Metafora

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

Dengarlah metafora puisi dusta

Hilanglah persahabatan………

munsyid: Nice

#bagaimana harusku lakukan supaya kau faham?#

MySpace

***************

Alhamdulillah, video yang ditunggu-tunggu akhirnya sudah siap. Video yang bertajuk “Ada apa dengan Ukhuwwah?” itu dibuat khas untuk sahabat-sahabat x-kmj yang sangat dirindui. Sekurang-kurangnya terubat sedikit rindu apabila menggunakan teknologi untuk mengabadikan kenangan~ Dalam video tersebut ana letakkan kerjaya sahabat-sahabat pada masa depan mengikut jurusan masing-masing. Lagu tema ialah lagu kegemaran kita semua, iaitu Sebuah Pertemuan nyanyian kumpulan UNIC.


title1

Semoga kalian bersabar dan tabah meneruskan perjuangan di kampus masing-masing. Andai terdetik sedikit di hati ingin berhenti berjuang, ingatlah, siapa lagi yang akan perjuangkan islam jika bukan antunna yang sangat faham? bagaimana antunna boleh melupakan segala yang kita lalui? bagaimana antunna boleh melupakan penat lelah kita? bagaimana antunna boleh melupakan kemanisan ukhuwwah kita? Ingatlah, jika antunna berubah menjadi lesu, pastinya terpalit kecewa di hati sang murobbi. Lupakah antunna terhadap pengorbanannya? Tiada sebab untuk kita berhenti kerana telah menjadi kewajipan bagi kita untuk bersama mendokong cita-cita daulah islam. Antunna lah yang tentukan. Ana harap sangat antunna terus menjadi pendokong perjuangan ini.

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema’rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

MySpace

Advertisements
Published in: on December 17, 2008 at 9:23 am  Comments (3)  

Kikisan Penggunaan Bahasa Melayu

Sedarkah mereka penggunaan bahasa inggeris dalam sains dan matematik akan menghancurkan dan meranapkan bahasa ibunda? MySpace

Yelah, mudah lah bagi cendekiawan dan cerdik pandai kerana tidak perlu bersusah payah menterjemahkan buku-buku ilmu ke bahasa melayu.MySpace

Seharusnya mereka tidak ‘malas’ berfikir dan perlu membuat kajian yang lebih mendalam. Inilah karat yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir yang paling teruk ana kira kerana ia akan mengkikis secara nyata bahasa melayu, bahasa ibunda beliau sendiri!

Sedarkah mereka sebenarnya, kita sedang ‘mencontohi’ negara India? Negara yang sangat miskin, yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin. Mereka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar untuk memandaikan rakyatnya. Namun selepas 400 tahun, dipercayai 3% rakyat negara itu yang dapat menguasai bahasa inggeris. Jumlah seluruh penduduk dunia yang miskin adalah adalah 1.1 bilion. Daripada jumlah itu 41.01% (400 juta orang) adalah rakyat India!

Lihat pula negara-negara di Eropah. Data ini menunjukkan negara terkaya di dunia:

1. Norway (US$43,400) bahasa penghantar: Norwaegian

2. Switzerland (US$40,680) bahasa penghantar: Perancis & German

3. United States (US$37,870) bahasa penghantar: Inggeris

4. Japan (US$34,180) bahasa penghantar: Jepun

5. Denmark (US$33,570) bahasa penghantar: Danish

6. Sweden (US$28,910) bahasa penghantar: Swedish

7. United Kingdom(US$28,320) bahasa penghantar: Inggeris

8. Finland (US$27,060) bahasa penghantar: Finnish

9. Ireland (US$27,010) bahasa penghantar: Irish & Inggeris

10. Austria (US$26,810) bahasa penghantar: German

Nah, lihatlah! Sudah 30 tahun Malaysia mencontohi negara cemerlang  Eropah, kini Malaysia mengatur strategi untuk mencontohi negara India yang jauh lebih miskin!MySpace

fikir-fikirkanlah..

artikel di bawah diambil dari http://universitipts.com/, diedit oleh cheekylulu.

Dalam Al-Quran, ayat ke-4 surah Ibrahim :

Kami tidak menghantar seorang wakil pun melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat menyampaikan penerangan dengan jelas kepada mereka.

Berdasarkan prinsip di atas itulah semua 4 buah kitab suci Islam – Quran, Injil, Taurat dan Zabur – setiap satunya diturunkan menggunakan 4 bahasa ibunda yang berlainan. Justeru, hanya kitab Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa ibunda Nabi Muhammad SAW (Namun ini tidak bererti Islam untuk bangsa tertentu sahaja).

Ayat ke-4 itu menunjukkan bahawa bahasa ibunda hendaklah digunakan bagi menyampaikan pendidikan. Jadi, kita lihat bagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri menerima ilmu baginda dalam bahasa ibundanya, bahasa Arab. Berdasarkan prinsip itu juga malaikat Jibril bercakap dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad SAW apabila mengajarkan mesej-mesej Islam kepada beliau.

Prinsip yang sama digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam tingkah lakunya, di mana apabila baginda mengajarkan mesej-mesej Islam kepada orang-orang Arab, baginda menggunakan bahasa Arab. Apabila baginda hendak menghantar surat kepada kaum-kaum lain, surat-surat baginda dituliskan dalam bahasa-bahasa kaum itu. Sebagai contoh apabila baginda hendak menghantar surat kepada orang Yahudi, surat baginda ditulis dalam bahasa Yahudi oleh jurutulis yang pandai bahasa itu.

Apabila agama Islam mula tersebar kepada kaum-kaum bukan-Arab, Nabi Muhammad menghantarkan guru-guru agama kepada kaum-kaum itu dengan memilih guru-guru bangsa Arab tetapi yang pandai bercakap dalam bahasa kaum-kaum tersebut.

Dasar pendidikan yang menggunakan bahasa bekas penjajah, contohnya bahasa Inggeris, sebagai bahasa penghantar adalah suatu dasar yang tidak ada asasnya dalam kitab Quran mahupun dalam sunah Nabi Muhammad. Justeru ia adalah dasar yang bertentangan dengan ajaran Islam.

*ingin sekali ana kongsikan komen pembaca terhadap artikel ini. Harap dapat membawa manfaat.

Salam sejahtera,

Persoalan dan isu utama di sini ialah isu ‘kebodohan bahasa Inggeris’, maka ia harus ditangani dengan mengkaji semula silibus dan cara pengajaran subjek bahasa ini. Walaupun rujukan dan juga buku-buku berkenaan sains dan matematik banyak di dalam bahasa Inggeris, ini tidak bermakna inovasi sains dan matematik bangsa Inggeris adalah cemerlang.

Matematik adalah suatu yang universal walau dalam bahasa apa pun ia diajarkan, jika murid-murid itu mempunyai kemampuan mental yang baik untuk memahami matematik maka mereka tetap akan cemerlang di dalam subjek ini. Dan jika seseorang murid itu tidak ada kecenderungan mental dan minat dalam matematik dan sains, sekalipun dia seorang pelajar sasterawan Inggeris yang cemerlang hasilnya dia tetap tidak akan dapat mnguasai subjek sains dan matematik dengan baik.

Apa yang kita TIDAK MAHU ialah murid-murid yang ada kemampuan mental dan minat di dalam matematik dan sains tetapi terhalang untuk menguasainya dengan baik oleh sebab mereka tidak dapat memahami bahasa penyampaian subjek itu. Kita akan rugi di sini. Namun begitu sejarah membuktikan ada pelajar yang mendapat A1 dalam mata pelajaran matematik tambahan, fizik, kimia dan matematik moden tetapi kecundang di dalam maa pelajaran bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Jadi bagaimanakah kita menjelaskan hal ini.

Apa yang dikhautiri di sini ialah kerajaan kita agak ‘PEMALAS’ untuk berfikir, mereka mahu ambil jalan senang iaitu dengan mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, maka tidak perlu cerdi pandai kita bersusah payah berfikir bagaimana untuk tidak menterjemahkan teks-teks asing ini(bukan sebab tidak mampu. Kerja menterjemah memanglambat dan perlahan serta perlu penelitian, serta sedikit pemkiran daya cipta untuk mengadaptasi budaya asing ini.

Kerajaan kita (para ahli politik dan pegawai tertingginya) bukan kerajaan yang cendikiawan, mereka ini terdiri daripada orang-orang yang ‘PEMALAS’, yang hanya berfikir ingin cepat itu dan ini terutamanya cepat kaya. Jikapun, kita ingin meluncur laju mencapai wawasan 2020, tetapi apa gunanya jika kita menghasilkan rakyat yang malas befikir, tidak inovatif, ingin cepat kaya, menipu di sana sini. Apakah kita berpuas hati menghasilkan bijak pandai bermentaliti seperti ‘Bollywood’, setakat mengoyang punggung dengan ghairah di sana sini kita boleh mendapat anugerah kehormatan negara?

Apakah sudah jadi dengan Malaysia ini? Semoga Allah selamatkan kita semua. Fikir-fikirkanlah, tidak semua perkara boleh dicapai dengan jalan singkat dan mudah sahaja.MySpace


Published in: on December 15, 2008 at 8:26 am  Comments (3)  

Pindaan AUKU hanya KOSMETIK!

BANGI : Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyifatkan pewartaan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 (AUKU) yang melibatkan 61 pindaan pada 11 Disember lalu oleh Dewan Rakyat sebagai mengecewakan dan tidak profesional.


Hal ini kerana kesemua fasal dalam pindaan AUKU telah diluluskan tanpa adanya pindaan yang sebelum ini disuarakan oleh mahasiswa seperti pemusatkan kuasa di pihak menteri, keterbatasan mengeluarkan pendapat dan pelaksanaan AUKU secara terpilih.

Setiausaha Kerja GMUKM, Hishamuddin Abdullah menyifatkan pewartaan AUKU (Pindaan) 2008 jelas tidak memuaskan hati para mahasiswa yang mahukan diri mereka dilayan seperti warganegara berumur 21 tahun ke atas.

“ Pindaan ini telah berjaya mengunci mulut dan mengikat tangan mahasiswa daripada memberikan pendapat serta bersuara dalam pelbagai bidang dan hanya dibolehkan dalam pengkhususan pengajian mereka sahaja manakala sebum mahasiswa memberi pendapat dalam sesuatu majlis, majlis tersebut hendaklah diluluskan oleh menteri dan ini sesuatu yang pelik dalam suasana kebebasan maklumat ini”, ujarnya

Dalam Seksyen 15 (6) (b) AUKU (Pindaan) 2008 telah diperuntukkan bahawa mahasiswa hanya dibenar bersuara dalam hal berkaitan akademik dan dibenarkan memberi pendapat dalam seminar dan simposium dengan syarat majlis tidak dianjurkan atau diberi peruntukan kewangan oleh parti politik, pertubuhan menyalahi undang-undang serta pertubuhan, badan atau kumpulan yang dikenal pasti oleh menteri sebagai tidak sesuai.

Tambahnya lagi bahawa pindaan ini turut menyekat hak mahasiswa untuk menganggotai parti politik dan kebenaran hanya dibolehkan apabila segala butiran peribadi diberikan kepada Naib Canselor untuk kelulusan dan rekod Universiti melalui peruntukkan Seksyen 15 (4) Akta AUKU ini.

“ Persoalan di sini ialah beberapa ramai yang berani memberikan butiran peribadi kepada pihak Universiti berkaitan parti politik yang ingin dianggotai mereka dan adakah terdapat jaminan bahawa data tersebut tidak digunakan sebagai ugutan ataupun kawalan pihak Special Branch?”, Soalnya.

“ Tidakkah pelik apabila mahasiswa dibenarkan mengundi parti politik, tetapi dilarang menjadi anggota parti sedangkan mahasiswa luar negara boleh menyertai politik melalui Kelab UMNO luar negara dan alasan sekiranya tugas mahasiswa adalah belajar dan bukan berpoltik merupakan hujah sempit dan tidak memahami bahawa politik itu luas, iaitu termasuk pendidikan politik, isu politik, politik non-partisan dan sebagainya,” ujarnya.

Langkah pewartaan AUKU itu juga, katanya jelas bahawa peruntukkan hak mahasiswa berpolitik tidak lagi sepenuhnya dilakukan dalam AUKU baru ini walaupun ada pengecualian, dan pihak kerajaan masih tidak dapat menerima hakikat bahawa mahasiswa perlu terlibat dalam politik seiring dengan hak mereka mengundi setelah berumur 21 tahun di negara ini.

“ Selain itu mengapa tidak diwujudkan peruntukkan undang-undang berkaitan sikap menteri dan Naib Canselor serta Lembaga Pengurusan Universiti yang bertindak diluar bidang kuasa (ultra vires) dan menzalimi mahasiswa yang tidak bersalah?,” Soalnya.

Hishamuddin menambah bahawa GMUKM turut menerima beberapa pindaan yang dilakukan dalam Akta AUKU 2008 ini yang menurut beliau, hak semulajadi mahasiswa kerana mempunyai nilai demokrasi yang selari dengan undang-undang negara dan perlembagaan negara.

Antaranya pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di kampus, mereka yang melakukan kesalahan mengikut AUKU, tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah dan akan hanya dihadapkan di Tribunal Universiti, diberikan peluang yang munasabah untuk didengar (right to be heard) atas sesuatu tuduhan sekiranya ia dibawa ke hadapan tribunal serta pelajar boleh melibatkan diri dengan mana-mana organisasi sama ada di dalam dan di luar universiti tempatan atau luar negara .

Walaubagaimanapun menurut beliau, ia tidak lebih sekadar kosmetik yang menutup mulut ramai pengkritik sedangkan dari segi prinsip dan falsafah, jelas AUKU 2008 tetap mendiskriminasi mahasiswa sebagai seorang warganegara merdeka.

“ AUKU Pindaan 2008 ini tidak lebih sekadar gincu merah yang menyembunyikan kehodohan AUKU itu sendiri yang jelas membunuh hak asasi mahasiswa dan dilayan sebagai warganegara kelas kedua”

“ Tidak bolehkah mahasiswa dilayan seperti warganegara lain dalam soal kebebasan menganggotai politik, kebebasan bersuara, hak untuk melakukan semakan ke atas kuasa menteri dan juga hak untuk memilih persatuan yang digemarinya selari dengan perlembagaan negara?”, Soalnya.

Katanya, pindaan itu dilakukan ekoran perkembangan semasa geopolitik negara selepas Pilihanraya Umum lalu yang menunjukkan protes pengundi muda terutama mahasiswa kepada kerajaan dan pindaan dilihat sebagai satu pindaan tidak ikhlas dan bukannya untuk kebajikan serta hak asasi pelajar universiti.

“ Sebenarnya, rakyat Malaysia sudah mengakui bahawa AUKU diletakkan sebaris dengan Draconian Acts seperti ISA 1960, Akta Hasutan 1948, Akta Media Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan beberapa Akta lain yang bersifat kezaliman kepada rakyat Malaysia dan untuk itu, GMUKM ingin mecadangkan kepada pihak kerajaan agar mengubah perspepsi tersebut dengan memansuhkan terus Akta tersebut,” ujarnya

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kekesalan dengan tuduhan melulu Yang Berhormat Datuk Tajuddin Abdul Rahman , yang menyatakan bahawa mahasiswa malas membaca dan menyatakan ucapan ahli parlimen Pasir Salak itu telah mengguriskan 0.7 juta mahasiswa di negara ini

GMUKM mendesak ahli Parlimen itu memohon maaf kepada seluruh mahasiswa di 20 institusi IPTA dan 500 IPTS di seluruh negara termasuk mahasiswa di luar negara.

“ Memang diakui ada mahasiswa yang malas membaca tetapi bukan semuanya mahasiswa bersifat demikian dan tidak boleh dikatakan kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semua orang terkena palitan lumpur tersebut,”

Katanya lagi bahawa pihak Aspirasi yang dibonekakan oleh Hal Ehwal Pelajar inilah yang menyebabkan wujudnya sindrom tersilap-didik (miseducate) mahasiswa dari sudut keintelektualan kerana pihak Aspirasi ini secara faktanya, lebih suka menganjurkan penganjuran program bercorak hedonisme yang menyebabkan mahasiswa malas untuk menjadi ’ulat buku’.
sumber: GMUKM

*Mahasiswa hanya dibenar bersuara dalam hal berkaitan akademik dan dibenarkan memberi pendapat dalam seminar dan simposium dengan syarat majlis tidak dianjurkan atau diberi peruntukan kewangan oleh parti politik, pertubuhan menyalahi undang-undang serta pertubuhan, badan atau kumpulan yang dikenal pasti oleh menteri sebagai tidak sesuai.

apekah??? huuuu.. MySpace

Nampaknya mahasiswa diperbudakkan lagi…MySpace

SATU HATI

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati

Marilah bersama bersatu berjihad
Menentang kezaliman
Oh insan sedarlah
Pembalasan Tuhan pasti akan datang

Jangan takut…
Jangan takut, berjuanglah untuk keamanan

MySpace



Published in: on December 14, 2008 at 9:53 am  Leave a Comment  

Jalur-jalur itu

Salam..MySpace

Setelah sedikit perbincangan dengan kak zanMySpace, terungkai lah persoalan yang bermain di minda.MySpace Ianya berkaitan dengan sepotong ayat Al-quran yang mana ia amat berkait dengan geologi.MySpace

dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam [surah al-fatir: 27]

‘di antara gunung ganang’ mungkin merujuk kepada lembah. ‘jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam’ pula menerangkan perbezaan lapisan sedimen. Pembuktian perbezaan sedimen di bahagian lembah!

Ini dapat dijelaskan dengan lapisan tergred (graded bedding). Sila baca ya~

Lapisan Tergred (Graded Bedding)

Lapisan tergred menunjukkan perbezaan lapisan sedimen dari segi saiz partikelnya, biasanya partikel kasar di bawah dan partikel yang halus pula di atas. Lapisan-lapisan ini menunjukkan perbezaan warna dan setiapnya berbeza pula kandungan mineralnya.

Amat berkait rapat dengan agen, selalunya air. Apabila arus semakin perlahan, partikel yang besar akan mendap dahulu. Kemudian partikel halus pula.. begitu lah berulang-ulang.

continental_margin2

Proses ini mengambil masa yang lama untuk menghasilkan siri lapisan seperti ini:

xfig11_04Grand Canyon of Colorado River

xfig11_02Badlands Nat’l Monument, South Dakota

~Allah Maha Pencipta sesuatu untuk manusia berfikir~
Published in: on December 12, 2008 at 9:25 pm  Leave a Comment  

Angkara Manusia

30_41“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” [al-Room 30: 41]

Sudah pasti anda semua sudah mendengar kejadian tanah runtuh yang hangat diberitakan di television dan juga dada akhbar. Sebelum ini juga sudah berlaku kejadian seperti ini. Namun mereka, baik pemaju, PBT, kerajaan, mahupun pembeli tidak mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku dahulu.

ni ana ‘copy’ dari seorang ‘sifu’ geologi ana…

KAWASAN BERISIKO

Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh.
Cerun atau saliran air.
Potongan atau tambakan.
Lereng bukit yang sedang dibangunkan.

SEBELUM KEJADIAN

Tanda – Tanda Tanah Runtuh:
Pancuran atau resapan di kawasan tanah.
Kesan bonggolan atau rekahan tanah.
Tanah berganjak.
Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket.
Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang.
Kerosakan paip air, gas atau pembentung bawah tanah.
Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong.
Jajaran barisan pagar berubah.
Jalan mendap
Pintu atau tingkap sukar ditutup.

Persediaan:
Dapatkan maklumat tentang kawasan runtuh.
Tanam tumbuhan tutup bumi pada cerun.
Bina tembok penahan atau buat saliran air

SEMASA KEJADIAN

Hubungi segera pihak berkuasa.
Beri amaran kepada keluarga dan jiran anda.
Berpindah segera apabila keadaan menjadi bahaya atau apabila diarahkan pihak berkuasa.

Di dalam rumah

Duduk diam di dalam bangunan.
Berlindung di bawah meja, kerusi atau perabot yang kukuh.

Di luar rumah

Jauhi laluan dan kawasan tanah runtuh.
Lari ke arah tanah tinggi yang jauh dari bahaya.
Jika ternampak aliran air, tanah, batu dan tumbuhan segera berlindung di sebalik rimbunan pokok.
Jika tiada pilihan segeralah peluk tubuh anda, membongkok seperti bola, lindungi kepala, duduk dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.

SELEPAS KEJADIAN

Jauhi kawasan runtuhan.
Periksa keadaan keluarga dan jiran anda, beri rawatan pertolongan cemas jika ada yang tercedera atau sakit.
Beri bantuan kepada jiran dan golongan kurang upaya.
Dengar pengumuman radio.
Awas banjir boleh berlaku selepas tanah runtuh.
Periksa tapak rumah dan tanah dipersekitaran anda.
Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam.
Dapatkan nasihat pakar untuk membangunkan semula rumah atau bangunan di tapak yang sama.


Published in: on December 12, 2008 at 4:10 pm  Leave a Comment  

Doa Rabitah

sahabatku

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

munsyid: Izzatul Islam

MySpace

Published in: on December 4, 2008 at 2:04 pm  Comments (5)