Ukhuwwah yang disempitkan

Ramai yang mentafsirkan ukhuwwah adalah kebersamaan yang zahir. Lantaran itu, tak hairanlah kalau kita selalu sahaja mendengar rungutan,

“Saya rasa macam ukhuwwah kita nih semakin longgar lah, kalau dulu bila melawat cikgu kita pergi sama-sama, mengemas rumah pun kita buat ramai-ramai, saya rasa kita perlu kukuhkan semula ukhuwwah kita lah..”

Benar, memang saya tak nafikan kebersamaan dapat mewujudkan kasih sayang, tapi ia bukanlah jaminan dan indicator kepada satu-satu nilai ukhuwwah.

Ramai yang menganggap ukhuwwah hanya dapat dirapatkan dengan duduk melakukan aktiviti bersama-sama. Pada pandangan saya, ia cuma mampu membentuk ikatan, tetapi tidaklah kekal.

Kalaulah ukhuwwah itu sekadar duduk bersama-sama, bergelak ketawa, dan berkongsi masalah, bagaimana pula apabila sudah berkerja dan berumah tangga kelak? Ketika mana dah tak ada masa untuk keluar dan duduk bersama, adakah ketika itu dianggap sudah tiada lagi ukhuwwah?

Ukhuwwah yang sebenarnya adalah berdasarkan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Sungguh, Saidina Umar r.a pun pernah menyebut, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada munkar itu juga dah dikira sebagai ukhuwwah.

“Habis tu, macam mana sebenarnya cara nak rapatkan ukhuwwah?” Tanya Anas.

“Ukhuwwah itu bukanlah perkara paling utama yang perlu kita tumpukan, tetapi asasnya adalah kefahaman aqidah, ikhlas, dan amal yang sepatutnya perlu diterapkan terlebih dahulu, kemudian ukhuwwah itu akan kukuh dengan sendirinya.

Imam Hassan al-Banna dalam menetapkan Rukun Baiah juga meletakkan Faham, Ikhlas, dan Amal di tingkatan yang mula-mula, bermula daripada Faham akan melahirkan ikhlas, ikhlas akan menghasilkan Amal, begitulah seterusnya sehingga membentuk Ukhuwwah dan daripada Ukhuwwah itulah akhirnya memutik Tsiqah!” Saya cuba menjelaskan dengan panjang lebar.

“Oh, Maksudnya terapkan kefahaman dulu lah, bukannya terus sahaja menumpukan pada penekanan ukhuwwah, kan?” Anas membuat kesimpulan. Saya mengangguk setuju.

Ukhuwwah itu tidak perlu kepada duduk bersama-sama, berjauhan pun tak apa,
tetapi kefahaman di atas asas Aqidah inilah yang telah Rasul s.a.w tanamkan dalam diri sahabat-sahabat sehingga mereka sanggup mati menahan dahaga dalam peperangan semata-mata mengutamakan sahabat yang lain.

Ini barulah dipanggil Ukhuwwah..

Dan Dialah yang menyatupadukan di antara hati (mereka yang beriman itu) – Al-Anfal:63 ~ Firdausredha

Kadang kala pening juga memikirkan ukhuwwah sahabat-sahabat 1st year fst yang dikatakan tidak nampak, mungkin kebersamaan di fakulti juga tidak kelihatan dek jadual kuliah yang berbeza. Mungkin juga tidak berada dalam halaqah usrah fakulti sebaliknya bercampur dengan sahabat fakulti lain. Saya rasa percampuran dengan fakulti lain lebih baik, sahabat-sahabat fakulti pengajian islam boleh berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat dari fakulti lain. Saling ‘top up’ kelemahan. Boleh saling membantu sahabat-sahabat yang lemah. Tidaklah fakulti kita sahaja yang dikatakan sebagai markas. Kalau boleh, fakulti lain juga harus kita dominasi. Jadi, tidak timbul isu tidak mengenali sahabat sendiri yang berlainan fakulti~~

Published in: on June 1, 2009 at 5:55 pm  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2009/06/01/ukhuwwah-yang-disempitkan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. biarlah org nk kate ape, yg pntg Allah tau yg kita sntiasa bersama walaupun dilihat x selalu bersama…~

  2. Salam. Dalam gerakan islam ni,ada ayat2 tradisi lama yang menyebabkan kita terikut dengan budaya lama gerakan islam. “ukuwah tak settel” “taaruf tak settel” dll. Saya merasakan ketidaksesuaian ia di ungkapkan lagi di zaman tarbiah dan poitik baru ini. Kadang kala, istilah tadi akan meniti dibibir kita setiap masa, sehingga melembabkan proses gerakan. kadang kala, statement seperti ini akan keluar:-

    “kita ni nak bncg soal negara, tp ukhwah x settle, jadi macam mana nak berkat” dll.

    Saya merasakan bahawa ayat seperti ini seolah2 akn merencatkan sedikit fokus.

    Ukuwah itu sanagt penting, namun saya berpandangan ia bukanlah fokus utama utk diselesaikan dalam gerakan islam, sehingga x boleh buat kerja lain seandainya ukhwah x settel…

    Saya melihat sekalian lama, tiada satu pun zaman yang tidak ada permasalahn ukhuwah, samada dlm gerakan dakwah kita, mahupun Zaman Sahabat R.A

    Lihat sahaja zaman Khalifah al-Siddiq, beliau mmpnyai masalah dengan anak rasulullah mengenai isu tanah di Fadak. Bahkan dicatat dalam sejarah bahawa masalah itu tdk selesai sehingga al-Siddiq meninggal dunia, bahkan puteri rasulullah itu bertekad tidak memaafkan khalifah al-Siddiq.

    Ini adalah masalah yang baik, menjadi tauladan bersama. Hanya Allah yang menentukan keizzahan mereka. Namun, adakah masalah ukhwh zaman al-Siddiq tadi membantutkan gerakan dakwah zaman itu???

    Pada zaman Al-Siddiq, islam tersebar luas sehingga ke Parsi dan tiba ditebing ROOM.

    Keadaan sama berlaku dizaman kita.

    Pada pandangan saya, masalah ukhwh adalah masalah fitrah gerakan kita. biarkan sahaja ia ada. Ia memerlukan proses. Demikian saya melihat zaman 6 tahun kebelakangan ini, ada sahaja masalah ukuwah yg timbul. Jadi, masalah ukhwah juga kadang kala perlu, untuk menjadi faktor pendesak kita untuk bergerak lebih laju dan tidk membantut.

    Baru-baru ini saya mendapati masalah ukhwh. Sehingga persepsi dalam kalangan ahli, lebih tinggi berbanding persepsi ahli pada musuh. Ini adalah maslh ukhwh zaman kita. Ia boleh dihapuskan…namun mungkin sukar diselesai dengan cara duduk bersemuka dan bercakap mengenainya, ala “face to face”.

    Saya melihat banyak contoh yang menyebabkan keadaan bertambah parah sekiranya “Face to face”… saya mencadangkan agar kita semua menyelesaikannya dengan terus bergerak kerja bersama. Saya, sanagt percaya, bahawa ada kebetulan aturan Allah yang sangat hebat dan ajaib mampu menyelesaikannya. Ia pernah berlaku pada sahabat saya.

    Cadangan ini adalah demi menjadikan masalah ukhwah itu tidak melembabkan proses gerakan islam. Namun, andai kata gerak kerja para sahabat tidak terbantut dek kerana terlalu memikir menyelesaikan ukhwah, dipersila menyelesaikannya dengan cara baik yg lain

    ~pandangan INSAN~

    Wallahua’lam

  3. salam aida..:)k, buktikan usrah gabung fakulti boileh menghsilkan gerk kerja n prses trabiyyah yang membawa kita sama2 bertaqwa pd Allah..k.syah yakin dengan kemampuan adik2(aida, skinah ropien, sakinah naziman, azma, syahida, sahila, jawahir,adhwa, k.ira,salwa, rubi, azira, aini, naimah , sarah ,mahfuzah,hamizah, dan adik2 yang disayangi semua, Syg kalian krn Allah. Mg ukwuwwah kita memantapkan tarbiyyah dn dakwah di bumi UKM!:)

  4. salam aida, tajuk ni menarik..ana pun mempunyai pndgn mcm nti. kadang2 dlm kita bersahabat ada waktunya komitmen kita dgn sahabat yang biasa kita rapat berbeza..menyebabkan kita kurang masa untuk bersama dengan dia, ni tak bermakna ukhuwah kita dgn dia berkurang.tetapi ingatan kita dan doa pada sahabat adalah penting supaya dia sentiasa dalam rahmat Allah..dimudahkan segala urusan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: