Meneroka Alam

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 25 dan 26/10/08, semua mahasiswa/i geologi tahun 1 selamat mengikuti program ‘fieldwork’ buat kali pertama. ‘Fieldwork’ ini dibuat untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aspek pembelajaran geologi melalui teknik mencerap beberapa mineral dan batuan pada singkapan batuan.

Lokaliti Cerapan:

Sabtu

Lokaliti 1: Senaling, Kuala Pilah

Lokaliti 2: Jalan Dangi-Langkap

Lokaliti 3: Jalan Felda Bukit Rokan Barat

Lokaliti 4: Perumahan Felda Bukit Rokan

Lokaliti 5: Jalan Rompin-Kepis

Ahad

Lokaliti 6: Bukit Jeram Padang, Bahau

Lokaliti 7: Km 6, Gemas-Tampin

Lokaliti 8: Kuari Yam Fong Segamat

Lokaliti 9: Ophir Kuari, Gunung Ledang

Terasa sangat kagum dengan ciptaan Allah. Lebih-lebih lagi dengan batuan yang kami jumpa membuktikan kawasan semenanjung dahulunya adalah kawasan lautan lalu terangkat menjadi daratan. Pada Lokaliti 3, Schist telah terbentuk dalam lautan kira-kira pada 425juta tahun dulu. Kemudian ia telah menjadi daratan ketika waktu Jurassic iaitu kira-kira 140juta tahun dulu.

Batu Serpentinite di Lokaliti 4 merupakan pintu kepada plat tektonik. Buktinya, arah jurus lapisan batuan ini selari dengan sempadan jalur barat dengan jalur tengah semenanjung iaitu U 330 T. Jadi kawasan ini merupakan pertembungan dua plat tektonik lalu menghasilkan Serpentinite pada masa Trias (250-200juta tahun dulu).

Berdasarkan kajian,batu Kapur terbentuk di laut yang cetek. Sehubungan dengan itu, semakin ke selatan semenanjung, semakin tinggi kedalaman laut suatu ketika dahulu. Hal ini kerana, batu kapur di Lokaliti 5 adalah tempat penemuan batu kapur paling selatan semenanjung.

Banyak lagi info-info yang ingin dikongsi namun masa tidak mengizinkan jari ana menari di papan laptop terlalu lama. Begitu banyak perkara menarik yang telah dilalui dan yang paling seronok ialah apabila kami semua berlumba-lumba mencari fosil di Lokaiti 6. Gembira bukan kepalang apabila masing-masing menemui fosil bercengkerang.

~Dr Juhari memberi taklimat ringkas sebelum bertolak~

~Selamat tiba di Lokaliti 1~

~Prof Ibrahim di ‘outcrop porhyritic granite’ di Lokaliti 1~

~Prof Kadderi menerangkan perihal batu Serpentinite (kat depan rumah orang ni~hehe)~

~Athirah tunjuk ke langit dari Lokaliti 5 yang sangat indah~

~kami di puncak Lokaliti 5~

~suasana dingin di Bahau pada jam 06:50~

~Basalt di Segamat~

~Lokaliti terakhir~

Advertisements
Published in: on October 27, 2008 at 9:04 am  Comments (4)  

Kemenangan Sudah Hampir

Tanjung Malim, 21 Oktober – Pro Mahasiswa 8, Aspirasi 13. Itulah keputusan rasmi yang diperolehi daripada sumber mahasiswa UPSI berkaitan pengiraan undi pada malam ini. Antara kawasan yang dimenangi oleh calon Pro Mahasiswa ialah kerusi Umum sebanyak 3 kerusi, Fakulti Sains dan Teknologi, FSSK, FSKPM, dan FSM. GMUKM mengucapkan tahniah kepada Pro M UPSI kerana berjaya mengurangkan majority 2/3 Aspirasi daripada menawan kampus perguruan itu.Iaitu satu pencapaian bersejarah walaupun ditekan habis-habisan oleh HEP.

Menurut sumber blog informasi UPSIOnline, menyatakan bahawa sehingga jam 5.00 petang tadi hanya 52% sahaja yang keluar mengundi daripada jumlah 13000 pelajar.

Trend pengurangan jumlah keluar mengundi dikaitkan dengan sifat mahasiswa UPSI yang rata-rata lebih suka dengan keadaan selesa yang mereka nikmati tanpa mempedulikan apakah masalah yang berlaku di kampus. Pusat pengundian yang ditutup jam 7.00 malam tadi juga menyaksikan sistem pengundian e-voting yang mengalami masalah teknikal yang menyebabkan masa pengundian dipanjangkan sehingga sejam.

Masalah tersebut menurut UPSIkini, adalah disebabkan aduan beberapa orang pengundi yang menyatakan bahawa ada beberapa nama calon Umum yang tidak dipaparkan di skrin untuk proses pengundian. Pusat pengundian dibuka semula pada jam 9.50 pagi. Kesemua 138 mahasiswa yang telah mengundi dipanggil semula menggunakan telefon untuk memaklumkan bahawa mereka perlu mengundi semula –

Pada jam 8.00 malam, pengumuman dibuat oleh Seketriat PRK dan inilah keputusan yang rasmi yang membolehkan tiga jawatan penting dalam MPP dipegang oleh Pro Mahasiswa UPSI yang mendapat undi tertinggi bagi kawasan UMUM. Tahniah dan Syabas. Semoga semangat student power dapat menuju ke kampus Bangi selepas ini. InsyaALLAH Calon Kawasan UMUM 1. Akmal Madzir (Pro M) 4124 Undi 2. Nor Ain (Pro M) 4011 Undi 3. Arif Mohamad (Pro M) 3757 Undi 4. Nazaratul 3729 Undi 5. Aqilah Hanis 3532 Undi Calon FAKULTI (FST) 1. Mohd Hanif (Pro M) 1389 Undi 2. Hafizawati 1055 Undi (FSSK) 1. Mohd Asree (Pro M) 1276 Undi 2. Adriyani 906 Undi (FTMK) 1. Maizatul 164 (Pro M) Undi 2. Mohd Razik 159 Undi (FSKPM) 1. Mohd Zulhilmi Md Nor (Pro M) 483 Undi 2. Afiti 440 Undi

sumber: gmukm

Alhamdulillah, kalau dahulunya PRK di UPSI aspirasi menyapu bersih kesemu kerusi yang dipertandingkan, kini Pro M dilihat telah melakukan perubahan yang ana kira cukup besar. Moga momentum yang berlaku di UPSI akan berlaku juga di UKM. Tahniah~

“ kalu kita berbicara tentang anak muda, kita tidak boleh menempatkan mereka pada lapangan lokal sahaja, tetapi mestilah pada lapangan global,sekurang-kurangnya asia,kerana mereka tidak dilahirkan untuk negeri sahaja,tetapi juga untuk dunia”-rektor Universiti Paramida, Anes Baswedan

Published in: on October 22, 2008 at 7:47 am  Comments (2)  

Pengakhiran Bicara Helwani

Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat

Suntikan semangat oleh Kak Rafidah tengah hari tadi benar-benar membuatkan jiwa mahasiswi ku termotivasi (ada ke perkataan ini? lantaklah.. belasah saja baa) Beliau yang datang dari UIA Gombak sangat kukagumi semangat juangnya. Kecil saja orangnya tapi berbisa. Hadirnya untuk merasmikan penutupan Bicara Helwani ISIUKM.

Kerinduan kepada KMJ menyerangku, Sakinah dan Atiqah apabila pimpinan muslimat ISIUKM tampil ke hadapan buat kali terakhir. Seolah-seolah terbayang wajah-wajah sahabat seperjuanganku, pimpinan Kesatuan Remaja Islam Matrikulasi (KARISMA) pada hari terakhir fatayat. Bagaimana agaknya KARISMA sekarang?

Terasa sedih pula kerna kami yang baru di situ sempat bersama dengan kakak-kakak pimpinan hanya beberapa bulan sahaja. Kak Aini, Kak Hanisah, Kak Noriha, Kak Nisa’, Kak Ji, Kak Atiqah, Kak Fiz, Kak Ahya, Kak Na, Kak Saidatul, Kak Aishah, Kak Ain, Kak Hanim, dan juga Kak Elly, mereka insan yang banyak mentarbiyah diriku sejak hari pertama menjejakkan kaki ke alam kampus menerusi program-program yang bermanfaat.

Dengan berakhirnya majlis tadi, maka tiada lagi program rasmi anjuran ISIUKM bagi tahun ini, menandakan muktamar ISIUKM akan diadakan tidak lama lagi. Moga pimpinan selepas ini akan memacu perjuangan ISIUKM terus-menerus mendaulahkan Islam di UKM. InsyaALLAH…

Published in: on October 17, 2008 at 7:08 pm  Leave a Comment  

Syawal di Kampung

Lebaran disambut di kampung halaman sebelah ayah, iaitu di Batu Pahat, Johor. Dua hari sebelum syawal menjelma kami sekeluarga tiba di kampung. Pada 2 Syawal barulah kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur untuk menziarahi saudara mara sebelah mak pula.

Adik-beradik ayah ada 11 orang. Bayangkan tiap-tiap family ada paling kurang 5 orang anak. Ramai kan? Bila dolan-dolan menziarahi adik beradik embah dan lain-lain ada la dalam 11 buah kereta.

Satu tradisi orang jawa, bermula hari raya ke2, ada buat marhaban dari rumah ke rumah. Orang jawa panggil ‘baraan‘.

Alhamdulillah, walaupun tak banyak ‘hasil’ (hehe), hari kemenangan disambut dengan rasa syukur.

~Arif mengepalai tika bermain mercun~

~the family in halaqah~

~the little isyraf~

~Azam Sufaat wa Anas Sufaat~

Published in: on October 11, 2008 at 9:57 am  Comments (2)  

Masa yang pantas

Terasa begitu sekejap saja berada di UKM. Kini lagi 3 minggu lagi mahasiswa/i UKM bakal menduduki peperiksaan akhir. Uh, kerisauan terus-terusan memburu lantaran persiapan ku masih belum cukup mantap. Cuti 2 minggu yang baru saja berlalu pula tidak diisi dengan latihan2 pengukuhan. Hanya sempat menelaah seketika nota-nota yang kubawa pulang ke rumah. Bila di kampung, langsung tidak terusik notaku di dalam beg. Habis beraya sakan. Penyesalan yang tiada gunanya.

Apa yang perlu sekarang, perancangan dan pelaksanaan yang rapi serta efektif. Pada akhir semester ini, perkara besar yang akan berlaku ialah Pilihanraya Kampus yang mungkin diadakan seminggu sebelum peperiksaan akhir. Tambah-tambah lagi dengan ‘field work’ pertamaku di Bahau, Negeri Sembilan pada 25/10 hingga 26/10. ‘Assignment’ dan ‘presentation’ juga masih memerlukan tumpuan. Lagi, masalah-masalah lain yang menimpa diri, dugaan dari orang yang disayangi sangat memeritkan. Teringat kata Kak Mastura, Pengerusi Nisa’ Malaysia yakni “orang baling batu, kita bagi bunga”. Itulah yang cuba dipraktikkan. Terdetik di hati sudah malas untuk melayan kerenahnya, sudah hampir berputus asa. Namun, sampai bila kan terus begini? Ku akui kadang kawan boleh jadi lawan dan kadang lawan boleh jadi kawan.

Ya Allah,

andai diri ini menyebabkan hatinya tidak tenteram,

Kau berilah ruang di hatinya ketenangan,

andai kehadiranku menyebabkan dirinya tidak selesa,

aku rela menjauhkan diri darinya,

namun ya Allah,

Ku pohon hadirkan kasih di sudut hatinya walau secebis,

lembutkan lah hatinya,

ukhuwwah islamiyyah yang hampir padam,

Kau terangkanlah..

Simpulkan semula hati-hati kami ya Allah..

Moga diri ini mampu menghadapi mehnah kehidupan. Perjalanan ku masih jauh, masih lagi merangkak-rangkak di permulaan jihad. Allah, tetapkanlah hatiku ini agar terus berada di landasanMu.

Published in: on October 7, 2008 at 7:33 pm  Comments (1)