Muslimat Agen Perubahan

Sedang mengakses internet, ana terjumpa artikel ini… diambil dari http://pahlawansrikandi.blogspot.com/ MySpace

Sebelum membaca posting saya kali ini, eloklah kiranya mereka yang bergelar muslimat cuba membuka minda dan berlapang dada. Jangan sempitkan pemikiran anda kerana saya juga bergelar perempuan. Cuma saya merasakan terpanggil untuk berkongsi mengenai perkara ini dengan anda semua.

Berikut merupakan beberapa hasil pemerhatian saya terhadap komen dan rungutan biasa daripada keluarga dan juga mereka bergelar lelaki ke atas perempuan:

* gagal membuat perancangan yang rapi/pengurusan lemah
* tidak bijak mengurus masa (susunkerja muslimat tidak teratur, mesyuarat terlau panjang dan lain-lain)
* terlalu bergantung kepada orang lain untuk menghantar ke sana ke mari
* gagal membuat keutamaan (tugas rumah atau jema’ah)
* tidak melatih keluarga membantu tugas rumah
* tidak mendelegasi tugas (dirumah dan jemaah)
* tidak menyediakan minda keluarga (suami dan anak-anak)
* gagal memahami konsep wala’ dan thiqah
* tidak memberi kefahaman tentang perjuangan kepada anak-anak

Biasakah kalian mendengar rungutan-rungutan di atas?

Bagaimana?MySpace

Semasa saya mendengarnya, saya juga seperti anda. Menafikan, menyalahkan, emosi meyelubungi diri. Namun, adakah kita hanya mahu membiar dan terus membuatkan mereka terus memperkatakan sedemikian? Mahu terus menafikan dan terus mengulanginya atau mengubahnya?

Jika lelaki berjuang dan berdakwah, wanita juga begitu. Pasti antara kita terlintas untuk turun sama berdakwah dan memperjuangkan Islam. Namun bagaimana untuk menyumbang dengan berkesan dan cekap (efektif dan efisien) dalam kerja-kerja dakwah jika kita terus-terusan mengulangi kesalahan yang sama? Hakikatnya tiada cara penyelesaian yang betul-betul menjanjikan penghasilan yang mana 100% berkesan. Namun kita boleh gunakan kaedah usaha jaya:

“mereka yang berusaha pasti berjaya”MySpace

* Pengurusan masa yang berkesan
* Takwim program diberitahu awal kepada keluarga -persediaan mental
* Membuat persediaan yang sepatutnya -masak, sediakan pakaian dan lain-lain
* Membuat keutamaan kepada senarai tugas. Dahulukan yang mana patut. Tangguhkan yang mana boleh sekiranya masa suntuk
* Melatih keluarga untuk berdikari termasuk suami (sekali sekala buat “latihan kecemasan”)
* Mendelegasi kerja-kerja yang kita tidak perlu buat sendiri. Mendelegasi tugas kepada seramai yang mungkin supaya tidak menjadi beban kepada segelintir sahaja
* Tepati janji dengan keluarga
* Boleh memandu -kalau ada kereta/motor. Berdikari dimana boleh. Tidak menyusahkan anggota keluarga jika mereka keberatan
* Merancang aktiviti-aktiviti dan mengeluarkan takwim tahunan atau bulanan. Ini akan memudahkan muslimat yang terlibat membuat perancangan dan persiapan mereka dengan keluarga
* Memahirkan diri didalam pengurusan organisasi -mengendalikan mesyuarat dengan berkesan, fokus kepada perbincangan, lebih objektif dsbnya
* Menggunakan tenaga jema’ah secara kreatif. Kemampuan muslimat di dalam jema’ah tidak sama. Sumbangan setiap seorang berbeza
* Memantapkan ukhuwah dan mempraktikkan konsep takaful/tolong menolong
* Berdikari di dalam menjalankan program
* Memberi penghargaan/mengambil berat tentang suami/keluarga yang mengiringi isteri mereka untuk kerja-kerja jema’ah

Benar, banyak lagi jalan penyelesaian lain. Ini hanyalah cebisan cadangan sebagai penghayun langkah ke arah perubahan dan pemantapan.

Diantara keluarga dan jema’ah, kedua-duanya dekat dihati para muslimat yang ingin bersama di dalam perjuangan ini. Untuk setiap perjuangan pasti ada pengorbanan .Apa yang diharapkan muslimat mampu menggalas kedua-dua tanggungjawab sebaik mungkin. Tetapi jika salah satu yang harus dikorbankan, biarlah kita bersama perjuangan Islam hingga ke akhir hayat walau pun mahal harganya.

Duhai muslimat, ayuh perbaiki diri. Jangan rasa lemah dan rendah diri. Keintelektualan kita sangat diperlukan untuk membangunkan masyarakat!

Tanamkan elemen MP3 dalam diri kita.

M=Multimedia

P=Public Speaking

P=Penulisan

P=Peka Isu

Wanita agen perubah! Wanita bisa merubah nasib anak bangsa! Wanita memang TERBAIK!!!

Bangkit WANITA!
Bangkit MUSLIMAT!
Bangkit MAHASISWI!

Insya-Allah bila mana keazaman menebal, matlamat jelas, sudah tentu akal berputar laju merencana langkah, dan akhirnya tercerna oleh tindak-tanduk anggota.

Ayuh kita berubah!MySpace

********************

Ana nak ucapkan Selamat Datang ke Dunia ‘Blog’ kepada sahabat-sahabat yang baru saja mewujudkan blog bermula pada bulan september lepas, tahniah ya~

1) Sakinah – http://assakeenaholwez.blogspot.com/MySpace

2) Kak Zaniza – http://eyamujahidah.blogspot.com/Monkey

3) Kak Izawati – http://mujahidah-khazinatulasrar.blogspot.com/MySpace

4) Kak Afifah – http://evergreenmoon.blogspot.com/MySpace

5) Miza – http://clover4miza.blogspot.com/MySpace

6) Kak Azma – http://cahayasrikandi.blogspot.com/MySpace

Published in: on November 24, 2008 at 9:26 am  Comments (3)  

Award~

award-kreuger

Assalamualaikum…

ana baru menerima ‘award’ dari Kak IrahMySpace, seorang yang peramah dan sangat mudah dihampiri. Mula mengenali beliau pada tahun 2004 di alam maya menerusi Komuniti SahabatHijjaz (KSH). Beliau kemudian menjadi ‘founder’ kepada Mestica Fan Club (MFC). Kali pertama bertemu adalah pada tahun di majlis ‘gathering’ MFC pertama pada awal tahun 2005 di ‘Food Court’ KL Central. Bermula dari situ kami mula menjadi akrab sehingga kini. Beliau kini aktif dengan aktiviti kemasyarakatan khususnya program masuk kampung orang asli. Ana sangat teruja tiap kali mendengar beliau bercerita.. teringin nak masuk kampung orang asli jugak..

~Beza umur bukan penghalang untuk berukhuwwah~MySpace

Published in: on November 18, 2008 at 10:33 pm  Comments (1)  

Sakina

Coming home in the evening, each day much on my mind
Fast pace of living in the West, with such little time
Cars and folks yell at me, everybody making me spin
We know we gotta’ have patience, so we hold it within
Stress, doctors say it makes a brother sick and I know this is true
So I call out to my Lord each day to please help me through
Then when I come and I see my daughter’s face so bright
With smiles there to great me at the door, like a beautiful light
I can only thank Allah for this blessing on me
For giving me Sakina, this tranquillity!

When Allah sends His Sakina on me, how do I feel?
It’s like peace inside my heart and I know that it’s real
When Allah sends His Sakina on me, how do I feel?
It’s like peace inside my heart and I know that it’s real

Allah knows that people in the past had it harder than me
Allah saw the evil hearted men with no mercy
Allah felt the hearts of the Muslims as they came near
Allah sent His tranquillity and they lost all their fear
Cause Allah says if you trust Him and you truly have faith
Allah sends His Sakina and He showers His grace
How? Maybe as a peaceful rest, a long needed sleep
How? Maybe as a cloud up high with shade from the heat
How? Maybe as a loving wife that gives you her light
How? Maybe as your daughter with her smile so bright

When Allah sends His Sakina on me, how do I feel?
It’s like peace inside my heart and I know that it’s real
When Allah sends His Sakina on me, how do I feel?
It’s like peace inside my heart and I know that it’s real

*************************

Allah sends His Sakina by giving me best buddies named Sakinah~!

SMK Pandan Jaya—–> Siti Nur Sakinah Bt Ahmad Budiman

MRSM Langkawi—–> Sakinah Bt Mazlan

Kolej Matrikulasi Johor——> Sakinah Bt Ropien

Universiti Kebangsaan Malaysia——> Sakinah Bt Nik Muhammad Naziman

Thanx a lot 4 everything my dear.. friendship just because of Allah…Ukhuwwah Forever~~~!

MySpace

*************************

Alhamdulillah, baru habis ‘exam’ untuk semester pertama. Bermula lah cuti ku. Ana yakin shbt2 sekalian juga akan bercuti kan. Mari kita isikan cuti kita dengan perkara yang membawa manfaat kepada kita. Ambillah peluang untuk mendalami ilmu Allah, membaca kitab-kitab ulama’, memperkayakan ilmu di dada. Usah gunakan cuti ini dengan perkara sia-sia. Hanya bangun pagi, makan tidur. Itu lah yang akan menggelapkan hati.

Ok, harus berhenti, perlu kemas beg kerna esok ana pulang bercuti di rumah…..!

MySpace

Published in: on November 18, 2008 at 8:42 pm  Comments (2)  

Mencari Spirit Yang Hilang

murobbi

Alhamdulillah, ana sempat habis menonton filem SANG MUROBBI.

Sebuah kisah benar, kehidupan seorang penjihad bernama Ustaz Rahmat Abdullah ketika hayatnya.

Kesungguhannya berdakwah, tidak pernah kenal erti penat. Biar dilempar fitnah, jalan dakwahnya tetap diteruskan.

Penyuntik semangat untuk terus thabat di jalanNYA..

cepat dapatkan vcd/dvd~~ http://epilogpejuang.blogspot.com/

Published in: on November 12, 2008 at 12:21 am  Comments (4)  

Teknokrat Hizbullah

Definisi teknokrat hizbullah

Maksud teknokrat hizbullah secara dasarnya ialah:
i. teknokrat bermaksud kumpulan manusia yang mempunyai “kepakaran-kepakaran dalam banyak bidang bagi mendokong konsep kepimpinan ulama’… Golongan ini berperanan membantu ulama’ untuk memimpin dan mentadbir…”
ii. hizbullah bermaksud sekumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri yang disebut dalam Ayat 56 surah Al-Maidah dan ayat 22 surah Al-Mujadalah.

Perkara-perkara yang perlu untuk membentuk ‘teknokrat hizbullah’


Usaha membentuk teknokrat hizbullah memerlukan kesungguhan daripada organisasi dan juga daripada individu-individu ahli sendiri. Sekiranya organisasi bekerja keras untuk membentuk tenokrat hizbullah tetapi ahli-ahli tidak menunjukkan kesungguhan, maka usaha yang dijalankan akan gagal. Tidak ada gunanya tenaga dan wang dibelanjakan sekiranya tidak ada kesediaan dalam diri ahli sendiri kerana pada hakikatnya ahlilah yang menentukan kejayaan atau kegagalan tarbiyyah gerakan kita.

Kesungguhan ahli yang tidak ditampung oleh gerak kerja organisasi yang tersusun juga hampir pasti tidak akan berjaya. Proses pembentukan teknokrat hizbullah memerlukan kepada support system yang mantap dan tersusun. Ahli-ahli perlu dipandu ke arah matlamat yang tertentu dan matlamat ini juga perlu ditetapkan oleh organisasi. Sekiranya proses pembentukan diri diserahkan sepenuhnya kepada ahli manakala gerakan pula tidak memberikan bantuan dan halatuju, maka akan lahirlah inidividu-individu ahli yang mempunyai pelbagai bentuk kefahaman dan sikap. Tidak akan wujud wehdatul-fikr dan tidak akan wujud wehdatul-amal.

a. Keperluan dalam diri ahli

Perkara pertama yang perlu ada dalam diri ahli ialah kesungguhan untuk terus memperbaiki diri. Ahli-ahli mestilah bersedia untuk membelanjakan wang dan membanting tenaga dalam usaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Sekiranya terdapat perkara yang tidak boleh diperolehi daripada gerakan kita secara terus, maka ahli-ahli perlu faham bahawa salah satu tanggungjawab kita ialah untuk “mengembara” ke luar untuk mencari perkara berkenaan. Hakikatnya, terlalu banyak peluang untuk menggali ilmu di sekeliling kita. Seterusnya, ilmu yang diperolehi mestilah juga dipraktiskan secara bersungguh-sungguh. Hanya dengan amalan berterusan sahaja ilmu yang dipelajari akan membawa manfaat. Pada masa yang sama, ahli-ahli mestilah faham bahawa pembentukan teknokrat hizbullah menuntut kepada proses tarbiyyah yang holistik dan berterusan. Ilmu agama bukan semata-mata aqidah, fiqh dan tasawwuf sahaja. Malahan, pengurusan, kepimpinan, pentadbiran kewangan, dan lain-lain adalah sebahagian daripada agama juga. Pembentukan diri yang holistik adalah elemen amat penting dalam usaha melahirkan teknokrat hizbullah.

Perkara kedua yang perlu ada dalam diri ahli ialah kesungguhan untuk mencari atau mencipta peluang untuk memberi sumbangan. Ahli-ahli perlu sedar bahawa salah satu elemen yang paling penting dalam proses pembelajaran ialah latihan amali atau amalan secara praktikal. Maka, sekiranya seseorang telah mempelajari teori-teori berkaitan da’wah atau teori-teori berkaitan pengurusan organisasi, maka tindakan seterusnya ialah mencari peluang untuk menjalankan latihan secara praktikal. Sekiranya gerakan ini tidak memberikan peluang kepada ahli untuk menjalankan latihan amali tersebut, maka ahli perlu tampil ke hadapan dan meminta peluang tersebut daripada gerakan. Sekiranya gerakan tidak dapat memberi peluang tersebut, maka ahli perlu kreatif untuk meneroka peluang yang wujud di luar gerakan ini.

Perkara ketiga yang perlu ada dalam diri ahli ialah kesungguhan untuk terus bersama jamaah. Iltizam dan istiqamah merupakan konsep yang tidak asing bagi kita dan penjelasan mengenainya boleh didapati daripada pelbagai sumber lain. Perlu disebut di sini bahawa ahli-ahli di dalam gerakan ini biasanya boleh berjaya apabila menghadapi ujian kesusahan. Tetapi, ramai yang tidak iltizam dan tidak istiqamah apabila menghadapi ujian kesenangan. Ramai yang kalah apabila mendapat gaji yang tinggi daripada kerja mereka. Ramai yang kalah apabila mereka mula hidup mewah. Mereka yang benar-benar mahu menjadi teknokrat hizbullah perlu faham bahawa iltizam dan istiqamah amat perlu apabila menghadapai kesusahan dan juga kesenangan.

Perkara keempat yang perlu ada dalam diri ahli ialah keberanian untuk mempersoalkan status quo. Dunia sentiasa berubah dan tidak semua perkara yang dilaksanakan pada hari ini akan terus relevan pada hari besok. Ahli falsafah Greek purba memberi sumbangan yang amat besar kepada dunia apabila mereka mula bertanya “kenapa”. Tradisi ini juga perlu diteruskan dalam gerakan kita untuk memastikan kita tidak statik di alam lama. Ahli-ahli juga perlu melatih diri untuk tidak terlalu ‘berlapik’ dalam memberikan idea kerana ada kalanya sifat malu atau ‘baik / sopan tak bertempat’ inilah yang menjadi penghalang kepada perubahan ke arah kebaikan. Dalam banyak keadaan, berterus terang adalah lebih baik daripada berselindung disebalik kalimah ‘bersopan’. Pada waktu yang sama, faktor ini amat berkait dengan perkara kelima.

Perkara kelima yang perlu ada dalam diri ahli ialah kesediaan untuk menerima pandangan dengan dada yang terbuka. Sifat ini amat penting sekiranya ahli-ahli memegang jawatan dalam mana-mana peringkat organisasi. Malahan, ia juga penting jika tidak ada jawatan yang dipegang. Ahli-ahli perlu membiasakan diri menerima teguran secara terbuka dan tanpa ‘berlapik’. Adalah lebih baik jika ahli-ahli melatih diri untuk menyukai pandangan yang tidak ‘berlapik’ kerana pandangan tersebut biasanya adalah lebih jelas dan terang.

b. Keperluan dalam organisasi

Perkara pertama yang perlu ada dalam organisasi ialah matlamat dan strategi yang jelas. Matlamat organisasi kita sebenarnya telah jelas iaitu untuk melahirkan teknokrat hizbullah. Bagaimanapun, masih banyak aspek dalam strategi kita yang boleh diperbaiki dan diperkemaskan. Gerakan ini juga perlulah sentiasa menyemak semula strategi yang telah digariskan untuk memastikan ia sesuai dengan perkembangan semasa.

Perkara kedua yang perlu ada dalam organisasi ialah keupayaan untuk belajar (organizational learning). Gerakan kita telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi sejak ia mula ditubuhkan. Bagaimanapun, oleh kerana ahli-ahli gerakan ini sentiasa datang dan pergi, ada kalanya perkara-perkara yang sepatutnya menjadi pengajaran terhadap organisasi secara keseluruhan tinggal pengajaran kepada individu sahaja. Ini adalah kerugian yang amat besar kerana organisasi yang baik ialah organisasi yang tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Perkara ketiga yang perlu ada dalam organisasi ialah kesungguhan meneroka aktiviti-aktiviti yang anjuran persatuan lain yang boleh membantu pencapaian matlamat. Faktor ini amat penting untuk memastikan kejayaan proses tarbiyyah yang holisitik. Gerakan ini tidak wajar membataskan proses tarbiyyah kepada apa yang dilaksanakan oleh kita sendiri sahaja. Tidak mungkin gerakan ini boleh melakukan segala-galanya. Kita perlu melihat juga aktiviti anjuran persatuan lain yang boleh memberi manfaat. Agenda kita juga boleh dicapai dengan melibatkan diri dalam aktiviti anjuran persatuan seperti Hansard Society, Electoral Reform Society, Make Votes Count dan lain-lain.

Perkara keempat yang perlu ada dalam organisasi ialah keterbukaan terhadap idea-idea baru. Dunia sentiasa berubah dan suasana persekitaran juga sentiasa bertukar. Sekiranya strategi gerakan ini tidak berubah mengikut peredaran zaman, maka kita akan tertinggal ditakuk lama. Gerakan ini perlu bersedia untuk mengubah strategi dan sikap sesuai dengan keperluan semasa. Mereka yang dianggap musuh atau persaingan pada tahun 1995 tidak semestinya kekal sebagai musuh dan persaingan pada tahun 2005. Malahan, mungkin lebih baik jika musuh dianggap sebagai mad’u dan persaingan dianggap sebagai partner.

Perkara kelima yang perlu ada dalam organisasi ialah kesungguhan untuk melantik muka-muka baru untuk mengambil alih tanggungjawab kepimpinan. Saff pelapis yang berwibawa amat perlu dibentuk secepat mungkin. Usaha membentuk saff pelapis bukan semata-mata melalui usrah dan tamrin tetapi juga memerlukan empowerment. Muka-muka baru mestilah diberi kepercayaan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan dan mereka yang telah lama memegang amanah, sama ada di tanah air ataupun di sini perlulah berundur apabila telah tiba masanya.

Penutup

Sebagai rumusan, konsep teknokrat hizbullah merupakan satu konsep yang amat relevan dengan keperluan gerakan Islam di tanah air. Matlamat kita untuk membentuk saff teknokrat hizbullah juga adalah satu matlamat yang selaras dengan keperluan di tanah air. Proses pembentukan teknokrat hizbullah memerlukan komitmen daripada ahli dan juga daripada gerakan. Untuk memastikan saff teknokrat hizbullah akan lahir, semua pihak perlukan memainkan peranan masing-masing.

artikel asal : http://wansaiful.com/

syukran kpd al-ukht Hana~~

Published in: on November 7, 2008 at 9:20 am  Comments (1)  

Hari Akhirat

Bacaan Surah Al-Haqqah daripada Sheikh Mohammed Mohaisny berserta esak tangis yang kuat daripada hafiz/qari.

(Pembetulan)Surah Al-Haqqah Ayat46 – Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta merta).

_______________

MENGENAI NERAKA

Abu Hurairah meriwayatkan: “Ketika Rasulullah berkata: Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka; “lalu seseorang bertanya; “Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir? Maka Rasulullah menjawab “Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia). (Riwayat Bukhari).

Diriwayat oleh Abu Hurairah: Rasulullah bersabda: Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata;”Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku memakan di antara satu sama lain. “Lalu Allah membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada musim sejuk dan pada musim panas.Inilah sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk,” (Riwayat Bukhori).

Makanan Penduduk Neraka

Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan badan mereka.

Firman Allah: Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar.” [Surah Al Ghasiyah 6-7]

Minuman Ahli Neraka

1. Hamim(air yang mendidih)

Firman Allah: “Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa. Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidihh yang memuncak panasnya.”

2. Ghassaq(nanah dan darah)

Firman Allah: ” Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah.Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa.” [S.Al Haqqah 35-37]

3. Sadid(air danur(nanah)yang keluar dari tubuh ahli neraka)

Firman Allah: “Dihadapan mereka ada neraka Jahannam dan ia diberi minum dari air danur (nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka).” [S.Ibrahim: 16]

4. Air seperti Tembaga cair

Firman Allah: Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka.Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina.” [Al Kahfi 29]

Pakaian Ahli Neraka

1. Pakaian dari api

Firman Allah: “Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka.Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.” [S.Al Hajj: 19]

2. Pakaian dari minyak tar

Firman Allah: “Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka.” [S.Ibrahim: 50].

Bahan Bahar Api Neraka

Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin yang kafir dan engkar kepada Allah, batu-batu termasuk patung berhala.

Firman Allah; “Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya.” [S.At Tahrim: 6]

Penduduk Neraka

Imran b Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang miskin, dan aku melihat ke dalam neraka, aku mendapati majoriti penduduknya adalah wanita,” (H.Riwayat Bukhori).

Sumber bacaan: http://mymasjid.net.my

LUASNYA RAHMAT ALLAH SWT

Firman Allah SWT: “Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu”. Allah berfirman: “Azabku, akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.” [Surah Al-A’araf:156]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasullah s.a.w. bersabda: Allah SWT menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagia. Dia menahan di sisiNya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya.
(HR. Imam Bukhary dan Muslim)

Published in: on November 5, 2008 at 8:39 pm  Leave a Comment