Selamat Hari Raya~

Selamat hari raya kepada..

~sanak saudara sebelah ayah dan mak di batu pahat dan klang~

~rakan sepermainanku sewaktu kecil2 dulu-Mastura Badron, Aqilah Hashim~

~kawan2 dari darjah 1 sampai darjah 6 dan guru2 SK Taman Nirwana, Ampang dan Sek Agama Nurus Saaadah~

~kawan2 dan guru2 SMK Pandan Jaya, Cheras~

~teman2 dan ustaz2 ustazah2 Maahad Tahfiz At-Tijarah, Kg Baru~

~teman2 dan guru2 MRSM Langkawi~

~member2 dan jurulatih PLKN di kem Peladang Setiu Agro Resort, Setiu~

~sahabat2, junior2 dan lecturer2 Kolej Matrikulasi Johor~

~warga Kesatuan Remaja Islam Matrikulasi 07/08~

~kawan2 program geologi UKM~

~warga Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Teknologi UKM~

~warga kelab geologi UKM~

~sahabat-sahabat Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)~

~kawan2 yg baru dikenali di alam maya ini (^.^)~

Published in: on September 29, 2008 at 12:10 am  Comments (6)  

Pengorbanan Membuahkan Hasil Yang Istimewa

Oleh: Dr Azizan Ahmad (^.^)

Erti Pengorbanan

Pengorbanan diertikan sebagai suatu tindakan yang mana seseorang melakukan sesuatu yang diluar dari kemampuannya demi mencapai suatu tujuan. Setiap kali kita menyebut tentang

pengorbanan sudah tentulah ia melibatkan sesuatu perkara yang kita sayang. Mengorbankan sesuatu yang disayangi demi manfaat tertentu dan mencapai tujuan yang bukan berbentuk peribadi adalah suatu perkara yang sukar dilaksana.

Contohnya berdasarkan sirah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup berkorban melakukan sesuatu perkara yang diluar dari kemampuan demi mencapai suatu tujuan iaitu kasih dan redha Allah s.w.t. Dengan demikian peristiwa yang berlaku ini dirakamkan secara terperinci dalam al-quran dan diikuti oleh umat Islam hingga ke saat ini dan juga akan datang. Inilah yang dikatakan pengorbanan tertinggi lagi suci dan agung yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah.

Kita perlu melihat bahawa perlunya kepada pengorbanan kerana itulah permulaan dan pra-syarat kepada kejayaan hidup seseorang dalam apa jua bidang dan aspek. Hal ini kerana pengorbanan walaupun sedikit sesungguhnya memberi kesan kepada kehidupan serta membuka ruang dan hikmah yang tidak mampu difikir oleh manusia.

Pengorbanan diumpamakan seperti tenaga nukleus yang mana dari tenaga nukleus itu akan berkembang kepada yang lain. Maka pengorbanan merupakan sumber tenaga yang berkembang dalam keluarga, masyarakat dan lain-lain. Dalam erti kata yang lain, tanpa pengorbanan maka tidak mungkin kita dapat mengecapi hasil dan temui kejayaan. Apalagi untuk merasai sesuatu kenikmatan yang diidamkan. Maka sebab itulah kita katakan bahawa pengorbanan itu adalah pintu kepada kejayaan yang hakiki.

Aspek Pengorbanan

Terdapat beberapa aspek pengorbanan yang boleh kita bincangkan di sini. Aspek yang boleh disentuh ialah seseorang itu sanggup berkorban dari sudut jiwa, tenaga, harta, masa dan seluruh hidupnya.

Pengorbanan jiwa boleh dihuraikan dalam erti kata seseorang itu mengorbankan kasih sayangnya demi meraih kasih sayang Allah s.w.t.. Ada orang yang sanggup mengorbankan masanya berbulan-bulan demi maslahah dan kepentingan orang lain. Ada juga yang mengorbankan tenaganya demi ketinggian suatu cita-cita. Ada pula yang sanggup mengorbankan nyawa demi tanah air dan bangsa. Dan ada juga orang yang mengorbankan seluruh hidupnya semata-mata kerana kasih dan cintanya pada agama.

Semua bentuk pengorbanan ini adalah suci dan bersih kerana tanpa pengorbanan maka cita-cita yang diimpikan hanya tinggal angan-angan. Sirah membuktikan bahawa para rasul dan nabi telah banyak melahirkan pengorbanan bagi seluruh kehidupan mereka demi mencari redha Allah s.w.t. dan demi kecintaan mereka kepada Islam.

Seperti mana yang Allah s.w.t. rakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.”
Aspek pengorbanan yang seterusnya pula ialah dari sudut tenaga yang mana seseorang itu mengorbankan tenaga yang ada untuk dimanfatkan sebaik mungkin pada jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Pengorbanan dari sudut harta pula bilamana seseorang itu sanggup mengorbankan segala material dan kewangan yang dimiliki demi kebahagiaan dan kesenangan orang lain.

Natijah Pengorbanan

Natijah di sebalik pengorbanan adalah tidak lain dan tidak bukan dapat memurnikan kehidupan yang lain berbanding dengan diri sendiri walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan dan keperluan diri dari sudut jiwa, harta, tenaga dan masa. Dalam kita mengorbankan segalanya adakala sehingga mengakibatkan kehabisan harta, kesuntukan masa untuk diri, tenaga menjadi lemah dan berkurangan dan lain-lain lagi. Namun bagi insan yang benar-benar memahami akan erti pengobanan sebenar maka baginya kebahagiaan dan keindahan yang tidak terhingga jika dapat melakukan pengorbanan demi kepentingan orang lain dan ummah berbanding diri sendiri atau peribadi.

Kesempurnaan hidup yang tidak pernah dijangka, kejayaan demi kejayaan diperolehi merupakan suatu pencapaian yang lahir dari pengorbanan. Semua itu merupakan nikmat yang tidak mungkin dibeli walaupun memiliki harta yang banyak, segunung emas, atau dunia seluruhnya.

Segalanya bermula pada diri. Ada yang berkorban masa, wang, harta demi perolehi ilmu yang dihajati. Contohnya apabila kita lihat para ulama’ dahulu yang sanggup berkorban masa, tenaga dan harta sehingga memberikan natijah yang baik kepada masyarakat. Mereka telah keluar menjadi ulamak besar. Pengorbanan para sahabat dari sudut harta, masa dan tenaga memungkinkan Islam tersebar ke seluruh dunia.

Pengorbanan seorang ibu yang menjaga dan mendidik sehingga lahirlah seorang anak yang berjaya. Pengorbanan seorang ayah yang membanting tulang sehingga memampukan keluarga untuk terus kekal bahagia. Pengorbanan seorang pemimpin demi masa depan rakyatnya. Pengorbanan seorang guru demi kejayaan para pelajar dan anak muridnya. Pengorbanan jiwa yang dilakukan oleh rakyat Palestin demi mempertahankan agama dan tanah airnya.

Kesimpulannya, sesebuah bangsa tidak akan berjaya tanpa pengorbanan yang mulia dan suci. Sejarah membuktikan bahawa pengorbanan yang tulus dan ikhlas demi mencapai pengorbanan yang bersih dan membuahkan hasil yang istimewa.

Published in: on September 28, 2008 at 2:04 pm  Comments (2)  

Rahsia-rahsia Solat

Assalamua’laikum warahmatullah
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan
bagi yang baru tahu……
1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.
11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!!”
sumber: email dr Al-Akh Khomeini..
Published in: on September 28, 2008 at 1:35 pm  Leave a Comment  

Kapal Pecah

Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang-orang yang berpegang kepada kebenaran dan orang-orang yang melakukan kesalahan adalah seumpama penumpang-penumpang di atas sebuah kapal yang besar. Sebahagian penumpang berada di atas kapal dan sebahagian berada di dalam perut kapal. Sekiranya orang-orang yang berada di bawah ingin mengambil air dan mereka malas untuk mengambilnya daripada bahagian atas kapal sebaliknya mereka menebuk dinding kapal dan mendapatkan air terus daripada lautan. Sekiranya orang yang berada di atas hanya melihat sahaja (tindakan menebuk dinding kapal), maka lambat laun seluruh kapal tersebut akan tenggelam, tetapi sekiranya mereka menegur dan mencegah perbuatan tersebut maka semua penumpang kapal tersebut selamat (kapal tidak karam)” (riwayat al Bukhari).


Daripada hadith ini, terserlah suatu pengajaran yang amat bermakna; budaya saling nasihat-menasihati dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan rakan sepasukan akan menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Analogi yang dibuat dalam hadith di atas sangat accurate. Sebuah kapal yang besar sekalipun, akan karam sekiranya ada antara anak kapal tersebut yang menebuk dinding kapal untuk mendapatkan air. Mungkin yang melakukan perbuatan tersebut hanya 10 orang daripada 5000 anak kapal, tetapi sekiranya 4990 orang hanya melihat perbuatan yang dilakukan oleh 10 orang tersebut akhirnya semua anak kapal berkemungkinan mati lemas.


MENEGUR DAN DITEGUR
Dalam membudayakan sifat memberi dan menerima dalam konteks memajukan diri dan organisasi, ada dua sudut yang perlu dilihat. PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati dan KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati.
Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi. Ingat, teguran bukan HENTAMAN. Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insha Allah. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan.


Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif. Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!
Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang Allah. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah. Hakikatnya kita manusia; nobody is perfect!

Published in: on September 24, 2008 at 10:03 am  Leave a Comment  

Siapa Pembela Agama ALLAH?

Lihat di sana sahabatku, mereka dahagakan tarbiyyah, tuntutan rohani mereka. Adakah kita mahu jadi penonton dan sekadar pemerhati di tepi? Adakah kita mahu biarkan mereka bergelumang dengan dosa? Tiada simpati untuk mereka yang belum menyedari akan hampirnya hari akhirat? Hanya berdiam diri tatkala agamamu dipermainkan? Anda punya ilmu. Anda juga tahu hukumnya. Bangkitlah, membela Islam. Siapa lagi kalau bukan anda. Luruskan tekad di hati walau jalan yang disusuri akan penuh onak. Walaupun kezaliman dan kepahitan yang akan dihadapi namun ketahuilah syurga itu manis!! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang kan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari bujur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi da?wah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)[Al-Imran:110]

Published in: on September 23, 2008 at 9:18 pm  Leave a Comment  

Blog PMFST

assalamualaikum

ana diamanahkan untuk update blog Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi UKM (PMFST) bersama-sama dengan Ketua Exco IT PMFST, Al-Akh Ar-Rabe’. Sila lawati blog ini. Blog ini masih dlm pembinaan..maaf atas segala kekurangan

Published in: on September 21, 2008 at 1:10 am  Comments (2)