Revolusi Kuning

 

Assalamualaikum

Pada petang semalam bertarikh 10/11/2007 telah berlangsungnya perhimpunan rakyat yang dianjurkan oleh gabungan pilihan raya bersih dan adil di dataran merdeka. Perhimpunan ini sepatutnya berarak dari dataran merdeka ke istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Agung untuk menuntut ketelusan pilihan raya. Tetapi pihak kerajaan yang pengecut itu telah melakukan gerak kerja untuk menyekat perhimpunan ini daripada diadakan. Di mana demokrasi Negara yang diperkatakan? Di Negara lain yang mengamalkan demokrasi membenarkan rakyat untuk berdemonstrasi. (huhu) Ini perhimpunan aman. Ini bukan pemberontakan.

Mahasiswa telah diberi amaran supaya tidak menyertai perhimpunan ini. Tidak kurang juga yang menerima ugutan. Tidak cukup lagi dengan itu, KTM tidak beroperasi atas alasan ape ntah. Ana tidak ingat. Kebanyakan institusi pendidikan menjadikan KTM sebagai pengangkutan utama. Huh Nampaknya kerajaan begitu bersungguh-sungguh ingin menghentikan perhimpunan ini.

Jam 2 petang ana, mak, dan kak irah ke stesen LRT masjid jamek. Sebaik sahaja keluar dari tren LRT, suasana begitu gamat dengan laungan takbir. Ana lihat begitu ramai orang di perkarangan masjid jamek dari platform stesen. Kemudian dua orang polis mengarahkan kami yang berkumpul di platform keluar. Rupa-rupanya stesen tersebut akan ditutup. Mujur sempat kami keluar dari stesen, jika tidak, kami dan orang lain akan terperangkap.

Belum sempat berbuat apa-apa, gas pemedih mata telah ana rasai. Kelihatan seorang mak cik terduduk akibat keletihan dan gas pemedih mata. Kami terpaksa menutup hidung dan meletakkan garam di langit-langit mulut. Orang ramai berkumpul dan mula bergerak ke dataran merdeka dari masjid. Ana juga turut serta. Bergetar jiwa dan menitis air mataku setiap kali menyahut “ALLAHUAKBAR!!”. Terasa diri ini kerdil. Ah, memang diriku begitu kerdil dalam lautan manusia yang sebegitu ramai. Apatah lagi di hadapan Allah.

Ana dan kak irah nekad untuk menyertai perarakan. Pihak polis Brickfield memberi arahan untuk bersurai. Huhu, sabar ye pakcik polis. Urusan belum selesai. Setiap kali pihak polis memberi serangan semburan air dan gas pemedih mata, himpunan orang ramai berpecah. Kemudian berkumpul semula. Ada satu ketika, botol gas pemedih mata ditembak dan jatuh berhampiran ana. Pedihnya mata ini Allah saja yang tahu. Orang ramai bertempiaran lari. Ana dan kak irah serta beberapa orang lain masuk ke farmasi guardian. Kesemua yang berada di dalam farmasi tersebut batuk-batuk, dan pedih mata. Ada yang suami isteri, ada yang lebih kurang sebaya dengan ana dan kak irah yang turut serta berdemonstrasi. Tidak kurang juga orang awam. Beberapa orang memberikan kami garam untuk melegakan sedikit kepedihan. Setelah itu, kami keluar dan berdiri di tepi-tepi kedai. Hehe, ada juga yang ana kenal di situ. Ana terserempak dengan kakak ‘senior’ kolej dari Pahang.

Kata pak cik yang kami tanya, semua orang berkumpul di depan pintu masuk istana Negara. Ana dan kak irah tidak melepaskan peluang untuk turut serta dengan seorang makcik yang ‘havoc’ gila sampai ana pun rasa bersemangat untuk melangkahkan kaki menuju ke depan. Teringat ana dengan lawak selamba makcik tersebut.. “ada bas ke ISTANA NEGARA?” Tanya makcik itu pada konduktor bas di central market. (hehe) dan ada lagi satu lawak selamba dari suami makcik itu,”erm cik jalan ke istana Negara ikut mana ya?” suami makcik itu bertanya pada cik polis traffic yang mengawal lalulintas jalan raya. Nak tak nak cik polis traffic tu terpaksalah tunjuk jalannya(hehe). Dalam perjalanan ke Istana Negara, ana terserempak pula dengan ‘schoolmate’ ana yang turut serta(bagus2!)

Beberapa minit kemudian..

Berdirilah kami di depan Istana Negara dengan semangatnya bersama beribu-ribu dan mungkin puluhan ribu atau mungkin mencecah 100 000 orang. Selepas seketika,pucuk pimpinan di benarkan untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha Agong ( ini ana kurang pasti..sila betulkan ya, wallhua’lam) dan ana sempat bersalam dengan Wan Azizah. Ketua Polis Brickfield mengarahkan perhimpunan bersurai, sabarlah pak polis..perjuangan kami belum selesai, rasa puas di hati belum terurai, jangan gamat-gamat dong! (Hehe) dan selepas sejam kami berdiri di sana, kami di arahkan beransur beramai-ramai menuju ke masjid jamek dan ini bermakna demonstrasi himpunan aman 100 ribu rakyat berjaya.Takbiir!!! Allahuakbar!!!

Semasa berjalan pulang para aktivis ter ‘over’ melambai-lambai tangan ke udara setiap kali dua buah helicopter berlegar-legar di ruang udara. ana pun turut ter ‘over’ juga! Syukur Alhamdulillah ana dan kakak angkat ana selamat dan tiada perkara yang tidak di ingini berlaku.

Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ynag ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang ang beruntung.  (Surah Ali-‘Imran : Ayat 104)

Untuk pengetahuan teman-teman seakidah, memang terlalu ramai yang sertai perhimpunan ini. Ratusan ribu orang membanjiri lebuh raya menghala ke masjid jamek! (sebenarnya ana kurang arifnama jalan-jalan di situ, tolong bagitahu ana ya!) Sepanjang jalan penuh dengan orang-orang yang berbaju kuning! Teruja betul ana. Harap demontrasi yang di katakan jalanan ini mampu mengubah paradigma pemikiran pihak yang terlibat untuk pilhan raya yang akan datang.

Orang-orang yang apabila dikhuatirkan oleh orang lain dengan mengatakan bahawa ramai orang telah berkumpul untuk menentang kamu dan kamu mestilah takut kepada merek; namun orang-orang(yang beriman) tersebut (tidak sedikitpun taku) malah iman mereka semakin bertambah dan mereka berkata: “Cukuplah Allah sebagai pembantu kami. Dialah sebaik-baik penolong.” (Oleh kerana keyakinan mereka itu), maka mereka sebaliknya mendapat nikmat dan kurniaan Allah. Mereka tidak mendapat apa-apa kemalangan pun. Mereka mengikut jalan kerelaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. Semua gugatan (usahausaha menakutkan) itu ialah perbuatan syaitan yang cuba menakutkan golongan-golongan yang mendewa-dewakannya. Maka janganlah kamu takutkan mereka. Sebaliknya hendaklah kalian takut kepadaKu sekiranya benar kamu golongan beriman. (Surah AAli-‘Imran:Ayat173-175)

Suasana di Masjid Jamek

LRT ditutup?

 

orang ramai maju ke hadapan, tiada gentar

 

Takbir! ALLAHUAKBAR!!!

 

saat terkena gas pemedih mata

 

ini saja yang sempat dirakam…

Published in: on November 11, 2007 at 1:33 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2007/11/11/25/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: