UKM4 : Terus Bertahan!

FAKTA KES

Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM; Sdr Hilman Idham (Presiden), Sdr Ismail Aminuddin (Naib Presiden), Sdri Azlin Shafina Adzha (Setiausaha Agung) dan Sdr Woon King Chai (Exco) telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April 2010, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Perlimen Hulu Selangor. Turut ditahan bersama mereka adalah 3 orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama (sebuah kereta dan van). Dalam penahanan itu, polis telah merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga CD kempen. Kemudian pada 23hb April 2010, sekitar jam 10 malam, Sdr Hilman Idham telah ditahan sekali lagi oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya. Bersama-sama beliau adalah 4 orang aktivis yang lain. Dalam penahanan ini, polis hanya menjumpai sekeping VCD ceramah parti politik.

TEKANAN BUAT MAHASISWA

SMM dengan ini bersama front-front dan juga pergerakan mahasiswa yang lain melihat tindakan yang dikenakan ke atas pelajar UKM ini merupakan suatu tekanan yang bukan sahaja ke atas mereka tetapi juga kepada seluruh pergerakan mahasiswa Malaysia. SMM yakin bahawa tindakan ini adalah untuk menyekat dan menakutkan seluruh pergerakan mahasiswa bahawa tindakan keras akan diambil terhadap mereka sekiranya mereka terus lantang menyuarakan hak dan pandangan masing-masing. Tindakan ini juga dilihat untuk mematikan fungsi mahasiswa sebagai 3 force dalam masyarakat.

KEBEBASAN AKADEMIK DISEKAT

Di peringkat SMM, kita juga kesal dan hampa dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik pelajar dalam mengorientasikan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik kuliah. Ini jelas ditunjukkan oleh HEP UKM yang mendakwa pelajar ini sedangkan pelajar yang dituduh adalah Mahasiswa Jurusan Sains Politik, UKM.

SMM merasa kecewa kerana mahasiswa yang mengambil jurusan Sains Politik sendiri tidak dibenarkan dan hadir untuk menyaksikan pilihan raya untuk pengaplikasian dan memperkukuhkan pemahaman di dalam kos yang mereka ambil dan ini jelas bertentangandengan hak dan kebebasan akademik mahasiswa itu sendiri.

SMM DESAK GUGUR PERTUDUHAN

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan front-front mahasiswa yang lain dengan lantang mendesak agar pihak Hal Ehwal Pelajar UKM menarik balik segala pertuduhan yang dikenakan ke atas pelajar yang berkenaan kerana telah menyimpang daripada norma-norma kebebasan akademik dan hak dan kebebasan untuk bergerak selaku warganegara di Malaysia ini.

**********

sila klik SINI untuk sign petisyen. pada ketika ini sudah 1040 tandatangan dah diturunkan sejak petisyen ini dibuat pada 23 Mei 2010. Rakan-rakan kita yang menuntut ilmu di luar negara seperti di UK, Jordan, Mesir, Poland, Hong Kong dan lain-lain negara sudah mula menurunkan tandatangan. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang berada di perantauan yang cakna dengan isu mahasiswa ini. Mungkin ini merupakan ‘signal’ kebangkitan mahasiswa yang sentiasa di’mandom’kan.

Lawan tetap lawan

lawan sehingga tertegak kebenaran

mulut menghukum mahasiswa yang tidak cakna isu semasa

tapi, bila ada mahasiswa yang berani ke hadapan untuk isu-isu negara

kau tekan, kau halang, kau sekat

x ke bengong namanya

suara mahasiswa suara yang harus didengar

agaknya kau ingat kami ni kanak-kanak lagi

ada pula pengampu-pengampu yang setuju AUKU

dia kata undang-undang yang baik adalah undang-undang yang dibenci

termasuklah AUKU

huh

apa kau dah lupa undang-undang Allah?

sebenarnya kau x suka undang-undang Allah, pastu buat undang-undang sendiri

sbb tu byk cacat cela

kau lupa tentang perikemanusiaan, kau lupa tentang hak kebebasan

uuhh

moga kalian diberikan hidayah

moga UKM4 ini jadi satu anjakan untuk kebangkitan mahasiswa

Allahuakbar!

Published in: on May 28, 2010 at 8:03 am  Comments (2)  

Ada Cerita Tentang Aku dan Dia

Saya pernah ditanya, bagaimana mahu eratkan ukhuwwah. Jadi, ini yang saya dapatkan dari pencarian di laman sesawang:

1. Memberitahukan kecintaan kepada yang kita cintai
Hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahwa Rasulullah bersabda: “ Ada seseorang berada di samping Rasulullah lalu salah seorang sahabat berlalu di depannya. Orang yang disamping Rasulullah tadi berkata: ‘Aku mencintai dia, ya Rasullah.’ Lalu Nabi menjawab: ‘Apakah kamu telah memberitahukan kepadanya?’ Orang tersebut menjawab: ‘Belum.’ Kemudian Rasulullah bersabda: ‘Beritahukan kepadanya.’ Lalu orang tersebut memberitahukan kepadanya seraya berkata: ‘ Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.’ Kemudian orang yang dicintai itu menjawab: ‘Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya.”
2. Memohon didoakan bila berpisah
“Tidak seorang hamba mukmin berdo’a untuk saudaranya dari kejauhan melainkan malaikat berkata: ‘Dan bagimu juga seperti itu” (H.R. Muslim)
3. Menunjukkan kegembiraan dan senyuman bila berjumpa
“Janganlah engkau meremehkan kebaikan (apa saja yang dating dari saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu maka berikan dia senyum kegembiraan.” (H.R. Muslim)
4. Berjabat tangan bila berjumpa (kecuali non muhrim)
“Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabatan tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (H.R Abu Daud dari Barra’)
5. Sering bersilaturahmi (mengunjungi saudara)
6. Memberikan hadiah pada waktu-waktu tertentu (contohnya bila tiba hari lahir)
7. Memperhatikan saudaranya dan membantu keperluannya
8. Memenuhi hak ukhuwah saudaranya
9. Mengucapkan selamat berkenaan dengan saat-saat keberhasilan

Ukhuwwah bukan teori, tapi ianya adalah praktikal. Kelak akan merasai manisnya ukhuwwah, berkasih sayang sesama saudara muslim. Sesungguhnya antara unsur-unsur pokok ukhuwwah itu adalah cinta. Cinta menyebabkan kita melakukan apa saja untuk orang dicintai dengan sukarela tanpa dipaksa. Maka, cinta itu harus disambung terus dengan redha Allah.

********

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Pertama berkenalan di sebuah institusi pendidikan di Johor. Pada awalnya, saya sering menerima kunjungan dari mereka yang mencari sahabat saya ini. Mereka mengganggap sayalah orangnya. Ketika itu, saya pun belum pernah bertemu dengan dia. Siapalah orang bernama Sakinah ini. Akhirnya saya dapat mengetahuinya, rupanya dia tinggal satu aras denganku.

Hari berganti hari, saya dijemput untuk menyertai usrahnya. Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dapat perbaiki diri. Ukhuwwah bersama sahabat-sahabat semakin mekar. Kisah suka duka kami kongsi bersama. Teringat satu hari, pertama kali saya dan dia dikatakan kembar ketika membeli makanan di kafe bersamanya. Rasa geli hati. Namun, ia berterusan sehinggalah kami pergi ke program selepas tamat belajar di Johor.

Bulan berganti bulan, saya dan dia menerima tawaran ke UKM. Kehidupan di sini sangat mencabar bagi kami yang baru mengenali erti perjuangan. Saya dan dia mengalami kesukaran untuk bertemu dek jadual kuliah tahun 1 yang agak ketat. Kadang-kadang seminggu atau dua minggu langsung tak bersua.  Hanya YM menjadi penghubung.

Bila fikir balik, teman-teman rapatku sejak sekolah rendah, semua bernama Sakinah. Mak saya juga punya teman baik bernama Sakinah, teman aktivis PAS Pandan. Mungkin Allah ingin berikan saya ketenangan dengan mengurniakan sahabat-sahabat bernama Sakinah.

Tahun berganti tahun, kini saya dan dia semakin mudah bertemu. Bangun pagi, nampak mukanya. haha. Dan kini hampir 3 tahun saya kenal dia. Dan dia sudah melangkah ke umur 21 tahun semalam. Benarlah, apabila kita sayang seseorang, membuatkan dia tersenyum sudah memadai. Justeru, tiada hadiah berupa wang atau harta untuk diberikan (maklumlah,,, shortsem kan..haha) kecuali teknologi yang boleh mengabadikan kenangan dengan izinNya. Harapnya dia suka.

Maaf, kat sini saya letak gambar statik je..haha

Published in: on May 24, 2010 at 8:36 am  Comments (6)  

Sejuta Memori di Kuala Krai dan Besut

Menyingkap kembali memori kerjalapangan terakhir bersama-sama rakan sekuliah memang menggamit hati. Mohon maaf sekiranya penulisan kali ini juga sebelum ini banyak berkisar mengenai catatan kembara geologi. Cuma ingin berkongsi dengan pembaca. Tak suka, tak payah baca, ok?

Destinasi pertama yang dituju adalah Kuala Krai. Di sini kami yang seramai 63 orang dibahagi 2 kumpulan. 2 kumpulan ini melakukan gerak kerjalapangan secara berasingan, ini bermakna selama seminggu kami terpisah malah tinggal di tempat berasingan. Kumpulan saya menginap di khemah di kebun salah seorang penduduk kampung yang baik hati di Kampung Bekok, manakala satu lagi kumpulan menginap di hotel. Kata Dr. Rozi, kami adalah batch ke-15 yang berkhemah di sini !

Khemah yang memuatkan 6 orang masih dikira selesa dengan penggunaan ‘camp bed’. Untuk mengurus diri, terpaksa berjalan kaki sejauh 200 meter ke surau di kampung tersebut dan terpaksa berkongsi dengan kaum adam. Pada awalnya mungkin rasa kebimbangan itu mengganggu fikiran, namun masalah ini dapat ditangani dengan mudah apabila kaum hawa bangun seawal 4.30 pagi untuk menggunakan kemudahan sehingga 5.30 pagi. Alhamdulillah, solat subuh dapat dilaksanakan secara berjemaah setiap hari.

Lokasi yang dilawati untuk pengkajian sangat menarik dan mencabar. Pada hari pertama, merintis Jalan Sungai Sam – Dabong mencerap di ‘outcrop’ yang majoritinya adalah potongan bukit. Cerapan di sini untuk melihat perubahan pada yang boleh dilihat pada batuan di sini apabila semakin dekat dengan zon metamorf iaitu Syis Taku.

Hari kedua pula merintis Sungai Galas sejauh 30 km dengan 17 lokaliti menaiki bot. Alhamdulillah we made it! Rintisan ini sebenarnya merentasi kawasan metamorf Syis Taku secara Timur ke Barat. Apa yang boleh disimpulkan ialah terdapat lipatan antiklin major apabila zon metamorf yang pada awalnya mengikut tertib klorit-biotite-garnet telah berulang semula secara terbalik. Selain bukti tadi, kemiringan satah foliasi juga dapat dikesan membentuk satu lipatan yang sangat besar!

Meranduk di Sungai Mei pada hari ketiga sangat meletihkan. Walaupun redup kerana terletak di hutan, namun berjalan kaki di dalam air sejauh 4.2 km pergi balik sangat mencabar. Rintisan ini sebenarnya merentasi Syis Taku dari selatan ke utara pula bagi melihat perbezaan zon-zon metamorf. Zon yang dapat dikesan adalah sama seperti di sungai galas iaitu klorit-biotite-garnet.

Selesai bahagian batuan metamorf, hari esoknya kami ‘switch’ dengan satu lagi kumpulan untuk mengkaji bahagian batuan igneus pula. Untuk itu, kami berpindah ke hotel di pekan kuala krai pula. Manakala kumpulan yang tinggal di hotel berpindah pula ke khemah bekas tempat kami menginap.

Kerjalapangan batuan igneus lebih rileks namun menyebabkan tubuh badan cepat terhidrat kerana terik matahari selain memanggang kulit menjadi hitam! Lokaliti hari pertama adalah di sekitar Kuala Krai dan Manek Urai. Paling mencabar adalah membuat pemetaan batuan igneus di Lata Berangin iaitu di Sungai PAS. 2 hari bergerak kerja di situ memang menegangkan urat kepala!

Selesai bahagian batuan igneus, kami semua bertolak bersama ke Damai Beach Resort, Besut. Alhamdulillah suasana di sana cukup mendamaikan hati. Namun kedatangan kami ke sana bukanlah untuk makan angin. Setiap hari kami bertolak ke kawasan kajian pada jam 8.30 setelah bersarapan di pekan. Sepanjang 3 hari berkerja di tepi pantai, terik matahari pantai sangat memedihkan kulit. Kalau x berpeluh tu xsah la wee..

Lokasi kajian adalah Bukit Keluang, Bukit Dendong dan Bukit Bubus. Semua ini berkaitan dengan batuan sedimen. Kegigihan kami menyiapkan laporan pada malam akhir di sana sangat dasyat sehingga tidak tidur malam, tekun di khemah belajar dari gelap hingga ke cerah esoknya. huhu, namun sebenarnya laporan harus dihantar pada hari isnin di pejabat bangunan geologi, bukan sebelum bertolak pulang ke UKM seperti yang diberitahu sebelumnya. Kata pak cik razim, “saje nk dera kamu semua tak tido malam”=)

Menaiki bot menyusuri Sungai Galas

Kumpulan A bersama Dr Rozi Umor di depan berbaju kemeja kelabu dan Dr Anizan berbaju oren di belakang ketika selesai meranduk sejauh 2.1 km di Sungai Mei.

Berkhemah di tepi pantai yang sangat cantik. Subhanallah

Di kaki Bukit Keluang

Di Bukit Bubus..panasnyaa..

Bergambar pengubat keletihan..

Menikmati keindahan matahari terbit, Damai Beach Resort..Allahuakbar!

Selepas ini, tiada lagi kerjalapangan beramai-ramai seperti selalu.

Selepas ini, kerjalapangan dibuat dengan sendiri mengikut tajuk tesis masing-masing.

Bermula 14/6, saya akan bekerja di Sg Lembing, Pahang ditemani Diba untuk tesisku..

MAMPU kah?

Yaaa!! I can do it!

InsyaALLAH…

Published in: on May 23, 2010 at 11:59 am  Comments (2)  

D.I.A : weekenD wIth Aj

Dalam usaha mengembangkan lagi promosi dan skop da’wah AtapHijau.com, pihak pengurusan AtapHijau.com telah mengemukakan satu idea kem musim panas anjuran AtapHijau yang dirancangkan untuk diadakan setiap kali cuti musim panas pada sekitar bulan Jun hingga Ogos. Pada kali ini, program ini telah mendapat kerjasama dari Persatuan PelajarMalaysia Cork, Ireland [PPMC], Persatuan Mahasiswa Islam UM [PMIUM], Ikatan Studi Islam UKM [ISIUKM], Maaruf Club [UIA], & iLuVIslaM.com.

Program ini diberi nama ‘weekenD wIth Aj’ atau nama singkatannya D.I.A dan bertujuan untuk mengetengahkankonsep ‘Da’wah is Fun!’ Konsep ini adalah satu usaha untuk mengubah persepsi sesetengah masyarakat terutamanya golongan remaja ataupun pelajar bahawa da’wah itu hanya boleh dilakukan oleh ‘golongan-golongan tua di masjid’. Dengan konsep ini, AJ mahu memberi nafas segar kepada terma da’wah itu sendiri dan menyedarkan golongan-golongan remaja ini yang da’wah sebenarnya boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja, malah sebenarnya tanggungjawab da’wah ini amat penting dijalankan oleh golongan-golongan muda.

Bagi sesi D.I.A 2010, tema yang dipilih untuk program ini adalah
‘Transformers: Rise of the Fallen’. Perkataan ‘transformers’ itu sendiri
adalah untuk membawa anjakan paradigma kepada satu perubahan (transform) diri
sendiri. Asas kepada da’wah adalah keinginan untuk mengubah diri dari yang
kurang baik kepada yang lebih baik. Konsep ‘Rise of the fallen’ pula membawa
idea untuk membangkitkan semangat umat ini untuk mencapai kembali kemenangan Islam. Program ini bertujuan untuk mengembalikan semangat pelajar untuk menjadi Muslim sejati yang menggalas tugas untuk menegakkan Islam. Program ini bakal berteraskan kesepaduan elemen Da’wah, Motivasi dan juga Team Building dengan memberi penekanan kepada aktiviti ‘outdoor’ yang lebih praktikal dan usaha membawa pendekatan dakwah yang praktikal, membina motivasi sebagai pelajar dan muslim, dan menggalakkan kesatuan dan kerjasama dalam kalangan pelajar Islam.

Target peserta untuk program kali ini adalah pelajar dari institut pengajian
tinggi dalam dan luar negara.

JOM SERTAI (^_^)v

Published in: on May 23, 2010 at 8:03 am  Leave a Comment