Pengantin+LRT+KL+Sahabat

Semalam,

Terukir kenangan bersama sahabat-sahabat. Semalam, bersama dengan Sakinah dan Saidah ke walimah abang sahabat kami, Mahirah yang kini melanjutkan pelajaran di UIA nilai. Bertemu di KL Sentral, kami bertolak bersama menaiki LRT Putra. Sebaik sampai di stesen Taman Melati, Kak Nadia dan Mahirah menjemput kami. Alhamdulillah kami selamat tiba di Dewan Masjid Salahuddin Al-Ayubi kira-kira pukul 10.45pagi. Majlis tampak ‘simple’ tp mewah. KNK Catering, itulah pilihan untuk walimah ini. Muslimatnya mengenakan tudung labuh dan jubah seluar berwarna hijau gelap. Muslimin pula kemas dengan kemeja berwarna krim beserta kopiah di kepala.

Sejuk mata memandang warna hijau yang menghiasi majlis. Bertambah serinya dengan kehadiran pengantin yang mengenakan warna hijau lembut diiringi paluan pasukan kompang. Abang Mahirah segak. Isterinya pula masih mengekalkan gaya muslimah. Mahirah tampil sebagai pengerusi majlis. Biodata kedua-dua mempelai dibaca. Rupa-rupanya mereka berdua rakan sekolah menengah. Menu makanan adalah nasi beriyani, ayam kurma, daging kambing masak hitam, acar buah, ayam masak merah, sambal sotong, air laici hijau, dan cendol.

Ana dan Sakinah tak dapat duduk lama di situ. Selepas zohor, kami berdua dihantar Kak Nadia di stesen LRT Putra Taman Melati. Bersama sahabat Kak Nadia kami naik LRT ke stesen Masjid Jamek. Ana dan Sakinah ber’shopping’ di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Singgah di Pustaka Rakyat, membeli buku. Salju Sakinah dan buku Ahmedinejad kubeli lalu dihadiahkan kepada Sakinah sebagai hadiah hari lahirnya yang sudah berlalu. Suka melihat senyum gembiranya. Kami berpisah di stesen Bandaraya LRT Star. Ana bertolak pulang manakala Sakinah bertemu keluarganya di Sogo seperti yang telah dijanjikan. Semoga kita berjumpa lagi ya sakinah!

~gambar:

pintu gerbang

dewan masjid salahuddin al-ayubi

Akhi Hj Muhammad Radzi Bin Hj Abd Rashid dan Al-Arus Siti Sarah Bt Hj Noor Meah

Published in: on June 3, 2008 at 4:15 am  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2008/06/03/pengantinlrtklsahabat/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. assalamualaikum sahabat….
    oh nte pergi ye walimah abg mahirah. Ana memang berhajat nak pergi. apakan daya bonda tak izinkan. jadi nte dah jumpalah saidah ngan mahirah ye. alhamdulillah… :> tiba2 teringat pulak kt nte. Bila lagi boleh kita bertemu?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: