Sejuta Memori di Kuala Krai dan Besut

Menyingkap kembali memori kerjalapangan terakhir bersama-sama rakan sekuliah memang menggamit hati. Mohon maaf sekiranya penulisan kali ini juga sebelum ini banyak berkisar mengenai catatan kembara geologi. Cuma ingin berkongsi dengan pembaca. Tak suka, tak payah baca, ok?

Destinasi pertama yang dituju adalah Kuala Krai. Di sini kami yang seramai 63 orang dibahagi 2 kumpulan. 2 kumpulan ini melakukan gerak kerjalapangan secara berasingan, ini bermakna selama seminggu kami terpisah malah tinggal di tempat berasingan. Kumpulan saya menginap di khemah di kebun salah seorang penduduk kampung yang baik hati di Kampung Bekok, manakala satu lagi kumpulan menginap di hotel. Kata Dr. Rozi, kami adalah batch ke-15 yang berkhemah di sini !

Khemah yang memuatkan 6 orang masih dikira selesa dengan penggunaan ‘camp bed’. Untuk mengurus diri, terpaksa berjalan kaki sejauh 200 meter ke surau di kampung tersebut dan terpaksa berkongsi dengan kaum adam. Pada awalnya mungkin rasa kebimbangan itu mengganggu fikiran, namun masalah ini dapat ditangani dengan mudah apabila kaum hawa bangun seawal 4.30 pagi untuk menggunakan kemudahan sehingga 5.30 pagi. Alhamdulillah, solat subuh dapat dilaksanakan secara berjemaah setiap hari.

Lokasi yang dilawati untuk pengkajian sangat menarik dan mencabar. Pada hari pertama, merintis Jalan Sungai Sam – Dabong mencerap di ‘outcrop’ yang majoritinya adalah potongan bukit. Cerapan di sini untuk melihat perubahan pada yang boleh dilihat pada batuan di sini apabila semakin dekat dengan zon metamorf iaitu Syis Taku.

Hari kedua pula merintis Sungai Galas sejauh 30 km dengan 17 lokaliti menaiki bot. Alhamdulillah we made it! Rintisan ini sebenarnya merentasi kawasan metamorf Syis Taku secara Timur ke Barat. Apa yang boleh disimpulkan ialah terdapat lipatan antiklin major apabila zon metamorf yang pada awalnya mengikut tertib klorit-biotite-garnet telah berulang semula secara terbalik. Selain bukti tadi, kemiringan satah foliasi juga dapat dikesan membentuk satu lipatan yang sangat besar!

Meranduk di Sungai Mei pada hari ketiga sangat meletihkan. Walaupun redup kerana terletak di hutan, namun berjalan kaki di dalam air sejauh 4.2 km pergi balik sangat mencabar. Rintisan ini sebenarnya merentasi Syis Taku dari selatan ke utara pula bagi melihat perbezaan zon-zon metamorf. Zon yang dapat dikesan adalah sama seperti di sungai galas iaitu klorit-biotite-garnet.

Selesai bahagian batuan metamorf, hari esoknya kami ‘switch’ dengan satu lagi kumpulan untuk mengkaji bahagian batuan igneus pula. Untuk itu, kami berpindah ke hotel di pekan kuala krai pula. Manakala kumpulan yang tinggal di hotel berpindah pula ke khemah bekas tempat kami menginap.

Kerjalapangan batuan igneus lebih rileks namun menyebabkan tubuh badan cepat terhidrat kerana terik matahari selain memanggang kulit menjadi hitam! Lokaliti hari pertama adalah di sekitar Kuala Krai dan Manek Urai. Paling mencabar adalah membuat pemetaan batuan igneus di Lata Berangin iaitu di Sungai PAS. 2 hari bergerak kerja di situ memang menegangkan urat kepala!

Selesai bahagian batuan igneus, kami semua bertolak bersama ke Damai Beach Resort, Besut. Alhamdulillah suasana di sana cukup mendamaikan hati. Namun kedatangan kami ke sana bukanlah untuk makan angin. Setiap hari kami bertolak ke kawasan kajian pada jam 8.30 setelah bersarapan di pekan. Sepanjang 3 hari berkerja di tepi pantai, terik matahari pantai sangat memedihkan kulit. Kalau x berpeluh tu xsah la wee..

Lokasi kajian adalah Bukit Keluang, Bukit Dendong dan Bukit Bubus. Semua ini berkaitan dengan batuan sedimen. Kegigihan kami menyiapkan laporan pada malam akhir di sana sangat dasyat sehingga tidak tidur malam, tekun di khemah belajar dari gelap hingga ke cerah esoknya. huhu, namun sebenarnya laporan harus dihantar pada hari isnin di pejabat bangunan geologi, bukan sebelum bertolak pulang ke UKM seperti yang diberitahu sebelumnya. Kata pak cik razim, “saje nk dera kamu semua tak tido malam”=)

Menaiki bot menyusuri Sungai Galas

Kumpulan A bersama Dr Rozi Umor di depan berbaju kemeja kelabu dan Dr Anizan berbaju oren di belakang ketika selesai meranduk sejauh 2.1 km di Sungai Mei.

Berkhemah di tepi pantai yang sangat cantik. Subhanallah

Di kaki Bukit Keluang

Di Bukit Bubus..panasnyaa..

Bergambar pengubat keletihan..

Menikmati keindahan matahari terbit, Damai Beach Resort..Allahuakbar!

Selepas ini, tiada lagi kerjalapangan beramai-ramai seperti selalu.

Selepas ini, kerjalapangan dibuat dengan sendiri mengikut tajuk tesis masing-masing.

Bermula 14/6, saya akan bekerja di Sg Lembing, Pahang ditemani Diba untuk tesisku..

MAMPU kah?

Yaaa!! I can do it!

InsyaALLAH…

Published in: on May 23, 2010 at 11:59 am  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2010/05/23/sejuta-memori-di-kuala-krai-dan-besut/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. salam juang..
    gambar paling bwhpaling xbley blah..
    trademark ustzh la tu..
    haha

  2. ustaz yg jeles kot kami dpt g kembara merata-rata..=)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: