Pimpinan Muda

Assalamualaikum…..

Patah tumbuh hilang berganti…

Berakhir sudah Muktamar Sanawi ISIUKM yang ke-26 pada 15 Februari 2009 yang lalu. Pimpinan bertukar ganti dengan mutiara-mutiara yang menyinar. Bersedia menggalas amanah menegakkan addeen. Sememangnya muktamar adalah medan untuk muhasabah bagi memperbaiki kepimpinan sehingga ke akar umbi. Berikut adalah pimpinan yang telah dilantik:

Presiden : Ustaz Mohd Idris B Mohd Yusoff

Timbalan Presiden : Ustaz Hisyammuddin B Che Ali

Pengerusi Helwani : Ustazah Nur Atika Bt Omar

Timbalan Pengerusi Helwani : Ustazah Nur Hafizah Zakariya

Setiausaha : Ustaz Mohd Faiz B Ismail

Timbalan Setiausaha : Ustazah Zakiah Bt Abdul Rashid

Bendahari : Ustaz Mohd Hafiz Abdul Razak

Timbalan Bendahari : Ustazah Nabilah Bt Mohamad Maiyidin

Pengerusi Tarbiyah & Kepimpinan : Ustaz Azizan B Anwar

Timbalan Pengerusi Tarbiyah & Kepimpinan : Ustazah Siti Aishah Bt Yusoff

Exco Tarbiyah & Kepimpinan : Ustaz Abdul Khalil Bin Ferdos

Timbalan Exco Tarbiyah & Kepimpinan : Ustazah Siti Fatimah Bt Md Saman

Exco Hubungan Seranta : Ustaz Ahmad Ammar B Ishak

Timbalan Exco Hubungan Seranta : Ustazah Noor Aisyah Bt Zainuddin

Exco Dakwah & Siasah : Ustaz Affandi B Abdul Rahman

Timbalan Exco Dakwah & Siasah : Ustazah Rabiatul Adawiayah Bt Abd Rahim

Exco Ekonomi & Pemasaran : Ustaz Ahmad Mubarak Fikri Bin Che Mustapha

Timbalan Exco Ekonomi & Pemasaran : Ustazah Nurul Jannah Bt Azizan

Exco Kebajikan & Akademik : Ustaz Mohd Shukri Bin Said

Timbalan Exco Kebajikan & Akademik : Ustazah Nurjamilah Bt Alimin

Exco Penyelidikan & Pembangunan : Ustaz Mohd Asrul B Ali

Timbalan Exco Penyelidikan & Pembangunan : Ustazah Maryam Afifah Abdul Latif

Exco Sukan & Kebudayaan : Ustaz Nik Umair B Nik Rahim

Timbalan Exco Sukan & Kebudayaan : Ustazah Sakinah Bt Ropien

Exco Hubungan Antara Kaum : Ustaz Mohamed Hakim B Zulkafli

Timbalan Exco Hubungan Antara Kaum : Ustazah Rabunah Bt Ahmad

Exco Informasi & Penerbitan : Ustaz Muhammad Fadhil Bin Abdul Kadir

Timbalan Exco Informasi & Penerbitan : Ustazah Wan Noor Aziezan Bt Baharuddin

header isi

~pimpinan ISIUKM 09/10~

islam untuk semua

Published in: on February 19, 2009 at 12:04 am  Comments (5)  

Rempuhan Rakyat

wanita juga dikasari FRU !

Published in: on February 9, 2009 at 12:03 pm  Comments (5)  

Pedoman Ghulam Dakwah Buat Para Da’i

#Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang#

#Dan Hari (Pembalasan) yang dijanjikan#

#Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan#

#Celakalah kaum yang menggali parit#

#(Parit) Api yang penuh dengan bahan bakar#

#(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk disekelilingnya#

#Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang yang beriman#

#Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji#

Al-Buruj 1-8

Ada seorang raja pada suatu masa dahulu sebelum kamu yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir itu semakin tua, berkata dia kepada raja tersebut, “Sesungguhnya aku sudah semakin tua, maka datangkanlah padaku seorang budak supaya dapat aku mengajarnya ilmu sihir”. Maka didatangkan kepadanya seorang budak dan diajarnya. Suatu ketika dalam perjalanan budak tersebut (belajar dengan ahli sihir), dia berjumpa dengan seorang rahib, maka dia duduk di sisi rahib tersebut dan mendengar kata-katanya yang menakjubkan dia. Maka

begitulah seterusnya apabila dia hendak berjumpa dengan ahli sihir, dia akan berselisih dengan rahib tersebut dan duduk disisinya.

Apabila dia bertemu ahli sihir tersebut, dia dipukulnya (kerana terlewat). Maka budak tersebut mengadukan hal ini pada rahib tadi. Kata rahib tersebut, “Kalau kamu takut pada ahli sihir (kalau-kalau dipukul), maka katakan keluargaku menahanku. Kalau kamu takut pada keluargamu (kalau-kalau dipukul), maka katakan ahli sihir menahanku”. Maka begitulah seterusnya hingga pada suatu ha

ri, muncullah seekor binatang yang besar yang menghalang manusia (daripada lalu lalang). Maka berkata budak tadi, “Hari ini aku akan mengetahui siapa yang lebih baik, ahli sihir ataupun rahib”. Maka diambilnya sebiji batu dan berkata “Allahumma kalau perbuatan rahib lebih kau cintai dari perbuatan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini hingga orang boleh lalu lalang seperti sediakala”. Maka dilemparnya (binatang tadi) dan terbunuhlah ia (binatang tadi) hingga membolehkan orang lalu lalang. Maka dia pun pergi kepada rahib dan menceritakan apa yang berlaku. Rahib pun berkata kepadanya, “Wahai anakku, pada hari ini, engkau sudah menjadi lebih baik dariku, dirimu telah sampai kepada satu tahap di mana engkau akan diuji. Dan apabila engkau diuji, maka jangan kau tunjukkan/dedahkan identiti aku.”

Kemudian seterusnya, budak tersebut berjaya menyembuhkan pesakit kusta dan yang buta, dan mula mengubati orang ramai dari pelbagai penyakit. Maka seorang daripada pegawai/menteri kepada raja tersebut mendengar (hal budak ini merawat orang sakit) sedang dia itu buta, lalu dia datang kepada budak tersebut dengan hadiah yang banyak dan berkata, “Apa yang ada disini semuanya untuk kau seandainya kau dapat menyembuhkan aku”. Kata budak tersebut “Sesungguhnya aku tak boleh menyembuhkan seseorang, tetapi yang menyembuhkan ialah Allah. Sekiranya engkau beriman kepada Allah, aku akan berdoa kepada Allah (supaya menyembuhkan kau). Dia pun beriman kepada Allah dan Allah menyembuhkan penyakitnya.

Maka pembesar tadi pergi kepada raja dan duduk bersama-samanya seperti biasa. Maka raja berkata kepadanya, “Siapa yang mengembalikan penglihatan kau.” Pembesar tersebut berkata, “Rabbi”. Raja bertanya “Adakah kau mempunyai tuhan selainku”. Pembesar menjawab “Tuhanku dan tuhanmu ialah Allah”. Maka raja pun menyiksanya tanpa henti sehingga dia memberitahu perihal budak tadi. Maka budak tadi pun dipanggil. Raja berkata, “Wahai budak, telah sampai kepadaku berita tentang sihirmu yang menyembuhkan orang buta dan kusta dan kau berbuat begitu dan begini.” Maka berkata budak tersebut, “Sesungguhnya aku tidak menyembuhkan tetapi Allah yang menyembuhkan.” Maka raja pun menyiksa budak tadi tanpa henti hingga dia akhirnya mendedahkan identiti rahib. Maka rahib pun diseru oleh raja dan dikatakan kepadanya, “Keluarlah daripada agamamu!” Dia membantah maka diletakkan gergaji di atas kepalanya kemudian digergajinya rahib tadi hingga terputus dua. Kemudian dibawa pula pembesar raja tadi dan dikatakan kepadanya, “Keluar daripada agamamu”. Dia membantah maka diletakkan gergaji di tengah kepalanya dan digergajinya hingga terputus dua.

Pengajaran & Pedoman

Dari kisah Ashabul Ukhdud terdapat banyak pengajaran yang perlu diambil oleh umat islam. Bersesuaian dengan hadis ini berada dalam Bab Sabar Riyadhus Solihin.

Raja memilih pemuda ini untuk dididik menjadi penyihir yang dapat membantunya, akan tetapi Allah menghendakinya menjadi seorang dai soleh yang menghancurkan kerajaannya dan memberi petunjuk kepada manusia kepada agama yang benar.

Mengorbankan jiwa pada jalan Allah bukanlah bermaksud membunuh diri. Sebagian dari orang-orang mukmin ada yang dicampak ke dalam api, ada pula yang terjun sendiri. Tujuan mereka bukanlah bunuh diri, akan tetapi hal itu mengandungi penghinaan kepada para thaghut dan keredhaan dari Rabbul alamin.

Kuatnya permusuhan orang-orang kafir terhadap orang-orang mukmin. Raja dan bala tentaranya telah menggergaji penasihatnya dan pendeta, lalu mereka membakar manusia dengan api.

Penjagaan Allah terhadap para wali-Nya dan penghinaan-Nya terhadap musuh-musuh-Nya. Allah telah menjaga pemuda ini dari usaha pembunuhan, menjawab doanya, dan membinasakan orang-orang yang kufur.

Kewajiban sabar atas dugaan yang menimpa pada jalan Allah sebagaimana sikap pendeta, penasihat raja, dan pemuda ini yang bersabar sebagaimana orang-orang mukmin dibakar api dengan kesabaran.

Dibolehkan BERHELAH ( TAURIYAH ) dalam perang dan yang sejenisnya. Pendeta ini menunjukkan kepada pemuda itu cara menjawab kepada ahli sihir jika dia menanyakan kelewatannya dan cara menjawab kepada keluarganya jika mereka menanyakan kelewatanya sampai di rumah. Pemuda itu memanipulasikan keluarga dan ahli sihir bagi tujuan berhelah.

http://rushdunk.blogspot.com/

Published in: on February 8, 2009 at 8:40 am  Comments (1)  

Derita Sang Sahabat

air-mata

Pertama kali Sang Sahabat melihatnya, rasa kasih selaku saudara seislam menguntum. Setelah mula membina ikatan suci ukhuwwah, rasa ingin memimpinnya ke jalan benar membuah. Lantaran dirinya tercari-cari air bagi menjernihkan hati yang hitam gelap lagi pekat. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi merungkai segala kekusutan. Namun mungkin kesibukan berjuang sang sahabat menyebabkan dirimu terabai. Dia kehausan dan ketandusan rohani. Kesibukan itu bukan disengajakan. Kesibukan Sang Sahabat itu kerana Allah! Siapa lagi yang akan mengangkat Islam kalau bukan dirinya! Harapan menggunung supaya dia dapat bersama-sama Sang Sahabat. Memikul beban tanggungjawab bersama-sama. Jalan juang tidak pernah senang. Biarpun amanah terlalu berat, sanggup jua dipikul kerna itulah kewajipannya. Orang lain tidurnya cukup, Sang Sahabat kekurangan tidur. Orang lain punya masa belajar, Sang Sahabat terpaksa mencuri masa terluang untuk menyelak helaian-helaian buku. Sang Sahabat tidak kisah semua itu. Kerna percaya pertolongan Allah! Namun, Sang Sahabat berlapang dada pabila dirinya tidak mampu memberi kepada dia secukupnya. Ya Sang Sahabat punya kelemahan juga. Lalu dibiarkan lah dia dengan rasa serba salah kerna gagal mempersiapkan diri nya dengan pemahaman. Sang Sahabat sedar kerna Sang Sahabat  mengharung dugaan bukan berseorangan, malah seruan Rasulullah agar berdiri teguh seperti bangunan. Inilah takdir Allah, mungkin Allah menggantikan dengan bala tentera yang lebih berkualiti.

Tamparan hebat juga dari Keluarga Sang Sahabat menyebabkan Sang Sahabat hampir futur suatu ketika dulu. Mujurlah kesedaran kekurangan jundullah yang memperjuangkan kesyumulan Islam masih dibenak hati. Maka Sang Sahabat terus berusaha mempersiapkan anak-anak kecilnya. Harapannya agar jumlah jundullah akan bertambah dan memberi manfaat kepada umat Islam seluruhnya. Sang Sahabat tidak kisah pelbagai komitmen yang diperlukan. Sang Sahabat tahu tidak ramai yang sanggup memikulnya. Deritalah Sang Sahabat menanggungnya. Tersenyumlah dia dalam menangis kerna akur, deritanya itu tidakkan berpenghujung kerna syurgalah penghujungnya.

Published in: on February 8, 2009 at 2:36 am  Comments (3)  

Bersama Melangkah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, ana berjaya mencari sedikit ruang untuk ana menulis pada hari ini. Pada semester yang pendek ini ana terlibat dengan beberapa program besar. Selepas pilihan raya kampus, ana dan famili DKI II yang seramai 70 orang kembali berkerah tenaga habis-habisan sebelum tibanya tarikh bersejarah 21 Mac 2009. Program DKI II ini adalah program mega ISIUKM yang julung kalinya diadakan untuk memberi sumbangan kepada sahabat-sahabat kita yang sedang berjihad di Palestin. Moga program ini berjalan dengan lancar walau pelbagai onak yang terpaksa dilalui. Kami mensasarkan seramai 4000 orang yang datang dari pelbagai IPTA dan IPTS juga masyarakat luar akan terlibat dalam program anjuran ISIUKM ini.

Program seterusnya, mungkin boleh dikatakan lambat sedikit pengurusannya iaitu program Malam Tautan Saintis Muda. Program ini khusus diadakan untuk mahasiswa/i tahun 1 anjuran Unit Pelajar Tahun Satu PMFST. Program ini juga bakal diadakan pada bulan Mac. Mungkin ini tidak lah terlalu tinggi nilainya kerna ada sahabat lain yang lebih sibuk dari ana. Namun nilai pengalaman berurusan dengan orang sangat tinggi kerana ana sangat lemah dalam bidang pengurusan program.  Jujur ana katakan bebanan amanah sangat terasa, MySpace namun seharusnya kita melaksanakan sehabis baik kerana telah diberi kepercayaan oleh sahabat-sahabat. Ana harus mengambil langkah positif untuk terus bersama dengan sahabat untuk mendaulah islam di bumi UKM!!

gambar perkampungan famili Dimensi Kesenian Islam II  :

dsc00154~lukis banner~

dsc00182

~mewarna pula~ (^.^)

dsc00049

~logo ISIUKM~

dsc00063

Dah Siap!

*muslimin tiada dalam gambar kerana ketika saat tersebut mereka sibuk mencari sumbangan untuk program ini di sekitar Shah Alam, Kuala Lumpur, Bangi, Kajang~ MySpace

wassalam……

MySpace

Published in: on February 3, 2009 at 7:13 pm  Comments (5)