Telah Kurela

Telah ku rela nama dan diri
Menjadi sasaran kerana cinta, (aku berkorban)
Telah ku rela segala tohmahan
bermahajalela Kerana cinta, (aku terpaksa)
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa,
meluah fakta,
mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta.
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah.
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga

munsyid : algebra

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama ana menyepi, kini ana kembali untuk menulis. Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita. Yang dekat dengan ana ialah pilihan raya kampus UKM yang akan dijalankan pada 15hb nanti. Kini calon-calon sibuk berkempen, ana juga tidak ketinggalan untuk sama-sama dalam jalan ini, mempromosi kepada kawan-kawan untuk sama-sama BERSATU UNTUK BERUBAH!

Inilah pengalaman pertama ana melihat segala perjalanan perjuangan untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya kampus. Dari menyertai bengkel bakal calon MPP UKM sehinggalah kempen dan pada 15/1 jika diberi peluang untuk terus hidup, ana akan tampil sebagai agen calon.

Pelbagai tohmahan yang dilalui oleh kami antaranya

Kes 1 :


Sahabat-sahabat kami first year di Kolej Ibu Zain dikumpul pada satu malam. Setiap blok telah diadakan perjumpaan dan taklimat dari felo blok masing-masing pukul 10 malam tadi supaya buang segala poster berbentuk kempen sebab spotcheck akan dilakukan dan jangan layan kalau ada yang datang berkempen ke bilik .

Kes 2 :


Ada pula ugutan kepada sahabat-sahabat first year SUKSIS supaya jangan terlibat dengan ***** dalam PRK ni. Kenapa mereka nak di”mandul”kan sedangkan mereka mempunyai hak sebagai mahasiswa.

Kes 3 :

Di Kolej Burhanuddin Helmi ada pula arahan kepada sahabat-sahabat tahun satu supaya kalau ada apa-apa yang berkaitan GM terus bagitau JAKSA –Diorang tak bagi pakai baju warna OREN,HIJAU,UNGU—kemudian diorang suruh undi dan sokong calon ASPIRASI khususnya dari KOLEJ BORHANUDDIN HELMI—pastu diorang wajibkan mengundi dan suruh jaga keselamatan kolej daripada gangguan pihak luar.

Kes 4 :

Ada pula mesej sebegini, “salam,mohon bantuan felo JAKSA dan JENTERA ASPIRASI memantau keluar masuk pelajar luar di blok masing-masing.Kempen agresif MAMPU/GM akan bermula malam ini sehingga subuh.Larangan masuk ke kolej selepas jam10 masih berkuatkuasa walaupun semasa kempen.Malah Tatacara Pilihanraya Perkara 39(2)berkaitan perhimpunan melarang kempen di bilik pelajar di kolej.Sebarang maklumat dari kolej tuan mohon disalurkan kepada saya untuk disebarkan kepada kolej lain>sebaran mesej di KTHO”.
Kes 5 :
Sahabat karib ana, sakinah dipanggil oleh Pengetua KTHO, felo2 dan JAKSA. Anda mahu bukti? Ye lah, budak2 aspirasi suka pertikaikan bukti setiap kes yang kami tak puas hati. Ikuti cerita lebih lanjut blog sahabat ana ~TeNang~
dscn2152
Barisan Calon-calon Mahasiswa
dscn2205
Published in: on January 13, 2009 at 9:46 am  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2009/01/13/telah-kurela/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. aida link tu salah la.. betulkan >.<

  2. da btolkan.. thanx ye.. hehe

  3. Akak tak suka aspirasi!!
    depa paksa dan ugit junior2 akak!!
    kesian junior2 akak!!
    mereka(kita juga) bukan budak kecil!

  4. silap…
    **ugut

  5. salam ukhwah dik aida,akak x perasan adik ni yang mana..moga insya Allah, bila ada program berkesempatan berjumpa lagi…

  6. Salam dik Aida..sihat ke? busy ek.

    em, smoga perbezaan menyatukan kita semua.InsyaAllah.

    bile nak jadi calon bertanding ? (^*,)

  7. salam ziarah;)

  8. salam ziarah..satu ekspresi diri yang mantap..semoga pengalaman lalu bisa membangun jiwamu dan istiqamah dalam memartabatkan islam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: