Dari Sahabatku

Di sini ana kongsikan pandangan sahabatku, tunjang PKPIM UIA Nilai
Assalamualaikum wbt.
Saya terpanggil untuk melontarkan pandangan berkaitan isu ‘pakaian seragam sekolah perempuan yang agak seksi’ seperti mana yang dibangkitkan oleh saudari Munirah Bohari, Pengerusi HEWI Pesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Saya sebagai seorang pelajar dan juga sebagai ahli masyarakat, saya berpandangan adalah amat perlu isu ini untuk dikaji semula oleh pihak kerajaan khasnya. Ini kerana adalah satu kewajipan bagi setiap wanita Muslim untuk memakai pakaian yang menutup aurat seperti mana yang dituntut syara’. Walaupun pakaian seragam kini kelihatan seperti menutup aurat,tetapi jenis kain yang digunakan adalah dari jenis yang agak nipis. Ianya semakin rumit apabila pelajar itu tidak memakai tudung seperti mana yang dituntut dalam Al-Quran(sila rujuk Surah Al-Ahzab).
Mungkin agak menyusahkan pelbagai pihak untuk menukar warna baju seragam daripada warna putih ke warna-warna lain. Tetapi berdasarkan alternatif yang dicadangkan oleh PKPIM iaitu untuk mewajibkan pelajar perempuan untuk memaka’ singlet ataupun camisole adalah langkah yang terbaik dalam menangani isu ini.
Terdapat sesetengah pihak tidak bersetuju dengan kenyataan saudari Munirah bahawa pemakaian pelajar perempun turut menyumbang kepada jenayah seksual, tetapi kita perlu beringat bahawa ini adalah perintah Allah SWT. Saya ingin perihalkan isu ini dengan hukum makan makanan haram seperti daging khinzir. Ada yang berpendapat bahawa kita tak dibenarkan makan daging tersebut kerana saintis menjumpai banyak kuman-kuman berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Tetapi jika suatu hari nanti saintis berjaya menemui vaksin yang mampu membunuh kesemua virus-virus itu,adakah daging khinzir sudah halal untuk dimakan?
Tidak kira apa jua keadaan, setiap hukum yang telah ditetapkan dalam AlQuran tetap menyatakan hukumnya adalah HARAM!! Takkan kita hanya mahu menunggu sehingga kes-kes rogol atau pencabulan di media-media dilaporkan, baru kita mahu mengam bil tindakan? Mencegah lebih baik dari merawat. Sebagai ahli masyarakat yang prihatin, adalah satu kewajipan untuk kita sama menemainkan peranan dalam memperjuangkan isu ini demi kesejahteraan kita bersama. Renung-renungkanlah!
SAKINAH AL-MUJAHIDAH
PELAJAR UIAM.
..Bermula di sini,takkan hilang lagi.Bersatu teman abadi.Akan terus sejati.Mencipta lagi.Memori…
Published in: on May 27, 2008 at 5:21 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2008/05/27/dari-sahabatku/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: