Ucapan-ucapan Imam Syafie

  1. Barang siapa menasihati saudaranya sevcara diam-diam, bererti ia telah menasihati dan menginginkan kebaikannya; dan barangsiapa menasihati nya di tempat ramai, maka ia telah menmbuka rahsia dan memburukkan namanya.
  2. Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan itu adalah tercela.
  3. Tidaklah kau menghormati seseorang melebihi harga dirinya, melalaikan harga diriku jatuh etimbang dengan penghormatanku yang lebih tadi.
  4. Allah telah menciptakan anda sebagai orang merdeka, maka jadilah seperti apa yang telah Allah ciptakan itu.
  5. Barangsiapa bersahabat dengan orang dermawan, ia akan menjadi orang dermawan, Dan siapa yang bersahabat dengan orang jahat maka ia pun akan dituduh orang jahat.
  6. Aku ingin orang belajar ilmu dariku tetapi tidak menisbahkannya kepadaku.
  7. Ilmu tidak akan diperolehi melainkan enam perkara, iaitu cerdik, guru yang bijak, lama masa, ada bekalan, bersahabat dengan guru dan mempunyai sensitivity terhadap ilmu.
  8. Barangsiapa merasa dirinya lemah, maka ia aka memperoleh istiqamah.
  9. Barangsiapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwat(menyendiri), mu\engurangkan makan, dan tidak bergaul dengan orang-orang bodoh ang buruk budi pekertinya, serta tidak berkumpul dengan orang-orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan tidak mempunyai adab.
  10. Kalau aku tahu bahawa minum air itu menghilangkan keperwiraanku, tentu aku tidak akan meminumnya.
Published in: on November 21, 2007 at 6:59 am  Leave a Comment  

Suatu Kebenaran?

KEPADA SAUDARA MUSLIM.SEMUA MESTI FAHAM APAKAH YANG SEDANG BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI. Buku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ia ditarik balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan gangguan dan diskriminasi orang Hindu di dunia Arab.Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.E(EMIRIAH ARAB BERSATU).

Name: “Penulis Luar”
Penerbitan Siaran Sharjah disampaikan
oleh Ra’ad dan proram bernama
Buku Berjudul: “Semua Hindu Bangunlah”
Tajuk kecil : “Protokol Ketua Hindu”
Pengarang : Dr. R. Singh
Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan:

1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.
2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.
3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala “Ram” mestilah ditempatkan di tempat kerja.
4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan menentang Islam.
5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya.
6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka.
7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi,
cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin.
8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan “Ohm” ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang islam)
9.
Cuba rosakkan bekalan makanan
dalam kedai orang Islam sekiranya anda
bekerja dengan orang Islam.
10. Jadilah sahabat mereka, dapatkan
kepercayaan dan kemudian khianatilah
mereka.
11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.
12. Jika anda bekerja di rumah mereka,
cuba pengaruhi anak2 dan isteri mereka cara mereka berfikir.
13. Pakailah tali hitam di
pergelangan tangan anda.

TOLONG SEBARKAN KEPADA SERAMAI MUNGKIN
ORANG ISLAM.

DR. MOHD ANIS BIN HARON @ HARUN
Medical Practice Division
20th-21st Floor, Bangunan PERKIM
Jalan Ipoh, 51200 K. Lumpur
Tel: (03) 40457725 Fax: (03) 40457740

Published in: on November 20, 2007 at 4:15 am  Leave a Comment  

SEMESTER baru

assalamualaikum

bermula hari isnin tempoh hari ana dan sahabat-sahabat menempuh semester 2 di kolej. Semua berwajah baru, penuh azam. Pensyarah yang mengajar praktikum dan kuliah ana juga lain. Alhamdulillah setakat ini semua dalam keadaan yang baik.

ibu bapa ana akan menunaikan haji tahun ini. Mereka akan bertolak pada hari khamis (15/11/07) jam2pagi dari kelana jaya. Ana sedang menulis di cc kolej. pada petang ini ana akan berangkat pulang ke kuala  lumpur pada jam 5 petang dan dijangka tiba di rumah pada jam 8malam. Pasti saudara mara sudah berkumpul di rumah nanti. Sedih rasa hati ini walaupun jarang berada bersama mereka. Mereka adalah insan yang paling ana sayang. Ana lambat sedar. Apabila ana jauh dengan mereka, barulah ana menghargai mereka. Terukkan ana ni? Terasa sayu apabila ayah menerangkan tentang insuran, tanah, dan hutang. Bagaimana akan ana tempuh kehidupan jika mereka ditakdirkan untuk meninggalkan kami adik beradik selamanya?ana berharap mereka selamat pergi dan pulang. ana sayang mereka.Ini coretan rasa hati ana. Baiklah sampai di sini saja. sekejap lagi ada kuliah kimia, matematik dan biologi. sekian wassalam.

Published in: on November 14, 2007 at 2:49 am  Comments (1)  

Petua untuk menjadi cantik

Nak tahu petua bagi menambahkan
kecantikan diri anda wahai kaum wanita.
Cuba lihat panduan di bawah ini :
Petua menjadi lebih cantik dan menarik :-
• Jadikanlah Ghadhdul Bashar
(menundukkan pandangan) sebagai “hiasan
mata” anda, nescaya akan semakin bening
dan jernih.
• Oleskan “lipstik kejujuran” pada
bibir anda, nescaya akan semakin manis.
• Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan
kosmetik yang terbuat dari rasa malu
yang dibuat dari salon Iman.
• Pakailah “sabun Istighfar” yang
menghilangkan semua dosa dan kesalahan
yang anda lakukan.
• Rawatlah rambut anda dengan
“Selendang Islami” yang akan
menghilangkan kelemumur pandangan lelaki
yang merbahayakan.
• Hiasilah kedua tangan anda dengan
gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda
dengan cincin Ukhuwwah.
• Sebaik-baiknya kalung anda adalah
kalung “kesucian”.
• Bedakilah wajah anda dengan “air
Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.

Di mana cantiknya seorang muslimah?

Mungkin pada sepasang matanya yang
hening yang selalu menjeling tajam atau
yang kadang kala malu-malu memberikan
kerlingan manja. Boleh jadi pada
bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan
senyuman manis, atau yang sekali-sekala
memberikan kucupan mesra di dahi umi
juga, ayah, suami dan pipi munggil
anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya
yang gemersik dan suara manjanya yang
boleh melembut sekaligus melembutkan
perasaan. Sejuta perkataan belum cukup
untuk menceritakan kecantikan perempuan.
Sejuta malah berjuta-juta kali ganda
perkataan pun masih belum cukup untuk
mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kaum wanita harus menyatakan kesyukuran
kehadrat Ilahi kerana menjadikan dan
memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara,
dibelai dan ditatap dihadapan
cermin saban waktu, tiba masanya
segalanya akan pergi jua. Wajah akan
suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah
usia, sifat kewanitaan yang dipupuk
dengan iman dan ibadah.

Moga-moga ianya menjadi panduan dan
iktibar kepada semua muslimat .InsyaAllah Very Happy

Published in: on November 14, 2007 at 2:26 am  Comments (2)  

Revolusi Kuning

 

Assalamualaikum

Pada petang semalam bertarikh 10/11/2007 telah berlangsungnya perhimpunan rakyat yang dianjurkan oleh gabungan pilihan raya bersih dan adil di dataran merdeka. Perhimpunan ini sepatutnya berarak dari dataran merdeka ke istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Agung untuk menuntut ketelusan pilihan raya. Tetapi pihak kerajaan yang pengecut itu telah melakukan gerak kerja untuk menyekat perhimpunan ini daripada diadakan. Di mana demokrasi Negara yang diperkatakan? Di Negara lain yang mengamalkan demokrasi membenarkan rakyat untuk berdemonstrasi. (huhu) Ini perhimpunan aman. Ini bukan pemberontakan.

Mahasiswa telah diberi amaran supaya tidak menyertai perhimpunan ini. Tidak kurang juga yang menerima ugutan. Tidak cukup lagi dengan itu, KTM tidak beroperasi atas alasan ape ntah. Ana tidak ingat. Kebanyakan institusi pendidikan menjadikan KTM sebagai pengangkutan utama. Huh Nampaknya kerajaan begitu bersungguh-sungguh ingin menghentikan perhimpunan ini.

Jam 2 petang ana, mak, dan kak irah ke stesen LRT masjid jamek. Sebaik sahaja keluar dari tren LRT, suasana begitu gamat dengan laungan takbir. Ana lihat begitu ramai orang di perkarangan masjid jamek dari platform stesen. Kemudian dua orang polis mengarahkan kami yang berkumpul di platform keluar. Rupa-rupanya stesen tersebut akan ditutup. Mujur sempat kami keluar dari stesen, jika tidak, kami dan orang lain akan terperangkap.

Belum sempat berbuat apa-apa, gas pemedih mata telah ana rasai. Kelihatan seorang mak cik terduduk akibat keletihan dan gas pemedih mata. Kami terpaksa menutup hidung dan meletakkan garam di langit-langit mulut. Orang ramai berkumpul dan mula bergerak ke dataran merdeka dari masjid. Ana juga turut serta. Bergetar jiwa dan menitis air mataku setiap kali menyahut “ALLAHUAKBAR!!”. Terasa diri ini kerdil. Ah, memang diriku begitu kerdil dalam lautan manusia yang sebegitu ramai. Apatah lagi di hadapan Allah.

Ana dan kak irah nekad untuk menyertai perarakan. Pihak polis Brickfield memberi arahan untuk bersurai. Huhu, sabar ye pakcik polis. Urusan belum selesai. Setiap kali pihak polis memberi serangan semburan air dan gas pemedih mata, himpunan orang ramai berpecah. Kemudian berkumpul semula. Ada satu ketika, botol gas pemedih mata ditembak dan jatuh berhampiran ana. Pedihnya mata ini Allah saja yang tahu. Orang ramai bertempiaran lari. Ana dan kak irah serta beberapa orang lain masuk ke farmasi guardian. Kesemua yang berada di dalam farmasi tersebut batuk-batuk, dan pedih mata. Ada yang suami isteri, ada yang lebih kurang sebaya dengan ana dan kak irah yang turut serta berdemonstrasi. Tidak kurang juga orang awam. Beberapa orang memberikan kami garam untuk melegakan sedikit kepedihan. Setelah itu, kami keluar dan berdiri di tepi-tepi kedai. Hehe, ada juga yang ana kenal di situ. Ana terserempak dengan kakak ‘senior’ kolej dari Pahang.

Kata pak cik yang kami tanya, semua orang berkumpul di depan pintu masuk istana Negara. Ana dan kak irah tidak melepaskan peluang untuk turut serta dengan seorang makcik yang ‘havoc’ gila sampai ana pun rasa bersemangat untuk melangkahkan kaki menuju ke depan. Teringat ana dengan lawak selamba makcik tersebut.. “ada bas ke ISTANA NEGARA?” Tanya makcik itu pada konduktor bas di central market. (hehe) dan ada lagi satu lawak selamba dari suami makcik itu,”erm cik jalan ke istana Negara ikut mana ya?” suami makcik itu bertanya pada cik polis traffic yang mengawal lalulintas jalan raya. Nak tak nak cik polis traffic tu terpaksalah tunjuk jalannya(hehe). Dalam perjalanan ke Istana Negara, ana terserempak pula dengan ‘schoolmate’ ana yang turut serta(bagus2!)

Beberapa minit kemudian..

Berdirilah kami di depan Istana Negara dengan semangatnya bersama beribu-ribu dan mungkin puluhan ribu atau mungkin mencecah 100 000 orang. Selepas seketika,pucuk pimpinan di benarkan untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha Agong ( ini ana kurang pasti..sila betulkan ya, wallhua’lam) dan ana sempat bersalam dengan Wan Azizah. Ketua Polis Brickfield mengarahkan perhimpunan bersurai, sabarlah pak polis..perjuangan kami belum selesai, rasa puas di hati belum terurai, jangan gamat-gamat dong! (Hehe) dan selepas sejam kami berdiri di sana, kami di arahkan beransur beramai-ramai menuju ke masjid jamek dan ini bermakna demonstrasi himpunan aman 100 ribu rakyat berjaya.Takbiir!!! Allahuakbar!!!

Semasa berjalan pulang para aktivis ter ‘over’ melambai-lambai tangan ke udara setiap kali dua buah helicopter berlegar-legar di ruang udara. ana pun turut ter ‘over’ juga! Syukur Alhamdulillah ana dan kakak angkat ana selamat dan tiada perkara yang tidak di ingini berlaku.

Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ynag ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang ang beruntung.  (Surah Ali-‘Imran : Ayat 104)

Untuk pengetahuan teman-teman seakidah, memang terlalu ramai yang sertai perhimpunan ini. Ratusan ribu orang membanjiri lebuh raya menghala ke masjid jamek! (sebenarnya ana kurang arifnama jalan-jalan di situ, tolong bagitahu ana ya!) Sepanjang jalan penuh dengan orang-orang yang berbaju kuning! Teruja betul ana. Harap demontrasi yang di katakan jalanan ini mampu mengubah paradigma pemikiran pihak yang terlibat untuk pilhan raya yang akan datang.

Orang-orang yang apabila dikhuatirkan oleh orang lain dengan mengatakan bahawa ramai orang telah berkumpul untuk menentang kamu dan kamu mestilah takut kepada merek; namun orang-orang(yang beriman) tersebut (tidak sedikitpun taku) malah iman mereka semakin bertambah dan mereka berkata: “Cukuplah Allah sebagai pembantu kami. Dialah sebaik-baik penolong.” (Oleh kerana keyakinan mereka itu), maka mereka sebaliknya mendapat nikmat dan kurniaan Allah. Mereka tidak mendapat apa-apa kemalangan pun. Mereka mengikut jalan kerelaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. Semua gugatan (usahausaha menakutkan) itu ialah perbuatan syaitan yang cuba menakutkan golongan-golongan yang mendewa-dewakannya. Maka janganlah kamu takutkan mereka. Sebaliknya hendaklah kalian takut kepadaKu sekiranya benar kamu golongan beriman. (Surah AAli-‘Imran:Ayat173-175)

Suasana di Masjid Jamek

LRT ditutup?

 

orang ramai maju ke hadapan, tiada gentar

 

Takbir! ALLAHUAKBAR!!!

 

saat terkena gas pemedih mata

 

ini saja yang sempat dirakam…

Published in: on November 11, 2007 at 1:33 am  Leave a Comment  

Usia Cinta Kita

Assalamu’alaikum w.b.t…

Kisah benar…ambillah pengajaran dari kisah ni. Wahai teman-teman sekalian,Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t. tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman denganNya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya. Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari bangku sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan wanita pun dan saya amat peka terhadap laangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.

Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perknalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stoking kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.

Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai mukminah solehah yang menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga.

Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah. Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlusaya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik saja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.

Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih mendalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang saya boleh Nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas tiu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut . Alhamdulillah , dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia .Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan .Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap .Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun ,sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas ,ummi dapat menghidu perhubungan kami .Saya tahu ummi tidak berapa sukaanak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya .Tetapi perhitungan saya silap ,amat silap .Buat pertama kali ,tidak suka .Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi sengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

“I haven’t found any entry in Islam that pemit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you hve been learning until now.” “Not a single phrase, nor a word.”

“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang say abaca, tiada satu pun yang menghalalkannya.

Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat menegakkannnya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata: “It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so. “Saya percaya, itulah yang terbaik untuk diri saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan Alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun airmatanya seakan air sungai yang tidak henti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah kamu bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya dan dia inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi.

Inilah masanya kami menginsafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi ampunkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku adalah insan yang lemah dan hina, Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walaubagaimanapun perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir, insane seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah s.w.t. panjangkan umur, sebaik saja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamrnya untuk menjadi permaisuri hati saya.

InsyAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya. Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insane yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insane yang seumpamanya. Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu tahun dahulu?

-Mafraq, Jordan-

Saya dapat artikel ini dari seorg shbt saya. syukran qis=)

Published in: on November 10, 2007 at 12:04 am  Leave a Comment