Reunion again?

Assalamualaikum.

            Ana ada menghadiri majlis rumah terbuka rakan baik ana semasa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya,wani tempoh hari. Rumahnya terletak di Taman Cempaka. Kira-kira jam 2.30 petang ana bersama teman rapat ana iaitu sakinah dan faten sampai di rumah wani. Maafkan ana kerana terlewat =P Ramai orang yang hadir yang kebanyakannnya merupakan saudara-mara wani. Sahabat karib wani iaitu hajar dan Fadhil saja yang dah lama sampai. Jadi kami yang baru datang memeriahkan suasana.(hehe) Terubat sikit rindu ngan mereka ‘especially’ yang muslimat je. Menu yang dihidangkan sedap-sedap belaka! Nasi ayam, mee kari, roti jala, nasi impit, pudding gula hangus, dan buah tembikai antara yang dihidangkan. Ana paling suka pudding gula hangus. Entah berapa kali ana memakan pudding tersebut(hehe).

            Tidak lama kemudian, kamal(classmate ana ketika form4) tiba bersama beberapa orang muslimin iaitu firdaus, hanif dan azrul. Adli pula datang bersama teman istimewanya(huhu). Shafika sampai lewat sedikit. Hadzrin(Im) dengan penampilan barunya sampai pada pukul 4. Jadilah kami satu kumpulan yang tidak tahu malu  membuat halaqah di tengah rumah wani(hehe). Masing-masing sibuk bercerita mengenai kolej masing-masing. 5 orang saja menuntut di kolej matrikulasi kerajaan iaitu ana(johor), wani(kedah), hajar(perak), fadhil(perak), dan Im(Melaka). Tahniah buat fadhil yang telah berjaya menjadi salah seorang wakil pelajar di kolejnya. Dia lebih dikenali sebagai apai di sana. Sakinah, faten dan kamal pula menuntut di UIA. Lain pula ceritanya. Ketiga-tiga mereka menuntut di UIApj. Tetapi untuk semester seterusnya, sakinah dan faten akan berpindah ke kampus  nilai. Kamal pula dikhabarkan telah ditaklifkan sebagai ahli biro dakwah(cewah). Kata mereka konsert nasyid kerap diadakan. Pastinya seronok menuntut di UIA! Tambahan pula ana suka mengikuti perkembangan nasyid di Negara kita ini. Ada hikmahnya ana belajar di kolej matrikulasi johor. Kalau tidak, bagaimana boleh ana kenal izni, hawa, qistina, aiqa, husna, dan lain-lain? Allah telah merancang yang terbaik buat ana. Ramai juga tidak dapat hadir kerana masih dalam minggu peperiksaan seperti zati, peah(Uitm  dungun), fasheeha(Uitm Sarawak), Hariz(Uitm Sarawak), Idzham-kembar Im(UNITEN), husna(kolej lagenda-medic Ireland).

            Masih segar di minda ketika kami di bangku sekolah menengah. Kami berada dalam satu kelas yang sama sejak tingkatan 2. Ketika tingkatan 4, kami mula terpisah. Wani berpindah ke johor, Im dan Am mendapat tawaran bersekolah di sek.men. sains alam shah, ana berpindah ke mrsm langkawi, shafika berpindah ke mrsm serting, zawakhair ke mrsm kuala kubu baru, mariam ke sek men sains seri puteri dan fadhil juga berpindah ke Victoria Institution. Kali terakhir kami bertemu  sebelum majlis rumah terbuka ini adalah di rumah ana pada 20/12/06. Reunion kami sangat meriah kerana kami sudah habis bersekolah. Jadi, sangat ramai rakan ana yang datang. Kini masing-masing punya hala tuju. Masing-masing punya matlamat dan cita-cita. Moga kita kan bertemu lagi suatu hari nanti dengan segulung ijazah digenggaman(kalau bergulung-gulung pun tak mengapa,hehe)

depan: im(KMM), fadhil(KMPk), wani(KMK), aida(KMJ), sakinah(UIA), faten(UIA)

belakang: aja(KMPk), kamal(UIA), aqila

Published in: on November 9, 2007 at 12:36 am  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2007/11/09/reunion-again/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. salam…im
    tu sahabat an…kelas sama masa dekat asis


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: