Cadangan PKPIM yang Murni

Assalamualaikum

ana rasa terpanggil untuk mengulas sedikit cadangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. PKPIM mengeluarkan pernyataan pakaian seragam sekolah adalah seksi. Untuk itu, PKPIM mencadangkan KPM mengubah sistem pemakaian bagi pelajar sekolah samada mengubah warna pakaian, kewajiban memakai baju dalam dan pemakaian tudung yang sempurna. Hal ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan kes jenayah seksual tambahan pula tuntutan Islam dapat disempurnakan.

Tapi, apa yang amat dikesalkan, ada pihak yang mempermainkan cadangan PKPIM. Malah ada yang menggelarkan PKPIM ‘little taliban’. Usah memperlekeh usaha orang lain untuk menangani permasalahan ini. Apakah sumbangan pihak yang mempersenda untuk mengurangkan jenayah seksual??? Kita seharusnya berfikir bahawa ini adalah salah satu kaedah penyelesaian masalah seksual yang mana mempunyai banyak faktor. Sekurang-kurangnya salah satu faktor dapat dikurangkan dan dapat membela wanita daripada menjadi mangsa jenayah ini. Selain itu, cadangan tersebut merupakan titik permulaan yang baik kerana selari dengan syariat Islam, dan wajib disusuli dengan inisiatif yang lebih besar dan menyeluruh dalam membasmi masalah sosial di kalangan remaja dan generasi muda.

Sebagai muslim, ana menyokong penuh cadangan PKPIM dan pihak kementerian seharusnya meneliti semula apa yang diusulkan PKPIM. Nama pun negara Islam..huhu

Semarakkan jihad di jalan Allah, pasti Islam kan dijulang!

Published in: on May 26, 2008 at 2:55 pm  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2008/05/26/cadangan-pkpim-yang-murni/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: