Kikisan Penggunaan Bahasa Melayu

Sedarkah mereka penggunaan bahasa inggeris dalam sains dan matematik akan menghancurkan dan meranapkan bahasa ibunda? MySpace

Yelah, mudah lah bagi cendekiawan dan cerdik pandai kerana tidak perlu bersusah payah menterjemahkan buku-buku ilmu ke bahasa melayu.MySpace

Seharusnya mereka tidak ‘malas’ berfikir dan perlu membuat kajian yang lebih mendalam. Inilah karat yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir yang paling teruk ana kira kerana ia akan mengkikis secara nyata bahasa melayu, bahasa ibunda beliau sendiri!

Sedarkah mereka sebenarnya, kita sedang ‘mencontohi’ negara India? Negara yang sangat miskin, yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin. Mereka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar untuk memandaikan rakyatnya. Namun selepas 400 tahun, dipercayai 3% rakyat negara itu yang dapat menguasai bahasa inggeris. Jumlah seluruh penduduk dunia yang miskin adalah adalah 1.1 bilion. Daripada jumlah itu 41.01% (400 juta orang) adalah rakyat India!

Lihat pula negara-negara di Eropah. Data ini menunjukkan negara terkaya di dunia:

1. Norway (US$43,400) bahasa penghantar: Norwaegian

2. Switzerland (US$40,680) bahasa penghantar: Perancis & German

3. United States (US$37,870) bahasa penghantar: Inggeris

4. Japan (US$34,180) bahasa penghantar: Jepun

5. Denmark (US$33,570) bahasa penghantar: Danish

6. Sweden (US$28,910) bahasa penghantar: Swedish

7. United Kingdom(US$28,320) bahasa penghantar: Inggeris

8. Finland (US$27,060) bahasa penghantar: Finnish

9. Ireland (US$27,010) bahasa penghantar: Irish & Inggeris

10. Austria (US$26,810) bahasa penghantar: German

Nah, lihatlah! Sudah 30 tahun Malaysia mencontohi negara cemerlang  Eropah, kini Malaysia mengatur strategi untuk mencontohi negara India yang jauh lebih miskin!MySpace

fikir-fikirkanlah..

artikel di bawah diambil dari http://universitipts.com/, diedit oleh cheekylulu.

Dalam Al-Quran, ayat ke-4 surah Ibrahim :

Kami tidak menghantar seorang wakil pun melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat menyampaikan penerangan dengan jelas kepada mereka.

Berdasarkan prinsip di atas itulah semua 4 buah kitab suci Islam – Quran, Injil, Taurat dan Zabur – setiap satunya diturunkan menggunakan 4 bahasa ibunda yang berlainan. Justeru, hanya kitab Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa ibunda Nabi Muhammad SAW (Namun ini tidak bererti Islam untuk bangsa tertentu sahaja).

Ayat ke-4 itu menunjukkan bahawa bahasa ibunda hendaklah digunakan bagi menyampaikan pendidikan. Jadi, kita lihat bagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri menerima ilmu baginda dalam bahasa ibundanya, bahasa Arab. Berdasarkan prinsip itu juga malaikat Jibril bercakap dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad SAW apabila mengajarkan mesej-mesej Islam kepada beliau.

Prinsip yang sama digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam tingkah lakunya, di mana apabila baginda mengajarkan mesej-mesej Islam kepada orang-orang Arab, baginda menggunakan bahasa Arab. Apabila baginda hendak menghantar surat kepada kaum-kaum lain, surat-surat baginda dituliskan dalam bahasa-bahasa kaum itu. Sebagai contoh apabila baginda hendak menghantar surat kepada orang Yahudi, surat baginda ditulis dalam bahasa Yahudi oleh jurutulis yang pandai bahasa itu.

Apabila agama Islam mula tersebar kepada kaum-kaum bukan-Arab, Nabi Muhammad menghantarkan guru-guru agama kepada kaum-kaum itu dengan memilih guru-guru bangsa Arab tetapi yang pandai bercakap dalam bahasa kaum-kaum tersebut.

Dasar pendidikan yang menggunakan bahasa bekas penjajah, contohnya bahasa Inggeris, sebagai bahasa penghantar adalah suatu dasar yang tidak ada asasnya dalam kitab Quran mahupun dalam sunah Nabi Muhammad. Justeru ia adalah dasar yang bertentangan dengan ajaran Islam.

*ingin sekali ana kongsikan komen pembaca terhadap artikel ini. Harap dapat membawa manfaat.

Salam sejahtera,

Persoalan dan isu utama di sini ialah isu ‘kebodohan bahasa Inggeris’, maka ia harus ditangani dengan mengkaji semula silibus dan cara pengajaran subjek bahasa ini. Walaupun rujukan dan juga buku-buku berkenaan sains dan matematik banyak di dalam bahasa Inggeris, ini tidak bermakna inovasi sains dan matematik bangsa Inggeris adalah cemerlang.

Matematik adalah suatu yang universal walau dalam bahasa apa pun ia diajarkan, jika murid-murid itu mempunyai kemampuan mental yang baik untuk memahami matematik maka mereka tetap akan cemerlang di dalam subjek ini. Dan jika seseorang murid itu tidak ada kecenderungan mental dan minat dalam matematik dan sains, sekalipun dia seorang pelajar sasterawan Inggeris yang cemerlang hasilnya dia tetap tidak akan dapat mnguasai subjek sains dan matematik dengan baik.

Apa yang kita TIDAK MAHU ialah murid-murid yang ada kemampuan mental dan minat di dalam matematik dan sains tetapi terhalang untuk menguasainya dengan baik oleh sebab mereka tidak dapat memahami bahasa penyampaian subjek itu. Kita akan rugi di sini. Namun begitu sejarah membuktikan ada pelajar yang mendapat A1 dalam mata pelajaran matematik tambahan, fizik, kimia dan matematik moden tetapi kecundang di dalam maa pelajaran bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Jadi bagaimanakah kita menjelaskan hal ini.

Apa yang dikhautiri di sini ialah kerajaan kita agak ‘PEMALAS’ untuk berfikir, mereka mahu ambil jalan senang iaitu dengan mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, maka tidak perlu cerdi pandai kita bersusah payah berfikir bagaimana untuk tidak menterjemahkan teks-teks asing ini(bukan sebab tidak mampu. Kerja menterjemah memanglambat dan perlahan serta perlu penelitian, serta sedikit pemkiran daya cipta untuk mengadaptasi budaya asing ini.

Kerajaan kita (para ahli politik dan pegawai tertingginya) bukan kerajaan yang cendikiawan, mereka ini terdiri daripada orang-orang yang ‘PEMALAS’, yang hanya berfikir ingin cepat itu dan ini terutamanya cepat kaya. Jikapun, kita ingin meluncur laju mencapai wawasan 2020, tetapi apa gunanya jika kita menghasilkan rakyat yang malas befikir, tidak inovatif, ingin cepat kaya, menipu di sana sini. Apakah kita berpuas hati menghasilkan bijak pandai bermentaliti seperti ‘Bollywood’, setakat mengoyang punggung dengan ghairah di sana sini kita boleh mendapat anugerah kehormatan negara?

Apakah sudah jadi dengan Malaysia ini? Semoga Allah selamatkan kita semua. Fikir-fikirkanlah, tidak semua perkara boleh dicapai dengan jalan singkat dan mudah sahaja.MySpace


Published in: on December 15, 2008 at 8:26 am  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2008/12/15/kikisan-penggunaan-bahasa-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. salam. Ada banyak idea dan mmg cantik penulisan ni, tak sangka plak. teruskan lah menulis…

    Terkenang ketika mana mustafa kemal attaturk ingin mensekularkan turki, ingin juga menjauhkan masyarakat turki daripada ajaran alquran. maka ketika pemerintahannya bermula, diarahkan agar bahasa turki diangkat setinggi tinggi nya dan menghapuskan sistem penggunaan bahasa arab dalam aspek azan, dan pendidikan. mengapa kemal attaturk mengahapuskan bahasa arab dari turi. tak lain dan tidak bukan, ianya bertujuan menjauhkan muslim turki daripada bahasa al-quran dan hadis, sekaligus menghapuskan nilai-nilai dan pengamalan secara islam.

    akhirnya, masyarakat turki pada hari ini, sebahagian besarnya tidak lagi mampu membaca alquran, hadis, menghafaz, dan juga tidak lagi mampu untuk solat.

    ~hanya kerana penghapusan bahasa arab oleh kemal attaturk~

    Oh Malaysia, Tulisan jawi kita adalah cetusan dari huruf arab. Yang automatiknya, mampu mendekatkan umat islam dengan alquran agar mampu menulis dan membacanya dengan baik. Mengapa pemimpin ketika itu menghapuskannya?????? Sekarang pula, kamu nak mengangkat pula bahasa inggeris????

    Sama sungguh tingkah lakumu dengan si bangsat attaturk laknatullah itu……!!!!!!

  2. maaf menyampuk..
    luar topik..
    aida boleh share sinopsis buku ahmed dinejad..
    pos blog and let me know k..
    syukran.

  3. Orang Melayu telah ada madahnya tersendiri dalam bahasa, misalnya biar tertikam dek keris daripada tertikam dek bahasa. Kerana tidak pandai menjaga warisan bangsa dibimbangi kita terhina di tanah air sendiri.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: