GAMIS Berpencak~

Konsert Antara Dunia 09

konsert antara dunia

Perasmi

  • Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
  • Menteri Besar Negeri Kelantan

Moderator

  • Ustaz Sobri Abd Rani
  • Penceramah Bebas

Artis

  • Rabbani : Artis Nasyid dari Malaysia
  • Shoutul Harokah : Artis Nasyid dari Indonesia
  • Ungu : Artis Pop dari Indonesia
  • Meet Uncle Hussain : Artis Pop dari Malaysia

Saya menyokong konsert ini diadakan. Konsert ini adalah merupakan alternatif kepada konsert ‘gergasi’ di Malaysia yang menjemput artis-artis seksi seperti Avril Lavigne dll. Ini membuktikan GAMIS bukan cakap kosong, tetapi GAMIS berjaya mengetengahkan konsert berteraskan islam.

Kenapa Meet Uncle Hussain?

Menurut presiden GAMIS, Mohd Dzul Khairi berkata MUH adalah sebagai daya penarik remaja-remaja di luar sana.

Saya sangat bersetuju. Konsert ini bukanlah untuk mereka yang berkopiah dan bertudung labuh saja malah untuk semua. InsyaALLAH konsert ini berjaya menarik perhatian remaja yang menjadi mad’u kita, tambahan pula MUH telah memenangi anugerah bintang popular berita harian 2008 dan artis baru popular AIM baru-baru ini.  Saudara Mohd Dzul Khairi juga berkata kumpulan nasyid jihad yakni Shoutul Harakah akan tetap menjadi dominan.

Semoga konsert yang bakal diadakan ini berjalan dengan lancar.

p/s: rindu gerak kerja bersama famili DKI II~

Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara

kongress
Tarikh : 11 Julai 2009

Hari : Sabtu

Tempat : Dewan D8 Putrajaya

Yuran Penyertaan : RM 20.00 seorang

Kertas Kerja dan Pembentang

1) Tema – Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam di IPT

i. Pembentang : Prof Tajul Arifin (UKM)
Tajuk : Pensekularan Sistem Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi – satu kajian

ii. Pembentang : Prof. Dr Sidek Baba (UIAM)
Tajuk : Peranan Pendidikan Islam dalam Pembentukan Mahasiswa Menjadi Pelapis Kepimpinan dan Cencekiawan yang Berintegriti, Cemerlang dan Bersih.

2) Tema – Transformasi Sistem Pendidikan Islam di Sekolah

i. Pembentang : Dr Abd Halim Tamuri (UKM)
Tajuk : Mentaliti Subjek Pendidikan Islam, Subjek Kelas Kedua Di Sekolah – satu analisa

ii. Pembentang : Dato’ Dr Siddiq Fadzil
Tajuk : Halatuju Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Sebagai Enjin Pembentukan dan Pembangunan Insan.

Sasaran Peserta

* Wakil Majlis Perwakilan Pelajar IPTA dan IPTS
* Wakil Pensyarah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan di seluruh IPTA dan IPTS
* Wakil Persatuan-persatuan guru-guru seperti NUTP dan NGO berkaitan
* Wakil Kementerian
* Guru besar dan wakil badan pelajar setiap sekolah di Selangor
* Wakil daripada Parti Politik

Kongres ini diadakan memandangkan kebejatan sosial dan akhlak remaja berada di tahap yang membimbangkan. Perbincangan dan perincian yang intensif adalah perlu untuk mengeluarkan generasi masa depan dari kemelut kemaksiatan bahana dari barat. Apa-apa pun, Islam lah kunci penyelesai segala masalah~

Advertisements
Published in: on May 29, 2009 at 1:27 pm  Comments (1)  

Al-Fatih : Inspirasi Kepimpinan Muda

sultan_muhammad_al-fateh

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

ehsan : Sahabatku Mahirah

Ketika usianya baru berusia 19 tahun, baginda telah menjadi Khalifah Uthmaniyah yang ke-7 dan hari ini, 29 Mei 2009 merupakan  ulangtahun ke-556 pembukaan Kota Konstantinople (Istanbul) oleh Sultan Muhammad Al-Fatih ketika usianya 21 tahun! Allahuakbar!

Published in: on May 29, 2009 at 12:36 pm  Leave a Comment  

Manek Urai

YB HJ ISMAIL- MANEK URAI N.41

Al-fatihah buat Yb. Ismail bin Yaakub ADUN Manek Urai Kelantan telah kembali rahmatillah jam 5 .30 awal pagi tadi

Semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang soleh..

**************************

Sekadar Perkongsian

Pada hari ke-3 fieldwork tempoh hari, kami beramai-ramai menyelusuri jalan Kuala Krai-Temangan (xigt kilometer berapa) naik ke puncak Bukit Besi. Ada apa dengan Bukit ini? Ada bekas Kuari Bijih Besi- Hematite, dan Goethite yang beroperasi pada zaman penjajahan Jepun.

Sepanjang perjalanan, batuan sedimen yang dinamakan Syis Taku menghiasi jalan-jalan yang berliku. Mineral yang terkandung dalam batuan ini ialah muscovite, quartz dan garnet. Garnet ini berbutir kecil yang berwarna warni. Hakisan batuan ini menyebabkan garnet terurai dari tempat asalnya. Mengikut kata Prof Ibrahim dan Dr Rozi mungkin inilah menjadi salah satu faktor nama kawasan itu dinamakan Manek Urai…wallahualam..

Syis Taku~Syis Taku.. butiran garnet kecil2 saja.. xnampak kat gmbar ni~

Published in: on May 22, 2009 at 11:36 pm  Comments (2)  

Bertuah Award~

hijauaward[2][1]syukran kepada sahabatku Mahirah yang sudi menghadiahkan “Bertuah Award” ni. Jadi, ingin ana panjangkan award ini kepada 10 orang sahabat-sahabatku~

Sakinah Si Tenang… ni jadi hadiah bday nti boleh x?MySpace

Kak Aishah Ghuraba’..naqibahku syg~MySpace

Kak Nisa’ Comei~~MySpace

Syafizan shbtku selamanya~ rindu kamu..MySpace

Kak Kriey..shbt maya..bila boleh jmpa eh MySpace

Suhaily Sesetia Hawa…teman rapat kos geologi~~ (^-^)MySpace

Kak Irah.. kakak angkat yang xjemu2 masuk kg org asli =PMySpace

cLoVer4miza~~pemikir hebatMySpace

Kak Syamila~seniorku yang baik hati!!MySpace

Sakinah Zigaki~ shbt sekolej (tp ana da kene buang~~hoho)MySpace

kepada yang tersenarai untuk menerima hadiah ‘award’ ini, anda harus sampaikan kepada 10 org yang lain~~

Published in: on May 22, 2009 at 1:39 pm  Comments (5)  

Kembara Melihat dan Mentafsir Alam

Berjalan, Melihat, Mentafsir

baru-baru ini, ana dan rakan-rakan jurusan geologi tahun 1 telah selesai melalui program ‘fieldwork’ di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Sebanyak 28 lokaliti kami jalankan kajian. Setiap hari 3 atau 4 lokaliti kami jelajah. Semua tempat sangat menarik dengan pelbagai jenis batuan. Mungkin terlalu banyak jika ana coretkan apa yang kami lalui setiap hari dari hari pertama hingga hari ke lapan. Anda boleh juga  lihat di blog teman rapatku Suhaily Sapar yang menceritakan gerak kerja lapangan untuk setiap hari.

Paling Menarik

Apa yang menarik ya? haa.. ni yang ana nak cerita..

Bagi mahasiswa/i geologi sudah tentu perkara paling menarik ialah batuan di tepi-tepi jalan, kuari, tepi pantai, gua dan lain-lain. Bila melihat struktur batuan terasa seperti detektif kerana melalui struktur itu kita boleh mengetahui apa yang berlaku pada masa lampau. Terasa sangat kagum dengan ciptaan Allah yang prosesnya memakan masa jutaan tahun.

1) Jongkong Emas di Penjom Gold MineMySpace

Lombong emas di Pahang ini beroperasi secara lombong dedah. Setiap hari 6kg emas yang dapat dilombong dengan gred 0.8g/tonnes ke atas. Butiran emas boleh ditemui pada telerang kuarza yang merejah batu syal bergrafit di sini. Tempat ini ana letakkan yg pertama kerana kami berpeluang melihat proses pembuatan jongkong emas. Setiap satu jongkong emas seberat 12kg itu bernilai RM 1 juta! Memang sangat berat jongkong emas itu~

penjom gold mine

~kedalaman 789m~

2) Usrah di Bukit Keluang, Kelantan.MySpace

Subhanallah~! Tempat ini sangat cantik dengan batuan conglomerate yang berklasta subangular hingga subrounded. Struktur palung yang terdapat di sini membuktikan pemendapan batuan ini di daratan yakni di muara sungai. Terdapt juga morfologi menarik iaitu sea-arch dan gua yang terbentuk akibat hakisan ombak terhadap zon lemah(sesar). Sesi taaruf bersama ahli kumpulan dengan Prof diadakan di dalam gua itu~ Kumpulan A (MERAH) bersama-sama dengan Prof Ibrahim B Abdullah sempat membentuk halaqah untuk berkenal-kenalan. Rata-rata ahli kumpulanku memilih Geologi sebagai pilihan pertama~

gua batu conglomerate~gua hasil hakisan ombak~

conglomerate~conglomerate~

3) Mencari Fosil di Bukit Bucu, TerengganuMySpace

Kami semua berlumba-lumba mencari fosil. Banyak fosil yang kami temui kerana Bukit Bucu yang berada di belakang rumah orang ini  merupakan kubur fosil bercengkerang khususnya Brachiopoda. Fosil lain yang ditemui di sini ialah dari phylum Cnidaria dan Echinodermata. Namun hanya 1 fosil saja yang kami temui dari Trilobita (rupa macam belangkas).

linoproductus~linoproductus (credit to eroh~)

4) Masuk Gua~MySpace

Gua yang kami jelajah adalah Gua Ning (berdekatan dengan Gua Musang) dan Gua Bukit Charas. Ini adalah kali pertama ana masuk gua. Gua Ning agak pendek dan rendah berbanding Gua di Bukit Charas. Stamina yang kuat amat diperlukan untuk memanjat tangga-tangga curam di Bukit Charas. Gua ini menjadi tepat ibadat agama Hindu dan Buddha. Bau colok sentiasa menyengat hidung ini. Namun niat hanya untuk belajar, menyebabkan Prof2 membawa kami ke situ melihat morfologi gua yang masih tidak terusik. Struktur morfologi di gua ini membuktikan terdapat underground water flow suatu masa dahulu~

gua ning~sabri, fitry dan elly di Gua Ning~

gua charas~Gua Bukit Charas~

5) Tepi Pantai : Pantai Chendering, Kuala Abang, Kuala Kemasik, Pantai Batu Hitam dan Teluk Cempedak~~~

MySpace

Di tengah-tengah orang ramai yang bersiar-siar di pantai Teluk Cempedak, tiba-tiba muncul sekumpulan orang bertopi sawah, koboi dan apa-apa jenis topi dengan kompas yang tergantung dileher menuju ke kawasan berbatu. Gerombolan ini tidak menghiraukan pandangan pelik oleh orang ramai lalu terus menjalankan kajian terhadap batu-batu itu =)

IMG_1732~bersama elly melihat pelipatan lapisan batuan phyllite dan quatzite di Pantai Cendering~

IMG_1740~Kuala Abang~

Pantai Batu Hitam~Di atas batu Basalt Pantai Batu Hitam~

IMG_1919~Teluk Cempedak pula~

Selepas tamat pengembaraan kami di semua lokaliti selama 8 hari, ‘postmoterm’ diadakan di Hutan Lipur Lintang.

prof~orang kuat GEOLOGI UKM : En. Mohd Noor, Prof Rahim, Prof Ibrahim, Prof Ghani dan Pn. Marilah~

geo girls~teman rapatku yang meriah~

sekian

p/s:semua gambar adalah atas ehsan nur alwanie (rommate geologiku)

Published in: on May 22, 2009 at 12:05 am  Comments (5)  

Pro Mahasiswa : Aku Rela

there’s no GAIN without PAIN~

i’ve 2 more papers~ urrghh

Published in: on May 3, 2009 at 7:50 pm  Comments (1)