Idris Haron Diasak Oleh Semangat Mahasiswa

Panelisnya terdiri daripada YB Dato Idris Haron (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang), Prof Dr Kamal Halili Hassan (Dekan FUU UKM) dan Saudara Abdullah Abdul KArim (Peguam dan Mantan Presiden PMUKM).

BANGI : FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI – Forum Kemerdekaan bertajuk Pindaan AUKU : Mahasiswa Ke Era Baru telah berjaya menimbulkan budaya keintelektualan dalam kalangan mahasiswa yang sebelum ini dikuburkan dengan rapat oleh PMUKM-Aspirasi kita. Wartawan GM telah hadir ke sana dan menyaksikan berlakunya penghujahan yang bernas dan mantap daripada ahli Panel. Walaupun pelbagai hujah dapat dimatikan oleh hujah yang lain, tetapi bagi wartawan GM, kami melihat bahawa jelas pihak kerajaan yang diwakil oleh Dato’ Idris Haron telah diasak oleh ketiga-tiga panel dan juga mahasiswa yang bertanyakan soalan kepadanya.

Jelas bahawa banyak kelompangan dan kekurangan AUKU ini walaupun dipinda beberapa kali dan ini disebutkan oleh Abdullah Abdul Karim, mantan Presiden PMUKM yang juga bekas pimpinan GMUKM, yang menyatakan bahawa pindaan AUKU baru ini akan memansuhkan terus kebebasan bercakap daripada mahasiswa. Dengan analogi menyatakan bahawa sekiranya mahasiswa yang mengkaji serangga, akan hanya bercakap tentang serangga, jelas bahawa pindaan AUKU ini tidak memberi kebaikan kepada mahasiswa. Beliau turut menyatakan bahawa mahasiswa UiTM yang berdemontrasi pada 18 Ogos lalu, tidak wajar dikenakan tatatertib kerana itu hak mahasiswa untuk berhimpun.

Yang Berhormat Saudara Saifuddin Nasution Ismail turut membidas kerajaan kerana menyekat ruang kebebasan mahasiswa untuk bepersatuan dan menyatakan bahawa Perlembagaan lebih superior atau utama berbanding AUKU. Dengan mengambil contoh bahawa sekiranya mahasiswa disekat kebebasannya, maka sudah tentu Negara akan kehilangan pemimpin generasi akan dating yang berwibawa dan berkebolehan. Beliau turut sinis menyatakan bahawa mahasiswa tidak berpolitik apabila membuang undi pada pilihanraya lalu dan mahasiswa yang mengundi, wajar dikenakan AUKU, ujarnya dengan sinis terhadap pandangan Idris Haron yang menyatakan mahasiswa tidak perlu berpolitik.

Wartawan GM turut melihat tindakan tidak bertamadun pegawai keselamatan ‘Pak Guard’ yang menghalang mahasiswa untuk hadir ke forum tersebut. Dengan alas an agar mahasiswa perlu memakai kad matrik untuk masuk ke Dewan Anuar Mahmud (DAM), pak guard ini menghalang ramai mahasiswa hadir ke forum sedangkan beliau pun ada yang tak pakai kad matrik. Perkara ini menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak dan ini disuarakan oleh Saudara Farid Hamlud, yang menyindir pihak Universiti dengan menyatakan dalam peruntukkan AUKU mana, peraturan pemakaian kad matrik ini dikuatkuasakan.

Jelas bahawa GM amat berharap agar mahasiswa sedar akan hak mereka. Sebagai mahasiswa yang mempunyai suara emas, nyahkanlah golongan tua yang seringkali mencabuli hak mahasiswa. Forum itu berjaya mendapat sambutan hangat dan tamat pada jam 11.00 malam. Wartawan GM lihat sendiri tergambar wajah kepuasan pada mahasiswa yang datang pada forum itu dan memberikan sinar kekuatan kepada GM untuk mengangkat suara mahasiswa ke peringkat sepatutnya.

http//gm-ukm.blogspot.com/

Published in: on August 30, 2008 at 12:31 pm  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2008/08/30/idris-haron-diasak-oleh-semangat-mahasiswa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: