Student Power!

Assalamualaikum warahmatullah..

Bahang pilihan raya kampus bagai mencucuk2 dan begitu hangat lantaran dialog bersama pemimpin GMUKM diadakan semalam. Wisma Aman (pegawai keselamatan UKM) tiba sebelum iftar jamaie GMUKM diadakan di pusanika. Cepat kan? Aduan kecurian yang dibuat pelajar kolejku pun tidak seawal ni mereka datang bersedia untuk berkhidmat. Ada pula jurukamera-jurukamera suruhan HEP mengambil gambar mahasiswa/i yang terlibat dengan dialog tersebut. Malah ada seorang kakak, mewakili HEP datang memarahi kami dan meminta kami untuk beredar.

“Yang perempuan nanti pergi solat terawih di masjid ya. Jangan dengar cakap mereka! Boleh tak?”

Senyum simpul diberikan dan kami menjemputnya bersama-sama berbuka puasa dengan kami. Selepas menjamu selera, mahasiswa/i menghadap Allah S.W.T secara berjemaah di surau Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) yang tidak jauh dari situ. Rancangan untuk bersolat di pusanika dibatalkan ekoran kehadiran mahasiswa/i berbangsa cina ingin menggunakan tempat tersebut untuk berlatih menari (mungkin untuk persediaan pesta tanglung). Namun sebenarnya, pakcik2 Wisma Aman telah menghalau mereka dari menggunakan ruang di tingkat atas lalu menyuruh mereka menggunakan tempat program kami.——penghalauan pertama

Tidak cukup dengan itu, mahasiswa/i cina dan india yang sedang menikmati tayangan perjuangan sebelum, semasa dan selepas kemerdekaan juga dihalau dari DK203. Kakak tadi bersama-sama Wisma Aman bertindak agak biadap apabila mereka menghentikan tayangan tersebut dan menutup lampu lalu menghalau mereka keluar.——penghalauan kedua

huhu, hasrat untuk berdialog diteruskan di pusanika. Walau dalam keadaan kurang selesa, dialog dimulakan kira2 jam 9.45malam. Majlis dimulakan dengn para mahasiswa menyanyikan lagu Negaraku sebagai pembuka bicara pada malam itu. Seterusnya majlis diserahkan kepada Saudara Kazman Abdullah (Wakil Gerakan Mahasiswa Lantang Negara) sebagai pengerusi majlis pada malam itu. Beliau telah menyeru kepada mahasiswa agar tidak takut dengan provokasi yang dilakukan oleh pihak pentadbiran dan juga Wisma aman. Acara dimulakan dengan para mahasiswa beramai-ramai Ucapan dimulakan oleh Saudari Dhanalatchumi yang menyatakan bahawa Mahasiswa sekarang masih tertindas dengan penindasan-penindasan yang dicipta oleh pentadbiran. Beliau turut menyatakan bahawa AUKU masih menindas mahasiswa tanpa memberikan kebebasan mutlak kepada mahasiswa.

Pidato diteruskan oleh Saudara Firdaus Mukhtar Al-Hafiz, ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam yang menyatakan bahawa pemilihan MPP perlu dipilih oleh pemimpin yang berlandaskan islam. Yang tidak korup dan bukan melakukan penyelewengan untuk periuk nasi mereka hatta di peringkat Universiti sekalipun.

Pidato ketiga diteruskan oleh Saudara Teoh Lee Keng, wakil GMUKM. Beliau menyatakan bahawa sekiranya undang-undang adil, mengapa perhimpunan pihak lain (Aspirasi) tidak dikacau dan diganggu seperti perhimpunan GMUKM. Sepatutnya pengawal keselamatan wajar menangkap mereka-mereka yang telah menjatuhkan rangking Universiti dan juga menyebabkan UKM terpinggir daripada dipilih sebagai Universiti Apex baru-baru ini.


Meneruskan pidato pada malam yang penuh bersemangat itu diteruskan oleh Saudara Ahmad Farhan Yusoff, yang banyak menyentuh tentang kebajikan mahasiswa. Dengan mempertikaikan kenapa yuran Alumni yang dikenakan ke atas semua pelajar sebanyak RM 50, juga tentang yuran elektrik sebanyak RM 25. Beliau yang juga merupakan Ahli MPP turut dengan sinis menyatakan bahawa mungkin selepas ini, akan kedengaran tentang yuran tingkap, tilam dan pelbagai lagi yuran yang tidak masuk akal. Dengan tegas, beliau menyatakan bahawa GMUKM akan membawa politik nilai, dan bukannya politik sempit perkauman ataupun politik kepartian.


Majlis diteruskan dengan sesi dialog antara pemimpin GMUKM dan juga mahasiswa yang hadir. Soalan pertama ditanyakan oleh Saudara Amar yang membangkitkan isu kenapa perhimpunan GMUKM dihalang pada malam ini. Soalan ini kemudiannya dijawab oleh Saudara Farhan Yusoff yang menyatakan bahawa kita berhimpun atas dasar kebebasan mahasiswa, bukannya untuk menganggu keamana UKM itu sendiri.

Soalan diteruskan oleh Saudara Hisham Abdullah yang membangkitkan soal kebebasan bersuara oleh mahasiswa. Soalan ini dijawab oleh Saudara Teo Lee Ken yang menyatakan bahawa jelas AUKU tidak terpakai kepada mahasiswa kerana mengongkong kebebasan asasi mahasiswa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selepas itu, Saudara Fikah Sanusi bertanyakan tentang mengapa Pihak Pentadbiran tidak memberikan kelulusan untuk perhimpunan ini. Jawapan ini dijawab oleh Saudara Farhan Yusoof yang menegaskan bahawa sekiranya pihak Aspirasi membuat dialog seperti ini, sudah pasti ia akan berjalan lancar.

Pertanyaan akhir ditanya oleh Saudara Kumar yang bertanyakan apakah langkah GMUKM dalam membela kaum Cina dan India. Saudara Farhan Yusoff menjawab pertanyaan ini dengan menyatakan bahawa GMUKM melangkaui semua kaum, tidak hanya melayu sahaja. Nasib kaum-kaum lain akan kita bela mereka tanpa ada diskriminasi dan juga pilih kasih.

Majlis Dialog dan Pidato Umum berakhir pada jam 11.00 malam. Kehadiran mahasiswa pelbagai kaum jelas menunjukkan bahawa GMUKM telah membuka semua kaum bahawa GMUKM bukan bersifat perkauman. Kelihatan kehadiran wakil PMUKM oleh CCC yang kelihatan ingin lompat parti. Majlis bersurai dengan nyanyian lagu Varsiti Kita dan laungan Student Power oleh mahasiswa. Sebelum pulang, mahasiswa islam telah menadah tangan untuk berdoa seketika yang telah dipimpin oleh Saudara Idris Yusoff. Walaupun ada provokasi daripada pihak pengawal keselamatan yang dilihat ‘terpaksa’ menjalankan tugas mereka, jelas bahawa perhimpunan itu dapat berjalan dengan lancar dan mahasiswa dapat bersurai dengan aman tanpa sebarang penangkapan oleh pihak keselamatan.

Published in: on September 16, 2008 at 9:31 pm  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2008/09/16/student-power/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. Student Power!!! ^_^
    moga setiap perjuangan diiringi keredhaan…
    moga perolehi kemenangan…
    ameen…

  2. congratulation GMUKM!

  3. haha.. i see waliyuddin.. teman sperjuangan segolekkan

  4. tu gmbar tukang pegang heler je..
    bkn bg ucapan pn..
    nway congratz kt aida kluarkn artikel ni..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: