Bakal Penjihad Berevolusi Setapak Lagi

masa muda mudi dulu, budak ini menjadi teman paling akrab untuk bermain,

main bola, main tamiya,.. (patut la ganas..hikhik (-.-) ) tu cerita sebelum sy masuk asrama.

Bila dah terpisah oleh Selat Melaka, dan membesar di sekolah masing-masing,

rasa segan tu mula wujud sbb budak ini dah besar!

Kemudian bicara kami mula berkisar mengenai asrama, membandingkan yang mana paling best. Sy paling suka bila membincangkan soal peranan BADAR di tempat masing-masing.

Kemudian, budak ini melanjutkan pengajiannya ke Kolej Matrikulasi Melaka. Mak dah awal-awal pesan suruh masuk usrah. Mula-mula sy pun risau budak ini belum jumpa usrahnya. Tapi alhamdulillah dah join. Sy harap sahabat2 seusrahnya boleh ubah sikit budak ini jd warak sikit. Rock terlebih pulak nnt, risau mak.

Sekarang beliau ada pertandingan nasyid di Kolej Matrikulasi Johor. Boleh pakai gak suara die, vokalis no.2. Kami satu famili susah nak percaya, tapi beliau dah sungguh-sungguh bagi tau…huahua~

Beliau adalah

ARIF HIKMAT MOHD BADRI

pelikkan namanya, kenapa xde Sufaat kat belakang macam Abadi Sufaat, Azam Sufaat dan Anas Sufaat? xpasti pula, yang tu kene tanya ayah~

okay

Selamat Hari Lahir ~

moga jd aktivis dakwah yg kental

Published in: on February 19, 2010 at 4:30 pm  Leave a Comment  

Dulu dan Kini

Dulu, 4 orang fasilitator dibantu oleh 3 orang fasilitator luar.

Dulu, tiada tenaga muslimin dari keluarga sendiri.

Dulu, dia lah programmer, dia lah tukang masak, dia lah fasilitator.

Dulu, jatuh bangun 4 orang ini saja yang tanggung.

Kini, fasilitator dari kelurga sendiri semakin bertambah.

Kini, tenaga muslimin boleh didapati dengan mudah.

Kini, tiada lagi masalah pertindihan jawatan ketara.

Kini, jatuh bangun kami semua beramai-ramai yang tanggung.

Syukur hanya padaMu Allah, kerna mengurniakan mereka.

Di saat murobbi terpaksa pergi, kau kurniakan dua orang  untuk membantu. Dua orang ini telah menggadaikan perasaan mereka demiMu, dua orang ini telah menggadaikan hati mereka demi melihat rantai perjuangan terus tersambung. Dua orang ini telah mengorbankan dirinya untuk dijadikan rujukan tatkala sahabat-sahabat lain telah bertebaran dan terbatas waktunya.

Allah, ikatkan hati-hati kami dalam memperjuangkan agamaMu.

~1heart today, tomorrow and forever~

Published in: on February 16, 2010 at 12:05 pm  Comments (1)  

Erti Ukhuwwah & Kebergantungan Pada Allah- Aplikasi kala PRK

Sebulan blog ini sepi tanpa sebarang penulisan.

Sebulan blog ini memberi laluan kepada blog-blog lain untuk terus di’update’

Selama sebulan ini saya memerhati dunia sekeliling yang penuh kesibukan. Dunia kampus yang selama sebulan ini hangat dengan suasana pilihanraya kampus.

Lalu selama sebulan ini semua jundullah dari segenap peringkat disibukkan dengan gerak kerja bagi memastikan kemenangan di pihak yang benar

Ada Apa Dengan Ukhuwwah?

Kerna ukhuwwah, semua sanggup berkumpul

Kerna ukhuwwah, seorang sahabat membantu sahabat yang lain dalam akademik

Kerna ukhuwwah, dia sanggup membantu mengorek idea dari kepalanya semata-mata tidak mahu sahabatnya terbeban berseorangan.

Kerna ukhuwwah, mereka sanggup gadaikan wang untuk memastikan gerak kerja sentiasa berjalan pantas tanpa gangguan masalah kewangan.

Kerna ukhuwwah, waktu tidur sama-sama dikorbankan bagi menyiapkan kerja-kerja persiapan esok hari.

Semua kerna rasa kasih pada sahabat-sahabat, tidak mahu sahabat yang lain terbeban berseorangan.

Namun, kebergantungan pada Allah itu juga harus diutamakan. Jundullah telah sentiasa diingatkan untuk selalu berdoa, solat hajat, taqarrub dgn Allah S.W.T.

Dengan kebergantungan kepada Allah, kita tidak mudah berasa kecewa jika kita belum memenangi sepenuhnya.

Kita percaya kemenangan itu Allah tangguhkan.

Allah lebih mengetahui hamba-hambaNya ini belum bersedia untuk memerintah.

Tidak kan sekali kita membiarkan kebobrokan dan ketidakadilan yang berlaku dibiarkan berlalu. Bantahan, rayuan, demonstrasi bukanlah tindakan yang menunjukkan hati ini tidak redha akan kekalahan.

Tapi, ingin memberikan signal kepada taghut itu mahasiswa tidak boleh lagi diperbodohkan.

Mungkin juga, disebabkan ada segelintir ahli yang tidak menjaga hubungannya dengan Allah, bertindak pasif serta mementingkan diri, Allah menangguhkan kemenangan ini. Sedarlah sahabat… untuk kesekian kalinya, jangan disebabkan hati-hati kita ini, Allah tidak memberi kemenangan selama-lamanya.

Published in: on February 16, 2010 at 11:50 am  Leave a Comment