KeredhaanMu Inteam Versi ISIUKM

Alhamdulillah..

Syukur ke hadratnya kami diberikan peluang untuk menerbitkan satu video klip nasyid ini. Idea ini diilhamkan oleh Allah tika saya bermusafir di Sungai Lembing. Keseorangan sambil menonton televisyen pada malam itu menyebabkan rasa sebak mengingatkan diri ini gagal menjadi hamba yang baik, gagal menjadi sahabat yang baik. Merasakan peluang di bulan Ramadhan ini adalah medium terbaik untuk berdakwah, mengajak kawan-kawan memohon keampunan, plot cerita disusun di minda.

Apabila pulang semula ke UKM, barulah ia diterjemahkan ke bentuk tulisan dengan bantuan Hazeni yang merupakan ahli team video ISIUKM yang sangat bersemangat. Semangatnya berkobar-kobar buatkan saya mahu ia ditontoni secepat mungkin. Saya mensasarkan ia ditayang secara langsung pada malam iftar jamaie kelab geologi bersama anak yatim.

Perkara paling mencabar dalam pembikinan video ini adalah penyusunan video. 12 jam kalau tidak silap saya, saya duduk khusyuk di depan laptop menyiapkan video ini.

video ini mengandungi 3 jalan cerita. Namun ada satu jalan cerita yang tiada kesudahan. Akibat masalah teknikal. juga saya tidak tahu kesudahannya bagaimana. mungkin ‘2 sahabat’ itu kembali berbaik? insyaALLAH.. mari kita sama-sama doakan..

Setiap derap langkah, setiap hela nafas, setiap gerak hati, biarlah ia semata-mata demi keredhaanNya…

Published in: on August 24, 2010 at 5:04 pm  Comments (1)  

Jalan Dakwah, Suatu Kewajipan

Dari barisan usrah
dan dari umbi tarbiah
muncullah sinaran fikrah
islah terus meniti masa

dari dwan selesa
ke jalanan yang berhaba
pejuang keadilan
dan penjulang kebenaran

bersama islam membina ummah
usaha daulatkan syariah
agar hidup penuh barakah

di dalam sedih dan ketawa
di dalam susah dan mewah
tetap teguh iman dan taqwa

sehati sejiwa dulu kini selamanya
walau apa yang melanda hadapi bersama
Ya Allah Ya Rabbi teguhkan iman kami
moga tabah hati tak berbelah bagi

berbekalkan islam membina masyarakat
membentuk umat insan sejagat
setiap mehnah pastinya ada hikmah
berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
prinsip syura jadikan amalan
korban masa tenaga kita
dan fikiran perkasakan maruah kita.

Alhamdulillah!!! siap juga!

Published in: on June 30, 2010 at 6:42 pm  Comments (3)  

Nilaian Sebuah Tangisan

Seluruh dunia hatinya bergetaran
Kerana harga dan nilaian Setitis air mata
Seringkali kita dihidang
Dengan kisah penderitaan Saudara yang merana
Seringkali kita abaikan
Tiap seruan
Untuk membantu bebaskan
Mereka dari kekejaman
Anak yang tidak berdosa Tiada pernah kenal bapanya
Yang syahid penuh bermaruah Demi agamaNya
credit to Abdul Halim Ahmad
***********************

Alhamdulillah saya dan beberapa orang sahabat diberi peluang oleh Allah untuk turun bersama masyarakat, berdemonstrasi membantah kekejaman Israel laknatullah semalam. Itulah demonstrasi besar-besaran yang ke3 saya lalui. FRU masih ada pada kali ini namun bezanya dengan demonstrasi sebelum ini, para peserta demonstrasi tidak dihujani air berasid dan gas pemedih mata.

Bertolak dari komuter UKM seawal jam 10.30 pagi menaiki koc khas wanita. Ini kali pertama saya naik koc khas ini berikutan saya tidak menggunakan pengangkutan awam ini sejak saya berpindah rumah. Ada juga ‘kumbang’ yang tidak mengetahui atau tidak cakna akan kewujudan koc itu rupanya. Huhu.

Tiba di KL Sentral, kelihatan kelibat manusia yang mungkin juga akan ke demonstrasi dengan mengenakan pakaian serba hitam dan bermafla tertulis HAMAS. Kami berenam menikmati makan tengahari di ‘foodcourt’ sambil menanti 4 orang lagi sahabat yang masih dalam perjalanan ke KL Sentral. Sementara menunggu masuknya waktu solat zuhur, kami membuat halaqah membincangkan isu hangat melalui perspektif yang berbeza. Memang menegangkan urat kepala memikirkannya.

Fried Rice+Blackpeper Chicken and Fried Rice+Sour Sauce Chicken

Our destination : Kg Baru

Selesai solat, kami bergegas menaiki LRT Putra menuju ke stesen Kg Baru. Ramai juga yang berpakaian seperti pendemonstrasi di dalamnya. Pada tekaan saya ketika itu, mungkin ramai yang akan turun ke jalan nanti. Tiba di stesen Kg Baru, berjumpa dengan sahabat-sahabat lain. Juga terdapat wanita Turki yang siap sedia untuk menyertai demonstrasi.

arrived at Kg Baru

Kira-kira 200 meter kami berjalan ke arah Masjid Jame’ Kg Baru, alhamdulillah sempat mengikuti perarakan. Lautan manusia membanjiri jalan bersama sepanduk, poster, playcard, mafla dan bandana di kepala. Majoriti yang menyertai adalah anak muda sekitar 20-an hingga 30-an. Laungan-laungan bagi menunjukkan bantahan sentiasa kedengaran. Siapa yang tidak bergetar hatinya. Allahuakbar!

Federal Reserve Unit (FRU) with their trucks

keep on moving~

Wake up! Stand up! Free Palestine!

a cute boy with his father (i guess~)

Hancur! Hancur! Hancur Israel!

Selesai mendengar ucapan-ucapan dari pemimpin rakyat dan penyerahan memo kepada kedutaan Amerika, semua bersurai dengan aman. Alhamdulillah, saya dan Siti Nur Sakinah Ahmad Budiman ditemukan setelah hampir setahun lebih tak bersua. Beliau kini menuntut di UIA Gombak dan merupakan aktivis PKPIM. Kami dahulu belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah yang sama sebelum saya berpindah ke MRSM.

Bertolak dari LRT Putra Ampang Park ke KL Sentral kira-kira 5.00 petang. Selesai solat asar, barulah kami bertolak pulang ke UKM. Moga Allah mengira tiap derap kaki ketika demontrasi semalam. Itulah yang termampu di Malaysia. Saya terfikir jika Malaysia menyahut seruan untuk memerangi Israel, moga saya akan tergolong dalam mereka yang akan ke sana. Kat Malaysia ini, paling kejam adalah I.S.A.. apa barang..huhu

masih lagi terngiang2 kata-kata ini : “Yang lembut tak semestinya lemah, yang agresif tak semestinya hebat, pantang berundur pantang menyerah, muslimat mantap harapan umat!” those words give me inspiration, well thanks to her. ^_^

Published in: on June 5, 2010 at 10:51 pm  Comments (3)  

Pro Mahasiswa : Aku Rela

there’s no GAIN without PAIN~

i’ve 2 more papers~ urrghh

Published in: on May 3, 2009 at 7:50 pm  Comments (1)  

DKI II menutup tirai

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya program gilang gemilang Dimensi Kesenian Islam II telah pun melabuhkan tirainya malam tadi dengan persembahan-persembahan artis nasyid popular tanah air iaitu Inteam, FarEast, Devotees, dan NiCE di Konsert Amal MANIS V.

DKI II ini telah dianjurkan oleh persatuan Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) bertemakan KEAMANAN SEJAGAT dan MENYEMAI BENIH MENGIKAT KASIH. Alhamdulillah, ramai yang hadir untuk menonton konsert ini. Untuk pengetahuan pembaca, penonton ini terdiri daripada para pensyarah, masyarakat Bandar Baru Bangi, mahasiswa/i UKM, UPM, UTM, UM, UIA, UniKL dan banyak lagi IPT !

dscn2744

~Backdrop Konsert hasil kerja Ust Fadhil Hasbi Tan~

dscn2752~Sebahagian booth ISIUKM~

dscn2758~Pandai budak kecik tu main (^.^)~

dscn2764~Amin Idris sebagai host~

dscn2774~Famili DKI II (muslimat) bersama Pimpinan Muslimat ISIUKM~

dscn2779~Famili DKI II muslimin~

TAYANGAN MULTIMEDIA

laungan doa wehdah dan takbir pertama kali diadakan di dalam DECTAR!

Alternatif Hiburan

Berhibur tiada salahnya

kerna hiburan itu indah

hanya pabila salah memilihnya

membuat kita jadi bersalah

ISIUKM menganjurkan konsert ini adalah sebagai alternatif kepada hiburan-hiburan yang melalaikan yang diadakan khususnya ketika di karnival kolej-kolej diadakan.

Moga mesej dakwah melalui nasyid ini sampai kepada penonton.

NASYID: ANTARA POPULARITI DAN PRINSIP

Oleh: Technodaie – Amin Inteam

Sejarah kemunculan nasyid di Malaysia

Irama nasyid sudah dikenali di Malaysia sejak munculnya kumpulan-kumpulan seperti Al-Jawaher, El-Suraya, Al-Mizan, Orkes Sinar Murni dan seumpamanya yang kebanyakannya terdiri dari kalangan wanita. Perkembangan itu juga selari dengan munculnya kumpulan-kumpulan nasyid yang bergerak secara ‘indie’ atau ‘underground’ yang dipelopori oleh Jemaah Al-Arqam dalam era tahun 80-an. Akhirnya, kewujudan genre yang bermatlamat murni ini mula disedari masyarakat umum secara total apabila Raihan menjengah dunia komersial industri muzik tanahair dengan album pertama mereka Puji-pujian yang mendapat sambutan luar biasa sehingga tercatit di dalam Malaysia Books of Records sebagai album paling laris jualannya yang masih belum dapat dipecahkan oleh sesiapa pun artis di Malaysia hatta Mawi sekalipun. Unit jualan yang dicatatkan pada ketika itu adalah 600,000 unit dan tidak mustahil, sehingga kini sudah mencecah 1 juta unit.

Faktor Ikhlas sebagai X-Factor

Apabila kita mengkaji dan menilai, bertanya dan mempersoal, apakah ciri-ciri kejayaan jualan tersebut, banyak faktor yang kita boleh catitkan antaranya kelainan, pembaharuan, kontroversi, lagu yang menarik, melodi yang easy-listening dan banyak lagi. Namun hakikatnya, disebalik faktor-faktor fizikal tersebut, terdapat satu faktor besar yang kurang mendapat perhatian umum kerana sifatnya yang tidak nyata iaitu IKHLAS. Sifat Ikhlas diibaratkan seekor semut hitam, yang berjalan di atas batu yang hitam dalam gua yang gelap dalam malam yang gelap pekat. Mengapa sifat ikhlas yang dibangkitkan sebagai salah satu faktor kejayaan Raihan sekiranya sifat itu diibaratkan sebagai satu yang sangat sukar dilihat? Di sini dihuraikan falsafahnya.

Raihan adalah kumpulan nasyid pertama yang cuba keluar dengan album dalam dunia komersial tanpa ada sebarang rujukan tentang jualannya, sambutannya, konsepnya, adakah mereka akan diterima atau pelbagai persoalan lagi. Namun, mereka mengambil risiko ini untuk menjadi perintis kepada memperkenalkan irama ini kepada ruang lingkup yang lebih luas lagi. Adakah sewaktu mereka bergerak secara underground mereka tidak ikhlas? Bukan ini persoalannya, zaman underground sudah pasti mereka ikhlas dan tujuan utamanya adalah tetap berdakwah. Mungkin kalau kita kaji jualan album underground mereka pun jualannya tidak mustahil sudah mencecah jutaan unit semuanya. Apa yang ingin kita bincangkan di sini ialah dunia nasyid pasca komersial. Maka muncullah mereka dengan sebuah album yang menggunakan konsep perkusi semata-mata.

“By Allah’s Will”

Kalau kita kaji dengan logik akal, seperti mana yang penasyid-penasyid kini sering hujjahkan, jika kita ingin menarik kumpulan pendengar yang lebih luas, kita perlu mengikut arus muzik semasa, maka jelaslah teori itu langsung tidak dipraktikkan oleh Raihan pada ketika itu kerana muncul dengan muzik yang boleh dianggap outdated oleh kita sekarang. Kenapa dengan menggunakan teori yang salah, namun hasil kejayaan Raihan tercatit dalam sejarah? Sehingga dengan muzik outdated itu, mereka diperkatakan sehingga keluar Negara? Sehingga berita mengenai mereka muncul di dalam berita-berita televisyen dan akhbar luar Negara? Sehingga Prince Charles ingin menyaksikan persembahan mereka? Di sini bermulalah kupasan isu antara populariti dan prinsip. Dapatlah kita simpulkan di sini, sebagai Muslim dan Mukmin, kita tidak boleh berpegang dan yakin dengan teori logik akal semata-mata tanpa meletakkan kehendak Allah, keizinanannya dan Kuasanya yang menentukan natijah kerja dan usaha kita. Teringat penulis seorang pensyarah Biologi di Pusat Matrikulasi yang mewajibkan pelajar meletakkan ayat “by Allah’s will” dalam setiap jawapan teori-teori biologi yang dipelajari ketika itu. Di sinilah prinsip pertama kita sebagai penasyid yang membezakan kita dengan prinsip artis biasa yang selalunya diwajibkan oleh production house; wajah yang menarik, muzik dan lagu yang sedap, bakat yang ada walaupun sedikit.

Perbetulkan niat dan keyakinan pada kehendak Allah

Kembali kepada topik, hakikatnya album yang dikeluarkan Raihan pada ketika itu, jelaslah mendapat sambutan dengan sebab utamanya keizinan dan kekuasaan Allah yang menentukannya. Bertitik-tolak dari keikhlasan mereka, mereka menyerahkan segalanya pada Kekuasaan Allah, bukan pada teori dan logic akal dan nafsu. Hati-hati manusia di gerakkan oleh Allah, keinginan mereka membeli album ini, digerakkan oleh Allah, liputan media yang meluas ditentukan oleh Allah, Allah membuka hati ramai orang untuk melihat dan mendengar hasil kerja mereka ini. Hatta beberapa non-Muslim yang akhirnya memeluk Islam asbab mendengar lagu Raihan juga dibuka hati mereka oleh Allah. Sehinggakan non-muslim dari luar Negara yang tidak faham bahasa melayu, ada yang memeluk Islam mendengar lagu Raihan yang mereka tidak faham sepatah pun, juga kerana kekuasaan Allah yang membuka hati mereka.

Maka, kesimpulannya, sebelum seseorang penasyid, ingin keluar dengan album baru dan mengakui diri mereka sebagai pendakwah, menjadi kewajipan kepada mereka untuk berniat, sebagaimana kita memulakan sesuatu ibadah dengan niat, hendak solat kita berniat, hendak puasa kita berniat, hendak berdakwah melalui nasyid kita mulakan juga dengan niat; NIAT YANG IKHLAS untuk berdakwah kepada Allah. Namun hakikatnya tentu sukar untuk penasyid-penasyid menanam niat yang ikhlas hatta penulis sendiri sekalipun. Kenapa? Kerana kita semua sudah ada rujukan tentang kejayaan Raihan. Bukan mempertikaikan niat semua penasyid, tapi untuk kita berusaha memperbaharui niat kita. Sekurang-kurangnya, penasyid kedua, ketiga, keempat, kesepuluh, kelimapuluh dan seterusnya, pasti jika tidak banyak, sedikit terganggu niat mereka apabila melihat kejayaan Album Raihan dijual 600,000 unit dengan royalty mereka yang membolehkan mereka membeli rumah dan hidup selesa, dengan popularity mereka, yang disanjung dan muncul dalam media TV dan akhbar setiap masa, dengan sesetengah peminat yang tidak mengawal diri menyanjung dan memuja mereka. Pasti terdetik dalam hati, ingin kaya seperti mereka, ingin popular seperti mereka, ingin disanjung seperti mereka dan sebagainya. Namun inilah sebenarnya cabaran hebat bagi mereka yang ingin menjadi pendakwah dalam bidang ini. Hatta kepada Raihan sendiri, mungkin terganggu dengan faktor-faktor ini untuk album-album mereka yang seterusnya.

Penasyid harus memusatkan niat mereka untuk berdakwah melalui nasyid yang bakal mereka bawa. Penasyid harus meletakkan keyakinan mereka pada kehendak Allah dan bantuannya sehingga ke tahap sekiranya mereka meletakkan satu album yang tidak sedap lagunya, tidak hebat vokalnya, tidak up-to-date muziknya, tidak menarik wajahnya di pasaran, namun niat mereka Ikhlas kerana Allah, album itu mampu untuk meletup atas kehendak dan kekuasaan Allah yang hanya mengatakan “Kun fayakun”. Bukanlah tujuan penulis untuk menggalakkan hasil produksi yang tak berkualiti. Membuat kerja yang terbaik dan menghasilkan suatu yang terbaik adalah sangat digalakkan dalam Islam, Cuma ingin dihuraikan disini teori niat dan yakin pada kehendak Allah. Lebih cantik lagi sekiranya penasyid tersebut membuat satu album yang terbaik kualitinya dan beri’tikad dengan kualiti niat yang terbaik. Kita sebagai penasyid dan mungkin bakal penasyid, termasuk penulis sendiri, marilah kita renung jauh ke dalam diri kita sendiri, dalam 100% pecahan niat kita berapa peratuskah hakikatnya kita peruntukkan untuk menjadikan kerja kita ini sebagai dakwah. Sekiranya kita buatkan carta pai mungkinkah 10% untuk dakwah, 30% untuk duit, 40% kerana minat muzik, 20% kerana ingin popular dan disanjung. Atau banyak lagi pecahannya. Cuba kita renungkan secara telus dan amanah kepada diri kita sendiri, bagaimana pecahan peratusan kita? Atau mungkinkah 70% untuk popularity, atau 100% untuk wang, atau 100% kerana Allah, jika ada Alhamdulillah.

Renungkanlah sejenak untuk kebaikan diri kita sendiri, dan kebaikan genre nasyid tanahair yang kian suram dan tidak efektif dasawarsa ini.

Nasyid bukan dakwah?

Nasyid memang sebenar-benarnya salah satu cabang dakwah. Salahlah bagi mereka yang mengatakan nasyid hanya satu jenis hiburan alternatif, dan tidak boleh dikaitkan dengan dakwah. Jika bukan dakwah, apa yang kita nak katakan dengan peristiwa bukan Islam yang memeluk Islam mendengar lagu Nasyid? Kalau bukan Islam sehingga memeluk Islam kesannya, tentu lebih banyak lagi kesan dakwah nasyid yang dapat dirasakan oleh orang Islam sendiri. Cuma, sejak kebelakangan ini, nasyid seolah-olah tidak lagi memberi kesan kepada pendengar-pendengarnya sendiri apalagi untuk pendengar-pendengar asing dari dunia yang tidak mengenali nasyid. Penulis sering mengaitkan dengan konsep dakwah mengikut zaman. Seperti contoh yang kita dapat lihat dalam sejarah, nabi Daud di beri mukjizat oleh Allah melembutkan besi dalam zamannya yang popular dengan pertukangan besi, nabi Musa diberikan mukjizat-mukjizat ibarat ahli sihir, untuk menewaskan ahli sihir firaun yang mana pada zamannya, sihir adalah satu kehebatan besar, Nabi kita Nabi Muhammad sendiri, diberikan Allah mukjizat Al-Quran yang indah bait-bait bahasanya di dalam zamannya yang mengagungkan syair-syair, yang mana keindahan Al-Quran itu tidak terjangkau hebatnya untuk ditiru dan dikalahkan oleh penyair-penyair arab pada ketika itu. Semua mukjizat-mukjizat ini dicipta Allah untuk nabi-nabi ini bagi menarik masyarakat mengikut minat dan budaya mereka, untuk ‘impress’ mereka dengan kehebatan mukjizat ini sesuai dengan zaman dan budaya masyarakat mereka. Maka apakah antara yang dipuja dan mendapat tempat utama dalam masyarakat kita dizaman ini? Sudah pasti HIBURAN. Maka, satu peranan besar untuk penasyid-penasyid ini menjadikan hiburan yakni lagu sebagai alat atau wadah dakwah mereka, selain ulama-ulama melalui ceramah dan ilmu mereka, penulis-penulis melalui penulisan mereka, dan seumpamanya. Kembali kepada niat, maka untuk menjadikan wadah ini benar-benar berkesan, maka niat kita semua harus disemak dan diperbaharui. Kerana iman manusia ini ‘yazid wa yanqus’ bertambah dan berkurang. Kita perlu ingat, apa yang kita lakukan dari hati pasti kan jatuh ke hati. Itulah sepatutnya yang berlaku kepada lagu-lagu nasyid yang menjadi wadah dakwah kita ini. Marilah kita sama-sama cuba pastikan nyanyian nasyid kita, benar-benar datang dari hati yang ikhlas untuk kita tempat kan pula di dalam hati pendengar lagu tersebut agar memberi kesan kepada mereka. Bermula dari niat kita, pembikinan album, rakaman lagu di studio, pemilihan lirik dan lagu, susunan muzik, sekecil-kecil perkara pun harus di ambil berat sekiranya boleh membantu memfokuskan niat kita, umpama berwudhu sebelum rakaman, solat hajat, menghadap kiblat, berdoa sebelum rakaman dan seumpamanya. Kerana pernah dalam Islam sekecil-kecil amalan bersugi pun mampu mempengaruhi natijah usaha kita, sekecil-kecil rengangan dalam saf pun, mampu menewaskan kita dalam peperangan besar, maka dalam usaha dakwah kita, sekecil-kecil amalan pun perlu kita titik beratkan agar natijah lagu kita tidak mampu menjadi asbab hidayah kepada pendengarnya.

Published in: on March 22, 2009 at 1:27 pm  Comments (5)  

Metafora

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

Dengarlah metafora puisi dusta

Hilanglah persahabatan………

munsyid: Nice

#bagaimana harusku lakukan supaya kau faham?#

MySpace

***************

Alhamdulillah, video yang ditunggu-tunggu akhirnya sudah siap. Video yang bertajuk “Ada apa dengan Ukhuwwah?” itu dibuat khas untuk sahabat-sahabat x-kmj yang sangat dirindui. Sekurang-kurangnya terubat sedikit rindu apabila menggunakan teknologi untuk mengabadikan kenangan~ Dalam video tersebut ana letakkan kerjaya sahabat-sahabat pada masa depan mengikut jurusan masing-masing. Lagu tema ialah lagu kegemaran kita semua, iaitu Sebuah Pertemuan nyanyian kumpulan UNIC.


title1

Semoga kalian bersabar dan tabah meneruskan perjuangan di kampus masing-masing. Andai terdetik sedikit di hati ingin berhenti berjuang, ingatlah, siapa lagi yang akan perjuangkan islam jika bukan antunna yang sangat faham? bagaimana antunna boleh melupakan segala yang kita lalui? bagaimana antunna boleh melupakan penat lelah kita? bagaimana antunna boleh melupakan kemanisan ukhuwwah kita? Ingatlah, jika antunna berubah menjadi lesu, pastinya terpalit kecewa di hati sang murobbi. Lupakah antunna terhadap pengorbanannya? Tiada sebab untuk kita berhenti kerana telah menjadi kewajipan bagi kita untuk bersama mendokong cita-cita daulah islam. Antunna lah yang tentukan. Ana harap sangat antunna terus menjadi pendokong perjuangan ini.

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema’rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

MySpace

Published in: on December 17, 2008 at 9:23 am  Comments (3)