Perkongsian

Assalamualaikum wbt

Rancangan yang dibuat tak sampai 1hari berjalan dengan baik. Terubat juga rindu pada sahabat di uiapj. Memberanikan diri keluar berseorangan bukan perkara mudah. Disebabkan ada urusan yang penting, ana bertekad juga ke sana. Uiapj bukanlah terlalu jauh dari rumah. Andai ke sana menaiki kereta, hanya mengambil masa 15minit sahaja. Perjalanan ana ke sana memakan masa selama 1jam dengan menggunakan pengangkutan awam. huhu. Lakonan ana sebagai pelajar uia juga berjaya. Sampai saja di sana, ana terus ke kolej khadijah tanpa pergi mendaftar sebagai pelawat. Harap teman-teman jangan contohi. huhu

Lama juga ana melawat sahabat ana. Maklumlah, sudah sekian lama kami tak bertemu, maka lamalah kami berceloteh. (^.^)

Seusai makan tengah hari dan solat zuhur, barulah ana bertolak pulang. Berat hati terasa. Berkali-kali sahabatku ini mengajak bermalam di situ. Bukan tak mahu, tp belum berkesempatan lagi. InsyaAllah, satu hari nanti ana akn bermalam di situ..

dan,

di pagi hari esoknya, ana menghadiri mesyuarat DMP kawasan. Majlis diceriakan dengan persembahan nasyid. Alhamdulillah ada beberapa input yang ana dapat. InsyaAllah ana cuba kongsikan di sini.

to involve in islamic movement is not an optional for us as muslims. Malah Allah SWT menuntut kita supaya hidup berjemaah

dalam surah As-Saff ayat 4, Allah S.W.T berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam saff teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh.”

Biar kekusutan melanda jemaah, biar perlbagai tribulasi mencengkam jemaah, janganlah tinggalkan jemaah. Sesungguhnya kekusutan dalam jemaah adalah perkara yang membuatkan kita bersedia untuk menghadapi masalah yang lebih besar. Ingatlah, serigala akan menerkam kambing yang berseorangan (berseekoran..hehe)

Sebagai hamba Allah, kita memerlukan jemaah kerana jika kita terleka, ada yang menasihatkan. Bila menangis ada yang meredakan. Bila bergelak ketawa, ada yang mengingatkan. Sedikit sebanyak kita dapat ditarbiyyah.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Bandingan orang-orang mukmin di antara satu sama lain pada kasih sayang mereka, rahmat merahmati sesama mereka, dan bantu membantu di kalangan mereka samalah seperti satu jasad seorang insan. Apabila ada di kalangan anggotanya itu mengadu sakit, maka seluruh anggotanya turut merasa demam dan berjaga malam.”

Pelbagai ancaman yang dihadapi dalam sesuatu jemaah iaitu ancaman dalaman dan luaran. Ancaman dalaman ialah hawa nafsu yang tidak pernah jemu berusaha untuk menghancurkan aqidah dan keimanan setiap pejuang Islam. Niat yang ikhlas sangat diperlukan oleh seorang pejuang, kerana ia kelak akan berfungsi sebagai senjata penangkis agar tidak gugur dari perjuangan. Dengan niat yang ikhlas inilah dapat memancarkan lima sifat positif bagi seorang pejuang;

  • Jiwa yang tenang
  • Rohani yang kuat
  • Istiqamah terhadap tugas
  • Semua tugas menjadi ibadah
  • Beroleh ganjaran dalam tangan

Jadi perbezaan pendapat dan tindakan janganlah dijadikan sebagai punca pergaduhan dan perbalahan yang berpanjangan. Sebagai pejuang Islam, seharusnya mempunyai sikap sedia menegur dan ditegur malah sikap sebeginilah mampu menyemarakkan semangat keikhlasan dalam berjuang.

Namun begitu, janganlah selalu mengharapkan jawatan untuk bekerja dalam jemaah. Jawatan hanya menjadi alat dan pengagihan tugas dan bukanlah platform amal. Sikap hanya aktif di kala memegang jawatan dan menghilangkan diri di kala tidak berjawatan adalah sikap negatif yang menzahirkan ketidakikhlasan dalam berjuang. Contohilah Khalid alWalid yang menerima surat perlucutan jawatan di tengah medan perang, tetapi beliau tetap meneruskan perjuangan sehingga peperangan selesai, kerana berjuang bukan kerana Umar tetapi kerana Allah S.W.T

Ayuhlah kita bersama berikrar untuk menjadi penyumbang utama dalam dakwah Islam di abad ini, dengan meletakkan keyakinan yang mutlak kepada bantuan dan kemenangan daripada Allah S.W.T.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


Published in: on April 28, 2008 at 7:21 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2008/04/28/61/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: