~Dimensi Kesenian Islam II~

poster-1

Published in: on January 30, 2009 at 10:03 pm  Leave a Comment  

Alkisah

Assalamualaikum..MySpace

ana ingin mohon maaf kerana jarang menulis sejak akhir-akhir ini lantaran kekangan masa untuk menguruskan banyak perkara. Biarpun pilihan raya kampus UKM sudah berakhir hampir 2minggu lalu, ana berhasrat bercerita dengan ringkas mengenai pengalaman ana.

Menjadi agen tempat mengundi atas nama Gabungan Mahasiswa UKM adalah sesuatu yang mencabar namun ana punyai sahabat-sahabat yang seringkali menghidupkan semangat ana. Ana menyifatkan mahasiswa/i tahun 1 terutamanya, masih lagi takut untuk mengundi calon-calon GMUKM kerana ingin kekal di kolej MySpace. Hal ini dibuktikan dengan kemenangan GMUKM untuk merampas hampir semua kerusi tahun 3 daripada genggaman Aspirasi MySpace. 12 kerusi yang dimenangi (pada tahun 2007, GMUKM hanya memenangi 4 kerusi sahaja) merupakan satu petanda penerimaan mahasiswa/i UKM untuk berubah. Semoga GMUKM terus memenangi hati-hati mahasiswa UKM~~~MySpace

dscn2179 ~Barisan Calon-calon Mahasiswa~

dscn2211~Ustaz Syafiq, calon Umum Mahasiswa~

dscn2265~Di kawasan Fakulti Sains dan Teknologi pula~

dscn2272~Proses mengecat ‘banner’ Calon Mahasiswa~

dscn2331~Poster-poster bergantungan di Kolej Ungku Omar~

dscn2350~Riadhah GMUKM di tepi Tasik Kejuruteraan~

dscn2357~Pak ‘Guard’ pun mahu ikut sama beriadhah~

dscn2384~Sebelum waktu pengundian~

dscn2396~JAKSA tersayang (xnak pandang kamera..haih)~

dscn2399~’flyers’ Aspirasi yang diedar oleh JAKSA kepada mahasiswa/i tahun 1 pada hari pengundian~

bantahan dibuat kepada ketua tempat mengundi iaitu pengetua kolej sendiri, namun golongan JAKSA ini telah menyorokkan ‘flyers’ mereka lalu meletakkan ‘flyers’ calon Mahasiswa di atas meja mereka!MySpace

dscn2409~Petugas pada hari buang undi yang teridiri daripada kerani dan felo kolej~

dscn2429~YB Arif Misrol berucap selepas pengumuman keputusan~

Pada keesokan harinya, 16/1/2009, Pro Mahasiswa telah mengadakan demontrasi Selamatkan Gaza di Masjid UKM selepas solat Jumaat.MySpace

dscn2445

~Ustaz Farid, wakil daripada MAMPU~

dscn2440~wakil daripada PKPIM UKM berucap~

dscn2442~Sebahagian Muslimat yang menyertai demontrasi~

WE WILL NOT GO DOWN

a song by Michael Heart

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

Published in: on January 28, 2009 at 1:45 pm  Comments (1)  

Telah Kurela

Telah ku rela nama dan diri
Menjadi sasaran kerana cinta, (aku berkorban)
Telah ku rela segala tohmahan
bermahajalela Kerana cinta, (aku terpaksa)
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa,
meluah fakta,
mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta.
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah.
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga

munsyid : algebra

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama ana menyepi, kini ana kembali untuk menulis. Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita. Yang dekat dengan ana ialah pilihan raya kampus UKM yang akan dijalankan pada 15hb nanti. Kini calon-calon sibuk berkempen, ana juga tidak ketinggalan untuk sama-sama dalam jalan ini, mempromosi kepada kawan-kawan untuk sama-sama BERSATU UNTUK BERUBAH!

Inilah pengalaman pertama ana melihat segala perjalanan perjuangan untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya kampus. Dari menyertai bengkel bakal calon MPP UKM sehinggalah kempen dan pada 15/1 jika diberi peluang untuk terus hidup, ana akan tampil sebagai agen calon.

Pelbagai tohmahan yang dilalui oleh kami antaranya

Kes 1 :


Sahabat-sahabat kami first year di Kolej Ibu Zain dikumpul pada satu malam. Setiap blok telah diadakan perjumpaan dan taklimat dari felo blok masing-masing pukul 10 malam tadi supaya buang segala poster berbentuk kempen sebab spotcheck akan dilakukan dan jangan layan kalau ada yang datang berkempen ke bilik .

Kes 2 :


Ada pula ugutan kepada sahabat-sahabat first year SUKSIS supaya jangan terlibat dengan ***** dalam PRK ni. Kenapa mereka nak di”mandul”kan sedangkan mereka mempunyai hak sebagai mahasiswa.

Kes 3 :

Di Kolej Burhanuddin Helmi ada pula arahan kepada sahabat-sahabat tahun satu supaya kalau ada apa-apa yang berkaitan GM terus bagitau JAKSA –Diorang tak bagi pakai baju warna OREN,HIJAU,UNGU—kemudian diorang suruh undi dan sokong calon ASPIRASI khususnya dari KOLEJ BORHANUDDIN HELMI—pastu diorang wajibkan mengundi dan suruh jaga keselamatan kolej daripada gangguan pihak luar.

Kes 4 :

Ada pula mesej sebegini, “salam,mohon bantuan felo JAKSA dan JENTERA ASPIRASI memantau keluar masuk pelajar luar di blok masing-masing.Kempen agresif MAMPU/GM akan bermula malam ini sehingga subuh.Larangan masuk ke kolej selepas jam10 masih berkuatkuasa walaupun semasa kempen.Malah Tatacara Pilihanraya Perkara 39(2)berkaitan perhimpunan melarang kempen di bilik pelajar di kolej.Sebarang maklumat dari kolej tuan mohon disalurkan kepada saya untuk disebarkan kepada kolej lain>sebaran mesej di KTHO”.
Kes 5 :
Sahabat karib ana, sakinah dipanggil oleh Pengetua KTHO, felo2 dan JAKSA. Anda mahu bukti? Ye lah, budak2 aspirasi suka pertikaikan bukti setiap kes yang kami tak puas hati. Ikuti cerita lebih lanjut blog sahabat ana ~TeNang~
dscn2152
Barisan Calon-calon Mahasiswa
dscn2205
Published in: on January 13, 2009 at 9:46 am  Comments (8)  

Peraturan Baru PRK… Satu Lagi Taktik Kotor

penamaan23A Famosa, Melaka – Pembentangan tatacara dan panduan calon bagi pilihanraya kampus sesi 2009 telah menyerlahkan cakap-cakap sebelum ini bahawa pihak HEP yang diterajui oleh 3M (Mohammad Mustapha Mokhtar) akan melaksanakan apa sahaja perkara berkaitan teknikal untuk memenangi PRK kali.

Pindaan sebanyak 70 peratus terhadap undang-undang PRK yang lalu dilihat sebagai satu lagi siri campurtangan tangan-tangan kotor untuk memenangi PRK kali selepas pergerakkan Aspirasi lumpuh akibat tsunami politik 16 Mac lalu di sampiing krisis dalaman pihak Aspirasi yang telah berpecah kepada ramai puak.

Pembentangan tatacara pilihanraya kampus oleh 3M pada 3 Januari di A Famosa Resort itu telah mengundang kontroversi apabila beliau yang bertindak sebagai pembentang peraturan tersebut, gagal menjawab soalan yang dikemukan oleh peserta dan bertindak mengikut emosi apabila menyalahkan mahasiswa yang bertanyakan soalan itu. Hal ini dilihat peserta bengkel sebagai satu tindakan keanak-anakan yang cuba ditimbulkan olehnya untuk menyembunyikan kegagalan beliau menjawab pertanyaan peserta yang hadir.

Dalam penggubalan peraturan baru itu, terdapat banyak perubahan dilakukan yang telah memansuhkan terus semangat demokrasi dan juga konsep keadilan dalam sesebuah pilihanraya.

Antaranya dalil mengapa peraturan baru ini tidak demokratik ialah :

a) Tempat pengundian masih dijalankan di Kolej Kediaman, sementara tempat penamaan dijalankan di fakulti-fakulti masing-masing. Hal ini adalah untuk mengelakkan mahasiswa menyatakan sokongan kepada calon mereka beramai-ramai di Pusanika seperti tahun 2007

b) Kuasa besar pada Naib Canselor untuk memilih jawatan MPP yang dipilih oleh mahasiswa. Maksudnya NC ada kuasa besar untuk mencaturkan siapa Presiden, Timbalan Presiden dan exco-exco lain.

c) Wang deposit dinaikkan 100 % menjadi RM 50. Manakala borang calon pula sebanyak RM 20. Jadi setiap calon perlu sediakan wang sebanyak RM 170 untuk menyerta PRK kali ini (RM 50 untuk deposit, RM 50 untuk bantah borang salah diisi, RM 50 untuk bantah kemenangan seseorang calon yang salah dan juga RM 20 untuk borang hitam putih)

d) Peranan Pak Guard tiba-tiba diwujudkan sedangkan dalam sejarah peraturan, tidak pernah Pak Guard dijadikan ahli Jawatan Pemilihan MPP (JPMPP) Pak Guard ini boleh menahan mereka yang disyaki tanpa adanya perbicaraan dan ini seperti akta zalim ISA, menahan tanpa bicara

e) Jadual kempen akan dibuat oleh Urusetia MPP yang diketuai oleh 3M dan ini satu diskriminasi kerana mahasiswa dihalang untuk menentukan jadual kempen mereka dan ini seolah-olah satu tindakan menyekat kebebesan calon tersebut. Ini satu kezaliman yang dirancang agar hak calon untuk berkempen dikembirikan.

f) Tidak menyebut dengan jelas sama ada pengumuman jumlah pengundian akan dijalankan selepas pengiraan atau di pusat pernjumlahan undi. Pengalaman tahun 2007, pusat mengundi KTHO langsung tidak mengumumkan keputusan selepas kira undi dan mereka bawa ke pusat penjumlahan undi (Pusat Komputer), dengan menghalang calon masuk ke pusat penjumlahan undi itu dan mahasiswa hanya tahu keputusan melalui laman web sahaja. Apa-apa pun boleh berlaku semasa perjalanan dari KTHO ke Pusat Komputer dan ini jelas satu pencabulan serius pihak pengetua. Kita minta bahawa untuk berlaku adil, keputusan mesti diumumkan di setiap kolej untuk congakan calon.

g) Kuasa tafsiran NC yang terlalu luas, sehingga boleh menafsirkan apa sahaja. Sebagai contoh, jika NC tafsir bahawa calon ini melakukan kesalahan sedangkan hakikatnya beliau tidak bersalah, ini menunjukkan bahawa kuasa NC mengatasi segala-galanya.

Jelas bahawa peraturan terbaru ini seperti satu tindakan ’arrogant of power’ oleh pihak pentadbiran HEP yang terdesak untuk memenangkan Aspirasi. Ayuh mahasiswa, bangkitlah melawan penindasan secara terang-terangan oleh pihak bukan mahasiswa ini. Mahasiswa melayu, mahasiswa Cina, mahasiswa India, marilah kita sama-sama menuntut hak kita dalam ertikata demokrasi yang segar. Berubahlah dan binalah satu harapan untuk kita sama-sama memacu UKM ke arah satu suasana yang baru dan segar, bebas daripada tangan-tangan kotor yang cuba mencemari nilai kemahasiswaan itu sendiri.

Sumber : SUGMUKM

Published in: on January 7, 2009 at 3:36 pm  Comments (1)