Peraturan Baru PRK… Satu Lagi Taktik Kotor

penamaan23A Famosa, Melaka – Pembentangan tatacara dan panduan calon bagi pilihanraya kampus sesi 2009 telah menyerlahkan cakap-cakap sebelum ini bahawa pihak HEP yang diterajui oleh 3M (Mohammad Mustapha Mokhtar) akan melaksanakan apa sahaja perkara berkaitan teknikal untuk memenangi PRK kali.

Pindaan sebanyak 70 peratus terhadap undang-undang PRK yang lalu dilihat sebagai satu lagi siri campurtangan tangan-tangan kotor untuk memenangi PRK kali selepas pergerakkan Aspirasi lumpuh akibat tsunami politik 16 Mac lalu di sampiing krisis dalaman pihak Aspirasi yang telah berpecah kepada ramai puak.

Pembentangan tatacara pilihanraya kampus oleh 3M pada 3 Januari di A Famosa Resort itu telah mengundang kontroversi apabila beliau yang bertindak sebagai pembentang peraturan tersebut, gagal menjawab soalan yang dikemukan oleh peserta dan bertindak mengikut emosi apabila menyalahkan mahasiswa yang bertanyakan soalan itu. Hal ini dilihat peserta bengkel sebagai satu tindakan keanak-anakan yang cuba ditimbulkan olehnya untuk menyembunyikan kegagalan beliau menjawab pertanyaan peserta yang hadir.

Dalam penggubalan peraturan baru itu, terdapat banyak perubahan dilakukan yang telah memansuhkan terus semangat demokrasi dan juga konsep keadilan dalam sesebuah pilihanraya.

Antaranya dalil mengapa peraturan baru ini tidak demokratik ialah :

a) Tempat pengundian masih dijalankan di Kolej Kediaman, sementara tempat penamaan dijalankan di fakulti-fakulti masing-masing. Hal ini adalah untuk mengelakkan mahasiswa menyatakan sokongan kepada calon mereka beramai-ramai di Pusanika seperti tahun 2007

b) Kuasa besar pada Naib Canselor untuk memilih jawatan MPP yang dipilih oleh mahasiswa. Maksudnya NC ada kuasa besar untuk mencaturkan siapa Presiden, Timbalan Presiden dan exco-exco lain.

c) Wang deposit dinaikkan 100 % menjadi RM 50. Manakala borang calon pula sebanyak RM 20. Jadi setiap calon perlu sediakan wang sebanyak RM 170 untuk menyerta PRK kali ini (RM 50 untuk deposit, RM 50 untuk bantah borang salah diisi, RM 50 untuk bantah kemenangan seseorang calon yang salah dan juga RM 20 untuk borang hitam putih)

d) Peranan Pak Guard tiba-tiba diwujudkan sedangkan dalam sejarah peraturan, tidak pernah Pak Guard dijadikan ahli Jawatan Pemilihan MPP (JPMPP) Pak Guard ini boleh menahan mereka yang disyaki tanpa adanya perbicaraan dan ini seperti akta zalim ISA, menahan tanpa bicara

e) Jadual kempen akan dibuat oleh Urusetia MPP yang diketuai oleh 3M dan ini satu diskriminasi kerana mahasiswa dihalang untuk menentukan jadual kempen mereka dan ini seolah-olah satu tindakan menyekat kebebesan calon tersebut. Ini satu kezaliman yang dirancang agar hak calon untuk berkempen dikembirikan.

f) Tidak menyebut dengan jelas sama ada pengumuman jumlah pengundian akan dijalankan selepas pengiraan atau di pusat pernjumlahan undi. Pengalaman tahun 2007, pusat mengundi KTHO langsung tidak mengumumkan keputusan selepas kira undi dan mereka bawa ke pusat penjumlahan undi (Pusat Komputer), dengan menghalang calon masuk ke pusat penjumlahan undi itu dan mahasiswa hanya tahu keputusan melalui laman web sahaja. Apa-apa pun boleh berlaku semasa perjalanan dari KTHO ke Pusat Komputer dan ini jelas satu pencabulan serius pihak pengetua. Kita minta bahawa untuk berlaku adil, keputusan mesti diumumkan di setiap kolej untuk congakan calon.

g) Kuasa tafsiran NC yang terlalu luas, sehingga boleh menafsirkan apa sahaja. Sebagai contoh, jika NC tafsir bahawa calon ini melakukan kesalahan sedangkan hakikatnya beliau tidak bersalah, ini menunjukkan bahawa kuasa NC mengatasi segala-galanya.

Jelas bahawa peraturan terbaru ini seperti satu tindakan ’arrogant of power’ oleh pihak pentadbiran HEP yang terdesak untuk memenangkan Aspirasi. Ayuh mahasiswa, bangkitlah melawan penindasan secara terang-terangan oleh pihak bukan mahasiswa ini. Mahasiswa melayu, mahasiswa Cina, mahasiswa India, marilah kita sama-sama menuntut hak kita dalam ertikata demokrasi yang segar. Berubahlah dan binalah satu harapan untuk kita sama-sama memacu UKM ke arah satu suasana yang baru dan segar, bebas daripada tangan-tangan kotor yang cuba mencemari nilai kemahasiswaan itu sendiri.

Sumber : SUGMUKM

Published in: on January 7, 2009 at 3:36 pm  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2009/01/07/peraturan-baru-prk-satu-lagi-taktik-kotor/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. hm.. macam2 ya strateginya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: