Adakah Patut?

Assalamualaikum

Ana ingin berkongsi sebuah kisah yang dipetik daripada buku tulisan fathi yakan iaitu Bahtera Penyelamat dalam kehidupan pendakwah. Eloklah kita renungkan bersama. 

Seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim: “Hai bapa Ishaq (Ibrahim). Saya ini sudah menzalimi diri sendiri, maka terangkanlah kepadaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku.” Ibrahim Adham menjawab: “Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan lima perkara (yang aku akan katakan) nescaya apa saja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudaratkan dirimu.” Lelaki tersebut pun berkata: “Apa dia? Cubalah engkau beritahu, wahai bapa Ishaq.” Ibrahim menerangkan:

Pertama: Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah ‘Azza wa Jalla, maka janganlah engkau makan rezekiNya!” Lelaki itu meningkah dan berkata: “Dari sumber mana lagi aku hendak makan; sedangkan segala yang ada di dunia ini ialah rezeki kurniaanNya.” Ibrahim Adham mencelah: “Wahai fulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaanNya, kemudian engkau menderhaka kepadaNya!”. “Tentu tidak”, jawabnya.

“Baiklah, yang kedua?” Ibrahim menerangkan lagi: “Bila engkau hendak menderhaka kepada Allah, maka janganlah engkau menginap di mana-manapun di atas duniaNya.” Lelaki itupun berkat: “Ini lebih hebat dari yang pertama. Kalau Timur,Barat dan antara keda semuanya adalah kepunyaan Allah, maka di mana pula aku akan tinggal?” Ibrahim mencelah: “Hai fulan, adakah patut engkau makan rezeki Allah, tinggal di bumuNya kemudian engkau derhaka kepadaNya?” “Tidak,” jawabnya.

“Baiklah yang ketiga apa?” Ibrahim menerangkan lagi: “Kalau engakau mahu juga menderhaka sedangkan engkau makan rezeki Allah dan tinggal di bumiNya, maka carilah tempat yang kira-kira dia tidak nampak engkau mencabar perintahNya. Kalau sudah engkau temui, nah engkau lakukanlah maksiattersebut.” Lelaki itupun berkata: “Hai Ibrahim! Bagaimana aku dapat berbuat demikian sedangkan Allah Maha Mengetahui, malah Dia tahu apa yang tersembunyi sekalipun?” Ibrahim menjawab: “Hai fulan, adakah patut engkau makan rezekiNya, tinggal di bumiNya, menderhaka kepadaNya, walhal Dia mengetahui hakikatmu dan melihat apa yang engaku lakukan secara terang-terangan?” “Tidak,”jawabnya.

 “Yang keempat, apa dia?”, tanya lelaki itu lagi. Jawab Ibrahim. “Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawamu, maka katakanlah  kepadanya: “Berikanlah aku tempoh untuk bertaubat nasuha dan untuk beramal salih kreana allah.” “Takkanlah dia mahu menurut permintaanku,” jawab lelaki itu. “Hai fulan,” kata Ibrahim: “Apakah dalam keadaan engkau tidak berdaya menolak maut; untuk mendapat tempoh bertaubat, dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang, engkau tak berdaya menolak maut; untuk mendapat tempoh bertaubat, dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak akan diberi tempoh maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan maksiatmu)?”

Lelaki itu bertanya lagi: “Yang kelima?” Ibrahim menerangkan: “Apabila datang malaikat Zabaniyyah pada hari qiamat hendak membawamu masuk neraka, maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya!” “Sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku, atau menerima permintaanku,” sampuk lelaki itu. Kata Ibrahim: “Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?”

Lelaki itu pun berkata. “Wahai Ibrahim, cukuplah, cukuplah! Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadaNYa.” Lelaki tersebut pun akhirnya ikut beribadah bersama Ibrahim Adham hinggalah mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing. (Dari kitab Tawwabin)

Published in: on November 7, 2007 at 11:53 pm  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2007/11/07/adakah-patut/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: