Mahu Mencetus MAMPU

Mahu.

Mampu.

 

Dua kata yang tidak boleh dipisah. Andai dipisah pasti tempang. Pasti cacat. Mahu itu dikaitkan dengan keinginan, keazaman, cita-cita juga keghairahan. Kemahuan atau keazaman yang tinggi akan mendorong usaha yang bersungguh ke arah matlamat yang ingin dicapai.

 

Mahu itu perlu disulam dengan niat yang ikhlas. Juga sangat penting untuk kita yakin dengan pertolongan Allah. Allah kita yakini, pastinya kerja susah kan menjadi senang. Usah sombong untuk memohon pertolongan dari Allah. Kita ada Allah. Kita ada Allah. Kita ada Allah. Yakin Allah sentiasa bersama pada setiap derap kaki.

 

Kita sering dihantui masalah-masalah dalam diri yang akhirnya menyebabkan ketakutan untuk mencabar diri. Apa yang sering ditakutkan adalah hipokrit.

 

Mencabar diri untuk berubah.

Mencabar diri untuk berhijrah.

Mencabar diri untuk lebih positif.

Mencabar diri untuk mentadbir.

Mencabar diri untuk menahan marah.

Mencabar diri untuk mengurus.

Mencabar diri untuk MENANG!

 

Kalau nak dapat sesuatu, buatlah cara nak dapatkan ia!

Bagaimana?

Usaha!

Tak cukup!

 

Saudaraku, tidak cukup sekadar usaha. Kita buat itu ini masih tidak mencukupi kalau hati kita tidak rapat dengan Allah. Benar, manusia itu apabila ditekan, barulah mahu merintih di tikar sejadah. Rayu dan teruslah merayu kepadaNya untuk Islam kembali gemilang.

 

Hati bermonolog lagi.

 

Berapa lama kita biarkan mereka memegang tampuk PMUKM?

Berapa lama kita biarkan program-progam yang membatas syariat bermaharajalela hasil tangan-tangan mereka?

Berapa lama kita biarkan wang-wang kita disalahguna?

Berapa lama?

 

Hingga tahun ke-8 kita mahu biarkan mereka menang lagi?

 

Janganlah takut, janganlah gentar terhadap musuh-musuh Allah.

Tegakkan kema’rufan runtuhkan kemungkaran bersama laungan takbir.

Robohkan rangkaian penindasan, tegakkan islam agama tercinta.

Bersama kita terus melangkah, syahid matlamat kita yang utama.

 

Ingat, kita pernah menang. MAMPU pernah menjuarai kepimpinan 7 tahun lamanya sebelum mereka hadir membawa sekularisme dalam kampus.

Semak kembali falsafah UKM:

Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

 

Apakah sudah terealisasi falsafah universiti kita?

 

Dalam falsafah tersebut, ada dinyatakan Allah. Tidak pula pemilihan kata ‘Tuhan’ di sini. Sudah spesifik di situ.

 

Kita kata kita tidak layak. Kita kata kita tidak MAMPU. Kita kata kita tidak sedia.

Bila lagi sahabatku. Cabarlah diri. Cungkillah potensi.

 

Jom cipta sejarah! Menangkan MAMPU!

 

Bagi yang tahun akhir khususnya, kutiplah ilmu-ilmu sebanyak-banyaknya di semester akhir ini. Biarlah tahun kita ini diakhiri dengan kemenangan islam di bumi UKM ini. Juga, pujuklah hati ini dengan berazam supaya melahirkan insan yang baru.

 

Kalau sebelum masuk UKM, kita tidak menutup aurat. Keluar UKM kita sebagai orang baru dengan fesyen atau uniform orang islam. Kalau sebelum masuk UKM, solat 5 waktu masih tidak cukup, keluar UKM sebagai orang yang kuat solatnya.

 

Anggaplah fasa di UKM ini fasa hijrah kita. Supaya mahasiswa islam lepasan universiti ini tegar melaksana syariat walau dicampak ke merata tempat.

 

Anda MAHU? Anda MAMPU!

 

Nasihat buat aku dan kamu

*MAMPU : Membina Mahasiswa Penggerak Ummah (front Mahasiswa Islam UKM)

Advertisements
Published in: on January 9, 2011 at 3:10 pm  Comments (1)  

Tetap Ku Bangga Kerna Punya Islam

PROUD TO BE A MUSLEEM, itulah tema program Jambori Nisa’ Selangor 2010, program tahunan anjuran Nisa’ Selangor di Kem PULAPES, Jugra.

Frasa tersebut menyebabkan saya tersenyum puas dengan apa yang saya ada yakni, Islam!

Kenapa perlu bangga? Kerna Islam sudah cukup cantik.

Namun, ada segelintir masyarakat yang tidak bangga dengan apa yang ada pada Islam.

timbul pula mereka yang persoal, “Kenapa kena pakai tudung? Panaslah!” “Malaslah nak solat” “Tak payah doa pun aku dah berjaya dengan usaha aku” “Hudud tu undang-undang kuno. Kita kan di zaman moden” “Kalau semua kene potong tangan, sape yang boleh buat kerja?”

Sekadar leteran saya. cukup setakat ini.

17 Disember, saya dan Sakinah menumpang kereta kak Shida, berkenalan dengan adiknya Fatin dan Alifah, sama-sama menuju ke kem PULAPES.

Rupa-rupanya ramai sahabat2 UKM yg sertai program ini sebagai fasilitator terutamanya yang baru graduasi. Sesi perkenalan bermula.

Malam menjengah, kami bermalam di chalet. Sakinah kurang sihat malam ini, sian dia.

18 Disember, modul riadhah pagi itu adalah analogi kepada ukhuwwah. 10 orang peserta masing-masing memegang kerusi yang diatasnya terdapat belon yang diisi air. 1 urat benang diikat mengelilingi peserta dan mereka dikehendaki bergerak dalam kumpulan ke arah fasilitator yang menunggu di depan pada jarak tertentu.

Tamat riadhah, sesi bersama Imam Muda Asyraf mengambil alih. Sungguh sedap bacaan ayat Al-Qurannya. Ada pula sesi bergambar bersama Ustaz Asyraf dan isterinya. layan~

Kira-kira jam 11.30 pagi, pembahagian kumpulan diadakan dan modul Pohon Islamku bermula. Seronok berkenalan dengan adik-adik saya yang seramai 8 orang itu.

3 petang, misi mendaki bukit Jugra! Lama tidak beraktiviti lasak dek tidak ada kerjalapangan dan masuk hutan ikut sahabat-sahabat lain. Dapat dilihat dari atas bukit kawasan muara sungai dan lautan Selat Melaka. Nyaman sangat di atas sana sehingga ada yang nyenyak tidur.. =)

19 Disember, bersama adik-adik kumpulan buat kali yang terakhir iaitu misi gotong royong kawasan kem. Kumpulan saya diamanahkan mengemas tapak khemah. Bermula dengan demontrasi membuka khemah oleh fasi Aisyah Humaira, adik-adik saya berlumba mahu menyiapkan kerja dengan cepat. Suka melihat mereka bekerjasama~

Kemudian, slot resolusi menyimpulkan dapatan-dapatan sepanjang program. Terus membahagi kumpulan seperti biasa untuk kuiz. Nampak seperti mereka mendahului kumpulan lain. =)

Pelancaran penutupan oleh Dr Rusni, Pengarah Nisa’ Malaysia bermula tengah hari. Penutupan ini diakhiri dengan muhasabah yang sungguh terkesan di hati. Dengan alunan zikrullah, titisan air mata kehambaan. Usai majlis, peserta bersalaman dengan semua fasilitator.

Saya mengambil kesempatan yang ada, makan aiskrim percuma bersama adik-adikku~

Semua yang ada beransur-ansur pulang. Saya dan Sakinah menumpang mak cik saya yang datang menjemput anaknya, peserta program.

Malam- makan malam famili di BBB Tom Yam sempena birthday saya ^_^

kepada yang wish, maaf xdan nak reply semua. Arigato!

Team fasi JNS ’10

pemandangan dari puncak bukit Jugra

Menjadi diriku

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku…….

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

 

Published in: on December 22, 2010 at 2:08 pm  Comments (1)  

Ramadhan Berganti Syawal

Ramadhan yang kurindu berlalu pergi berganti pula dengan Syawal. Detik-detik akhir Ramadhan lalu mempamerkan keramaian di masjid-masjid dan di surau-surau telah berpindah ke pusat beli belah. Semua sibuk berbelanja baju raya baru, kasut baru, hingga dompet baru. Imam Syafie ada berpesan,  Aidilfitri bukanlah diperuntukkan bagi orang yang mengenakan sesuatu yang serba baru, tetapi dipersembahkan bagi orang bertambah ketaatannya.

Sahabatku, kadang-kadang kita terlalu mengekspresikan kebahagiaan dan kemeriahan menyambut lebaran ini sehingga ada pula menganggap Aidilfitri adalah penamat perjuangan melawan hawa nafsu.

Berakhir Ramadhan, syaitan-syaitan yang dibelenggu bebas, pesta-pesta hiburan akan tumbuh lagi dalam masyarakat. Pergaulan bebas dan hiburan ditayang secara meluas di media seakan mengajak pasangan kekasih berpeleseran macam belangkas, kembali ke habitat yang penuh syahwat.

Maka para sahabat dulu bersedih ketika Ramadhan akan berakhir. Seperti sabda Rasulullah SAW. sebagaimana dituturkan Ibn Mas ud:  Sekiranya para hamba (kaum Muslim) mengetahui kebajikan-kebajikan yang dikandung bulan Ramadhan, nescaya umatku mengharapkan Ramadhan terus ada sepanjang tahun. (HR Abu Ya la, ath-Thabrani, dan ad-Dailami)

Melangkah pula ke bulan Syawal, sepatutnya momentum di bulan Ramadhan lalu terus menerus ditingkatkan lagi. Ketika inilah kita akan melihat keberhasilan Ramadhan yang telah berakhir untuk terus dipertahankan melalui bulan-bulan seterusnya. Ibaratnya, adakah kita mampu menjaga lifetime battery iman kita untuk melalui hari-hari mendatang hingga memasuki semula waktu charge pada Ramadhan seterusnya?

Justeru sahabat sekalian, jadikan Ramadhan lalu sebagai kelahiran kita sebagai insan yang baru. Insan baru lepasan Ramadhan pasti lebih baik hubungannya dengan Allah SWT dan manusia.

Saya sangat bersyukur kerana dapat meraikan Ramadhan lalu dengan insan-insan yang sering mengingatkanku. Melihat mereka pasti teringatkan Allah. Merekalah sahabat-sahabat, teman hidupku yang terbaik. Banyak memori bersama dalam bulan tersebut, bukan hanya berbuka puasa, tarawih bersama. Tapi kami sama-sama turun merakyat, berusaha untuk kemenangan Islam.

Bubur lambuk dimasak untuk Ihya’ Ramadhan Kelab Geologi

aida: da siap ke ni..?

Dr. Tajul memasukkan 12 tin susu cair.. oo ini lah rahsia keenakkan bubur lambuk geologi =)

ni masak bubur lambuk yang dikelola PMFST pula

hari yang sama, GMUKM pun masak bubur lambuk (^_^)/

sedang memasukkan bubur lambuk ke dalam plastik2 utk diagih ke masyarakat kampus

siap utk diagih ke warga UKM!

buka puasa di PMFST setelah penat keliling UKM bagi bubur lambuk

bersama anak-anak yatim yang comel-comel belaka

Sekadar ingin berkongsi, saya dan adik-beradikku pada ambang kemerdekaan tempoh hari. Kami berkonvoi sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan mengagihkan bendera kepada rakan-rakan mahasiswa kampus.

Konvoi. Saya di belakang berkereta comel~

berehat sebentar di pusanika. . . sakinah setia sbg pemandu berhemah. tabik!

di Kolej Pendeta Zaaba

********

Lembaran syawal membuka tirai, saya dan keluarga berhari raya di Kg Semerah Darat, Batu Pahat, Johor. Hari raya kali ini terasa kurangnya kerna ramai yang tidak bersama kami kali ini. Abangku tidak pulang beraya di Johor, tapi masih setia sebagai doktor di Hospital Kuching (jauh!) atas kepentingan perkhidmatan. Namun begitu, kemeriahan syawal tetap terasa dengan saudara mara ku yang havoc~!

Bacaan doa sesudah tahlil untuk arwah nenek

(^_^) keluarga Hj Hassan

bersama suami dan anak.. (ahaks!)

dengan mak (^.^)

Wak Sarnah, embah dan Kak Ada

Ammar bajet stylo~ hoho

saksikan Takbir Raya oleh GMUKM:

Dalam sibuk beraya, sempat juga saya cuba hasilkan ini:

menggunakan software CorelDRAW yang lazimnya diguna untuk melukis peta oleh para mahasiswa geologi, saya trace dari foto asal dan ubah suai menjadi kartun. Mirip tak dengan yang asal? Ada masa buat ini sebabnya peta saya dah siap dilukis =)

Published in: on September 13, 2010 at 8:25 am  Comments (5)  

Ramadhan Semarakkan Cinta Hamba

Kedinginan malam pertama Ramadhan menggigit kulit terus menusuk ke tulang. Itulah ketenangan dan kedamaian yang dirasai malam tadi. Umat Islam berpusu-pusu ke masjid menunaikan solat terawih pada malam pertama. Ramai. Moga jumlahnya kekal sehingga ke akhir ramadhan.

Alhamdulillah, kita masih lagi dapat bertemu Ramadhan pada tahun ini. Masih lagi diberi peluang untuk melipat gandakan pahala. Masih lagi diberi peluang untuk menyucikan diri yang hina dan kotor sarat dengan debu dosa.

“Bulan Ramadan itulah bulan di dalamnya diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia, menjadi keterangan-keterangan dari petunjuk itu sehingga membezakan antara yang hak dengan yang batil.  Maka barangsiapa antara kamu melihat bulan itu hendaklah ia berpuasa”. [Al-Baqarah, 2:185]

Ketahuilah saudaraku, Ramadhan bakal melahirkan seorang muslim menjadi lebih bertaqwa, melatih manusia supaya bersabar menghadapi kesusahan dan cabaran-cabaran hidup; melahirkan manusia yang amanah, menyemarakkan cinta hamba kepada pencipta dan pelbagai lagi.

Tapi semua ini tidak akan berjaya jika diri sendiri tidak mahu mentarbiyyah atau mendidik diri sedangkan Allah sudah limpahkan peluang itu. Dalam kita berpuasa kita harus mengawal bukan saja  memakan, tapi juga mengawal hati dan tingkah laku. Sebab itu Rasulullah s.a.w berpesan: “Puasa itu sebagai perisai dan apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor, jangan menjerit-jerit serta jangan berlaku bodoh.”

Berazamlah dalam diri, bermatlamatkan keredhaan Allah, jadikan Ramadhan medan untuk merubah diri menjadi lebih baik. Letakkan TARGET pada Ramadhan ini untuk berusaha ke arah itu malah lebih dari itu. Justeru itu, hayatilah pesanan Rasulullah s.a.w melalui sebuah hadisnya yang bermaksud: “Ramai di kalangan umatku yang berpuasa tetapi tiada mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.”

Bagi para aktivis pula, bulan Ramadhan bukan bulan untuk bermalas-malasan, seharusnya lebih bersemangat. Ambillah ibrah dari peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di bulan penuh barakah ini.

Malulah kita dengan tentera-tentera Badar yang hanya 313 orang menentang 1000 orang quraisy Mekkah. Medan kita di kampus apa pula? Para da’i harus saling berganding bahu tak kira dari jemaah mana sekalipun, sama-sama mentarbiyyah mad’u yang dahagakan pengisian jiwa. Tidaklah hanya skop TARBIYYAH sahaja. 2 lagi skop penting iaitu DAKWAH dan SIASAH juga harus diambil kira.

Semua ini tidak akan dilaksanakan seandainya perasaan cinta kita sebagai seorang hamba kepada sang Pencipta malap. Ayuh jadikan Ramadhan ini sebagai penyemarak cinta kita padaNya! Tidak dapat ditahan lagi perasaan ini hanya padaNya, I LOVE YOU ALLAH!!!!

Published in: on August 11, 2010 at 6:08 pm  Comments (1)  

Aplikasi Media untuk Islam

Percaya atau tidak, sejak manusia mula dilahirkan lagi media telah memainkan peranan dalam mempengaruhi fikiran. Malah, saya berani katakan awal mula pembentukan pemikiran adalah melalui media. Lihatlah, betapa media telah mendoktrin pemikiran masyarakat untuk jauh dari apa yang dianjurkan dalam Islam.

Telah kita ketahui rata-rata filem, drama, telemovie, segmen, dan rancangan gagal membentuk generasi yang menjadikan Islam sebagai cara hidup. Manakan tidak, jalan cerita dan para pelakon telah membuktikan segalanya. Sejak kecil lagi kita melihat cerita-cerita di ‘kotak’ itu lalu terdoktrin bahawa beginilah cara pemakaian yang normal. Pakaian yang tidak menutup aurat itulah dilabelkan pakaian biasa. Sejak kecil lagi kita menonton kisah-kisah cinta lalu terdoktrin inilah yang dikatakan cinta. Ini cukup membuktikan betapa media punyai kuasa untuk membentuk pemikiran.

Media seperti ini adalah sebagai contoh maklumat disalurkan. Jika kita lihat situasi di negara kita ini, mereka yang mempunyai ‘maklumat’ mempunyai kuasa. Mengapa saya katakan begitu? Ya, mereka ini mampu mengubah persepsi insan. Seseorang itu akan menilai maklumat dan mengubah persepsi serta sikap terhadap sesuatu perkara setelah maklumat itu tiba.

Allah S.W.T menyebut dalam Alquran:

” Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati (qalb) tetapi tidak menggunanya, dan mereka yang mempunyai mata (tetapi) tidak melihat, dan mereka yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mendengar. Mereka sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. “

(Al-Quran 7 : 179)

Maknanya, maklumat yang disampaikan melalui mata yang melihat, telinga yang mendengar akan membolehkan diri yang melihat dan mendengar itu memberi makna terhadap perkara tersebut. Begitulah betapa peri pentingnya segala isi yang tersiar di televisyen, dan surat khabar yang mempengaruhi manusia. Para pendakwah seharusnya mengambil langkah yang bijak bagi menandingi virus-virus Illuminati yang sudah lama melakukan penguasaan pemikiran ini. Gerakan bawah tanah itulah yang merencanakan segala hiburan melalui alat-alat media ciptaan mereka.

Sebagai aktivis dakwah, mahasiswa universiti sepatutnya menggiatkan media bagi menyampaikan Islam yang syumul. Ia amat penting bukan sahaja untuk tarbiyyah sahaja, malah ia merangkupi aspek dakwah siasah juga. Saya teringat kata-kata Hishamudin Rais dalam satu forum yang pernah saya ikuti.

“Sepatutnya mahasiswa gunakan 100% media yang ada terutamanya Youtube sebagai TV Rakyat.”

Siapa tak terbakar mendengar setiap ungkapan beliau. Ia sedikit sebanyak menaikkan semangat saya untuk terus mengorak langkah dalam bidang multimedia dan propaganda. Semoga berhasil satu hari nanti.

Published in: on March 10, 2010 at 12:40 am  Comments (3)  

8.6 skala Ritcher Jadi Habuan

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramal berlaku di bawah Pulau Siberut, Sumatera Barat dengan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi di Aceh yang mengorbankan hampir 230,000 nyawa pada 2004.

Berdasarkan ramalan pakar-pakar geologi, gempa itu boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah untuk tempoh dua dekad akan datang.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rosaidi Che Abas berkata, gempa sekuat itu boleh menyebabkan tsunami yang mengancam kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama Melaka dan Johor.

**********************************

Semalam baru saja mula mempelajari subjek Geofizik. Walaupun baru bahagian pendahuluan, Prof Rahim ada menjelaskan secara ringkas mengenai gempa bumi. Gelombang gempa ini dikenali sebagai gelombang seismos. Gelombang seismos ada 3 jenis. Primary, Secondary and Surface Wave. Gelombang paling jahat sekali yang membawa kehancuran ialah gelombang permukaan.

Malaysia amat beruntung kerana kedudukan masih lagi jauh dari Lingkaran Api Pasifik. Namun sebenarnya, kedudukan itu sedang berubah menghampiri lingkaran tersebut. Ini bermakna, Malaysia mungkin bakal menerima bala dahsyat gempa bumi~ Tidak dinafikan Malaysia juga terkena tempias gelombang gempa bumi di negara jiran ini.

Habislah. Bala dari Allah datang lagi.

Semua perlu muhasabah. Kenapa ia berlaku.

Bukan kerana kitaran geologi semata, namun pasti ia dari kemurkaan Allah kepada kita.

Cepat-cepat sedar semua.

jangan halang orang berceramah

jangan halang orang buat usrah

jangan halang orang berdakwah

jangan halang orang tuntut keadilan

jangan menzalimi rakyat

jangan tak bagi royalti minyak

semuanya jangan~

kalau tidak, awas kamu!

Published in: on December 24, 2009 at 8:35 am  Leave a Comment