Cerita Hari Ini

Assalamualaikum w.bt.

Pagi hari ini ana menerima mesej dari teman

“Salam, ko free x hari ini?” lalu ana pun membalas,

“Free. Nape?” tapi tak berbalas pula.

Lantas ana terus menarik gagang telefon rumah lalu mendail nombor telefonnya. Rupa-rupanya teman-teman di mrsm ana dahulu ingin mengajak ana keluar bersama mereka. Jadi ‘tour guide’ lah kiranya. Mereka itu berlima. Semua baru saja tamat pengajian sebagai pelajar asasi sains UiTM Shah Alam. Dan hari ini, mereka ke Kuala Lumpur untuk.. apa lagi kalau bukan ‘shopping’. Berkali-kali berbalas mesej menjelaskan bagaimana ke tempat untuk kami bertemu. Bimbang mereka sesat.

Kira-kira jam 2 petang, kami bertemu di Masjid Jamek.

Yusanita (Yus) melambai dari jauh. Bersama di sisinya Nusaibah (saibah), Huwaida (Yda), Raihana (Rai) dan Syafiqa (Pika).

“Aida~!” senyumannya manis sekali sambil terus melambai.

Ana hanya senyum.

“Eh, hang nih tak excited ka jumpa aku?” Yus berseloroh. Ana hanya tertawa kecil lantas bersalaman dengan mereka. Rindu di hati ini sedikit terubat. Sudah dua tahun kami tak bertemu. Selama setahun mereka berada di negeri selangor, baru hari ini kami bertemu.

Perbualan kami berkisar mengenai peperiksaan, kehidupan di universiti dan macam-macam lagi. Lama kami berjalan-jalan sekitar jalan masjid india. Letih juga kaki. huu… Tak apelah, sekali sekala ‘exercise’.

Mereka ini hebat-hebat belaka. Saibah, Yus, Pika, dan Yda bakal menjadi doktor. Rai pula bakal menjadi ahli farmasi. Di sini ana ingin ceritakan serba sedikit teman-teman ana ini.

Nusaibah. Teman rapat ana ketika di maktab. Banyak menasihatkan ana. Ana pernah bermalam di rumahnya dan dia juga pernah bermalam di rumah ana. Sangat hebat dalam subjek matematik. Kami dikatakan kembar kerana banyak persamaan dengan ana termasuklah sering mengantuk di kelas. Ana juara mengantuk di kelas ana begitu juga beliau. =p

Yusanita. Orang hebat kelas ana iaitu 5 Rubidium a.k.a. 513. Sangat komited dalam pembelajaran. Penyeri kelas. hehe.

Syafiqa. Hebat sangat dia ini. Sama kumpulan biologi dengan ana di bawah pimpinan mentor safiqa (peacock) untuk program gemilang SPM.

Raihana. Mentor ‘chocolate day’ ana. Terima kasih atas hadiah coklat dan surat-surat tu. hehe. Ana ingat lagi, lantai biliknya terbelah dua. Ngeri! Boleh rasa geseran dua plat lantai tu! Atiqa Petra adalah teman sebiliknya ketika di maktab.

Huwaida. Ahli Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) merangkap pengawas maktab bersama-sama dengan Nusaibah malah sekelas. Seringkali ana ke biliknya. Ada peristiwa lucu melibatkan ana, Nusaibah dan juga beliau. hehe.

Begitulah serba sedikit cerita mengenai mereka. Ana terfikir. Bilakah akan ku temu insan-insan ini lagi? ‘Reunion batch’ kah? Bila tu? 7 tahun lagi? Wah, siapa lah yang paling ramai anak ketika itu? Hish, nakal betul fikiran ana. Tapi, itu tak mustahil bukan? Seorang teman maktab akan bernikah dengan ‘coursemate’nya hujung tahun ini. Mungkin beliau yang pertama berkahwin dalam ‘batch Chii Dinasty’. InsyaALLAH.

p/s: tak sabar menanti 13/7/08! Izo balik Malaysia!

Advertisements
Published in: on April 30, 2008 at 3:47 pm  Leave a Comment  

Lima syarat jadi Ketua Kampung di Perak

oleh abu faris

Semenjak PR mengambil alih teraju pemerintahan di Perak, ramai yang datang ke pejabat MB meminta habuan, jawatan, projek dsb. Mereka menyangka apabila pimpinan kerajaan negeri yang baru melaksanakan dasar terbuka, maka ianya bererti mereka boleh mendapat dapat faedah, projek, habuan atau sebutharga atau tender secara terus dengan mudah.

Perkara ini diceritakan oleh Ustaz Misbahul Munir Masduki iaitu Setiausaha Politik kepada MB Perak semasa menyampaikan kuliah maghrib di surau Taman Meru 2C, Ipoh pada 15 April 2008 yang lalu.

Mengikut Ustaz Misabahul, ada seorang hamba Allah yang datang ke pejabat MB meminta surat perlantikan sebagai Ketua kampung. Hamba Allah ini mengatakan penduduk kampung menyokong beliau menjadi Ketua kampung. Beliau datang tanpa sebarang dokumen kelayakan dan surat keterangan.

Hamba Allah ini mengaku beliau adalah seorang pesara (askar pencen) dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan @ jaga dan juga beberapa kerja-kerja lain. Beliau sanggup menunggu sehingga surat perlantikan diberi barulah beliau akan pulang.

Ustaz Misbahul lalu menyatakan kepada hamba Allah untuk menjadi Ketua kampung mesti ada lima syarat yang perlu dipenuhi:

SYARAT 1- BOLEH MENJADI IMAM

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin dalam solat atau menjadi imam yang baik kerana Menteri Besar yang baru (Ir. Mohammad Nizar) boleh menjadi Imam dalam solat (lengkap zikir dan doa selepas solat).

SYARAT 2- BOLEH BERKHUTBAH (BUKAN SETAKAT MEMBACA KHUTBAH)

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh berkhutbah sebelum solat Fardu Jumaat dan solat sunat Hari Raya kerana Menteri Besar boleh berkhutbah dan bukan setakat membaca teks khutbah.

SYARAT 3- BOLEH MEMBERI CERAMAH

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memberi ceramah seperti Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj dsb kerana Menteri Besar boleh memberi ceramah.

SYARAT 4- BOLEH MEMIMPIN TAHLIL

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin tahlil hingga selesai lengkap dengan doanya sekali kerana Menteri Besar boleh memimpin tahlil.

SYARAT 5- BOLEH MEMIMPIN BACAAN TALKIN

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin bacaan Talkin untuk orang yang meninggal dunia kerana Menteri Besar boleh memimpin bacaan Talkin dan bukan setakat membacanya sahaja.

Selepas mengemukakan lima syarat di atas, maka hamba Allah itu terdiam. Beliau lalu pulang dan tidak datang semula untuk meminta jawatan (sebab dia tahu tak layak dan tak boleh memenuhi lima syarat ini).

Syarat keenam (yang ni saya tambah) yang tidak diberikan kepada hamba Allah tersebut adalah:

SYARAT 6- BOLEH BERTUTUR DALAM BERBAGAI BAHASA

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh bertutur dalam berbagai bahasa kerana Menteri Besar boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Tamil, loghat Jawa, Kampar, Mendeling, loghat tempoyak (Perak) dsb.

sumber: harakahdaily

Published in: on April 29, 2008 at 1:37 pm  Leave a Comment  

Alami

Alami

by AlarmMe

Bismillahirrahmanirrahim..

وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat
Bagi orang-orang yang beriman (Surah Az-Zariyat, Ayat 55)

******

Berilah peringatan buatku yang kealpaan
Kejutkanlah diriku daripada lamunan kesilapan

Kerana suatu peringatan
Nasihat, panduan dan teguran
Amat berguna kepada insan nan beriman

Beri peringatan untukku dan untuk semua
Agar ku tak tersasar ke dalam lembah kejahilan

Alami luahan isi hatiku yang kekosongan
Alamilah rasa di jiwaku yang kesepian…kawan

Bukankah engkau khalifah
Di muka bumi membawa risalah
Kebenaran dan peringatan..seluruh insan

Alami suasana irama
Hatiku yang syahdu
Agar kau memahami rahsia
Yang terpendam di kalbu
Selamilah diriku yang sesungguhnya amat perlukanmu

Oh sahabatku…

Published in: on April 28, 2008 at 8:11 am  Leave a Comment  

Perkongsian

Assalamualaikum wbt

Rancangan yang dibuat tak sampai 1hari berjalan dengan baik. Terubat juga rindu pada sahabat di uiapj. Memberanikan diri keluar berseorangan bukan perkara mudah. Disebabkan ada urusan yang penting, ana bertekad juga ke sana. Uiapj bukanlah terlalu jauh dari rumah. Andai ke sana menaiki kereta, hanya mengambil masa 15minit sahaja. Perjalanan ana ke sana memakan masa selama 1jam dengan menggunakan pengangkutan awam. huhu. Lakonan ana sebagai pelajar uia juga berjaya. Sampai saja di sana, ana terus ke kolej khadijah tanpa pergi mendaftar sebagai pelawat. Harap teman-teman jangan contohi. huhu

Lama juga ana melawat sahabat ana. Maklumlah, sudah sekian lama kami tak bertemu, maka lamalah kami berceloteh. (^.^)

Seusai makan tengah hari dan solat zuhur, barulah ana bertolak pulang. Berat hati terasa. Berkali-kali sahabatku ini mengajak bermalam di situ. Bukan tak mahu, tp belum berkesempatan lagi. InsyaAllah, satu hari nanti ana akn bermalam di situ..

dan,

di pagi hari esoknya, ana menghadiri mesyuarat DMP kawasan. Majlis diceriakan dengan persembahan nasyid. Alhamdulillah ada beberapa input yang ana dapat. InsyaAllah ana cuba kongsikan di sini.

to involve in islamic movement is not an optional for us as muslims. Malah Allah SWT menuntut kita supaya hidup berjemaah

dalam surah As-Saff ayat 4, Allah S.W.T berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam saff teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh.”

Biar kekusutan melanda jemaah, biar perlbagai tribulasi mencengkam jemaah, janganlah tinggalkan jemaah. Sesungguhnya kekusutan dalam jemaah adalah perkara yang membuatkan kita bersedia untuk menghadapi masalah yang lebih besar. Ingatlah, serigala akan menerkam kambing yang berseorangan (berseekoran..hehe)

Sebagai hamba Allah, kita memerlukan jemaah kerana jika kita terleka, ada yang menasihatkan. Bila menangis ada yang meredakan. Bila bergelak ketawa, ada yang mengingatkan. Sedikit sebanyak kita dapat ditarbiyyah.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Bandingan orang-orang mukmin di antara satu sama lain pada kasih sayang mereka, rahmat merahmati sesama mereka, dan bantu membantu di kalangan mereka samalah seperti satu jasad seorang insan. Apabila ada di kalangan anggotanya itu mengadu sakit, maka seluruh anggotanya turut merasa demam dan berjaga malam.”

Pelbagai ancaman yang dihadapi dalam sesuatu jemaah iaitu ancaman dalaman dan luaran. Ancaman dalaman ialah hawa nafsu yang tidak pernah jemu berusaha untuk menghancurkan aqidah dan keimanan setiap pejuang Islam. Niat yang ikhlas sangat diperlukan oleh seorang pejuang, kerana ia kelak akan berfungsi sebagai senjata penangkis agar tidak gugur dari perjuangan. Dengan niat yang ikhlas inilah dapat memancarkan lima sifat positif bagi seorang pejuang;

  • Jiwa yang tenang
  • Rohani yang kuat
  • Istiqamah terhadap tugas
  • Semua tugas menjadi ibadah
  • Beroleh ganjaran dalam tangan

Jadi perbezaan pendapat dan tindakan janganlah dijadikan sebagai punca pergaduhan dan perbalahan yang berpanjangan. Sebagai pejuang Islam, seharusnya mempunyai sikap sedia menegur dan ditegur malah sikap sebeginilah mampu menyemarakkan semangat keikhlasan dalam berjuang.

Namun begitu, janganlah selalu mengharapkan jawatan untuk bekerja dalam jemaah. Jawatan hanya menjadi alat dan pengagihan tugas dan bukanlah platform amal. Sikap hanya aktif di kala memegang jawatan dan menghilangkan diri di kala tidak berjawatan adalah sikap negatif yang menzahirkan ketidakikhlasan dalam berjuang. Contohilah Khalid alWalid yang menerima surat perlucutan jawatan di tengah medan perang, tetapi beliau tetap meneruskan perjuangan sehingga peperangan selesai, kerana berjuang bukan kerana Umar tetapi kerana Allah S.W.T

Ayuhlah kita bersama berikrar untuk menjadi penyumbang utama dalam dakwah Islam di abad ini, dengan meletakkan keyakinan yang mutlak kepada bantuan dan kemenangan daripada Allah S.W.T.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


Published in: on April 28, 2008 at 7:21 am  Leave a Comment  

Mirwana

Album baru Mirwana, BUMI AKHIR USIA menampilkan 2 ahli baru iaitu Naim (bekas anggota Far East) dan Iqram (adik Izzat Mirwana).

bila ye album ini akan dipasarkan? tak pasti dah keluar ke belum..huu

Tapi lagu JAUH dan ANDAI DIRIKU PERGI dah boleh di download di http://www.bukhariramli.com/beat/single

JAUH

Lagu: Akmal MIRWANA & Hafiz MIRWANA
Lirik: Akmal MIRWANA

SEPI JIWAKU SEPI KERNA KAU TIADA DI SISI
SUNYI HATIKU SUNYI TANPA KEHADIRANMU KASIH

DOAKU SEMOGA DIRIMU BAHAGIA

AKU YANG KINI JAUH
DAMBA KEAMPUNANMU
KHILAF ANTARA KITA
KAN TERLERAI AKHIRNYA

BERSAMA KASIH KITA DAN CINTA

MOGA BERBAHAGIA MENITI HARIMU YANG INDAH
SETIA KUNANTI TIBA SAATNYA KITA KAN BERSUA

DOAKU SEMOGA DIRIMU SEJAHTERA

JAUH KITA TERPISAH DIBATASI JARAK DAN MASA
DIRIMU TAK PERNAH KULUPA
TERUS KUNANTI SETIA
SAAT INDAH KITA BERSAMA

ANDAI KUPERGI

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

boleh dengarkan lagu

Semalam by Mirwana

One.. Two.. Three.. Four..

Semalam
Terukir peristiwa silam
Kenangan tak bisa terpadam
Ku terkenang oh semalam

Sedetik
Ku singkapi tirai memori
Saat duga tiba menguji
Oh semalam telah pergi

Tuhan
Ampunkan segala dosa-dosa
Moga hari esok ku lebih sempurna

Semalam
Ku meniti jalanan suram
Hampir ku hanyut dan tenggelam
Ku tinggalkan oh semalam
Ku tinggalkan semalam

Tuhan
Ampunkan segala dosa-dosa
Moga hari esok ku lebih sempurna

Semalam
Ku meniti jalanan suram
Hampir ku hanyut dan tenggelam
Ku tinggalkan oh semalam
Ku tinggalkan semalam

Kian menjauh dan semalam terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
Kerna semalam pergi

Published in: on April 25, 2008 at 11:15 am  Comments (3)  

Surat buat Sahabat

sumber: iluvislam.com

edited by cheekylulu

Kepada: sahabat-sahabat

 

Assalamualaikum Sahabat-sahabat ana yang dirahmati Allah..

 

sudah dua semester kita bersama. Jadi, sebelum mata ini terpejam meninggalkan lafaz yang tersimpan, eloklah kiranya ana reveal kan benda ni.. Ketahuilah! Kekuatan muslim itu boleh diklasifikasikan kepada 3:

1. kekuatan iman

2. kekuatan ukhwah

3. kekuatan fizikal

 

Kita selalu berusaha dan mencari kekuatan yang ke3 (ketenteraan, material, fizikal) untuk menentang musuh islam.. tanpa kita sedari sebenarnya kekuatan yg ke3 itu hanya akan diperoleh apabila telah kita capai 2 kekuatan utama yang sebelumnya.

 

~Kekuatan iman~

 

Sedarkah kalian? Kita sering bergurau senda, bergelak ketawa, belajar. Tetapi dalam masa yang sama kita berhasrat untuk memerangi musuh islam. Apabila dengar kes Lina Joy, kita melenting. Apabila penganut agama lain mempermainkan junjungan besar Rasulullah S.A.W, kita marah. Apabila kitab Al-Quran dicabuli makna isinya, kita tidak berpuas hati. Namun cukupkah sekadar itu saja wahai sahabatku? Bila kita membacanya, barulah merasai bahangnya. Kemudian kita meneruskan kehidupan dengan bergurau senda lagi. Senang cerita ‘happy go lucky’ lah. Persoalannya di mana kekuatan iman kita? Ya, memang benar iman boleh bertambah malah berkurang. Adakah hanya ketika kita solat, puasa, di masjid? Memang tak dinafikan semua yang dinyatakan benar.

Tapi di mana keimanan kita pada ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita berjihad? Di mana keimanan kita bahawa REZEKI itu di tangan ALLAH? Rezeki bukan pada kerajaan sehingga kita takut untuk berdakwah. Gaji? Biasiswa? Posting? Itu semua KITA takutkan? Di mana keimanan kita bahawa Allah penentu segalanya kalau dengan ancaman sebegitu kecil pun kita dah lemah? Sebenarnya kita terlalu selesa.

 

Sedarlah sahabatku, pejuang Palestin dan pejuang Islam yang lain langsung tak makan gaji, tiada tempat berteduh yang selesa, tidak bergelak ketawa tak ingat dunia, apatah lagi berehat. Sedangkan kita, Allah dah kurniakan nikmat kesenangan dan lain-lain. Bangkitlah dari tidur yang lena…

 

~Kekuatan Ukhuwwah~

 

Sepanjang perkenalan kita, ana percaya, rata-rata sering menyebut, inilah ukhuwwah kita, jaga ukhuwwah, ukhuwwah abadan abada dan macam-macam lagi. Sehinggakan orang sekeliling kita asobiyyah. Kita kata ukhuwwah kita ‘mantOp’. Cuba kita renungkan.. Atas apa ukhuwwah kita? Ukhuwwah fillah? Ukhuwwah yang terbina untuk perjuangan agamaNya? Tidak… langsung tidak… Sebenarnya ukhuwwah kita hanya kerana kita sekelas, kerana kita satu perjuangan, yang mana perjuangan itu hanyalah perjuangan menuntut ilmu. Ana tak nafikan memang ukhuwwah kita sekarang manis.TAPI! Andai dengan ukhuwwah sebegini, mungkin hanya boleh bertahan dalam beberapa tahun saja. Selepas kita bekerja, apa yang berlaku? Ukhuwwah kita hanya kerana setempat dan kecil saja iaitu sebagai ‘student’ kolej.

 

Kekuatan ukhuwwah yg sebenar, terbina di atas kefahaman Islam dalam diri kita dan KEFAHAMAN TENTANG UKHWAH SERTA KEPENTINGANNYA dalam diri kita. Kefahaman Islam – sejauh mana kita fahami tuntutan dalam islam tu, termasuklah dalam memperjuangkannya, dalam berjemaahnya. Kefahaman ukhwah – atas ape ia terbina? iaitu atas 1 keimanan yg sama atas 1 matlamat yg sama yang kita USAHAKAN, bukan hanya berdiam diri tapi atas 1 perjuangan yg sama, yang tersusun teratur manhaj dan strateginya. Atas 1 FIKRAH yg sama. Kefahaman tentang kepentingan ukhwah – ape itu ukhwah yg sebenar? mengapa perlu ada ukhwah antara kita?

 

Duhai sahabatku, andai ukhuwwah kita hanya dilihat sebagai ‘student’, kita sudah pun tamatkan pengajian. Andai ukhuwwah kita kerana kita bekerja, kita akan bersara. Andai ukhuwwah kita kerna manusia, kita akan mati. Tapi andai ukhuwwah kita kerna kita perjuangkan Islam, ia akan berkekalan hingga ke akhirat sana. InsyaALLAH (With Allah’s will). Hasil ukhuwwah kita ni akan terbina dan terlahir lagi ramai generasi pejuang yg akan meneruskan perjuangan kita walaupun kita telah pergi. Ukhuwwah kita akan turut bersama dengan para pejuang yang seterusnya. Dengan kekuatan ukhuwwah yg sebenar inilah, musuh-musuh kita akan gentar. Umat-umat Islam takkan lg seperti buih-buih di lautan. Tiba lah masa kebangkitan islam yg dinanti-nantikan. Dengan kesatuan umat islam, zaman kegemilangannya akan kembali.

 

Namun, itu semua adalah mustahil andai antum, ana, kita, terus leka dgn masa muda kita. Sedarlah wahai sahabatku, pilihan sebenar kita hanyalah….. “imma syahadah au imma saadah”

 

Renungkanlah maksud ayat 24 surah at-taubah ini..

 

Katakanlah: “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA”. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Published in: on April 24, 2008 at 6:59 am  Comments (1)