Jalan Dakwah, Suatu Kewajipan

Dari barisan usrah
dan dari umbi tarbiah
muncullah sinaran fikrah
islah terus meniti masa

dari dwan selesa
ke jalanan yang berhaba
pejuang keadilan
dan penjulang kebenaran

bersama islam membina ummah
usaha daulatkan syariah
agar hidup penuh barakah

di dalam sedih dan ketawa
di dalam susah dan mewah
tetap teguh iman dan taqwa

sehati sejiwa dulu kini selamanya
walau apa yang melanda hadapi bersama
Ya Allah Ya Rabbi teguhkan iman kami
moga tabah hati tak berbelah bagi

berbekalkan islam membina masyarakat
membentuk umat insan sejagat
setiap mehnah pastinya ada hikmah
berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
prinsip syura jadikan amalan
korban masa tenaga kita
dan fikiran perkasakan maruah kita.

Alhamdulillah!!! siap juga!

Published in: on June 30, 2010 at 6:42 pm  Comments (3)  

Kasihnya Seorang Abang

“Abang, ajarkan photoshop boleh?”

“Ah, belajar sendiri, explore la. Jangan malas.”

Berdesing juga telinga. Bukan tak cuba teroka, dah berkali. Namun saya gagal kuasai photoshop. Bila melangkah di matrikulasi, mujur ada diajar photoshop. Alhamdulillah, senang masuk. Kalau tak explore sebelum itu, mungkin susah untuk ingat. Terima kasih abang…haha

Ayah beli laptop baru untukku. Abang bersungguh-sungguh mengajar cara kendalikan laptop yang pelik tu. Dalam hati, penuh berharap dapat guna laptop itu sesegera mungkin. Tapi….

“Aida, abang nak guna laptop aida. Aida amik laptop abang dulu ya.”

Hanya angguk (adik yang baik kan?hehe). Tersenyum juga, melihat senarai lagu-lagu nasyid yang sangat banyak dengan tarikh download yang masih baru, kira-kira 2 3 hari sebelum abang bagi laptop lama itu. Pandai juga abang pancing aku!

beberapa bulan kemudian, abang telefon dari Ireland.

“Tengah buat ape bising-bising sangat tu?”

“Teman kawan tempah tiket bas kat bilik JPP. Nape?”

“Nak mintak maaf, skrin laptop pecah”

“Aida pun mintak maaf, laptop abang dah tak hidup dah. HD rosak kot. Pernah sekali terjatuh.”

Diam.

haha, guess what’s next? tekalah sendiri..

Cuti hujung minggu pula, abang balik Malaysia ketika itu, membawaku ke satu event GAMIS yang menyebabkan hati terpana dengan biah solehah.

“Ko betul nak join ni? Kalau betul nak join, kene sepenuh jiwa raga untuk Islam.”

Hanya angguk, tanda faham.

Terasa kecil dikelilingi kakak-kakak dari pelbagai universiti. Saya hanya seorang pelajar kolej matrikulasi. Mungkin paling muda dalam dewan besar tu dan mungkin Abang mahu saya mendapat tarbiyyah seperti mereka. Terima kasih Abang~

Melangkah ke universiti pula Saya pinjam video kamera abang. Tapi, ada masalah nak pindahkan rakaman ke laptop. Abang datang juga ke kolejku, berusaha download software yang sepatutnya. Namun gagal. Terima kasih abang~

Kali terakhir susahkan abang adalah kerjalapangan ke Sungai Lembing, Pahang. Belum bertolak lagi abang dah banyak tanya,

“Nak buat apa kat sana. Lama tak?”

dan akhirnya, Abang yang pandu. Pemandu kedua adalah Arif Hikmat.

4 jam perjalanan jadi 2 jam setengah. Boleh bayang tak laju gila abang pandu? Patut pun adik dia sama juga~haha. Terima kasih abang!

dah banyak meleret ni. Sebenarnya nak ucap SELAMAT HARI LAHIR untuk Abadi Sufaat.

Seorang doktor. Mahu jadi doktor pakar kanak-kanak (pedriatics)- tak dapat bayang.. betul- betul susah nak percaya..ahah

tak sabarnya nak dapat kakak ipar! cepat2 ye

apakah?

