Perancangan

Assalamualaikum

 

Cuti semester telah pun bermula sejak 4hb 11 lalu sehingga 11hb 11. Semua kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia bercuti selama 1 minggu saja. Bisik hati kecilku, tidak adil kerana pusat matrikulasi UIA bercuti selama 3 minggu! Tapi tak mengapalah, seminggu pun tak mengapa asalkan ana bercuti. Ana ingin menghasilkan komik dakwah yang diadaptasi daripada cerpen Syahadah Jerusalem daripada antologi cerpen Grup Karyawan Luar Negara iaitu Jalan Jauh Ke Ramallah. Cerpen Syahadah Jerusalem itu adalah karya kreatif Asyraffdini. Hebat juga penangan tulisannya hingga menyebabkan empangan air mataku pecah. Cerpen ini juga telah tersiar dalam majalah Anis pada bulan ini. Sahabat ana mendorong ana untuk melukis sebuah komik berdasarkan cerita tersebut. Sudah lama ana tidak melukis. Insyaallah ana siapkan sebelum cuti ini berakhir. Makan masa juga. Muka surat pertama saja telah memakan masa berjam-jam untuk siap kerana perlu mengambil kira reka letak, lakaran watak, dan ‘lining’. Ana berhasrat komik ini dapat dilampirkan bersama majalah yang bakal Karisma terbitkan. Itu perancangan ana yang pertama.

 

Tanggal 10hb 11 tahun 2007, perhimpunan rakyat bakal diadakan di dataran merdeka yang dinamakan ‘Revolusi Kuning’. Untuk apa? Menuntut ketelusan pilihan raya umum yang bakal kunjung tiba. Marilah kita turun beramai-ramai. Ana teringin melihat suasananya nanti. Perhimpunan ini perhimpunan aman. Bukan rusuhan. Pastinya ada yang salah faham nanti. Ana teringat suasana ketika parti-parti berkempen sempena pilihan raya. Ana sedih. Kenapa setiap kali pembangkang membuat ceramah, FRU akan menghentikan ceramah tersebut. Pernah sekali ana menghadiri ceramah di markas kampung pandan. Pihak taghut telah membuat kacau. (huhu) Di mana hak kebebasan berkempen? Sungguh pun begitu, kita sebagai seorang Islam yang mukmin wajib menyertai gerakan Islam. Politik itu hanyalah pilihan. Tetapi secara tidak langsung, politik akan seiring dengan gerakan Islam. Mengapa? Mudah saja. Untuk menegakkan Islam. Sudah banyak bukan pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai matlamat yang sama? ABIM, JIM, Unit Amal dan lain-lain. Tetapi mengapa masih belum tertegak lagi syiar Islam? Kerana pucuk pimpinan di Negara kita berbaur sekular yang telah mengasingkan agama dengan undang-undang. Masih tidak nampak lagi? Kes Lina Joy dibicarakan di mahkamah sivil bukan di mahkamah syariah. Lina Joy menang dalam perbicaraan kerana undang-undang mengatakan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mendapat kebebasan beragama. Undang-undang Malaysia (yang konon Negara Islam) telah memenangkan dia. Undang-undang Allah bagaimana? Mengapa telah ditolak ke tepi begitu saja? Usah berdiam saja. Bangkitlah dan pertahankan agama Islam. Jika berdiam saja, apa yang kita akan jawab di muka pengadilan Allah? Fikir-fikirkan… Tulisan kali ini agak emosi. Tapi inilah yang lahir dari dalam diri ana.

 

~Jika kamu mencari dunia,Islam akan jauh darimu.Jika kamu mencari Islam,dunia akan datang padamu~

Published in: on November 6, 2007 at 2:17 pm  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2007/11/06/perancangan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: