Merantau ke Pahang

Kali kedua saya datang mengembara ke Sungai Lembing. Kali ini bukan menaiki bas seperti tahun satu dahulu, tetapi menaiki Ford Everest, kenderaan rasmi UKM yang dipandu Pak Cik Jamal, bersama penyelia saya Dr Wan Zuhairi Wan Yaakob dan kawan sepakej (geologi sekitaran) iaitu Tengku Nuradiba. Di bawah tajuk tesis saya, “Impak Bekas Lombong Sungai Lembing dan Penambahan Jisim Logam Berat ke atas Sungai Kenau di Pahang,” kami bertolak seawal jam 9.00 pagi ke Sungai Lembing yang memakan masa 4 jam perjalanan.

Gerak kerja dimulakan usai solat, kira-kira jam 2.30 petang. 3 perkara yang perlu dilakukan ialah pemetaan anak sungai yang mengalir dari bekas lombong ke Sungai Kenau, ukur velocity & discharge, dan persampelan air. Pada petang itu, Dr Wan membawa kami ke lokaliti anak sungai dan mengambil ukuran serta persampelan saja. Esoknya barulah saya melakukan pemetaan sungai. Serius, tak mampu buat sorang2 tanpa bantuan Diba dan diselia Dr Wan.

lokaliti 1

persampelan air

air sungai ini kering, tapi anda boleh agak kotornya air ini. warna oren itu adalah pengendapan logam berat.

Lombong bawah tanah yang menggunakan kaedah tunnel ini merupakan lombong timah yang dikendali oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) pada tahun 1880an hingga 1987. Lombong ini dibuka oleh British si penjajah Tanah Melayu. Lombong ini sangat kaya dengan sumber timah (Sn) sebanyak 63% dan 10% kuprum yang telah menghasilkan 281,846 tan sehingga tahun 1983.

pH air ini adalah sekitar 2-3pH

bersama Dr Wan, mengambil bacaan pada water quality meter (YSL)

Namun, lombong ini dibiarkan setelah ia tamat beroperasi tanpa usaha pemulihan. akibatnya, tapak bekas lombong dipenuhi longgokan bahan buangan (tailing) yang mengandungi logam berat. Bau seperti belerang/sulfur sangat kuat di situ. Apabila hujan, air hujan akan melarutkan longgokan sisa lombong tersebut lalu membawa ion-ion logam berat seperti arsenik mengalir ke Sungai Kenau. Sungai Kenau ini pula merupakan sumber air penduduk di Kuantan. Jadi, anda boleh bayangkan betapa tercemarnya air tersebut dan bahaya kepada manusia?

Pada hari kedua, kami mengambil sampel air  bawah tanah pula. Telaga pertama yang dikunjungi adalah di rumah Pak Cik Syed, secara tak sengaja saya jumpa ketika membuat pemetaan sungai kecil yang perlu melalui celah-celah rumah orang. Kata Pak Cik Syed, andai air tiada, keluarganya menggunakan air telaga itu, namun seandainya hujan turun, air tersebut terasa kesat. Rasa kesat itulah disebabkan oleh logam berat dari sisa lombong yang terlarut dan terserap ke dalam air bawah tanah.

Begitulah impak bekas lombong terhadap persekitaran. Sebenarnya, Malaysia boleh je memfailkan saman ke atas British kerana tidak bertanggungjawab dengan pencemaran yang berlaku akibat tidak memulihara kawasan tersebut, tapi. . . lu pikir sendiri..

Berdasarkan maklumat, kerja pemuliharaan sepatutnya sedang berlaku namun kos pembiayaan ada pada Sultan Pahang, tapi. .  semua tu tak berlaku

Perjalanan diteruskan ke Jerantut pada petang itu juga. Pada hari ketiga, kami mengunjungi kuari yg terdapat di Kg Belau, Jerantut sebelum kami bertolak balik ke UKM. Lokaliti ini merupakan salah satu lokaliti untuk persampelan bagi tesis milik Diba.

batuan bersaiz besar dimasukkan ke dalam rock crusher untuk dipecahkan menjadi kecil

batuan tadi diproses lalu diasingkan yang mana besi dan yang mana bukan. Ini ialah hasil proses pengasingan itu dan inilah besi yang bersaiz serbuk.

serbuk besi ini melekat pada magnet yg terdapat dalam bekas putih itu

Mineral yang utama ditemui di lombong ini ialah magnetit. Kami sangat bertuah kerana dapat melihat bagaimana bijih diproses menjadi kecil bersaiz serbuk. Realiti yang sukar diterima ialah kuari bijih besi ini merupakan kepunyaan Singapura atas lesen golongan kerabat diraja. huhu Bumi Malaysia ini mempunyai banyak sumber, tapi. . . . . . . .lu pikir la sendiri!

Published in: on June 20, 2010 at 6:36 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2010/06/20/merantau-ke-pahang/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: