Ramadhan Berganti Syawal

Ramadhan yang kurindu berlalu pergi berganti pula dengan Syawal. Detik-detik akhir Ramadhan lalu mempamerkan keramaian di masjid-masjid dan di surau-surau telah berpindah ke pusat beli belah. Semua sibuk berbelanja baju raya baru, kasut baru, hingga dompet baru. Imam Syafie ada berpesan,  Aidilfitri bukanlah diperuntukkan bagi orang yang mengenakan sesuatu yang serba baru, tetapi dipersembahkan bagi orang bertambah ketaatannya.

Sahabatku, kadang-kadang kita terlalu mengekspresikan kebahagiaan dan kemeriahan menyambut lebaran ini sehingga ada pula menganggap Aidilfitri adalah penamat perjuangan melawan hawa nafsu.

Berakhir Ramadhan, syaitan-syaitan yang dibelenggu bebas, pesta-pesta hiburan akan tumbuh lagi dalam masyarakat. Pergaulan bebas dan hiburan ditayang secara meluas di media seakan mengajak pasangan kekasih berpeleseran macam belangkas, kembali ke habitat yang penuh syahwat.

Maka para sahabat dulu bersedih ketika Ramadhan akan berakhir. Seperti sabda Rasulullah SAW. sebagaimana dituturkan Ibn Mas ud:  Sekiranya para hamba (kaum Muslim) mengetahui kebajikan-kebajikan yang dikandung bulan Ramadhan, nescaya umatku mengharapkan Ramadhan terus ada sepanjang tahun. (HR Abu Ya la, ath-Thabrani, dan ad-Dailami)

Melangkah pula ke bulan Syawal, sepatutnya momentum di bulan Ramadhan lalu terus menerus ditingkatkan lagi. Ketika inilah kita akan melihat keberhasilan Ramadhan yang telah berakhir untuk terus dipertahankan melalui bulan-bulan seterusnya. Ibaratnya, adakah kita mampu menjaga lifetime battery iman kita untuk melalui hari-hari mendatang hingga memasuki semula waktu charge pada Ramadhan seterusnya?

Justeru sahabat sekalian, jadikan Ramadhan lalu sebagai kelahiran kita sebagai insan yang baru. Insan baru lepasan Ramadhan pasti lebih baik hubungannya dengan Allah SWT dan manusia.

Saya sangat bersyukur kerana dapat meraikan Ramadhan lalu dengan insan-insan yang sering mengingatkanku. Melihat mereka pasti teringatkan Allah. Merekalah sahabat-sahabat, teman hidupku yang terbaik. Banyak memori bersama dalam bulan tersebut, bukan hanya berbuka puasa, tarawih bersama. Tapi kami sama-sama turun merakyat, berusaha untuk kemenangan Islam.

Bubur lambuk dimasak untuk Ihya’ Ramadhan Kelab Geologi

aida: da siap ke ni..?

Dr. Tajul memasukkan 12 tin susu cair.. oo ini lah rahsia keenakkan bubur lambuk geologi =)

ni masak bubur lambuk yang dikelola PMFST pula

hari yang sama, GMUKM pun masak bubur lambuk (^_^)/

sedang memasukkan bubur lambuk ke dalam plastik2 utk diagih ke masyarakat kampus

siap utk diagih ke warga UKM!

buka puasa di PMFST setelah penat keliling UKM bagi bubur lambuk

bersama anak-anak yatim yang comel-comel belaka

Sekadar ingin berkongsi, saya dan adik-beradikku pada ambang kemerdekaan tempoh hari. Kami berkonvoi sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan mengagihkan bendera kepada rakan-rakan mahasiswa kampus.

Konvoi. Saya di belakang berkereta comel~

berehat sebentar di pusanika. . . sakinah setia sbg pemandu berhemah. tabik!

di Kolej Pendeta Zaaba

********

Lembaran syawal membuka tirai, saya dan keluarga berhari raya di Kg Semerah Darat, Batu Pahat, Johor. Hari raya kali ini terasa kurangnya kerna ramai yang tidak bersama kami kali ini. Abangku tidak pulang beraya di Johor, tapi masih setia sebagai doktor di Hospital Kuching (jauh!) atas kepentingan perkhidmatan. Namun begitu, kemeriahan syawal tetap terasa dengan saudara mara ku yang havoc~!

Bacaan doa sesudah tahlil untuk arwah nenek

(^_^) keluarga Hj Hassan

bersama suami dan anak.. (ahaks!)

dengan mak (^.^)

Wak Sarnah, embah dan Kak Ada

Ammar bajet stylo~ hoho

saksikan Takbir Raya oleh GMUKM:

Dalam sibuk beraya, sempat juga saya cuba hasilkan ini:

menggunakan software CorelDRAW yang lazimnya diguna untuk melukis peta oleh para mahasiswa geologi, saya trace dari foto asal dan ubah suai menjadi kartun. Mirip tak dengan yang asal? Ada masa buat ini sebabnya peta saya dah siap dilukis =)

Published in: on September 13, 2010 at 8:25 am  Comments (5)  

Multimedia, Satu Daya Penarik

Hatiku tercabar juga melihat video-video yang mantap2 di youtube. Penghasilan video yang menarik adalah penting untuk menarik perhatian mad’u. Tentulah ia memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak dan bukan lah sang pembuatnya sahaja. Saya impikan lakonan sahabat2 dan bukan hanya sekadar ‘graphic motion’ dimuatkan dalam video terbitan isiukm. Pastinya lebih menarik! Suka untuk saya kongsikan di sini elemen-elemen penting dalam pembikinan video yang baik dan menarik dalam merealisasikan misi dakwah.

Elemen penarik yang pertama adalah lakonan. Ketika menuntut di MRSM, pembikinan filem pendek merupakan amalan turun temurun. Filem pendek ini menggunakan cerpen-cerpen yang kami pelajari sebagai jalan ceritanya. Jelas diingatan bagaimana mereka berlakon seolah-olah berada di zaman kesultanan melayu melaka dengan kostum-kostum pendekar2, dayang2 di Taman Lagenda Langkawi, juga bagaimana mereka melakonkan filem ‘super hero’ iaitu ‘the flush’ yang sangat menarik minat hati para penonton. Begitu juga sekiranya kita mampu berdakwah melalui filem pendek, pastinya dapat menarik perhatian mad’u. Anda boleh lihat video-video yang akan saya paparkan di bawah, pastinya anda juga terpegun.

Elemen kedua adalah kartun animasi. Kita lihat saja bagaimana penangan hebat animasi UPIN & IPIN. Lihat juga animasi jepun NARUTO yang sangat diminati kanak-kanak. Sebenarnya bukan kanak-kanak je… da besar panjang pun ada yang masih meminati watak ilusi ini. Amat jelas kartun animasi sangat penting untuk mendekati mad’u-mad’u cilik khususnya. Sehingga kini, kita masih belum mempunyai kartun animasi yang boleh membimbing adik-adik ini untuk mendalami islam. Usaha-usaha syarikat swasta memang ada tetapi ia masih belum mendapat tempat di media untuk ditayangkan kepada umum secara besar-besaran.

~official promo for Islamic Aspiration Week (IAW) KYUEM~

~the best video from KYUEM~

there’s more video made by them.. search for it at youtube…

sekadar perkongsian dan motivasi diri dalam pembikinan video
yang berlambak2

Selain video, bidang seni grafik poster, iklan dan apa-apa saja yang memerlukan penggunaan ‘software photoshop’ juga penting. Masih ramai yang belum menguasai kemahiran ini. Bagi yang pernah melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi pasti pernah mempelajarinya dalam subjek sains informatik. Cuma ia dipraktikkan atau tidak. Nak jadi lebih hebat perlu rajin ‘explore’. Ada seseorang yang menjadi inspirasi saya dalam bidang ini.. siapa lagi kalau bukan exco IT saya~ (“,)

Published in: on June 25, 2009 at 5:52 pm  Leave a Comment  

~Dimensi Kesenian Islam II~

poster-1

Published in: on January 30, 2009 at 10:03 pm  Leave a Comment  

Peraturan Baru PRK… Satu Lagi Taktik Kotor

penamaan23A Famosa, Melaka – Pembentangan tatacara dan panduan calon bagi pilihanraya kampus sesi 2009 telah menyerlahkan cakap-cakap sebelum ini bahawa pihak HEP yang diterajui oleh 3M (Mohammad Mustapha Mokhtar) akan melaksanakan apa sahaja perkara berkaitan teknikal untuk memenangi PRK kali.

Pindaan sebanyak 70 peratus terhadap undang-undang PRK yang lalu dilihat sebagai satu lagi siri campurtangan tangan-tangan kotor untuk memenangi PRK kali selepas pergerakkan Aspirasi lumpuh akibat tsunami politik 16 Mac lalu di sampiing krisis dalaman pihak Aspirasi yang telah berpecah kepada ramai puak.

Pembentangan tatacara pilihanraya kampus oleh 3M pada 3 Januari di A Famosa Resort itu telah mengundang kontroversi apabila beliau yang bertindak sebagai pembentang peraturan tersebut, gagal menjawab soalan yang dikemukan oleh peserta dan bertindak mengikut emosi apabila menyalahkan mahasiswa yang bertanyakan soalan itu. Hal ini dilihat peserta bengkel sebagai satu tindakan keanak-anakan yang cuba ditimbulkan olehnya untuk menyembunyikan kegagalan beliau menjawab pertanyaan peserta yang hadir.

Dalam penggubalan peraturan baru itu, terdapat banyak perubahan dilakukan yang telah memansuhkan terus semangat demokrasi dan juga konsep keadilan dalam sesebuah pilihanraya.

Antaranya dalil mengapa peraturan baru ini tidak demokratik ialah :

a) Tempat pengundian masih dijalankan di Kolej Kediaman, sementara tempat penamaan dijalankan di fakulti-fakulti masing-masing. Hal ini adalah untuk mengelakkan mahasiswa menyatakan sokongan kepada calon mereka beramai-ramai di Pusanika seperti tahun 2007

b) Kuasa besar pada Naib Canselor untuk memilih jawatan MPP yang dipilih oleh mahasiswa. Maksudnya NC ada kuasa besar untuk mencaturkan siapa Presiden, Timbalan Presiden dan exco-exco lain.

c) Wang deposit dinaikkan 100 % menjadi RM 50. Manakala borang calon pula sebanyak RM 20. Jadi setiap calon perlu sediakan wang sebanyak RM 170 untuk menyerta PRK kali ini (RM 50 untuk deposit, RM 50 untuk bantah borang salah diisi, RM 50 untuk bantah kemenangan seseorang calon yang salah dan juga RM 20 untuk borang hitam putih)

d) Peranan Pak Guard tiba-tiba diwujudkan sedangkan dalam sejarah peraturan, tidak pernah Pak Guard dijadikan ahli Jawatan Pemilihan MPP (JPMPP) Pak Guard ini boleh menahan mereka yang disyaki tanpa adanya perbicaraan dan ini seperti akta zalim ISA, menahan tanpa bicara

e) Jadual kempen akan dibuat oleh Urusetia MPP yang diketuai oleh 3M dan ini satu diskriminasi kerana mahasiswa dihalang untuk menentukan jadual kempen mereka dan ini seolah-olah satu tindakan menyekat kebebesan calon tersebut. Ini satu kezaliman yang dirancang agar hak calon untuk berkempen dikembirikan.

f) Tidak menyebut dengan jelas sama ada pengumuman jumlah pengundian akan dijalankan selepas pengiraan atau di pusat pernjumlahan undi. Pengalaman tahun 2007, pusat mengundi KTHO langsung tidak mengumumkan keputusan selepas kira undi dan mereka bawa ke pusat penjumlahan undi (Pusat Komputer), dengan menghalang calon masuk ke pusat penjumlahan undi itu dan mahasiswa hanya tahu keputusan melalui laman web sahaja. Apa-apa pun boleh berlaku semasa perjalanan dari KTHO ke Pusat Komputer dan ini jelas satu pencabulan serius pihak pengetua. Kita minta bahawa untuk berlaku adil, keputusan mesti diumumkan di setiap kolej untuk congakan calon.

g) Kuasa tafsiran NC yang terlalu luas, sehingga boleh menafsirkan apa sahaja. Sebagai contoh, jika NC tafsir bahawa calon ini melakukan kesalahan sedangkan hakikatnya beliau tidak bersalah, ini menunjukkan bahawa kuasa NC mengatasi segala-galanya.

Jelas bahawa peraturan terbaru ini seperti satu tindakan ’arrogant of power’ oleh pihak pentadbiran HEP yang terdesak untuk memenangkan Aspirasi. Ayuh mahasiswa, bangkitlah melawan penindasan secara terang-terangan oleh pihak bukan mahasiswa ini. Mahasiswa melayu, mahasiswa Cina, mahasiswa India, marilah kita sama-sama menuntut hak kita dalam ertikata demokrasi yang segar. Berubahlah dan binalah satu harapan untuk kita sama-sama memacu UKM ke arah satu suasana yang baru dan segar, bebas daripada tangan-tangan kotor yang cuba mencemari nilai kemahasiswaan itu sendiri.

Sumber : SUGMUKM

Published in: on January 7, 2009 at 3:36 pm  Comments (1)  

Pindaan AUKU hanya KOSMETIK!

BANGI : Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyifatkan pewartaan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 (AUKU) yang melibatkan 61 pindaan pada 11 Disember lalu oleh Dewan Rakyat sebagai mengecewakan dan tidak profesional.


Hal ini kerana kesemua fasal dalam pindaan AUKU telah diluluskan tanpa adanya pindaan yang sebelum ini disuarakan oleh mahasiswa seperti pemusatkan kuasa di pihak menteri, keterbatasan mengeluarkan pendapat dan pelaksanaan AUKU secara terpilih.

Setiausaha Kerja GMUKM, Hishamuddin Abdullah menyifatkan pewartaan AUKU (Pindaan) 2008 jelas tidak memuaskan hati para mahasiswa yang mahukan diri mereka dilayan seperti warganegara berumur 21 tahun ke atas.

“ Pindaan ini telah berjaya mengunci mulut dan mengikat tangan mahasiswa daripada memberikan pendapat serta bersuara dalam pelbagai bidang dan hanya dibolehkan dalam pengkhususan pengajian mereka sahaja manakala sebum mahasiswa memberi pendapat dalam sesuatu majlis, majlis tersebut hendaklah diluluskan oleh menteri dan ini sesuatu yang pelik dalam suasana kebebasan maklumat ini”, ujarnya

Dalam Seksyen 15 (6) (b) AUKU (Pindaan) 2008 telah diperuntukkan bahawa mahasiswa hanya dibenar bersuara dalam hal berkaitan akademik dan dibenarkan memberi pendapat dalam seminar dan simposium dengan syarat majlis tidak dianjurkan atau diberi peruntukan kewangan oleh parti politik, pertubuhan menyalahi undang-undang serta pertubuhan, badan atau kumpulan yang dikenal pasti oleh menteri sebagai tidak sesuai.

Tambahnya lagi bahawa pindaan ini turut menyekat hak mahasiswa untuk menganggotai parti politik dan kebenaran hanya dibolehkan apabila segala butiran peribadi diberikan kepada Naib Canselor untuk kelulusan dan rekod Universiti melalui peruntukkan Seksyen 15 (4) Akta AUKU ini.

“ Persoalan di sini ialah beberapa ramai yang berani memberikan butiran peribadi kepada pihak Universiti berkaitan parti politik yang ingin dianggotai mereka dan adakah terdapat jaminan bahawa data tersebut tidak digunakan sebagai ugutan ataupun kawalan pihak Special Branch?”, Soalnya.

“ Tidakkah pelik apabila mahasiswa dibenarkan mengundi parti politik, tetapi dilarang menjadi anggota parti sedangkan mahasiswa luar negara boleh menyertai politik melalui Kelab UMNO luar negara dan alasan sekiranya tugas mahasiswa adalah belajar dan bukan berpoltik merupakan hujah sempit dan tidak memahami bahawa politik itu luas, iaitu termasuk pendidikan politik, isu politik, politik non-partisan dan sebagainya,” ujarnya.

Langkah pewartaan AUKU itu juga, katanya jelas bahawa peruntukkan hak mahasiswa berpolitik tidak lagi sepenuhnya dilakukan dalam AUKU baru ini walaupun ada pengecualian, dan pihak kerajaan masih tidak dapat menerima hakikat bahawa mahasiswa perlu terlibat dalam politik seiring dengan hak mereka mengundi setelah berumur 21 tahun di negara ini.

“ Selain itu mengapa tidak diwujudkan peruntukkan undang-undang berkaitan sikap menteri dan Naib Canselor serta Lembaga Pengurusan Universiti yang bertindak diluar bidang kuasa (ultra vires) dan menzalimi mahasiswa yang tidak bersalah?,” Soalnya.

Hishamuddin menambah bahawa GMUKM turut menerima beberapa pindaan yang dilakukan dalam Akta AUKU 2008 ini yang menurut beliau, hak semulajadi mahasiswa kerana mempunyai nilai demokrasi yang selari dengan undang-undang negara dan perlembagaan negara.

Antaranya pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di kampus, mereka yang melakukan kesalahan mengikut AUKU, tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah dan akan hanya dihadapkan di Tribunal Universiti, diberikan peluang yang munasabah untuk didengar (right to be heard) atas sesuatu tuduhan sekiranya ia dibawa ke hadapan tribunal serta pelajar boleh melibatkan diri dengan mana-mana organisasi sama ada di dalam dan di luar universiti tempatan atau luar negara .

Walaubagaimanapun menurut beliau, ia tidak lebih sekadar kosmetik yang menutup mulut ramai pengkritik sedangkan dari segi prinsip dan falsafah, jelas AUKU 2008 tetap mendiskriminasi mahasiswa sebagai seorang warganegara merdeka.

“ AUKU Pindaan 2008 ini tidak lebih sekadar gincu merah yang menyembunyikan kehodohan AUKU itu sendiri yang jelas membunuh hak asasi mahasiswa dan dilayan sebagai warganegara kelas kedua”

“ Tidak bolehkah mahasiswa dilayan seperti warganegara lain dalam soal kebebasan menganggotai politik, kebebasan bersuara, hak untuk melakukan semakan ke atas kuasa menteri dan juga hak untuk memilih persatuan yang digemarinya selari dengan perlembagaan negara?”, Soalnya.

Katanya, pindaan itu dilakukan ekoran perkembangan semasa geopolitik negara selepas Pilihanraya Umum lalu yang menunjukkan protes pengundi muda terutama mahasiswa kepada kerajaan dan pindaan dilihat sebagai satu pindaan tidak ikhlas dan bukannya untuk kebajikan serta hak asasi pelajar universiti.

“ Sebenarnya, rakyat Malaysia sudah mengakui bahawa AUKU diletakkan sebaris dengan Draconian Acts seperti ISA 1960, Akta Hasutan 1948, Akta Media Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan beberapa Akta lain yang bersifat kezaliman kepada rakyat Malaysia dan untuk itu, GMUKM ingin mecadangkan kepada pihak kerajaan agar mengubah perspepsi tersebut dengan memansuhkan terus Akta tersebut,” ujarnya

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kekesalan dengan tuduhan melulu Yang Berhormat Datuk Tajuddin Abdul Rahman , yang menyatakan bahawa mahasiswa malas membaca dan menyatakan ucapan ahli parlimen Pasir Salak itu telah mengguriskan 0.7 juta mahasiswa di negara ini

GMUKM mendesak ahli Parlimen itu memohon maaf kepada seluruh mahasiswa di 20 institusi IPTA dan 500 IPTS di seluruh negara termasuk mahasiswa di luar negara.

“ Memang diakui ada mahasiswa yang malas membaca tetapi bukan semuanya mahasiswa bersifat demikian dan tidak boleh dikatakan kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semua orang terkena palitan lumpur tersebut,”

Katanya lagi bahawa pihak Aspirasi yang dibonekakan oleh Hal Ehwal Pelajar inilah yang menyebabkan wujudnya sindrom tersilap-didik (miseducate) mahasiswa dari sudut keintelektualan kerana pihak Aspirasi ini secara faktanya, lebih suka menganjurkan penganjuran program bercorak hedonisme yang menyebabkan mahasiswa malas untuk menjadi ’ulat buku’.
sumber: GMUKM

*Mahasiswa hanya dibenar bersuara dalam hal berkaitan akademik dan dibenarkan memberi pendapat dalam seminar dan simposium dengan syarat majlis tidak dianjurkan atau diberi peruntukan kewangan oleh parti politik, pertubuhan menyalahi undang-undang serta pertubuhan, badan atau kumpulan yang dikenal pasti oleh menteri sebagai tidak sesuai.

apekah??? huuuu.. MySpace

Nampaknya mahasiswa diperbudakkan lagi…MySpace

SATU HATI

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati

Marilah bersama bersatu berjihad
Menentang kezaliman
Oh insan sedarlah
Pembalasan Tuhan pasti akan datang

Jangan takut…
Jangan takut, berjuanglah untuk keamanan

MySpace



Published in: on December 14, 2008 at 9:53 am  Leave a Comment  

Islamic Graphic

ape2

Published in: on April 23, 2008 at 5:48 am  Comments (3)