Ukhuwwah Islamiyyah

taken from: http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/

1.0 DEFINASI

1.1 Ukhuwah merupakan satu sinaran suci yang diserapkan Allah ke dalam hati hamba-hambaNya. Dengan jelas menunjukkan ukhuwah adalah suatu pemberian rabbani yang dialirkan Allah ke dalam hati-hati sanubari hamba-hambaNya.

1.2 Ukhuwah juga merupakan kekuatan iman seseorang yang melahirkan perasaan cinta yang mendalam terhadap sahabatdengan berlemah-lembut dan berkasih-sayang.

1.3 Ukhuwah juga adalah sifat mulazamah (sentiasa wujud) iman dimana tidak sempurna iman tanpa ukhuwah dan tiada ukhuwah tanpa iman, seperti tiada sedekah tanpa takwa dan tiada takwa tanpa sedekah.

2.0 CARA-CARA MENGHIDUPKAN RUH UKHUWAH

2.1 Melakukan segala benda yang menunjukkkan ia benar-benar mengasihinya seperti meanggil ia dengan nama yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang dibenci.

Firman Alllah yang bermaksud:-

“Jika kamu belanjakan apa yang di bumi seluruhnya sekalipun nescaya kamu sekali-kali tidak akan dapat dijinakkan di antara hati-hati mereka tetapi Allahlah yang menjinakkan antara hati-hati mereka”

2.2 Apabila berpisah, hendaklah sama-sama mendoakan keselamatan bagi saudaranya ketika ghaibnya.

2.3 Apabila bertemu, hendaklah memaniskan muka di dalam pertemuan itu.

2.4 Apabila bertemu, hendaklah bersegera (mendahulukan) berjabat tangan.

2.5 Hendaklah menziarahi saudara kamu dari masa ke semasa. Ziarah dengan melihat suasana hidup sahabat dari masa ke semasa peningkatan atau penurunan, susah atau senang dan selalu berbincang.

3.0 SYARAT-SYARATNYA

3.1 Hendaklah benar-benar ikhlas kerana Allah, ukhuwah bukan kerana kepentingan peribadi seperti hendakkan pangkat atau harta. Ukhuwah yang tidak ikhlas tidak kekal lama.

3.2 Hendaklah ukhuwah diikat dengan iman dan takwa.

3.3 Hendaklah ukhuwah itu menlazimi di atas manhaj Islam. Oleh itu :-

a) sama-sama menegakkan manhaj Islam (sistem hidup Islam)

b) sama-sama memahami hukum Allah dan kembali kepadanya dalam semua hal

Firman Allah yang bermaksud:-

“Wajiblah kasih sayangKu bagi orang yang berkasih sayang keranaKu dan sering berbincang keranaKu dan berbalas-balas keranaKu”

c) hendaklah benar-benar beriltizam dengan Islam (tidak pura-pura)

d) menghidupkan suasana ingat-mengingati di atas dasar keimanan dan bukan kerana hawa nafsu

e) sama-sama beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan kesabaran

f) beriltizam dengan manaj Al-Quran

g) benar-benar menjadi seorang khalil

3.4 Hendaklah ukhuwah itu didasarakn kepada tolong-menolong semasa senag dan susah (senyum dan nangis bersama).

4.0 HAK-HAK UKHUWAH FILLAH

4.1 Hak jemaah yang kita tinggalkan kepada seluruh manusia yang mengaku beriman kepada Allah SWT iaitu :-

a) memberi salam ketika bertemu

b) menjawab salam

c) menziarahinya ketika sakit

d) mengiringi jenazahnya hingga ke kubur

e) memenuhi jemputan

f) mengucapkan doa ketika bertahmid sesudah bersin

g) baik di dalam pembahagiannya

h) menolongnya ketika dizalimi

i) sentiasa memberi nasihat kepadanya

j) menyelesaikan masalahnya

k) menolongnya memberi kesenangan di dalam kesusahan

l) menutup keaibannya

m) menjauhi dari menghinanya, memarahinya, membuat zalim, dan menyakitinya

4.2 Hak Khassah – iaitu yang kita tunaikan kepada seluruh saudara kita yang sama-sama berjuang di dalam satu saf.

4.3 Haram meninggalkan sahabat lebih daripada 3 hari jika kerana sebab-sebab peribadi. Tetapi jika sebab jemaah menjadi wajib.

4.4

Berkelakuan baik dengan sahabat dalam semua keadaan dan sentiasa mempertahankan sahabat dalam semua hl. Kalau orang mengumpat sahabat belalah ia walaupun umpatan itu benar dan rahsiakan darinya.


Sabda Rasulullah SAW :-

“Tidak halal bagi seseorang muslim meninggalkan saudaranya selama 3 hari”.

Sabda Rasulullah SAW :-

“Dan Allah akan menolong hambaNya selagi hamba itu menolong saudaranya”.

Advertisements
Published in: on May 29, 2008 at 5:10 pm  Comments (1)  

Usrah Yang Lazat Lemak Berkrim

assalamualaikum.. ana baru kenal ngan tag2 ni. hmm harap pas ni takde la orang menge’tag’ ana. Bila dah sekali main, akan berterusan tanpa henti. Mengakibatkan lari dari matlamat asal kite buat blog nih.

Ana just jawab soalan2 je. Maaf ana langgar peraturan huhu

1) Berapa lama anda sertai usrah

about 3 or 4 years. Di MRSM ada cam usrah, tapi sebenarnya tazkirah. buat usrah kecil sekali je sbb ada masalah tertentu, ia tak diteruskan dan buat tazkirah setiap hari jumaat. Muslimat sahaja. Ana pernah diajak kawan sertai usrah krj. 2 usrah sahaja ana sempat sertai.

Ketika di KMJ, usrah yang ana sertai dikelola oleh Kesatuan Remaja Islam Matrikulasi (KARISMA). Ahli-ahli majlis nuqaba’ dikenali sebagai Majlis Diskusi Pelajar. Ada 2 usrah dalam KARISMA. Usrah bersama ketua naqibah, kadangkala gabung dengan muslimin (bersama ketua nuqaba’). Dan juga usrah bersama mad’u. Satu kumpulan usrah ada dalam 7orang (sepatutnya). Tapi apakan daya, yang selalu hadir usrah rata-rata 4 atau 5 orang. Ada juga 2 orang sahaja.

2) Bagaimana anda sertai usrah

sertai KARISMA, kawan.

3) Kenapa anda sertai usrah

wajib sebagai muslim untuk berdakwah. Usrah adalah satu medan untuk berdakwah disamping dapat memperkukuhkan ukhuwwah islamiyyah sesama islam. kerana usrah ini bukan sekadar belajar agama saja. Usrah adalah keluarga, jadi boleh la buat pendekatan berbeza sikit. Ziarah, makan bersama, jalan-jalan, bersukan dan lain-lain.

4) Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

-gembira: jumpa sahabat sefikrah

-tenang: sentiasa diberi peringatan, nasihat, teguran yang boleh membentuk peribadi muslim.

-rasa lebih bertanggungjawab: sebagai daie, sampaikan kepada rakan-rakan lain.

5) Lima perkara anda dapat setelah menyertai usrah

>dekat dengan ALLAH-dugaan bertimpa-timpa menguji iman

>ukhuwwah islamiyyah

>amanah sebagai naqibah-daie

>tarbiyyah

>ilmu

Published in: on May 29, 2008 at 2:50 am  Comments (2)  

Rehlah

Gambar sekitar pantai.. rehlah bersama sahabatku-sakinah,qistina,fatihah,hawa,sahila,syafizan. Izni n husna xdapat sertai kami..Izni ada ‘interview’ MARA manakala husna ada temu janji ngan doktor.

matahari nak terbenam

Subhanallah..

sweet couple with their sand castle.. semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..

sand castle of our King and Queen..hihi

gambar yang tak jadik..

Selepas ini, masing-masing punya arah tuju, bertebaran di bumi Allah untuk menuntut ilmu. Namun ingatlah kita mempunyai satu cita-cita yang sama. Ukhuwwah berlandaskan satu aqidah yang sama adalah yang terbaik.

ukhuwwah itu sebahagian drpd iman.. iman itu pasti diuji, maka…. ukhuwwah pun akan diuji…~~~~

pesan seorang sahabat : bersedia berputus harap dengan makhluk Allah dan bergantung harap sepeunuhnya kepada Allah S.W.T.

Published in: on May 28, 2008 at 1:44 am  Comments (2)  

Berehat sebentar

Terkenang memori bersama Kesatuan Remaja Islam Matrikulasi (KARISMA) ketika di KMJ. Sedikit klip aktiviti KARISMA..

Published in: on May 27, 2008 at 5:40 am  Leave a Comment  

Dari Sahabatku

Di sini ana kongsikan pandangan sahabatku, tunjang PKPIM UIA Nilai
Assalamualaikum wbt.
Saya terpanggil untuk melontarkan pandangan berkaitan isu ‘pakaian seragam sekolah perempuan yang agak seksi’ seperti mana yang dibangkitkan oleh saudari Munirah Bohari, Pengerusi HEWI Pesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Saya sebagai seorang pelajar dan juga sebagai ahli masyarakat, saya berpandangan adalah amat perlu isu ini untuk dikaji semula oleh pihak kerajaan khasnya. Ini kerana adalah satu kewajipan bagi setiap wanita Muslim untuk memakai pakaian yang menutup aurat seperti mana yang dituntut syara’. Walaupun pakaian seragam kini kelihatan seperti menutup aurat,tetapi jenis kain yang digunakan adalah dari jenis yang agak nipis. Ianya semakin rumit apabila pelajar itu tidak memakai tudung seperti mana yang dituntut dalam Al-Quran(sila rujuk Surah Al-Ahzab).
Mungkin agak menyusahkan pelbagai pihak untuk menukar warna baju seragam daripada warna putih ke warna-warna lain. Tetapi berdasarkan alternatif yang dicadangkan oleh PKPIM iaitu untuk mewajibkan pelajar perempuan untuk memaka’ singlet ataupun camisole adalah langkah yang terbaik dalam menangani isu ini.
Terdapat sesetengah pihak tidak bersetuju dengan kenyataan saudari Munirah bahawa pemakaian pelajar perempun turut menyumbang kepada jenayah seksual, tetapi kita perlu beringat bahawa ini adalah perintah Allah SWT. Saya ingin perihalkan isu ini dengan hukum makan makanan haram seperti daging khinzir. Ada yang berpendapat bahawa kita tak dibenarkan makan daging tersebut kerana saintis menjumpai banyak kuman-kuman berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Tetapi jika suatu hari nanti saintis berjaya menemui vaksin yang mampu membunuh kesemua virus-virus itu,adakah daging khinzir sudah halal untuk dimakan?
Tidak kira apa jua keadaan, setiap hukum yang telah ditetapkan dalam AlQuran tetap menyatakan hukumnya adalah HARAM!! Takkan kita hanya mahu menunggu sehingga kes-kes rogol atau pencabulan di media-media dilaporkan, baru kita mahu mengam bil tindakan? Mencegah lebih baik dari merawat. Sebagai ahli masyarakat yang prihatin, adalah satu kewajipan untuk kita sama menemainkan peranan dalam memperjuangkan isu ini demi kesejahteraan kita bersama. Renung-renungkanlah!
SAKINAH AL-MUJAHIDAH
PELAJAR UIAM.
..Bermula di sini,takkan hilang lagi.Bersatu teman abadi.Akan terus sejati.Mencipta lagi.Memori…
Published in: on May 27, 2008 at 5:21 am  Leave a Comment  

UPU oh UPU..

Salam ‘alaik..

Pada 21hb lepas keputusan peperiksaan matrikulasi dah dikeluarkan.  Keputusan peperiksaanku mengalami sedikit kejatuhan, mungkin ada hikmahnya. Namun seinfiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana ana masih diberi peluang untuk menyambung pengajian. Tibalah masa pelajar-pelajar lepasan matrikulasi memilih jurusan bagi menyambung pengajian di peringkat universiti. Permohonan UPU fasa 2 akan berakhir pada hari ini. Dalam tempoh seminggu inilah ana sibuk memilih dan mencetak permohonan (thanx to fina).

Ana mengikut nasihat ayah untuk mengambil bidang geologi petroleum. Memandangkan prospek kerja ahli geologi yang luas, kelebihanku dalam kimia, ana bersetuju memohon semuanya berkaitan dengan minyak. Ana menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian di UKM. Tak tahulah mengapa. Mungkin sebab berhampiran dengan rumah kot..huhu

ok, berikut adalah pilihan universiti beserta jurusan yang ana mohon:

pilihan 1: UKM-Sains (Geologi)

pilihan 2: UM-Sains (Geologi/Geologi Gunaan)

pilihan 3: USM-Kejuruteraan Sumber Mineral

pilihan 4: UPM-Bacelor Sains (Kimia Petroleum)

pilihan 5: UTM-Kejuruteraan Petroleum

pilihan 6: UiTM-Kejuruteraan Minyak dan Gas

Ana berharap sangat dapat melanjutkan pelajaran di UKM. Sebab ada geologi petroleum. Sahabat-sahabat tolong doakan ye.. (^.^)

Published in: on May 27, 2008 at 1:08 am  Comments (3)