Bersama Melangkah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, ana berjaya mencari sedikit ruang untuk ana menulis pada hari ini. Pada semester yang pendek ini ana terlibat dengan beberapa program besar. Selepas pilihan raya kampus, ana dan famili DKI II yang seramai 70 orang kembali berkerah tenaga habis-habisan sebelum tibanya tarikh bersejarah 21 Mac 2009. Program DKI II ini adalah program mega ISIUKM yang julung kalinya diadakan untuk memberi sumbangan kepada sahabat-sahabat kita yang sedang berjihad di Palestin. Moga program ini berjalan dengan lancar walau pelbagai onak yang terpaksa dilalui. Kami mensasarkan seramai 4000 orang yang datang dari pelbagai IPTA dan IPTS juga masyarakat luar akan terlibat dalam program anjuran ISIUKM ini.

Program seterusnya, mungkin boleh dikatakan lambat sedikit pengurusannya iaitu program Malam Tautan Saintis Muda. Program ini khusus diadakan untuk mahasiswa/i tahun 1 anjuran Unit Pelajar Tahun Satu PMFST. Program ini juga bakal diadakan pada bulan Mac. Mungkin ini tidak lah terlalu tinggi nilainya kerna ada sahabat lain yang lebih sibuk dari ana. Namun nilai pengalaman berurusan dengan orang sangat tinggi kerana ana sangat lemah dalam bidang pengurusan program.  Jujur ana katakan bebanan amanah sangat terasa, MySpace namun seharusnya kita melaksanakan sehabis baik kerana telah diberi kepercayaan oleh sahabat-sahabat. Ana harus mengambil langkah positif untuk terus bersama dengan sahabat untuk mendaulah islam di bumi UKM!!

gambar perkampungan famili Dimensi Kesenian Islam II  :

dsc00154~lukis banner~

dsc00182

~mewarna pula~ (^.^)

dsc00049

~logo ISIUKM~

dsc00063

Dah Siap!

*muslimin tiada dalam gambar kerana ketika saat tersebut mereka sibuk mencari sumbangan untuk program ini di sekitar Shah Alam, Kuala Lumpur, Bangi, Kajang~ MySpace

wassalam……

MySpace

Published in: on February 3, 2009 at 7:13 pm  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2009/02/03/bersama-melangkah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. salam..
    lama ndak jumpa..
    rindula

  2. Semoga dimudahkan Allah dan majlis berjalan lancar..=)

  3. teringat masa first year dulu…
    konsert manis IV🙂

  4. salam wbt

    salam perkenalan🙂

    enti ajk DK II yer🙂

    kalo ade rezki, kite jumpe di konsert manis🙂

  5. Salam aida..

    maaf banget nih tak dapat hadir..
    insyaAllah, ada rezeki bila2 kita ketemu..

    teruskan usaha ya!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: