Kasihnya Seorang Abang

“Abang, ajarkan photoshop boleh?”

“Ah, belajar sendiri, explore la. Jangan malas.”

Berdesing juga telinga. Bukan tak cuba teroka, dah berkali. Namun saya gagal kuasai photoshop. Bila melangkah di matrikulasi, mujur ada diajar photoshop. Alhamdulillah, senang masuk. Kalau tak explore sebelum itu, mungkin susah untuk ingat. Terima kasih abang…haha

Ayah beli laptop baru untukku. Abang bersungguh-sungguh mengajar cara kendalikan laptop yang pelik tu. Dalam hati, penuh berharap dapat guna laptop itu sesegera mungkin. Tapi….

“Aida, abang nak guna laptop aida. Aida amik laptop abang dulu ya.”

Hanya angguk (adik yang baik kan?hehe). Tersenyum juga, melihat senarai lagu-lagu nasyid yang sangat banyak dengan tarikh download yang masih baru, kira-kira 2 3 hari sebelum abang bagi laptop lama itu. Pandai juga abang pancing aku!

beberapa bulan kemudian, abang telefon dari Ireland.

“Tengah buat ape bising-bising sangat tu?”

“Teman kawan tempah tiket bas kat bilik JPP. Nape?”

“Nak mintak maaf, skrin laptop pecah”

“Aida pun mintak maaf, laptop abang dah tak hidup dah. HD rosak kot. Pernah sekali terjatuh.”

Diam.

haha, guess what’s next? tekalah sendiri..

Cuti hujung minggu pula, abang balik Malaysia ketika itu, membawaku ke satu event GAMIS yang menyebabkan hati terpana dengan biah solehah.

“Ko betul nak join ni? Kalau betul nak join, kene sepenuh jiwa raga untuk Islam.”

Hanya angguk, tanda faham.

Terasa kecil dikelilingi kakak-kakak dari pelbagai universiti. Saya hanya seorang pelajar kolej matrikulasi. Mungkin paling muda dalam dewan besar tu dan mungkin Abang mahu saya mendapat tarbiyyah seperti mereka. Terima kasih Abang~

Melangkah ke universiti pula Saya pinjam video kamera abang. Tapi, ada masalah nak pindahkan rakaman ke laptop. Abang datang juga ke kolejku, berusaha download software yang sepatutnya. Namun gagal. Terima kasih abang~

Kali terakhir susahkan abang adalah kerjalapangan ke Sungai Lembing, Pahang. Belum bertolak lagi abang dah banyak tanya,

“Nak buat apa kat sana. Lama tak?”

dan akhirnya, Abang yang pandu. Pemandu kedua adalah Arif Hikmat.

4 jam perjalanan jadi 2 jam setengah. Boleh bayang tak laju gila abang pandu? Patut pun adik dia sama juga~haha. Terima kasih abang!

dah banyak meleret ni. Sebenarnya nak ucap SELAMAT HARI LAHIR untuk Abadi Sufaat.

Seorang doktor. Mahu jadi doktor pakar kanak-kanak (pedriatics)- tak dapat bayang.. betul- betul susah nak percaya..ahah

tak sabarnya nak dapat kakak ipar! cepat2 ye

apakah?

Published in: on June 27, 2010 at 9:15 pm  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2010/06/27/kasihnya-seorang-abang/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: