Malam Penutupan Minggu Penghayatan Islam

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat sekalian.

Tanggal 30/11/2007 tempoh hari telah diadakan malam penutupan minggu kesenian islam. Majlis yang ditunggu-tunggu akhirnya sudah melabuhkan tirainya. Ana dan sahabat-sahabat lain dimaklumkan mengenai majlis itu seminggu sebelum majlis itu berlangsung. Fuh! Kelam kabut jadinya. Kasihan ana melihat sahabat-sahabat ana yang hampir setiap malam mereka bermesyuarah. Persiapan selama seminggu itu membuahkan hasil yang baik.

Bermula selepas waktu zohor, ana, aiqa, kinah, dan lain-lain ke dewan. Alangkah terkejut kami melihat kerusi-kerusi yang telah kami susun sehari sebelumnya telah ditolak ke tepi kerana penghuni blok Ar-razi mengadakan pertandingan badminton dan pingpong di situ. Ana tidak ambil pusing tentang itu. Banyak perkara lain perlu difikirkan. Ana berlatih bersama ahli lain untuk persembahan puisidra. Mana mungkin ana berlakon. Ana ditugaskan untuk menguruskan ‘background music’. Lagu pilihan kami ialah lagu kitaro iaitu ‘Caravansary’ dan lagu aeman iaitu buatmu ibu. Sedih dan sayu jika menghayati pusidra ini. Ketika berlatih pon ana menangis.. tambah lagi dengan ekspresi pelakon utama iaitu Suffian, dan sura penyajak iaitu Amirul dan juga Hana. Kami berlatih di situ sehingga lah jam 6.30 petang.

Pada hari penghulu tersebut,  jam 7 petang, majlis berlangsung di masjid dengan solat maghrib berjemaah. Majlis diteruskan dengan tazkirah daripada Alif Qayyum Bin Laidin yang telah ditaklifkan sebagai Presiden Kesatuan Remaja Islam Matrikulasi(KARISMA) bagi sesi 07/08 kemudian solat isyak berjemaah. Setelah para jemaah selesai solat, semua pelajar berarak ke Dewan Sri Ledang. Tika itu, AJK Kawalan Pelajar sibuk memimpin para pelajar utk duduk memenuhkan bahagian hadapan dahulu. Pengarah kolej tiba tepat jam 8.45 malam. Memang ‘punctual’ Tuan Pengarah. (“,)

Majlis di dewan bermula dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan asma ulhusna yang diketuai oleh kumpulan nasyid Shoutul Jihad yang didatangkan khas dari kolej Matrikulasi Johor(hehe). Kemudian diteruskan dengan bacaan doa oleh muslimin dan juga persembahan multimedia. Setelah ucapan daripada Ustaz Alif, Ustaz Awang dan juga Pengarah, para hadirin di hiburkan dengan halwa telinga yang mendidik jiwa oleh kumpulan Shoutul Jihad dengan lagu mereka Selawat Junjungan dan Kawan. Gabungan suara harmoni mereka memang mantOp! Setelah tamatnya persembahan mereka, penyampaian hadiah sesi pertama kepada pemenang nasyid, busana muslimah, tilawah Al Quran, dan lain-lain.

Persembahan seterusnya adalah persembahan puisidra. Cuak juga kerana ‘microphone’ untuk background music tidak berfungsi pada awalnya. Syukur kerana ada ‘microphone’ yang lain. Huhu jadi ‘background music’ dimainkan lambat sedikit. Puisidra ini mengisahkan pengakuan seorang anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej ana. Dia menjadi harapan kepada ibunya. Tapi, si anak lupa pada pesanan ibunya. Berparti, hisap rokok, wanita, mencuri dan lain-lain menjadi amalan sehinggakan dia tidak tahu pun ibunya sudah meninggal dunia. Tiada lagi kucupan dan pelukan ibunya. Tatkala dia menerima sepucuk surat tulisan ibunya sendiri, dia menyesal, meraung, menangis. Sahabat ana, hana membacakan surat tersebut sambil menangis telah memberi impak kesedihan dalam puisidra tersebut. Diharapkan mesej puisidra yang diterapkan dalam puisi yang ditulis oleh aiqa sampai kepada para hadirin.

Pada jam 11.15 malam barulah majlis bersurai. VIP, JPP, AJK-AJK pengelola majlis ke dewan banquet untuk menjamu selera. Alhamdulillah dapat juga mengisi perut yang kosong sejak pagi. Ana agak terkejut kerana ada yang tidak berpuas hati kerana mereka tidak menang dan gmbar mereka tiada dalam persembahan multimedia. Jika ana menjadi pengadil, ana juga tidak memilih mereka sebagai pemenang. Suara mereka boleh dikira sedap didengar. Tetapi, pakaian bagaimana? Mereka sedar mereka tidak bertudung labuh seperti kami, tetapi, kalau nak diikutkan, pemenang ketiga majoriti memakai tudung biasa. Jadi mana silapnya? Pemakaian tudung mengikut syarak perlu ditekankan. Jika gambar mereka bernasyid dipaparkan, siapa yang mendapat saham? yang melihat, yang mengurus, malah diri sendiri. Tambahan pula pertandingan tu pertandingan NASYID. Kita bernasyid dikira berdakwah. Jika begitu penampilannya, apa guna bernasyid? adakah memikirkan hadiah semata-mata? Huhu. Ana tamatkan di sini dulu lah. Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung, InsyaAllah ana akan letak di sini. assalamualaikum.

Published in: on December 1, 2007 at 7:42 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2007/12/01/malam-penutupan-minggu-penghayatan-islam/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: