Multimedia, Satu Daya Penarik

Hatiku tercabar juga melihat video-video yang mantap2 di youtube. Penghasilan video yang menarik adalah penting untuk menarik perhatian mad’u. Tentulah ia memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak dan bukan lah sang pembuatnya sahaja. Saya impikan lakonan sahabat2 dan bukan hanya sekadar ‘graphic motion’ dimuatkan dalam video terbitan isiukm. Pastinya lebih menarik! Suka untuk saya kongsikan di sini elemen-elemen penting dalam pembikinan video yang baik dan menarik dalam merealisasikan misi dakwah.

Elemen penarik yang pertama adalah lakonan. Ketika menuntut di MRSM, pembikinan filem pendek merupakan amalan turun temurun. Filem pendek ini menggunakan cerpen-cerpen yang kami pelajari sebagai jalan ceritanya. Jelas diingatan bagaimana mereka berlakon seolah-olah berada di zaman kesultanan melayu melaka dengan kostum-kostum pendekar2, dayang2 di Taman Lagenda Langkawi, juga bagaimana mereka melakonkan filem ‘super hero’ iaitu ‘the flush’ yang sangat menarik minat hati para penonton. Begitu juga sekiranya kita mampu berdakwah melalui filem pendek, pastinya dapat menarik perhatian mad’u. Anda boleh lihat video-video yang akan saya paparkan di bawah, pastinya anda juga terpegun.

Elemen kedua adalah kartun animasi. Kita lihat saja bagaimana penangan hebat animasi UPIN & IPIN. Lihat juga animasi jepun NARUTO yang sangat diminati kanak-kanak. Sebenarnya bukan kanak-kanak je… da besar panjang pun ada yang masih meminati watak ilusi ini. Amat jelas kartun animasi sangat penting untuk mendekati mad’u-mad’u cilik khususnya. Sehingga kini, kita masih belum mempunyai kartun animasi yang boleh membimbing adik-adik ini untuk mendalami islam. Usaha-usaha syarikat swasta memang ada tetapi ia masih belum mendapat tempat di media untuk ditayangkan kepada umum secara besar-besaran.

~official promo for Islamic Aspiration Week (IAW) KYUEM~

~the best video from KYUEM~

there’s more video made by them.. search for it at youtube…

sekadar perkongsian dan motivasi diri dalam pembikinan video
yang berlambak2

Selain video, bidang seni grafik poster, iklan dan apa-apa saja yang memerlukan penggunaan ‘software photoshop’ juga penting. Masih ramai yang belum menguasai kemahiran ini. Bagi yang pernah melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi pasti pernah mempelajarinya dalam subjek sains informatik. Cuma ia dipraktikkan atau tidak. Nak jadi lebih hebat perlu rajin ‘explore’. Ada seseorang yang menjadi inspirasi saya dalam bidang ini.. siapa lagi kalau bukan exco IT saya~ (“,)

Published in: on June 25, 2009 at 5:52 pm  Leave a Comment  

Langkah Tercipta

isiukmheader2

28 Jun 2009, tarikh bersejarah bagi mahasiswa/i baru yang akan mendaftar di semua kampus. Tahniah dan selamat datang diucapkan khususnya kepada permata-permata dari KMJ \(^.^)/. Khabarnya seramai 3800 orang mahasiswa/i telah berjaya menembusi tapisan untuk melanjutkan pelajaran di UKM. Jumlah ini sangat kecil berbanding dengan sewaktu saya mendaftar iaitu kira-kira 5000 orang. Jadi, bersyukurlah kepada Allah kerana kalian merupakan golongan terpilih.

Melangkah ke alam kampus memberikan ruang lebih luas kepada anak muda untuk menuntut ilmu sebanyak-banyaknya dan juga meningkatkan ‘softskill’. Jujur saya katakan, tiada gunanya seorang mahasiswa duduk di kerusi berteleku menghadap buku, belajar sepanjang masa, tanpa terlibat dengan aktiviti organisasi.  Aktiviti yang perlu dititikberatkan adalah aktiviti yg bermanfaat, aktiviti yang menunjukkan kemahasiswaan. Hal ini penting untuk menghasilkan mahasiswa yang MAMPU berdepan dan memimpin masyarakat. Masyarakat sekeliling mahukan anak-anak yang belajar di universiti ini keluar membawa sesuatu kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi UKM merupakan ‘Universiti Rakyat’ yang mana sejarah penubuhannya adalah kerana desakan rakyat dengan harapan yang tinggi.

Saya menyeru kepada yang membaca blog ini, maklumkan kepada bakal menjadi mahasiswa/i ipta untuk gunakan peluang di kampus untuk menggapai cinta hakiki…

you’ve got everything.. you’ve got health.. you’ve got wealth.. but there’s something missing in ur heart..avoid..and here i give a solution.. revert to the virtuous love….register Islamic Student Society..

************************

Terima kasih buat Mimi (shbt KMJ.. satu blok.. satu aras) yang berada di UiTM kerana sudi memberikan award ni.. Semoga ukhuwwah berkekalan.. (^.^)

award friends~friends 4eva~

Published in: on June 25, 2009 at 1:06 pm  Comments (2)  

Malunya Negara Gara-gara Runtuhnya Bumbung Stadium

Terkejut saya dan keluarga tatkala menonton berita di tv3 sebentar tadi.  Bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Terengganu telah runtuh pagi tadi ketika cuaca baik, tiada angin, tiada ribut. Apa yang memalukan ialah stadium ini baru setahun jagung siap dibina dan digunakan buat pertama kalinya ketika temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada 31 Mei 2008. Sudah pastinya ia adalah kecuaian manusia sang pembuat dan orang yang berkaitan. Jangan bertanya kepada YAB Dato’ Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu kerna beliau mungkin tidak tahu menahu mengenai kelulusan pembinaan stadium. Seharusnya Idris Jusohlah yang perlu menjawab persoalan kejadian memalukan ini. kesian MB Terengganu, orang lain yang buang tahi, diri sendiri yang terpalit.

runtuh5

Published in: on June 2, 2009 at 11:10 pm  Leave a Comment  

Usrah dan Naruto

kembara dari blog ke blog, terjumpa satu pengolahan menarik mengenai konsep usrah yang diguna pakai dalam animasi jepun popular iaitu Naruto. penulis asal : studiomuslim

NarutoGroup

* Bahan bacaan untuk mereka yang membaca@menonton Naruto

“Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.” Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah.

Semua anak-anak usrah saya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungjawab untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama harian di Gombak.

Objektif yang ingin dicapai oleh saya adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab sebegitu.

“Hehe. Naruto lagi,” balas Faiz.

“Kamu semua pun tengok, kan?”

Saya menyambung, “Siapa yang hendak usrahnya jadi serius sikit-sikit, boleh ikut stail pakcik Asuma. Kalau hendak yang ceria sikit boleh ikut stail pakcik Kakashi dan pakcik Gai.”

“Lagi… lagi…”

Menetapkan matlamat dalam berusrah

“Apabila kita berhadapan dengan anak usrah, anggap mereka seperti ninja-ninja yang kita ingin latih. Tentukan apa matlamat yang ingin kita capai dalam setiap sesi latihan tersebut.”

“Maksud abang Azree?” soal Imran.

“Maksudnya setiap sesi latihan kita perlu ada matlamat apa yang perlu kita sebagai naqib ingin capai. Itu matlmat jangka pendek dan kita juga perlu ada matlamat jangka panjang apa yang kita ingin capai dalam usrah tersebut.

Sebagai contoh, matlamat jangka panjang abang dalam usrah dengan kamu semua selama setahun ini adalah ingin membimbing kamu semua supaya menjadi pelajar contoh di sekolah. Bukan setakat baik dalam sahsiah, tetapi juga baik dari segi pemikiran. Cuma jangan baca komik Naruto banyak sangat sudah,” terang saya sambil disambut gelak.

“Matlamat jangka pendek pula, dalam satu sesi usrah kamu itu, apa topik yang kita ingin anak-anak usrah kita faham. Sebagai contoh, minggu ini kita bincang tentang topik akhlak. Jadi, matlamat kita selepas berakhirnya sesi usrah tersebut adalah anak-anak usrah kita faham tentang topik tersebut.”

Malam semakin gelap. Saya berkira-kira dalam hati untuk pulang lebih awal pada malam tersebut. Pertama kerana masih belum makan malam sedangkan perut mula memulas. Kedua kerana jarak rumah yang agak jauh daripada sekolah tersebut.

“Ada ciri-ciri lain lagi dalam sistem usrah versi Naruto ini?” soal Faiz lagi yang memang menggemari Naruto.

Mengambil tahu perkembangan ahli usrah

“Yup. Ada lagi. Siapa naqib pertama Naruto?”

“Erm. Iruka!”

“Apa yang Iruka buat apabila dia hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi?”

“Erm. Macam tak buat apa-apa pun. Cuma kadang-kadang Iruka akan bertanya Kakashi tentang perkembangan Naruto,” jawab Nasir yang sedari tadi hanya angguk-angguk dan senyum-senyum sahaja.

“Sebenarnya apabila Iruka hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi, Iruka telah memberi semua maklumat berkaitan Naruto kepada Kakashi seperti tingkah laku Naruto dan juga perkara yang perlu diambil tindakan oleh Kakashi seterusnya.

Kemudian Iruka akan tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di bawah tanggungjawabnya. Begitu juga apabila Kakashi menyerahkan Naruto kepada Datuk Jiraiya. Dia juga akan menjelaskan apa yang perlu dan mengambil tahu tentang perkembangan Naruto,” jelas saya yang sudah lama tidak menggunakan cerita Naruto sebagai analogi dalam setiap isu yang ingin diutarakan.

naruto-kakashi-iruka-togeher

~iruka sensei, naruto, kakashi sensei~

Kadang-kadang sengaja saya memasukkan analogi-analogi berunsur kekartunan sedikit. Sedikit sebanyak dapat mengimbangi suasana antara ceria dan serius.

“Oh, begitu. Faham.”

“Jadi, kamu semua apabila sudah habis SPM, keluar daripada sekolah ini jangan pula lupa kepada ahli-ahli usrah yang pernah menjadi tanggungjawab kamu semua. Kerana itu abang lebih suka menetapkan matlamat dalam usrah supaya setiap ahli usrah abang akan boleh bawa usrah lain pula. Jadi, perkara ini akan berterusan.”

“Ciri-ciri yang lain lagi?”

“Eh, asyik abang saja yang bagi. Cuba kamu semua pula bagi.”

Keistimewaan pada naqib

Semua pandang-memandang sesama sendiri. Faiz memandang ke syiling. Mungkin sedang cuba mengingat sesuatu.

“Mungkin boleh juga dikaji kenapa usrah si Naruto, Sakura dan Sasuke ini ceria. Sedangkan kita juga tahu yang perangai Naruto dengan Sasuke cukup berbeza. Naruto dengan perangai main-main dia, Sasuke pula lebih serius. Jadi, bagaimana pakcik Kakashi ini boleh mengawal ahli-ahli usrah dia dengan baik?” Faiz cuba mengemukakan pandangan. Saya sendiri berkerut dahi sambil wajah cuba mengukir senyum.

“Hurm. Menarik untuk dibincangkan. Bagaimana kita sebagai naqib boleh mengawal ahli-ahli usrah yang pelbagai ragam? Kamu ada idea, Faiz?” saya cuba mencelah sambil memikirkan mengenainya.

“Saya tidak ada jawapan lagi tentang persoalan ini. Cuma mungkin ini terletak kepada setiap ahli usrah untuk memberi komitmen terhadap usrah mereka,” jawab Faiz.

Suasana perbincangan menjadi hangat. Saya merenung wajah setiap ahli usrah. Menanti sama ada mereka masih ada idea untuk dilontarkan.

“Mungkin juga sebab ada sesuatu ilmu daripada Kakashi yang ingin dipelajari oleh Sasuke. Pada awalnya kan Kakashi ini merupakan seorang yang penuh teka-teki. Teka-teki bagaimana dia ada mata Sharingan, sama seperti Sasuke. Mungkin itu yang menjadi daya penarik bagi Sasuke untuk memberi komitmen kepada kumpulan ‘usrah’ tersebut.” Imran melontarkan pandangannya.

“Betul… betul… betul… Setiap orang sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Cuma kita rasa rendah diri apa keistimewaan kita. Jadi, apabila kita menjadi naqib, sebenarnya ilmu atau keistimewaan kita itulah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita,” saya cuba menjawab apa yang termampu.

“Ok. Minggu depan kita sambung cerita lain pula!”

Published in: on June 1, 2009 at 9:52 pm  Comments (3)  

Ukhuwwah yang disempitkan

Ramai yang mentafsirkan ukhuwwah adalah kebersamaan yang zahir. Lantaran itu, tak hairanlah kalau kita selalu sahaja mendengar rungutan,

“Saya rasa macam ukhuwwah kita nih semakin longgar lah, kalau dulu bila melawat cikgu kita pergi sama-sama, mengemas rumah pun kita buat ramai-ramai, saya rasa kita perlu kukuhkan semula ukhuwwah kita lah..”

Benar, memang saya tak nafikan kebersamaan dapat mewujudkan kasih sayang, tapi ia bukanlah jaminan dan indicator kepada satu-satu nilai ukhuwwah.

Ramai yang menganggap ukhuwwah hanya dapat dirapatkan dengan duduk melakukan aktiviti bersama-sama. Pada pandangan saya, ia cuma mampu membentuk ikatan, tetapi tidaklah kekal.

Kalaulah ukhuwwah itu sekadar duduk bersama-sama, bergelak ketawa, dan berkongsi masalah, bagaimana pula apabila sudah berkerja dan berumah tangga kelak? Ketika mana dah tak ada masa untuk keluar dan duduk bersama, adakah ketika itu dianggap sudah tiada lagi ukhuwwah?

Ukhuwwah yang sebenarnya adalah berdasarkan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Sungguh, Saidina Umar r.a pun pernah menyebut, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada munkar itu juga dah dikira sebagai ukhuwwah.

“Habis tu, macam mana sebenarnya cara nak rapatkan ukhuwwah?” Tanya Anas.

“Ukhuwwah itu bukanlah perkara paling utama yang perlu kita tumpukan, tetapi asasnya adalah kefahaman aqidah, ikhlas, dan amal yang sepatutnya perlu diterapkan terlebih dahulu, kemudian ukhuwwah itu akan kukuh dengan sendirinya.

Imam Hassan al-Banna dalam menetapkan Rukun Baiah juga meletakkan Faham, Ikhlas, dan Amal di tingkatan yang mula-mula, bermula daripada Faham akan melahirkan ikhlas, ikhlas akan menghasilkan Amal, begitulah seterusnya sehingga membentuk Ukhuwwah dan daripada Ukhuwwah itulah akhirnya memutik Tsiqah!” Saya cuba menjelaskan dengan panjang lebar.

“Oh, Maksudnya terapkan kefahaman dulu lah, bukannya terus sahaja menumpukan pada penekanan ukhuwwah, kan?” Anas membuat kesimpulan. Saya mengangguk setuju.

Ukhuwwah itu tidak perlu kepada duduk bersama-sama, berjauhan pun tak apa,
tetapi kefahaman di atas asas Aqidah inilah yang telah Rasul s.a.w tanamkan dalam diri sahabat-sahabat sehingga mereka sanggup mati menahan dahaga dalam peperangan semata-mata mengutamakan sahabat yang lain.

Ini barulah dipanggil Ukhuwwah..

Dan Dialah yang menyatupadukan di antara hati (mereka yang beriman itu) – Al-Anfal:63 ~ Firdausredha

Kadang kala pening juga memikirkan ukhuwwah sahabat-sahabat 1st year fst yang dikatakan tidak nampak, mungkin kebersamaan di fakulti juga tidak kelihatan dek jadual kuliah yang berbeza. Mungkin juga tidak berada dalam halaqah usrah fakulti sebaliknya bercampur dengan sahabat fakulti lain. Saya rasa percampuran dengan fakulti lain lebih baik, sahabat-sahabat fakulti pengajian islam boleh berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat dari fakulti lain. Saling ‘top up’ kelemahan. Boleh saling membantu sahabat-sahabat yang lemah. Tidaklah fakulti kita sahaja yang dikatakan sebagai markas. Kalau boleh, fakulti lain juga harus kita dominasi. Jadi, tidak timbul isu tidak mengenali sahabat sendiri yang berlainan fakulti~~

Published in: on June 1, 2009 at 5:55 pm  Comments (4)