat kita yang utama.

 

Ingat, kita pernah menang. MAMPU pernah menjuarai kepimpinan 7 tahun lamanya sebelum mereka hadir membawa sekularisme dalam kampus.

Semak kembali falsafah UKM:

Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

 

Apakah sudah terealisasi falsafah universiti kita?

 

Dalam falsafah tersebut, ada dinyatakan Allah. Tidak pula pemilihan kata ‘Tuhan’ di sini. Sudah spesifik di situ.

 

Kita kata kita tidak layak. Kita kata kita tidak MAMPU. Kita kata kita tidak sedia.

Bila lagi sahabatku. Cabarlah diri. Cungkillah potensi.

 

Jom cipta sejarah! Menangkan MAMPU!

 

Bagi yang tahun akhir khususnya, kutiplah ilmu-ilmu sebanyak-banyaknya di semester akhir ini. Biarlah tahun kita ini diakhiri dengan kemenangan islam di bumi UKM ini. Juga, pujuklah hati ini dengan berazam supaya melahirkan insan yang baru.

 

Kalau sebelum masuk UKM, kita tidak menutup aurat. Keluar UKM kita sebagai orang baru dengan fesyen atau uniform orang islam. Kalau sebelum masuk UKM, solat 5 waktu masih tidak cukup, keluar UKM sebagai orang yang kuat solatnya.

 

Anggaplah fasa di UKM ini fasa hijrah kita. Supaya mahasiswa islam lepasan universiti ini tegar melaksana syariat walau dicampak ke merata tempat.

 

Anda MAHU? Anda MAMPU!

 

Nasihat buat aku dan kamu

*MAMPU : Membina Mahasiswa Penggerak Ummah (front Mahasiswa Islam UKM)

Published in: on January 9, 2011 at 3:10 pm  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2011/01/09/mahu-mencetus-mampu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. salam ziarah..
    erm, mcm sama aje ayt mase mkn td? hihii.

    idup ni macam main bola dik.kalu dolu kite xreti nk tendang, sikit demi sedikit kite bljr..bljr dan bljr akhirnya.. GOALL!!

    idup juge macam juge main guli..kalo dolu tuju punya tuju asek xkena aje.. at last.. yeah!! berjaya tepat pd sasaran.

    idup ni juge macam kayuh basikal, mule-mule basikal ada 3 roda.. dh besaq skit ada 2 roda.. kayuh punya kayuh. makin lama makin laju..

    dunia dh maju.. hihi.. maka, dh pandai drive.. mule-mule asek mati enjin aje. jenoh cover malu.kihehehe. tapi, dh lama ambui.. tekan minyak sesaje.

    moral of the stories..(jgnle drive xde lesen..hiihhi)
    main point : practice MAKE perfect dik!

    usaha itu tangga kejayaan.. pilihan di tgn kita. gunakan AKAL utk membedakan yg benar & palsu.

    teruskn menyulam sulaman dzikirpdNya, teruskan menjahit jejalur sabar, teruskan kikis sifat mazmumah dan sucikan kolam hati..

    teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..
    andai takut dgn risiko, jgn bicara soal perjuangan =D insyaallah kita insan terpilih dan hati-hati kita dipegangNya.

    jgn lupa menjaga adab hubungn dgn ILAHI, walakin menyimpul silaturrahim dgn semua ummat Muhammad.

    salam sayang.. salam juang buat dik & seluruh sahabat seperjuangan..

    **kak hadiah lagu make me strOng-sami yusuf buat dik =)grab in my greencastle.wordpress.com.

    barakallahu lakum.. wa Allahu yubareek feek!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: