T-Shirt

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah sekian lama merancang, kini karisma bakal memperoleh ‘t-shirt’nye sendiri.. ini lah ‘design t-shirt’ untuk muslimat. ‘T-shirt ini labuh paras lutut bagi muslimat. Untuk ahli kesatuan remaja islam matrikulasi, harganya ialah RM31. Jika bukan ahli, harganya ialah RM32. Murah saja.

Published in: on December 30, 2007 at 3:55 am  Comments (2)  

Cinta

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantic atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah
menulis peringatan-peringatan Allah di dalam konteks cara perhubungan
walaupun mungkin tidak pernah berdating…

malah orang yang bercinta dalam bentuk syariat Islam takut untuk
berhubungan secara menulis

kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk
luahan hati yang akan menimbulkan
*zina hati*.

Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan
melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut
dalam bentuk hubungan lain seperti chatting kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa ~menggoda keimanan~ dengan rasa
^rindu^ dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa
cinta ~asmaradana~ bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tiada
masalah hati…itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika
tidak disekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan
dan akhirnya tanpa mengimbangkan ^kewarasan akal^ dan lebih
mementingkan ^perasaan & nafsu^ akhirnya menjerumus kepada fahaman
itulah ^cinta^ yang sebenarnya.

Kerana atas dasar apa?? rasa rindu yg amat
sangatt??

<…sedangkan hakikat rindu yang sebenar hanyalah satu; rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan –-> iman <kepura-puraan> yang tidak
berkekalan atas asas tujuan untuk
memikat hati.

Ada yang jadi baik…bercakap yang baik2 di depan orang yang di cintainya…
almaklomle yang di cintai itu seorang yang beriman…tetapi bila bercakap
dengan kawan-kawan yang laen mulalah membebel ntahapehape kerana asas malu
tiada.
Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam…jika ingin memulakan ikatan cinta itu…berasaskan cinta yang penuh didikan “iman”… perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam ^jerat percintaan^ yang tak patut…sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru…mungkin akan menjatuhkan
ke lembah hina.

Bila seorang menyampaikan hasrat cintanya…perhatikan agamanya,
kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita…maksud sifat
asalnya dan muamalat asalnya…

kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui…ia hanya akan membuka peluang
kepada ke arah #ketidakfahaman# konsep cinta berasaskan Islam. Uji mereka
dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan diri kita
dirapati akan perasaan mereka…agar menimbulkan keraguan dan was-was yang
kita tidak menerima cinta mereka.

~Sebaik-baik Percintaan Itu adalah Percintaan Selepas Perkahwinan~

Published in: on December 7, 2007 at 4:17 am  Leave a Comment  

Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah


Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan”!!!!

7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.

Published in: on December 5, 2007 at 6:41 am  Leave a Comment  

Saladin Animated Series

episod 1 (1/3)

episod 2 (1/3)

Published in: on December 3, 2007 at 7:30 am  Comments (1)  

Malam Penutupan Minggu Penghayatan Islam

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat sekalian.

Tanggal 30/11/2007 tempoh hari telah diadakan malam penutupan minggu kesenian islam. Majlis yang ditunggu-tunggu akhirnya sudah melabuhkan tirainya. Ana dan sahabat-sahabat lain dimaklumkan mengenai majlis itu seminggu sebelum majlis itu berlangsung. Fuh! Kelam kabut jadinya. Kasihan ana melihat sahabat-sahabat ana yang hampir setiap malam mereka bermesyuarah. Persiapan selama seminggu itu membuahkan hasil yang baik.

Bermula selepas waktu zohor, ana, aiqa, kinah, dan lain-lain ke dewan. Alangkah terkejut kami melihat kerusi-kerusi yang telah kami susun sehari sebelumnya telah ditolak ke tepi kerana penghuni blok Ar-razi mengadakan pertandingan badminton dan pingpong di situ. Ana tidak ambil pusing tentang itu. Banyak perkara lain perlu difikirkan. Ana berlatih bersama ahli lain untuk persembahan puisidra. Mana mungkin ana berlakon. Ana ditugaskan untuk menguruskan ‘background music’. Lagu pilihan kami ialah lagu kitaro iaitu ‘Caravansary’ dan lagu aeman iaitu buatmu ibu. Sedih dan sayu jika menghayati pusidra ini. Ketika berlatih pon ana menangis.. tambah lagi dengan ekspresi pelakon utama iaitu Suffian, dan sura penyajak iaitu Amirul dan juga Hana. Kami berlatih di situ sehingga lah jam 6.30 petang.

Pada hari penghulu tersebut,  jam 7 petang, majlis berlangsung di masjid dengan solat maghrib berjemaah. Majlis diteruskan dengan tazkirah daripada Alif Qayyum Bin Laidin yang telah ditaklifkan sebagai Presiden Kesatuan Remaja Islam Matrikulasi(KARISMA) bagi sesi 07/08 kemudian solat isyak berjemaah. Setelah para jemaah selesai solat, semua pelajar berarak ke Dewan Sri Ledang. Tika itu, AJK Kawalan Pelajar sibuk memimpin para pelajar utk duduk memenuhkan bahagian hadapan dahulu. Pengarah kolej tiba tepat jam 8.45 malam. Memang ‘punctual’ Tuan Pengarah. (“,)

Majlis di dewan bermula dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan asma ulhusna yang diketuai oleh kumpulan nasyid Shoutul Jihad yang didatangkan khas dari kolej Matrikulasi Johor(hehe). Kemudian diteruskan dengan bacaan doa oleh muslimin dan juga persembahan multimedia. Setelah ucapan daripada Ustaz Alif, Ustaz Awang dan juga Pengarah, para hadirin di hiburkan dengan halwa telinga yang mendidik jiwa oleh kumpulan Shoutul Jihad dengan lagu mereka Selawat Junjungan dan Kawan. Gabungan suara harmoni mereka memang mantOp! Setelah tamatnya persembahan mereka, penyampaian hadiah sesi pertama kepada pemenang nasyid, busana muslimah, tilawah Al Quran, dan lain-lain.

Persembahan seterusnya adalah persembahan puisidra. Cuak juga kerana ‘microphone’ untuk background music tidak berfungsi pada awalnya. Syukur kerana ada ‘microphone’ yang lain. Huhu jadi ‘background music’ dimainkan lambat sedikit. Puisidra ini mengisahkan pengakuan seorang anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej ana. Dia menjadi harapan kepada ibunya. Tapi, si anak lupa pada pesanan ibunya. Berparti, hisap rokok, wanita, mencuri dan lain-lain menjadi amalan sehinggakan dia tidak tahu pun ibunya sudah meninggal dunia. Tiada lagi kucupan dan pelukan ibunya. Tatkala dia menerima sepucuk surat tulisan ibunya sendiri, dia menyesal, meraung, menangis. Sahabat ana, hana membacakan surat tersebut sambil menangis telah memberi impak kesedihan dalam puisidra tersebut. Diharapkan mesej puisidra yang diterapkan dalam puisi yang ditulis oleh aiqa sampai kepada para hadirin.

Pada jam 11.15 malam barulah majlis bersurai. VIP, JPP, AJK-AJK pengelola majlis ke dewan banquet untuk menjamu selera. Alhamdulillah dapat juga mengisi perut yang kosong sejak pagi. Ana agak terkejut kerana ada yang tidak berpuas hati kerana mereka tidak menang dan gmbar mereka tiada dalam persembahan multimedia. Jika ana menjadi pengadil, ana juga tidak memilih mereka sebagai pemenang. Suara mereka boleh dikira sedap didengar. Tetapi, pakaian bagaimana? Mereka sedar mereka tidak bertudung labuh seperti kami, tetapi, kalau nak diikutkan, pemenang ketiga majoriti memakai tudung biasa. Jadi mana silapnya? Pemakaian tudung mengikut syarak perlu ditekankan. Jika gambar mereka bernasyid dipaparkan, siapa yang mendapat saham? yang melihat, yang mengurus, malah diri sendiri. Tambahan pula pertandingan tu pertandingan NASYID. Kita bernasyid dikira berdakwah. Jika begitu penampilannya, apa guna bernasyid? adakah memikirkan hadiah semata-mata? Huhu. Ana tamatkan di sini dulu lah. Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung, InsyaAllah ana akan letak di sini. assalamualaikum.

Published in: on December 1, 2007 at 7:42 am  Leave a Comment