Published in: on June 27, 2010 at 9:15 pm  Leave a Comment  

Merantau ke Pahang

Kali kedua saya datang mengembara ke Sungai Lembing. Kali ini bukan menaiki bas seperti tahun satu dahulu, tetapi menaiki Ford Everest, kenderaan rasmi UKM yang dipandu Pak Cik Jamal, bersama penyelia saya Dr Wan Zuhairi Wan Yaakob dan kawan sepakej (geologi sekitaran) iaitu Tengku Nuradiba. Di bawah tajuk tesis saya, “Impak Bekas Lombong Sungai Lembing dan Penambahan Jisim Logam Berat ke atas Sungai Kenau di Pahang,” kami bertolak seawal jam 9.00 pagi ke Sungai Lembing yang memakan masa 4 jam perjalanan.

Gerak kerja dimulakan usai solat, kira-kira jam 2.30 petang. 3 perkara yang perlu dilakukan ialah pemetaan anak sungai yang mengalir dari bekas lombong ke Sungai Kenau, ukur velocity & discharge, dan persampelan air. Pada petang itu, Dr Wan membawa kami ke lokaliti anak sungai dan mengambil ukuran serta persampelan saja. Esoknya barulah saya melakukan pemetaan sungai. Serius, tak mampu buat sorang2 tanpa bantuan Diba dan diselia Dr Wan.

lokaliti 1

persampelan air

air sungai ini kering, tapi anda boleh agak kotornya air ini. warna oren itu adalah pengendapan logam berat.

Lombong bawah tanah yang menggunakan kaedah tunnel ini merupakan lombong timah yang dikendali oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) pada tahun 1880an hingga 1987. Lombong ini dibuka oleh British si penjajah Tanah Melayu. Lombong ini sangat kaya dengan sumber timah (Sn) sebanyak 63% dan 10% kuprum yang telah menghasilkan 281,846 tan sehingga tahun 1983.

pH air ini adalah sekitar 2-3pH

bersama Dr Wan, mengambil bacaan pada water quality meter (YSL)

Namun, lombong ini dibiarkan setelah ia tamat beroperasi tanpa usaha pemulihan. akibatnya, tapak bekas lombong dipenuhi longgokan bahan buangan (tailing) yang mengandungi logam berat. Bau seperti belerang/sulfur sangat kuat di situ. Apabila hujan, air hujan akan melarutkan longgokan sisa lombong tersebut lalu membawa ion-ion logam berat seperti arsenik mengalir ke Sungai Kenau. Sungai Kenau ini pula merupakan sumber air penduduk di Kuantan. Jadi, anda boleh bayangkan betapa tercemarnya air tersebut dan bahaya kepada manusia?

Pada hari kedua, kami mengambil sampel air  bawah tanah pula. Telaga pertama yang dikunjungi adalah di rumah Pak Cik Syed, secara tak sengaja saya jumpa ketika membuat pemetaan sungai kecil yang perlu melalui celah-celah rumah orang. Kata Pak Cik Syed, andai air tiada, keluarganya menggunakan air telaga itu, namun seandainya hujan turun, air tersebut terasa kesat. Rasa kesat itulah disebabkan oleh logam berat dari sisa lombong yang terlarut dan terserap ke dalam air bawah tanah.

Begitulah impak bekas lombong terhadap persekitaran. Sebenarnya, Malaysia boleh je memfailkan saman ke atas British kerana tidak bertanggungjawab dengan pencemaran yang berlaku akibat tidak memulihara kawasan tersebut, tapi. . . lu pikir sendiri..

Berdasarkan maklumat, kerja pemuliharaan sepatutnya sedang berlaku namun kos pembiayaan ada pada Sultan Pahang, tapi. .  semua tu tak berlaku

Perjalanan diteruskan ke Jerantut pada petang itu juga. Pada hari ketiga, kami mengunjungi kuari yg terdapat di Kg Belau, Jerantut sebelum kami bertolak balik ke UKM. Lokaliti ini merupakan salah satu lokaliti untuk persampelan bagi tesis milik Diba.

batuan bersaiz besar dimasukkan ke dalam rock crusher untuk dipecahkan menjadi kecil

batuan tadi diproses lalu diasingkan yang mana besi dan yang mana bukan. Ini ialah hasil proses pengasingan itu dan inilah besi yang bersaiz serbuk.

serbuk besi ini melekat pada magnet yg terdapat dalam bekas putih itu

Mineral yang utama ditemui di lombong ini ialah magnetit. Kami sangat bertuah kerana dapat melihat bagaimana bijih diproses menjadi kecil bersaiz serbuk. Realiti yang sukar diterima ialah kuari bijih besi ini merupakan kepunyaan Singapura atas lesen golongan kerabat diraja. huhu Bumi Malaysia ini mempunyai banyak sumber, tapi. . . . . . . .lu pikir la sendiri!

Published in: on June 20, 2010 at 6:36 am  Leave a Comment  

Setelah 98 tahun

Semalam tercatat dalam sejarah salasilah keturunan Jawa Ponorogo Allahyarham Hj Abdul Salam Bin Hassanadi, Allahyarham Ahmad Bin Hj Salleh dan Allahyarham Hj Abdullah Bin Kartodinomejo berhimpun setelah 98 tahun lamanya. Tahun lepas, hari keluarga peringkat Hj Hassan (anak Hj Abdul Salam) sahaja tapi tahun ini berskala besar pula. Kira-kira 200 orang yang hadir pada perjumpaan kali pertama ini, walau bagaimanapun jumlah sebenar ahli keluarga keturunan ini adalah 800 orang!

Saya dan sepupu yg lain merupakan generasi ketiga Hj Abdul Salam dan Ahmad. Hj Abdul Salam merupakan moyangku di sebelah embah lanang (atuk) manakala, Ahmad Hj Salleh merupakan moyangku di sebelah embah wedok (nenek). 3 agenda utama iaitu walimah sepupuku, abang Samsul Bin Sumito; pelancaran Tabung Amal Jariah keluarga; dan family day. Sebagai pihak penganjur, saya ditugaskan mengurus bahagian pendaftaran. Uh, sangat ramai yang saya tak kenal~

Aliff, Anas, Isyraff, Azam, Irfan

banner menyambut ketibaan kaum kerabat~

daripada jumlah ini, 10 % je yang kenal..

Pengapit lebih excited dr pengantin? apa kes. . =p

kategori 5 tahun ke bawah : rebut gula2.. ibu2 pun tolong rebut.. x aci~ haha

aksi Anas Sufaat, kecik2 cili padi.. xde gigi pun boleh menang no. 1.. =D

music chair

bila belon Azam nk pecah ni?

At times you feel neglected. At times you feel lonely. At times you feel wrath and hatred. Any time you feel so down, ALLAH is always there for you and help to get your feet back on the ground. So does your FAMILY and FRIENDS. Cherish them while they still alive.

Published in: on June 13, 2010 at 10:23 am  Leave a Comment  

Nilaian Sebuah Tangisan

Seluruh dunia hatinya bergetaran
Kerana harga dan nilaian Setitis air mata
Seringkali kita dihidang
Dengan kisah penderitaan Saudara yang merana
Seringkali kita abaikan
Tiap seruan
Untuk membantu bebaskan
Mereka dari kekejaman
Anak yang tidak berdosa Tiada pernah kenal bapanya
Yang syahid penuh bermaruah Demi agamaNya
credit to Abdul Halim Ahmad
***********************

Alhamdulillah saya dan beberapa orang sahabat diberi peluang oleh Allah untuk turun bersama masyarakat, berdemonstrasi membantah kekejaman Israel laknatullah semalam. Itulah demonstrasi besar-besaran yang ke3 saya lalui. FRU masih ada pada kali ini namun bezanya dengan demonstrasi sebelum ini, para peserta demonstrasi tidak dihujani air berasid dan gas pemedih mata.

Bertolak dari komuter UKM seawal jam 10.30 pagi menaiki koc khas wanita. Ini kali pertama saya naik koc khas ini berikutan saya tidak menggunakan pengangkutan awam ini sejak saya berpindah rumah. Ada juga ‘kumbang’ yang tidak mengetahui atau tidak cakna akan kewujudan koc itu rupanya. Huhu.

Tiba di KL Sentral, kelihatan kelibat manusia yang mungkin juga akan ke demonstrasi dengan mengenakan pakaian serba hitam dan bermafla tertulis HAMAS. Kami berenam menikmati makan tengahari di ‘foodcourt’ sambil menanti 4 orang lagi sahabat yang masih dalam perjalanan ke KL Sentral. Sementara menunggu masuknya waktu solat zuhur, kami membuat halaqah membincangkan isu hangat melalui perspektif yang berbeza. Memang menegangkan urat kepala memikirkannya.

Fried Rice+Blackpeper Chicken and Fried Rice+Sour Sauce Chicken

Our destination : Kg Baru

Selesai solat, kami bergegas menaiki LRT Putra menuju ke stesen Kg Baru. Ramai juga yang berpakaian seperti pendemonstrasi di dalamnya. Pada tekaan saya ketika itu, mungkin ramai yang akan turun ke jalan nanti. Tiba di stesen Kg Baru, berjumpa dengan sahabat-sahabat lain. Juga terdapat wanita Turki yang siap sedia untuk menyertai demonstrasi.

arrived at Kg Baru

Kira-kira 200 meter kami berjalan ke arah Masjid Jame’ Kg Baru, alhamdulillah sempat mengikuti perarakan. Lautan manusia membanjiri jalan bersama sepanduk, poster, playcard, mafla dan bandana di kepala. Majoriti yang menyertai adalah anak muda sekitar 20-an hingga 30-an. Laungan-laungan bagi menunjukkan bantahan sentiasa kedengaran. Siapa yang tidak bergetar hatinya. Allahuakbar!

Federal Reserve Unit (FRU) with their trucks

keep on moving~

Wake up! Stand up! Free Palestine!

a cute boy with his father (i guess~)

Hancur! Hancur! Hancur Israel!

Selesai mendengar ucapan-ucapan dari pemimpin rakyat dan penyerahan memo kepada kedutaan Amerika, semua bersurai dengan aman. Alhamdulillah, saya dan Siti Nur Sakinah Ahmad Budiman ditemukan setelah hampir setahun lebih tak bersua. Beliau kini menuntut di UIA Gombak dan merupakan aktivis PKPIM. Kami dahulu belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah yang sama sebelum saya berpindah ke MRSM.

Bertolak dari LRT Putra Ampang Park ke KL Sentral kira-kira 5.00 petang. Selesai solat asar, barulah kami bertolak pulang ke UKM. Moga Allah mengira tiap derap kaki ketika demontrasi semalam. Itulah yang termampu di Malaysia. Saya terfikir jika Malaysia menyahut seruan untuk memerangi Israel, moga saya akan tergolong dalam mereka yang akan ke sana. Kat Malaysia ini, paling kejam adalah I.S.A.. apa barang..huhu

masih lagi terngiang2 kata-kata ini : “Yang lembut tak semestinya lemah, yang agresif tak semestinya hebat, pantang berundur pantang menyerah, muslimat mantap harapan umat!” those words give me inspiration, well thanks to her. ^_^

Published in: on June 5, 2010 at 10:51 pm  Comments (3)  

Hapuskan Bapak Jerung, Anak Jerung dan Pirana!!!

BAPAK JERUNG

Zionis paling kejam lagi zalim. Mereka adalah musuh utama dunia. Tapi berapa ramai yang sedar? Berapa ramai pemimpin yang berani lantang bersuara dan bertindak melawan kekejaman zionis? Terbaru mengenai serangan terhadap kapal Mavi Marmara, konvoi Talian Hayat untuk Gaza (Lifeline 4 Gaza). 20 orang terbunuh. Moga mereka syahid. Apakah kita merasainya? Berapa ramai yang terbunuh di tangan yahudi israel? aduh, dunia.. bukalah matamu.

Andai satu dunia menyerang israel. Dah lama bangsa itu lenyap sekelip mata!!

ANAK JERUNG

uhh, pak najib ini merupakan perdana menteri yang sangat ‘hot’ dengan banyak isu-isu negara. Kenyataan-kenyataannya juga menyakitkan hati. lu pikir la sendiri~

IKAN PIRANA

Fakta kes telah diceritakan pos sebelum ini. Hari ini mahasiswa berjaya menghantar injuksi dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kepada pihak pentadbiran UKM walaupun berlaku sekatan oleh pihak keselamatan. Bagaimanapun, mereka akan dihadapkan ke mahkamah tinggi 17 Jun ini bersama wakil pentadbiran UKM.

Awas! Mahasiswa sudah bangkit!

Published in: on June 3, 2010 at 12:24 am  Comments (1)