Kaitan Al-Quran dengan Geologi

AssalamualaikumMySpace

Sesuai dengan bidang ana di bumi UKM ini, ana ingin mengupas mengenai geologi serta perkaitannya dengan Al-Quran, ensiklopedia paling tua kebanggaan umat Islam. Bukti-bukti sains banyak telah membenarkan isi kandungan Al-Quran yang mampu meningkatkan keimanan seseorang. Ini menyebabkan ana sangat teruja untuk membongkari rahsia alam ciptaan Allah (tiada penggunaan istilah alam semulajadi, kerana alam ini tidak tercipta dengan sendirinya!).

Penciptaan Alam dalam 6 Fasa

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari…-surah Hud : 7

Ungkapan ‘enam hari’ yang terdapat dalam ayat ini bukan bermakna enam hari seperti yang kita fahami hari ini. Sebaliknya ‘enam hari’ bermaksud ‘enam fasa atau enam peringkat masa’. Hal ini kerana kita mengetahui bahawa hari-hari di sisi Allah adalah berbeza mengikut dimensi yang berbeza.

Malaikat-malaikat dan Jibrail naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.-surah Al-Ma’arij : 4

Jelaslah hari mengikut perkiraan manusia di bumi adalah berbeza dengan hari di alam yang berbeza pada dimensi yang berbeza. Hari yang dimaksudkan bukan hari yang menurut peredaran bumi mengelilingi matahari yang hanya memakan masa 24 jam. Bintang-bintang di langit mempunyai hari-harinya yang tersendiri, begitu juga planet-planet. Ada yang lebih panjang daripada hari bumi dan ada juga yang lebih pendek. Jadi, hari sebelum penciptaan bumi sudah pasti berbeza dengan hari yang kita faham sekarang.

Berbalik kepada penciptaan bumi dalam enam fasa seperti yang telah dinyatakan dalam surah Hud, ayat 7 tadi, teori ‘Big Bang’ yang menerangkan penciptaan alam telah dikeluarkan lewat selepas turunnya ayat Al-Quran ini:

1) Ledakan dan Pengembangan

2) Penyejukan dan Kelahiran Nukleus

3) Kelahiran Atom

4) Asap dan Kelahiran Galaksi serta Bintang

5) Percantuman Galaksi, Kelahiran ‘Big Hole’, ‘Supernovae’ dan ‘Matahari’

6) Kejadian Bumi dan Atmosfera dan Permulaan Kehidupan

Gunung-gunung itu Bergerak

Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.-surah An-Naml : 88

Pergerakan gunung seperti yang telah dinyatakan dalam ayat ini adalah disebabkan oleh pergerakan kerak bumi yang mana ia terapung di atas lapisan mantel yang berketumpatan lebih tinggi.

Alfred Wegener (1880-1930) telah mengemukakan teori hanyutan benua (Continental Drift) bahawa benua-benua di Bumi sebenarnya telah bergabung membentuk satu daratan yang luas yang dipanggil ‘pangea’, yang mana akhirnya benua-benua ini telah terpisah seperti yang ada sekarang.

pangea-continental-driftPangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.

Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.

Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil ‘tektonik daratan’, daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya. Pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.

Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan ‘penghanyutan’ dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah “hanyutan benua’ untuk fenomena ini.

dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.-surah Al-Haqqah : 14

Lapisan permukaan bumi terhasil oleh penyejukan lava dan juga pemendapan sedimen. Kemudiannya disebabkan tekanan yang mempunyai arah ke atas lapisan, pelipatan berlaku seperti mana yg telah tercatit dalam ayat di atas dengan perkataan ‘bentur’.

imgp4726

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk.-surah Al-Anbiya’ : 31

Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi.

Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapapun ketika Al-Qur’an diturunkan. Ianya menjadi satu fakta yang hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam bidang geologi moden.

Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.

Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.

Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.

Di dalam Al-Qur’an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan ‘pasak’.

Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?-surah An-Naba’ : 6-7

Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu ‘pancang’ yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.

Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah “isostasy”.Definisi isostasy;

Keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti.

Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur’an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur’an menyebut;

dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu… -surah Luqman : 10

Api Di Bawah Laut

dan laut yang di dalam tanahnya ada api.-surah Ath Thuur :6

Ayat Al-Quran ini telah menjelaskan struktur bumi itu sendiri. Ini terbukti dengan teori pemisahan lantai laut (seafloor spreading) yang menyebabkan magma di bawah kerak bumi keluar dengan tekanan yang kuat ke permukaan di bawah laut. Penyejukan magma telah membentuk lapisan-lapisan batuan yang lama kelamaan menjadi daratan.

Di dalam laut juga mempunyai gunung berapi, yang lama-kelamaan akan kelihatan menjadi pulau hasil penyejukan magma.

Tujuh Lapisan Langit

Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia berkehendak menuju ke arah langit lalu menjadikannya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.- surah Al-Baqarah : 29

Perkatan ‘langit-langit’, yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur’an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur’an secara tepat.

Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;

Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur’an.

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini ‘Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’ di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur’an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur’an!!

Rujukan:

1) Dr. Danial Zainal Abidin, 2007, Quran Saintifik.

2) http://www.harunyahya.com/

MySpace

Published in: on December 1, 2008 at 1:05 pm  Comments (9)  

Rehatkan Minda dan Badan

Seperti yang kita ketahui, Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan senaman yoga untuk muslim. Walaupun tidak nafikan latihannya baik untuk kesihatan namun percampuran mantera dan mempunyai unsur keagamaan.MySpace

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo’Lo’ Ghazali berkata Majlis Fatwa tersebut telah mengambil langkah yang bertepatan apabila mengumumkan fatwa meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan.MySpace

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa tersebut, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang menyatakan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.

Di sini, ana ingin mengingatkan mereka yang mengucap dua kalimah syahadah bahawa kita seharusnya tidak melihat jauh dari senaman ritual kita iaitu solat sebagai senaman minda dan badan yang efektif.MySpace

Dr Amir Farid Isahak yang merupakan ‘qigong master’ dan pengelola ‘Superqigong’ menceritakan bagaimana beliau buat pertama kalinya merasai tenaga hayat (life force) atau ‘qi’ apabila melakukan solat tahajjud (dibuat pada jam antara 2 hingga 5pagi selepas tidur) kira-kira 20 tahun dahulu.

Melalui pengalaman ini, beliau lebih memahami faedah solat kepada kesihatan badan. Solat mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan juga spiritual yang mana dari segi spiritualnya telah difahami dengan mendalam oleh majoriti muslim, tetapi kebanyakan muslim percaya faedah solat dari sudut fizikal tetapi tidak begitu mendalaminya.

Oleh itu, ramai muslim mendirikan solat secara konstan tapi masih tidak mencapai tahap kesihatan yang bagus kerana gagal mencapai kelebihan solat dari aspek kesihatan badan.MySpace

Solat bukan sahaja senaman spiritual. Andai ia hanya untuk spiritual, sudah tentu Allah S.W.T akan menyuruh kita menunaikan solat dengan posisi yang tidak ditetapkan. Pergerakan fizikalnya dapat menganjalkan tulang spinal dan sendi; dapat meningkatkan dan memperbaiki aliran tenaga hayat atau ‘qi’.MySpace

Sehari 5 kali kita menunaikan solat dengan 17 rakaat (kitaran pergerakan dan bacaan). Dari segi fizikalnya, setiap rakaat merangkumi berdiri tegak, ruku’ 90 darjah, berdiri tegak semula, sujud sebanyak dua kali dan duduk di antara dua sujud tersebut. Adalah lebih baik melakukan 30 hingga 50 rakaat sehari. Bayangkan, jika kita melakukan 50 rakaat sehari, 50 kitaran pergerakan yang kita lakukan pasti dapat menyelamatkan badan dari masalah tulang spinal dan sendi. Banyak lagi kelebihan-kelebihan solat, namun harus diingat, kelebihan ini dapat tercapai sekiranya solat dilakukan dengan penuh khusyuk. Malangnya, ramai antara kita yang tidak berdisiplin ketika solat menyebabkan kegagalan meraih kelebihan yang sepatutnya.MySpace

3 keperluan ‘Qigong’ yang efektif – pengosongan minda, pergerakan dan aliran ‘qi’ (bagi mereka yang sudah dapat merasai ‘qi’); pernafasan yang rileks; dan koordinasi pergerakan dan postur badan. Jika dibandingkan dengan solat, keperluannya juga sama, dengan pertambahan keperluan spiritual – tumpuan penuh kepada Allah yakni khusyuk dan niat di hati dan bacaan ayat-ayat Al-quran.

Masyarakat muslim kini sering terlepas pandang dengan pergerakan dan postur badan yang betul serta bacaannya. Sudah pastinya mereka akan lebih sihat dari orang yang melakukan senaman yoga jika menunaikan solat dengan betul!! Ingatlah Islam itu memudahkan…MySpace

Published in: on December 1, 2008 at 1:10 am  Leave a Comment