3 Hari Berusrah di Poland

“Kak Raha, nah, simpan elok2 ya..”

saya terpana.

kuntuman senyum di bibirnya sangat cantik.

“Terima kasih mieka,” ucapku sambil merenung tulisan ‘K. aida’ dan ‘mieka’ yang cantik pada kad nama itu. Di belakangnya tertulis ‘senyum cokmo’.

Hamieka merupakan salah seorang ahli kumpulan 6 di bawah kendalian saya.

pertama kali bersama 9 orang adik-adik SMK Paloh Hinai (POLAND), wujud perasaan risau, ‘apakah aku mampu’ bercampur dengan keinginan untuk ‘memberi’. Bisik hatiku – ini adalah usrahku! jadi harus jaga mereka elok-elok.

Tutur bicara diatur dengan hati-hati, pastikan ada kelucuan yang boleh menarik minat mereka. LDK 1 – ice breaking. Nama dan trademark dipersembah. Saya memilih ‘K. Raha’ sebagai nama samaran. Mereka agak kekok, malu agaknya. Sepanjang masa saya harus pantau mereka, baik di waktu riadhah mahupun ketika makan. Ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara fasilitator dengan peserta bagi memancing hati-hati mereka ini.

Walaupun mereka nampak seperti bosan, tapi mereka menunjukkan rasa minat ketika saya bercerita kisah-kisah. Bukan ahli kumpulan saya saja, malah adik-adik muslimat lain. Biarpun dalam kumpulan saya ada orang asli yang atheis, masa LDK adalah paling sesuai untuk menceritakan keindahan islam. Namun saya agak terkejar-kejar kerana terpaksa counter adik-adik yang berada di surau dan juga di kantin (yang uzur + non muslim). Mujurlah ada Mashitah yang membantu untuk beri sedikit pengisian buat mereka yang berada di kantin sebelum mendengar kuliah subuh oleh Ustaz Sufi, mahasiswa tahun 4 UMP.

Sementara menanti muslimin tiba di surau, adik-adik muslimat yang tiba awal diberi pengisian ringkas. Alhamdulillah, tutur bicara begitu lancar walaupun rasa gugup bercakap di hadapan 70 orang peserta. Wajah-wajah jernih mereka khusyuk mendengar, terus mengubah persepsi terhadap mereka. Sebelum tiba di situ lagi, kami semua telah dimaklumkan mereka ini sangat teruk, jahat dan macam-macam. Namun mereka sebenarnya ketandusan pengisian rohani. Setelah tamat pengisian, ada beberapa adik yang datang bertanya inginkan kepastian, malu bertanya di hadapan kawan-kawan dan lebih selesa bertanya secara personal.

LDK terakhir, graf kehidupan. Usaha untuk mewujudkan mood sedih sedikit berjaya walau tak tercapai tahap yang dikehendaki. Pastinya saya yang bercerita dahulu mengenai graf kehidupan sehingga terketar juga suara menahan sebak. Dari modul inilah dapat saya mengorek masalah adik-adik ini. Apa yang menyebabkan saya terharu sangat adalah salah seorang ahli kumpulanku ini yang suka membuat lawak seperti tiada masalah itu diduga kehilangan orang yang disayanginya. Ibunya pula tidak bekerja. Beliau anak ke 10 dari 11 orang adik beradik disara sepenuhnya oleh kakak-kakaknya yang telah bekerja. Mendengar kisah-kisah dari fasilitator lain dapatlah disimpulkan bahawa majoriti peserta program ini mempunyai masalah famili. Ada yang didera, penceraian, dendam dan macam-macam lagi.

Selepas LDK graf kehidupan, saya teruskan dengan penekanan untuk mengingati ibu bapa. Saya kira ibu bapa merupakan softspot di hati adik-adik ini. Bukan mereka saja, malah saya juga. huhu. Setiap kali bercerita mengenai pengorbanan ibu bapa, sebak rasa di hati mengenangkan anaknya ini seperti gagal menjadi anak yang baik. Apabila ditayangkan video nasyid nyanyian kumpulan Aeman bertajuk Anak Soleh, terus berjujuran air mata membasahi pipi mereka yang mulus tidak kira lelaki atau perempuan, muslim atau non muslim. Biarlah air mata itu mengalir, apa gunanya air mata dicipta kalau bukan untuk menangis.

Setelah berkumpul di dewan bersama peserta dari kumpulan lain, tanpa dirancang, rakanku yang merupakan Ketua Program meluahkan apa yang terbuku di hati, suasana jadi sebak. Adik-adikku yang baru berhenti menangis itu sambung menangis lagi. Beliau berkata, masalah adik-adik ini mirip sepertinya dulu iaitu kehilangan orang yang disayangi. Akibat terlalu sebak, sukar baginya menyambung kata-kata.

Mikrofon bertukar tangan kepada Pengarah program pula untuk meluahkan hasrat. Sungguh kagum dengan kesanggupannya yang benar-benar ikhlas untuk membantu sekolahnya. Beliau dulu dihina dan dipermain kerana beliau budak kampung, semangatnya untuk membuktikan budak kampung juga layak mendapat pendidikan di IPT dan akhirnya berjaya ke UKM malah menjadi top 5 rank di kalangan mahasiswa/i geologi tahun 3. Sejak awal tahun lagi beliau berusaha mencari penyumbang, mahu diusahakan juga walaupun tiada bajet. Malah beliau tetap mahu program ini berjalan apabila ada cikgu-cikgu mengatakan bahawa membazir je buat program untuk mereka ini. Ada juga cikgu yang menghukum mereka tiada harapan untuk cemerlang. Bisikan-bisikan itu tidak pernah diendahkan, yang penting, adik-adik junior nya itu layak untuk diberikan peluang untuk berubah.

Ketika tamat majiis penutupan hari esoknya, dengan iringan lagu Doa Perpisahan, para peserta mahupun fasilitator, menangis hiba. Pertemuan selama 3 hari, berkongsi kisah, pengalaman suka dan duka berakhir dengan perpisahan. Tiada apa yang dapat diberikan pada adik-adikku, hanya lakaran lukisan wajah mereka.

Kembali ke UKM, tiba lewat jam 11.00 malam. Keesokan hari, ramai adik-adik yang menghantar sms dan juga membuat panggilan dari telefon awam sekolah dek rindukan kami. Takut kecewakan mereka yang inginkan perhatian dan kasih sayang, dibalas juga sms dan terima panggilan mereka. Ketua pengarah kami mahu hubungan ini biarlah sehingga ke akhirnya, bukan hanya di program.

Postmoterm dibuat, membentang kelemahan dan kebaikan juga cadangan pembaikan. Ya, mereka benar-benar berubah! khabarnya kini mereka bersemangat ketika berada di kelas. Kata mereka, cikgu telah berjanji untuk membawa mereka melawat UKM setelah tamat peperiksaan nanti. Hanya doa yang dapat dikirim dari jauh moga perubahan drastik itu berkekalan.

Taaruf fasilitator

khusyuknya buat lingkaran guna surat khabar

mutawali melihat hasil kerjanya

Ustaz Sufi menerima cenderamata usai kuliah

fasi batu

Eroh, pengarah program

Published in: on July 29, 2010 at 8:48 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2010/07/29/3-hari-berusrah-di-poland/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: