Geologiku~

Assalamualaikum,

Hampir 3 bulan ana mentelaah kursus geologi di ukm, pelbagai proses, bahan2 bumi telah ana pelajari. 3 subjek wajib kursus iaitu sistem bumi, bahan bumi dan asas peta geologi perlu diambil. Sistem bumi begitu memerlukan pemahaman konsep, dan proses-proses seperti teori ‘big bang’, kemagnetan, kegravitian, ‘wind’, ‘tectonic plate’, ‘earthquake’ dan byk lagi.

Bahan bumi pula mencabar ingatan dan pengkelasan bahan2 bumi. Hingga kini, ana telah mempelajari pelbagai jenis mineral dan batuan. Jika antum berada di tempat ana, antum perlu menghafal 44 jenis mineral, 54 jenis batu (igneus dan sedimen shj.. metamorfik belum belajar lagi)!! Bukan perlu ingat nama shj, malah sifat fizikal dan kimia bahan tersebut perlu tahu juga. Lebih menarik lagi, kursus bahan bumi ini sangat menekankan praktikal. Oleh sebab itulah kuiz yang dibuat bukan bertulis tapi ana akan masuk ke sebuah bilik dan menjawab soalan dari tutor dengan segala jenis batu dan mineral berada di depan ana! Kuiz sebelum ini menguji pemahaman mengenai batu igneus. Ana dikehendaki menamakan beberapa jenis batu dan mineral. Malah perlu tunjukkan mineral seperti ‘quartz’, ‘hornblende’, ‘biotite’, ‘feldspar’ dan ‘muscovite’ yang terdapat pada batu-batu tersebut. Menarik kan?Ini perlu dititikberatkan dengan lebih kerana ia adalah perkara asas yang amat diperlukan ketika kerja lapangan (field work) nnt. ‘Field work’ pertama adalah di Bahau, Negeri Sembilan pada 25 dan 26 Oktober nnt (^.^)

Asas peta geologi pula sangat2 mencabar kesabaran, kerana anda akan letih melukis garis jurus, singkapan, keratan rentas dan mengira ketebalan lapisan..bla..bla..bla..

Pelajar geologi kolej ana hanya 7orang sahaja. 6 perempuan dan seorang lelaki. Namun jumlah pelajar tahun 1 yang mengambil kursus geologi adalah sehingga mencecah 70 orang. Tidak kurang juga pelajar dari seberang, iaitu Cha, Dewa, Medan dan Irhami.

Yang paling penting ialah ikhlaskan niat belajar kerana Allah S.W.T.

Bagi yang sesiapa yang ingin mendalami geologi, jemputlah datang ke bumi UKM ini. (^.^)

MINERALS

Topaz

Corundum

Staurolite

Garnet

Rock Crystal (Quartz)

IGNEOUS ROCK

Basalt (ditemui di Segamat dan Kuantan)

Dunite

Obsidian

Scoria

SEDIMENTARY ROCK

Pisolitic Limestone

Oolitic Limestone

Sandstone (white)

Conglomerate

Chert

~Ini sahaja yang dapat ana kongsikan~

Semua gambar diambil di makmal tahun satu, bangunan geologi, UKM.

Indahnya Ciptaan Allah

Published in: on September 7, 2008 at 7:49 pm  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2008/09/07/geologiku/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. salam..

    menarik bg anda blajar geologi..tp ingin saya btulkan klu tak salah..topaz dalam gamba diatas sepatutnya berwarna kuning. ruby-merah, sapphire-biru, amethyst ungu, emerald- hijau. semua ni adalah corundum yg bermutu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: