Smart Mukmin

assalamualaikum wbt

Bermula semalam, 24/5/08, ana diamanahkan untuk menjadi fasilitator untuk program Smart Mukmin anjuran Zuhal Management Service di Masjid Al-‘Azim, Pandan Indah. Ana rasa janggal bekerja dalam organisasi yang dimonopoli kaum muslimin. Sepanjang program, fasilitator muslimat hanyalah 3 orang sahaja termasuklah ana. Ana pujuk hati ini untuk buat apa yang termampu..Just be profesional (^.^) Lagipun peserta muslimat hanya 7 orang sahaja, manakala 18 orang lain adalah peserta muslimin.

Rata-rata peserta cilik ini berumur dari 7-15 tahun. Susah juga nak mengawal kanak-kanak. Terutamanya muslimin. Masing-masing nak tunjuk hero sehingga pening kepalaku dibuatnya. Menariknya program ini, Ustaz Zamri b Zainuldin, pengacara rancangan Mari Mengaji di tv 9, juga turut menjadi salah seorang penceramah. Terhibur dengan aksinya yang mampu mencuri perhatian peserta. Ana tidak dapat setia mendengar ceramahnya kerana ana bergegas ke program lain pula, menemani ibuku ke majlis Hi Tea bersama pemimpin. Buat pertama kalinya ana berjumpa dengan YB Dr Lo’ Lo’ wakil parlimen Titiwangsa! Ramai juga pemimpin lain yang terlibat. Alhamdulillah makanannya pula sedap-sedap belaka.

Jam 6 petang ana selamat tiba di rumah untuk mengemaskan barang untuk dibawa ke masjid. Kerana fasilitator dikehendaki tidur di sana. Samalah dengan peserta-peserta lain. Disangkakan tiada nyamuk, rupanya banyak yang menghisap sehingga lenaku pergi. huhu

Aktiviti ‘tresure hunt’ memang tidak dapat dilupa. Iyelah.. Masa inilah paling sesuai untuk basuh peserta di setiap ‘check point’. Bersama dengan ana, kak sya, graduan dari UUM setia di sisi. Kami menguji perkara-perkara asas Islam seperti rukun solat, bacaan Al-Fatihah, tayamum dan banyak lagi. Program Smart Mukmin ini diakhiri dengan ceramah muhasabah bersama ibu bapa pada jam 2 petang ahad 25/5/08.

Begitulah serba sedikit pengalaman ana bekerja dengan orang. Barulah kurasakan betapa letihnya mendidik anak..

wassalam

Published in: on May 25, 2008 at 3:03 pm  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2008/05/25/smart-mukmin/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. salam nte…
    wah baru pulang dari program masih meneruskan program nte. Bagus! Berbangga dapat shbt mcm nte. xpernah duduk diam. iyelah lantaran masih banyak yang perlu kita sumbangkan untuk menegakkan islam….dan demi islam
    teruskan perjuangan! jihad memerlukan jundi, jundiah macam kita… takbir! ALLAH AKBAR!!

  2. Allahuakbar!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: