Derita Sang Sahabat

air-mata

Pertama kali Sang Sahabat melihatnya, rasa kasih selaku saudara seislam menguntum. Setelah mula membina ikatan suci ukhuwwah, rasa ingin memimpinnya ke jalan benar membuah. Lantaran dirinya tercari-cari air bagi menjernihkan hati yang hitam gelap lagi pekat. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi merungkai segala kekusutan. Namun mungkin kesibukan berjuang sang sahabat menyebabkan dirimu terabai. Dia kehausan dan ketandusan rohani. Kesibukan itu bukan disengajakan. Kesibukan Sang Sahabat itu kerana Allah! Siapa lagi yang akan mengangkat Islam kalau bukan dirinya! Harapan menggunung supaya dia dapat bersama-sama Sang Sahabat. Memikul beban tanggungjawab bersama-sama. Jalan juang tidak pernah senang. Biarpun amanah terlalu berat, sanggup jua dipikul kerna itulah kewajipannya. Orang lain tidurnya cukup, Sang Sahabat kekurangan tidur. Orang lain punya masa belajar, Sang Sahabat terpaksa mencuri masa terluang untuk menyelak helaian-helaian buku. Sang Sahabat tidak kisah semua itu. Kerna percaya pertolongan Allah! Namun, Sang Sahabat berlapang dada pabila dirinya tidak mampu memberi kepada dia secukupnya. Ya Sang Sahabat punya kelemahan juga. Lalu dibiarkan lah dia dengan rasa serba salah kerna gagal mempersiapkan diri nya dengan pemahaman. Sang Sahabat sedar kerna Sang Sahabat  mengharung dugaan bukan berseorangan, malah seruan Rasulullah agar berdiri teguh seperti bangunan. Inilah takdir Allah, mungkin Allah menggantikan dengan bala tentera yang lebih berkualiti.

Tamparan hebat juga dari Keluarga Sang Sahabat menyebabkan Sang Sahabat hampir futur suatu ketika dulu. Mujurlah kesedaran kekurangan jundullah yang memperjuangkan kesyumulan Islam masih dibenak hati. Maka Sang Sahabat terus berusaha mempersiapkan anak-anak kecilnya. Harapannya agar jumlah jundullah akan bertambah dan memberi manfaat kepada umat Islam seluruhnya. Sang Sahabat tidak kisah pelbagai komitmen yang diperlukan. Sang Sahabat tahu tidak ramai yang sanggup memikulnya. Deritalah Sang Sahabat menanggungnya. Tersenyumlah dia dalam menangis kerna akur, deritanya itu tidakkan berpenghujung kerna syurgalah penghujungnya.

Published in: on February 8, 2009 at 2:36 am  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2009/02/08/derita-sang-sahabat/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Salam, enti mempunyai sebuah artikel yang membawa maksud yang dalam. Pertama kali ana terpaksa membaca sebuah artikel 2 kali untuk mendapatkan makna yang pasti. namun, belum tentu sampai kepada maksud penulis. Sebuah lembaran yang kukuh. Teruskan usaha.

  2. Aida.. for some reason miza sgt fhm perasaan Aida.. sbb miza pernah melaluinya.. menariknya keadaan kita hampir sama.. rs sgt seksa dan sedih hanya Allah je yg tahu.. setiap mlm menangis sblom tido.. setiap hari emosi terganggu..

    tp percayalah.. itu adalah didikan Allah supaya tidak terlalu bergantung kpd sahabat.. Aida kene kuat..

  3. Alhamdulilah. Semoga Allah sentiasa memudahkan kerja ustazah dan mendapat mardhatilahNya. InsyaAllah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: