Papan Batu pengganti Buku?

Terpana saya ketika Dr Tajul Anuar tiba-tiba bercerita mengenai kekejaman British di tengah-tengah syarahannya mengenai batuan sabak (slate). Apa perkaitannya dengan batu sabak?

Batu ini berwarna hitam, permukaannya licin, butiran saiz halus. Batu sabak yang bergred tinggi sangat popular di Wales, UK. Di Wales, batu ini digunakan sebagai atap rumah kerana ketahanannya terhadap luluhawa.

Slate_roof

British ketika menjajah Tanah Melayu, sistem pendidikan yang diterapkan sangat diskriminasi. Anak-anak pembesar dan raja-raja dididik diasuh mengikut acuannya dan ditempatkan di sekolah inggeris. Bagi golongan biasa, rakyat jelata yang ditindas telah ditempatkan di sekolah atap (sekolah pondok). Setiap pelajar di sekolah yang serba dhaif ini dibekalkan papan batu iaitu batu sabak untuk digunakan dalam kelas sedangkan teknologi kertas sudah maju ketika itu. Nota dan latihan dibuat di atas batu itu menggunakan kapur kemudian dipadam akhirnya setelah beralih ke subjek lain. Apa strategi British melalui cara ini?

Ya, mereka mahu rakyat jadi bodoh!

Terang Dr. Tajul lagi, beliau menyedari akan hal ini ketika beliau membuat tesisnya di Wales.

“Mereka ini membawa budaya yang jahat. Kenapa mahasiswa sekarang suka ikut cara mereka? Pakai seluar jeans koyak2 bukan budaya kita!” Nadanya lahir rasa kecewa, tambahan pula mahasiswa sekarang hanya mahu lulus peperiksaan semata-mata. Bukan ilmu yang dicari tetapi 4.00 flat semata-mata yang dicari.

Advertisements
Published in: on October 13, 2009 at 7:01 pm  Leave a Comment