Telaga Zam-zam : Akuifer Terbaik Dunia

Dari Ibnu Abbas R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: Sebaik-baik air dibumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit.”- Riwayat At-Tabrani dan Ibnu Hibban.

Setiap tahun, seramai 2 juta jemaah haji ke Makkah. Sekurang-kurangnya seorang ahli jemaah akan meminum 1 liter sehari selama tempoh menunaikan haji iaitu 25 hari. Oleh itu, sebanyak 50 juta liter diperlukan untuk menampung jumlah air yang diminum jemaah haji. Setelah tamat menunaikan haji, setiap ahli jemaah akan diberi 5 liter air zam-zam untuk dibawa pulang ke tanah air masing-masing menjadikan 10 juta liter diperlukan untuk dibawa pulang. Maka, jumlah pengeluaran air zam-zaim adalah 60 juta liter dalam masa setahun.

5 L (bawa pulang) x 2 juta orang = 10 juta L

1 L (minum) x 25 (hari) x 2 juta orang = 50 juta L

Oleh itu, 10 juta L + 50 juta L = 60 juta L/tahun !!!

APA ITU AKUIFER?

Jasad bahan bumi yang mampu membekalkan air bawah tanah pada kadar tertentu yang boleh dimanfaatkan. Akuifer boleh dibahagi kepada dua iaitu akuifer terkekang (confined) dan akuifer tak terkekang (unconfined).

FAKTA TELAGA ZAM-ZAM

Saiz telaga: 5 x 4 meter sedalam 30-40 meter

“Zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun”

KUANTITI AIR TELAGA ZAM-ZAM

Paras air telaga zam-zam adalah 3.23 m di bawah permukaan pada keadaan biasa.  Ujian pengepaman dilakukan sebanyak 8000 L /saat untuk masa lebih 24 jam menunjukkan penurunan paras air dari 3.23 m di bawah permukaan hingga 12.72 m dan 13.39 m. Selepas itu paras air tidak berubah. Selepas pam dihentikan, air naik semula ke paras 3.9 m dalam masa 11 minit sahaja.  Data ini menunjukkan yang air zam zam ialah air yang terletak dalam akuifer yang baik (ketertelapan yang tinggi) dan air ini diganti dengan cepat dari pergunungan di sekeliling Mekah.

Keratan rentas hidrogeologi Mekah

Usia: 2000 BC

Sebenarnya akuifer air zam-zam berada di batu pasir aluvium dan batuan diorit. Batuan diorit bukanlah batu untuk akuifer yg baik melainkan adanya retakan (fracture). Batuan dasar akuifer ini adalah batuan diorit yang banyak retakan-retakan menyebabkan ia menjadi akuifer yang baik.

Seperti rajah keratan rentas tersebut, air hujan yang turun di kawasan tinggi meresap masuk ke dalam tanah dan pergerakan air bawah tanah adalah berpusat di Masjidil haram berdasarkan kecerunan kawasan. Apa yang menarik ialah, kawasan arid (kering) yang jarang sekali hujannya boleh membekalkan air bawah tanah yang sangat banyak.

KUALITI AIR ZAM-ZAM

Kajian telah dilakukan bahawa Air Zamzam tiada warna dan bau, mempunyai rasa yang unik; pH adalah 7.9–8.0 (alkali). Sodium chloride (garam biasa) berlebihan dalam Zamzam – memberikan rasa sedikit payau. Zamzam sangat baik utk kesihatan – menyegarkan dan berikut merupakan kepekatan mineral yang terkandung dalam air zam-zam:

  • Sodium – 250 mg/l
  • Calcium -198 mg/l
  • Magnesium – 43.7 mg/l
  • Chloride – 335 mg/l
  • Sulfur – 370 mg/l
  • Iron – 0.15 mg/l
  • Manganese – 0.15 mg/l
  • Copper – 0.12 mg/l
  • (Analysis of a study conducted in the laboratory of the Department of Water and Waste Water Treatment, the Western Province, Saudi Arabia)

 

Rujukan: Prof Madya Dr Wan Zuhairi Wan Yaacob, Pensyarah Program Geologi, UKM.

Advertisements
Published in: on October 22, 2010 at 11:48 pm  Comments (6)  

Merantau ke Pahang

Kali kedua saya datang mengembara ke Sungai Lembing. Kali ini bukan menaiki bas seperti tahun satu dahulu, tetapi menaiki Ford Everest, kenderaan rasmi UKM yang dipandu Pak Cik Jamal, bersama penyelia saya Dr Wan Zuhairi Wan Yaakob dan kawan sepakej (geologi sekitaran) iaitu Tengku Nuradiba. Di bawah tajuk tesis saya, “Impak Bekas Lombong Sungai Lembing dan Penambahan Jisim Logam Berat ke atas Sungai Kenau di Pahang,” kami bertolak seawal jam 9.00 pagi ke Sungai Lembing yang memakan masa 4 jam perjalanan.

Gerak kerja dimulakan usai solat, kira-kira jam 2.30 petang. 3 perkara yang perlu dilakukan ialah pemetaan anak sungai yang mengalir dari bekas lombong ke Sungai Kenau, ukur velocity & discharge, dan persampelan air. Pada petang itu, Dr Wan membawa kami ke lokaliti anak sungai dan mengambil ukuran serta persampelan saja. Esoknya barulah saya melakukan pemetaan sungai. Serius, tak mampu buat sorang2 tanpa bantuan Diba dan diselia Dr Wan.

lokaliti 1

persampelan air

air sungai ini kering, tapi anda boleh agak kotornya air ini. warna oren itu adalah pengendapan logam berat.

Lombong bawah tanah yang menggunakan kaedah tunnel ini merupakan lombong timah yang dikendali oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) pada tahun 1880an hingga 1987. Lombong ini dibuka oleh British si penjajah Tanah Melayu. Lombong ini sangat kaya dengan sumber timah (Sn) sebanyak 63% dan 10% kuprum yang telah menghasilkan 281,846 tan sehingga tahun 1983.

pH air ini adalah sekitar 2-3pH

bersama Dr Wan, mengambil bacaan pada water quality meter (YSL)

Namun, lombong ini dibiarkan setelah ia tamat beroperasi tanpa usaha pemulihan. akibatnya, tapak bekas lombong dipenuhi longgokan bahan buangan (tailing) yang mengandungi logam berat. Bau seperti belerang/sulfur sangat kuat di situ. Apabila hujan, air hujan akan melarutkan longgokan sisa lombong tersebut lalu membawa ion-ion logam berat seperti arsenik mengalir ke Sungai Kenau. Sungai Kenau ini pula merupakan sumber air penduduk di Kuantan. Jadi, anda boleh bayangkan betapa tercemarnya air tersebut dan bahaya kepada manusia?

Pada hari kedua, kami mengambil sampel air  bawah tanah pula. Telaga pertama yang dikunjungi adalah di rumah Pak Cik Syed, secara tak sengaja saya jumpa ketika membuat pemetaan sungai kecil yang perlu melalui celah-celah rumah orang. Kata Pak Cik Syed, andai air tiada, keluarganya menggunakan air telaga itu, namun seandainya hujan turun, air tersebut terasa kesat. Rasa kesat itulah disebabkan oleh logam berat dari sisa lombong yang terlarut dan terserap ke dalam air bawah tanah.

Begitulah impak bekas lombong terhadap persekitaran. Sebenarnya, Malaysia boleh je memfailkan saman ke atas British kerana tidak bertanggungjawab dengan pencemaran yang berlaku akibat tidak memulihara kawasan tersebut, tapi. . . lu pikir sendiri..

Berdasarkan maklumat, kerja pemuliharaan sepatutnya sedang berlaku namun kos pembiayaan ada pada Sultan Pahang, tapi. .  semua tu tak berlaku

Perjalanan diteruskan ke Jerantut pada petang itu juga. Pada hari ketiga, kami mengunjungi kuari yg terdapat di Kg Belau, Jerantut sebelum kami bertolak balik ke UKM. Lokaliti ini merupakan salah satu lokaliti untuk persampelan bagi tesis milik Diba.

batuan bersaiz besar dimasukkan ke dalam rock crusher untuk dipecahkan menjadi kecil

batuan tadi diproses lalu diasingkan yang mana besi dan yang mana bukan. Ini ialah hasil proses pengasingan itu dan inilah besi yang bersaiz serbuk.

serbuk besi ini melekat pada magnet yg terdapat dalam bekas putih itu

Mineral yang utama ditemui di lombong ini ialah magnetit. Kami sangat bertuah kerana dapat melihat bagaimana bijih diproses menjadi kecil bersaiz serbuk. Realiti yang sukar diterima ialah kuari bijih besi ini merupakan kepunyaan Singapura atas lesen golongan kerabat diraja. huhu Bumi Malaysia ini mempunyai banyak sumber, tapi. . . . . . . .lu pikir la sendiri!

Published in: on June 20, 2010 at 6:36 am  Leave a Comment  

Bukti Kerosakan Alam Bermula

diambil dari W.o.t.p.o.G

Berikut merupakan graf sebuah latihan TD dalam minggu lepas. Latihan ini bertajuk ‘Plumbum di dalam sediment dasar tasik di Sweden’

Latihan ini meminta kami membuat graf dari data nisbah isotopic (plumbum206/plumbum207) dan juga kandungan plumbum (µg/g) di dalam lapisan tersebut.

line merah : nisbah isotopic
line hitam : kandungan plumbum.

jangka masa data yg diterima adalah dari 550 sebelum kelahiran Nabi Isa sehingga tahun 1990.

so basically dari graf tuh, garis hitam yg tetiba naik gila² tuh menandakan pencemaran yang menggila la kan? setuju tak?

ok.. here comes the best part

prof bertanya pada kami, peak² ini disebabkan apa? atau lebih mudah, kenapa time nih plumbum boleh banyak sangat dalam tasik ni?

diam kejap…

prof kami gelak² kejap melihat kitrg berkerut² memikirkan jawapan. then dia kata ” Ia berkaitan dengan sejarah peradaban manusia”

masa nih, jantung aku terasa macam nak terkeluar. adrenalin aku naik giler².

Nak tahu kenapa? aku serahkan pada korg untuk fikir dan cari. tapi of course aku akan kasi clue dan guideline. sila right click gambar dan open di new tab utk besarkan image bagi memudahkan rujukan

* Kemuncak pertama ketika Holy Roman Empire sedang giat mempertahankan kawasan takluknya kerana diambang kejatuhan. Dalam 100-200 years after birth of christ

* Kemuncak Kerajaan Islam (Golden Era of Islamic Empire) lebih kurang tahun 1000. masa nih pusatnya di Baghdad. time nih, tersangat² la best knowledge yg islam ada. (futher reading ada di link nih)

* 1100, kejatuhan palestine ke tangan Crusaders semasa Perang Salib pertama.

* Renaissance bermula pada kurun ke-12. (Kebangkitan Eropah)

* Baghdad jatuh pada tahun 1258 di tangan pasukan ‘Horde of Death from East’ yg diketuai Hulagu Khan (cucu Genghis Khan)

* bermula dari 1500 sehingga sekarang, kebanyak kemuncak line hitam disebabkan Industrial Revolution, Penggunaan arang utk pemanasan rumah di Europah, pembukaan lombong logam secara besar²an ketika perang dunia.

* Kemuncak yang paling tinggi disebabkan penggunaan petrol mula diperkenalkan.

perasan tak dalam graf tuh ada period di mana tiada pun peak hitam? ( takde pencemaran plumbum dalam tasik). around 300-1000 kan?

korang rasa kenapa ye?

nak tau?

jawapannya ada dalam buku teks sejarah form 5, bermula dari part kelahiran Rasullullah saw sehingga Kemuncak Empayar Islam.

so actually salah siapa ye kehancuran dan kerosakan bumi (serta moral dan setiap benda kehidupan kita) ??

cara hidup siapa yang anda rasa elok?

tak caya?

Coincidence?

data tak pernah tipu.. ini bukti dari sebuah tasik di Sweden…

wallahualam

Published in: on December 30, 2009 at 11:05 pm  Comments (4)  

8.6 skala Ritcher Jadi Habuan

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramal berlaku di bawah Pulau Siberut, Sumatera Barat dengan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi di Aceh yang mengorbankan hampir 230,000 nyawa pada 2004.

Berdasarkan ramalan pakar-pakar geologi, gempa itu boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah untuk tempoh dua dekad akan datang.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rosaidi Che Abas berkata, gempa sekuat itu boleh menyebabkan tsunami yang mengancam kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama Melaka dan Johor.

**********************************

Semalam baru saja mula mempelajari subjek Geofizik. Walaupun baru bahagian pendahuluan, Prof Rahim ada menjelaskan secara ringkas mengenai gempa bumi. Gelombang gempa ini dikenali sebagai gelombang seismos. Gelombang seismos ada 3 jenis. Primary, Secondary and Surface Wave. Gelombang paling jahat sekali yang membawa kehancuran ialah gelombang permukaan.

Malaysia amat beruntung kerana kedudukan masih lagi jauh dari Lingkaran Api Pasifik. Namun sebenarnya, kedudukan itu sedang berubah menghampiri lingkaran tersebut. Ini bermakna, Malaysia mungkin bakal menerima bala dahsyat gempa bumi~ Tidak dinafikan Malaysia juga terkena tempias gelombang gempa bumi di negara jiran ini.

Habislah. Bala dari Allah datang lagi.

Semua perlu muhasabah. Kenapa ia berlaku.

Bukan kerana kitaran geologi semata, namun pasti ia dari kemurkaan Allah kepada kita.

Cepat-cepat sedar semua.

jangan halang orang berceramah

jangan halang orang buat usrah

jangan halang orang berdakwah

jangan halang orang tuntut keadilan

jangan menzalimi rakyat

jangan tak bagi royalti minyak

semuanya jangan~

kalau tidak, awas kamu!

Published in: on December 24, 2009 at 8:35 am  Leave a Comment  

Jejak ke Utara

If you ask me about love

my answer would be

it’s all about Allah, the pure love

Sungguh Allah lah pencipta alam yang indah ini menyebabkan aku semakin jatuh cinta kepadaNYA setelah mengikuti siri kerjalapangan. Ketika tinta ini ditulis, telah hampir seminggu kerjalapangan itu tamat. Kemudian, aku disibukkan dengan kerja-kerja yang tertangguh untuk menghadapi semester hadapan. Namun desakan hati untuk memberi sesuatu kepada pembaca blog walaupun hanya sedikit cuma membuatkan artikel ini dipos. Sekurang-kurangnya tidaklah bersawang sangat blog ini kan? =)

The taller the tree is,

the deeper the roots are

~di kedah~

Kembara ke barat laut semenanjung bermula seawal jam 8.00 pagi 14 November 2009 ke Alor Setar menaiki 3 buah bas. Hati ini resah memikirkan bagaimanakah keadaan sahabat-sahabatku yang bertungkus lumus menguruskan KIBSI ’09. Maaf sahabatku, kembara 22 lokaliti ini memerlukan perhatian yang lebih. Maaf juga kerana terlalu sedikit kurasa sumbanganku kepada antum semua untuk memudahkan gerak kerja agama yang dijulang ini.

Seperti entri mengenai kerjalapangan sebelum ini, saya tidak menulis mengenai setiap lokaliti yang dikunjungi. Hanya beberapa saja yang dirasakan menarik untuk bacaan ringan. Tapi, ini pun sudah cukup banyak~ =)

Sungai Batu Pahat, Lembah Bujang.

Tempat ini mempunyai batuan Granite yang direjah oleh korok (dyke) batuan Pegmatite (saiz kasar, mineral-mineralnya bersaiz lebih 1cm) berusia Triassic. Pada sentuhan antara kedua-dua jenis batuan (sebelum membeku adalah magma) ini wujud zon terpanggang (baked zone) dan zon terkokol (chill zone). Pemineralan semula mineral tourmaline dapat dilihat dengan jelas.

Dari segi sejarah, tempat ini merupakan pelabuhan dan membangun dengan wujudnya sebuah tempat ibadat. Namun, pelabuhan ini tidak dapat kekal menjadi pelabuhan kerana perubahan fizikal sungai berubah menjadi air terjun yang sesuai menjadi tempat rekreasi saja. Hanya tinggal kesan pahat pada batuan ini saja yang kelihatan.

Kumpulan saya, kumpulan C ketika ini dibimbing oleh Dr Azimah Hussein. =)

Empangan Pedu

Tempat menarik, kali pertama saya menjejakkan kaki ke empangan. Struktur binaan empangan ini diambil dari batuan di bukit (xigt namanya) yang terdiri daripada Formasi Semanggol (Early Permian-Triassic). Batuan yang dapat dilihat di sini ialah batu pasir (sandstone) berselang lapis dengan batu lumpur (mudstone) dan batu konglomerat (sokongan matriks / matrix supported). Jujukan lapisan batuan ini menebal ke atas. Sekitaran pengendapannya pula adalah laut cetek.

Dari jam 9 pagi hingga ke tengah hari kami menapak di sini, mendaki bukit, berpanaskan matahari, bermandikan peluh. Lokaliti kami sepanjang hari berkenaan memerlukan kerahan tenaga dan stamina kerana banyak berjalan. Rasa mahu tercabut kaki..huu. Mama Kumpulan C pada hari berkenaan iaitu Dr Zaiton berusia 50-an masih gagah biar pada riak wajahnya terukir senyuman walaupun lesu.

Bukit Jabi

Tiba di sini pada jam 6.30 petang hari ketiga. Terdapat 2 formasi di sini iaitu Formasi Kubang Pasu dan Formasi Mahang. Formasi Mahang yang lebih tua telah berada di atas Formasi Kubang Pasu kerana wujud sesar songsang (reverse fault) yang dinamakan Sesar Bok Bak.

Gua Kelam

Hujan lebat reda apabila selamat tiba di sini. Lokaliti sebelum Gua Kelam ialah Guar Jentik yang menyebabkan pakaian kami basah kuyup akibat hujan lebat. Biarlah basah pun, asalkan kompas dan nota selamat. Gua Kelam terbentuk akibat zon lemah sesar yang menyebabkan hakisan dan perlarutan semula karbonat berlaku pada batu kapur Formasi Setul ini. Selain stalaktite dan stalagmite, struktur kolam bertingkat, langsir gua, chert nodule juga dapat dilihat dengan jelas. Lebih menarik lagi, terdapat fosil Malayaspira rugosa dan Lytospira rectangularis pada dinding gua.

~dlm gua kelam (cave of darkness)~

Utan Aji

Lokaliti menarik kerana ia merupakan ‘kubur’ bagi hidupan laut cetek berusia awal kapur (Early Devonian) pada lapisan batu lumpur dan batu lodak (shale). Posidonamia Perlisensis (sejenis Bivalvia), Brachiopoda, batang Crinoidia adalah antara yang paling mudah dijumpai. Bagi trilobita, fosil yang paling sempurna dan paling besar bersaiz 7.0cm telah ditemui oleh Ain. Credit to her for the cute trilobite =) Fosil berkenaan disimpan oleh Prof Basir dan akan diletakkan di makmal paleontologi.

Trip to Langkawi!

~di jeti Kuala Perlis~

5.00 petang, hari Rabu 18 November, kami selamat tiba di bilik masing-masing di Hotel Region, Langkawi. Sungguh ku rindukan sangat bumi ini. 2 tahun pengajian di maktab memberikanku seribu pengertian. Tempat aku mengenal erti persahabatan dan pengisian hati seperti usrah dan sebagainya. Lewat petang itu saya dan 5 orang teman rapat keluar ke pasar malam. Selepas menemani mereka bersiar-siar di pekan Kuah, saya dijemput Abang Zafri ke kondominium guru-guru MRSM untuk mengunjungi sepupuku Kak Rina dan anaknya Qistina Mirza yang baru 6 bulan usianya. Macam-macam cerita saya dengar mengenai adik-adik yang masih menuntut di situ. Abang Zafri yang merupakan warden di situ tampak letih memikirkan karenah anak-anak muridnya yang semakin merunsingkan. Bukan mudah untuk membentuk anak-anak.

~bersama Dr. Azimah~

Pantai Pasir Hitam

Kenapa pasir di pantai ini berwarna hitam? hinggakan ia mempengaruhi penamaan tempat ini?

Ada cerita dari penduduk di situ mengatakan dahulu terdapat kapal yang mengangkut bijih timah telah karam berdekatan dengan pantai ini, lalu besi itu pun terenap di pantai. Namun ia bukanlah penjelasan yang tepat. Dari segi geologi umumnya dan mineralogi khususnya, warna hitam itu merupakan mineral tormaline dan ilminite yang berasal dari batuan granite. Hasil luluhawa dan hakisan menyebabkan mineral ini yang berasal dari batu granite terpisah dari perumahnya lalu terenap di pantai ini.

Air Hangat-Durian Perangin

Batuan yang terdapat di sini ialah batu kapur, batu pasir dan batu lodak. Fosil di sini susah untuk di cari jika tidak membawa tukul. Bryozoa banyak ditemui di batu kapur dan batu pasir seperti Polypora sp dan Fenestella sp. Beberapa jenis Brachiopoda juga berjaya ditemui iaitu Sulciplica dan Bandoproductus monticulus. Formasi batuan ini ialah merupakan Formasi Singa yang usianya sama dengan Formasi Kubang Pasu.

Pada hari Jumaat, kami berpeluang untuk bersiar-siar di pulau lagenda yang merupakan batuan tertua di Malaysia. Coklat di pekan Kuah menjadi buruan pada waktu petang dan kemudian, bersiar-siar di Pantai Cenang. Malamnya pula kami menikmati makan malam bersama tenaga pengajar yang sudi meluangkan masa untuk membimbing kami pada kerjalapangan kali ini iaitu- Prof Basir, Prof Juhari, Dr Zaitun dan Dr Azimah. We enjoy great moments with you profs~ (^.^)v

~botol minyak gamat besar di belakang~

Moga dirahmati setelah berhujan, berpanas, berlumpur demi secebis ilmuMu..

~sawah =)~

Published in: on November 26, 2009 at 3:33 pm  Comments (1)  

Papan Batu pengganti Buku?

Terpana saya ketika Dr Tajul Anuar tiba-tiba bercerita mengenai kekejaman British di tengah-tengah syarahannya mengenai batuan sabak (slate). Apa perkaitannya dengan batu sabak?

Batu ini berwarna hitam, permukaannya licin, butiran saiz halus. Batu sabak yang bergred tinggi sangat popular di Wales, UK. Di Wales, batu ini digunakan sebagai atap rumah kerana ketahanannya terhadap luluhawa.

Slate_roof

British ketika menjajah Tanah Melayu, sistem pendidikan yang diterapkan sangat diskriminasi. Anak-anak pembesar dan raja-raja dididik diasuh mengikut acuannya dan ditempatkan di sekolah inggeris. Bagi golongan biasa, rakyat jelata yang ditindas telah ditempatkan di sekolah atap (sekolah pondok). Setiap pelajar di sekolah yang serba dhaif ini dibekalkan papan batu iaitu batu sabak untuk digunakan dalam kelas sedangkan teknologi kertas sudah maju ketika itu. Nota dan latihan dibuat di atas batu itu menggunakan kapur kemudian dipadam akhirnya setelah beralih ke subjek lain. Apa strategi British melalui cara ini?

Ya, mereka mahu rakyat jadi bodoh!

Terang Dr. Tajul lagi, beliau menyedari akan hal ini ketika beliau membuat tesisnya di Wales.

“Mereka ini membawa budaya yang jahat. Kenapa mahasiswa sekarang suka ikut cara mereka? Pakai seluar jeans koyak2 bukan budaya kita!” Nadanya lahir rasa kecewa, tambahan pula mahasiswa sekarang hanya mahu lulus peperiksaan semata-mata. Bukan ilmu yang dicari tetapi 4.00 flat semata-mata yang dicari.

Published in: on October 13, 2009 at 7:01 pm  Leave a Comment