Rehlah Mahabah

Assalamualaikum,

rindu rasenye nak menaip blog nih.

Alhamdulillah, pada 14 dan 15 disember ini br saja diadakan rehlah mahabah naqibah KMJ. seramai 22 orang yang menyertai rehlah ini. Ana rasa seronok sangat sebab program ini sedikit sebanyak dapat membentuk baiah solehah di KMJ. Program bermula pada jam 11.30mlm di masjid dgn LDK1 iaitu memilih nama tokoh sebagai nama kumpulan. Kumpulan ana yang terdiri daripada seha,husna,humaira dan aisyah yang diketuai oleh seha memilih nama Zainab Al-Ghazali. Kami diminta menjelaskan mengapa memilih tokoh tersebut.

Zainab Al-Ghazali merupakan ketua jemaah muslimat bagi ikhwanul muslimin di mesir ketika zaman pemerintahan Jamal Abdul Naseer. Jamal amat memusuhi zainab dengan merancang kemalangan ke atas zainab. Kemudian zainab ditangkap dan diseksa dengan seksaan tentera lelaki. dirinya digantung secara terbalik kemudian disebat kakinya sehingga tidak mampu berjalan. Badannya sudah biasa disebat. Tiap kali seksaan itu diterima, zainab hadapinya dengan tabah sehinggalah dia pengsan lemah. Namun, zainab dihantar ke hospital. Berulang-alik zainab dihantar ke sana setiap kali diseksa walaupun terkulai lemah. Badannya tidak dicederakan walau sedikit tika dihumban ke dalam penjara yg penuh dengan anjing-anjing liar. Begitu tabahnya hati beliau melalui dugaan yang ana kira kalau ana yang mengharunginya belum tentu ana kuat.

Nama kumpulan lain ialah Ibnu Sina, Siti Zubaidah(Isteri Khalifah Harun Aminurrasyid), Rabiatul Adawiyah dan Aisyah Humaira. LDK ini tamat kira-kira jam 12.30 pagi. Kemudian kami beribadah sunyi sebagai persediaan untuk qiamullail keeokkannya.

pada jam 4.30 pg kami bangkit dari tidur dan bersedia untuk qiamullail dengan berimamkan sahabat ana, sakinah. Selesai solat subuh secara berjemaah dengan muslimin, slot kuliah subuh diberikan oleh aiqa dengan tajuk Akidah. Kira-kira jam 7.30pagi kami bergerak ke cafe c untuk bersarapan pagi. Program seterusnya dibawa ke sebelah petang kerana pada jam 8 hingga 4petang, pelajar-pelajar KMJ terlibat dengan sesi penggambaran.

Jam 5 petang, Dewan Sri Ledang:

Kebetulan pula penghuni blok Ar-Razi mengadakan pertandingan pingpong dan badminton di situ. Jadi majoriti perempuan yang berada di situ. Aktiviti kami memerlukan ruang tertutup, oleh itu kami menghalau budak-budak lelaki yang berada di situ.(hehe) Setelah ‘line clear’ kami mengadakan senamrobik yang ringkas menggunakan lagu nasyid ‘See You Di IPT’ seterusnya diikuti pula aktiviti ‘Treasure Hunt’. Pada jam 6.15 petang, kami mengadakan resolusi untuk keseluruhan program. Kebanyakannya mencadangkan untuk melanjutkan masa program. Kalau difikirkan, amat payah untuk mencari masa yang sesuai. Maklumlah jadual di KMJ ‘pack’ sangat.

Jam 6.30ptg- kami ke cafe utk mkn malam. (“,)

-tamat-

wassalam~

Advertisements
Published in: on January 23, 2008 at 6:38 am  Comments (2)  

Wanita-seluar??

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

Published in: on January 23, 2008 at 5:46 am  Comments (2)