Seuntai Kenangan Untuk Diingati

Assalamualaikum..

sedikit kisah ana bersama sahabat-sahabat ana, buat pengubat rindu, buat pengubat duka dan lara.

Pada hari penghulu segala hari yakni hari jumaat tanggal 3 November 2007, kami bersahabat(ana, hawa, qistina, fatiha, izni, sahila, seha, husna, sakinah, aiqa) baru saja menghadapi kertas terakhir bagi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi(PSPM-kalau salah tolong beritahu) iaitu kertas 1 biologi bagi jurusan sains hayat, kertas 1 fizik bagi jurusan sains fizikal dan kertas ekonomi(ana tidak berapa ingat) bagi jurusan perakaunan. Kami semua berkumpul di masjid dan mula mengemas musolla muslimat. 3 orang daripada kami ditugaskan untuk membeli makanan untuk semua.

Makanan dimakan secara berjemaah lebih afdhal. Makanan diletakkan dalam dulang yang dibawa oleh qistina dari rumah. Suapan pertama adalah untuk sahabat-sahabat. Nasi yang kelihatan sedikit itu terasa banyak bagi kami. Tradisi kami makan secara suap menyuap mampu membuatkan perut kami terasa kenyang daripada menyuap mulut sendiri. Setelah perut telah diisi, kami berkumpul untuk membincangkan takwim karisma. Tepat jam 12.30 tengah hari kami mula bergerak ke pondok pengawal untuk scan untuk outing. Tidak semua yang dapat menyertai kerana ada hal yang lebih penting. Kami keluar bertujuh saja- ana, hawa, seha, qistina, husna, aiqa dan sakinah. Matlamat kami- beli tiket bas, kain tirai masjid dan kain baju kurung untuk kami semua (“,)!!

Kami berpecah setelah tiba di bandar Tangkak untuk menjimatkan masa kerana muslimat dibenarkan outing sehingga jam 3 petang. Ana, seha, aiqa dan husna ke stesen bas untuk membeli tiket manakala yang lain ke kedai-kedai kain. Kami bertemu semula di salah satu kedai kain yang besar. Kami semua memilih kain untuk baju kurung kami semua. Saja mahu sedondon kalau ada ‘function’. Warna pilihan kami semua pada asalnya warna hijau-warna ad-din. Tapi kain berwarna hijau tiada banyak pilihan. Jadi kami memilih kain berwarna maroon. Penat tawar-menawar dengan tauke, akhirnya kami dapat membeli dengan harga RM25 daripada RM28 4 meter. Sementara tauke kedai memotong kain tersebut untuk kami, kami membeli selipar masjid yang agak keperempuana(berwarna merah jambu dan berbunga-bunga) untuk mengelak muslimin mengambil selipar di bahagian muslimat(hehe).

Jam 2.15 petang kami bertolak pulang ke KMJ menaiki bas. Ramai yang pelik kerana kami membawa banyak kain. Manakan tidak, 1 plastik besar kain tirai masjid 56 meter berwarna hijau gelap dan hijau pucuk pisang dan 1 plastik besar kain baju kurung kami. Ustaz Awang tersenyum melihat kami ketika beliau yang sedang memandu kereta ternampak kami bersama plastik beg berisi kain. Mungkin beliau tahu itu kain tirai masjid.

Waktu malam pula kami berbincang mengenai Malaysian University English Test (MUET). Ana dan lina ‘stay up’ kerana menunggu segmen bicara pagi di IKIM.fm. Aiqa menelefon IKIM untuk menceritakan kenangan manis yang baru saja berlaku. DJ Nazri yang mengendali setia mendengar cerita. Lama juga Aiqa berceloteh. Setiap pertuturannya lancar dan tidak jemu jika mendengar. Itulah kelebihan Aiqa. Memang tidak silap Aiqa ditaklifkan sebagai ketua lajnah fatayat. Ana paling suka dirinya apabila berada di hadapan memberi tazkirah.

Ana rasa seronok bersama sahabat-sahabat ana. Kami semua sangat rapat. Nasihat-menasihati dan tegur-menegur menjadi tradisi. Segala suka duka dilalui bersama. Kami dapat rasakan ukhuwwah antara kami kukuh takkan rapuh. Salah satu elemen penting dalam usrah (keluarga) adalah taaruf selain tafahum dan takaful. Semoga ukhuwwah kami berkekalan sebagai kekuatan untuk menegakkan kalimah LAILAHAILLALLAH…

Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ynag ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang ang beruntung. (Surah Ali-‘Imran : Ayat 104)

Published in: on November 5, 2007 at 1:39 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2007/11/05/seuntai-kenangan-untuk-diingati/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: