BADAR 313

BADAR 313

Takkan undur

Walaupun selangkah

Biarlah berkubur

Takkan menyerah

Begitu mujahadah

Begitu terserlah

Biarlah basah

Bumi yang bertuah

Rentak dan tarian

Telah diperturunkan

Hanya yang beriman

Terus ke depan

Dan demi masa

Dan demi agama

Dan demi bangsa

Harganya nyawa

Perkasalah

Tersedarlah

Semua yang ditidurkan

 Pasti terserlah

Mereka yang dinantikan

Dan demi masa

Demi agama

Dan anak bangsa

Harganya nyawa

Perkasalah

Tersedarlah

Semua yang ditidurkan

Pasti terserlah

Mereka yang dinantikan

313 tentera Badar berjuang

313 tentera Badar menyerang

313 tentera Badar menerang

313 tentera Badar gemilang

Munsyid: Mestica

Lagu ini berkonsepkan gothic. Pada asalnya ana agak susah untuk menerima lagu yang sangat rancak seperti ini. Tapi liriknya yang berunsurkan jihad menarik perhatian ana. 

Eloklah kiranya ana mengulas mengenai peperangan ini. Apa gunanya mendengar lagu tetapi tidak memahami isinya? (“,)

Perang Badar berlaku di tempat berhampiran Wadi (lembah) Rahqan pada 17 Ramadhan, tahun 2 Hijrah (tahun yang sama berlaku pensyariatan kepada Ibadah Puasa)

p/s: Terdapat perbezaan pendapat mengenai jumlah tentera Islam-317 @ 313.

Kekuatan Tentera Islam; 317 Mujahidin (86 Muhajirin, 61 Aus, 170 Khazraj) dengan 2 tentera berkuda iaitu Zubair bin Awwam dan Miqdad bin Al-Aswad dan 70 unta (seekor unta dikongsi dua atau tiga orang). Panglima tertinggi ialah Nabi sendiri. Pemegang panji-panji putih pasukan Islam Mus’ab bin ‘Umair. Nabi membahagikan tentera Islam kepada dua ketumbukan iaitu Muhajirin dan Ansar. Bendera Muhajirin dipegang oleh Ali dan Ansar dipegang oleh Sa’ad bin Mu’az.

Kekuatan Tentera Musyrikin; 1000 lebih tentera bersama 200 pasukan berkuda dan 600 baju besi serta unta yang banyak. Kos mereka dibiayai oleh 9 Bangsawan Quraisy. Dipimpin oleh Abu Jahal.

Tujuan berlakunya perang ini ialah untuk memintas Kafilah Quraisy yang pulang dari Syam dipimpin oleh Abu Sufian.

Tatkala Abu Sufian mendengar berita tentera Islam ingin memintas kafilah pimpinannya, ia mengutus seorang utusan untuk mengadu hal itu kepada pasukan Quraisy agar menggagalkan pasukan Islam. Ia juga telah bertindak melalui jalan pesisir pantai sehingga ia selamat. Mendengar berita utusan itu Quraisy pun bersiap sedia untuk berperang. Namun dalam perjalanan mereka ke Badar, sampai pula surat dari Abu Sufian menyatakan ia telah selamat dan minta supaya pasukan Quraisy kembali ke Mekah. Namun Abu Jahal berkeras mengajak berperang sehingga akhirnya berlakulah peperangan di Badar.

Pasukan Islam telah mencapai kejayaan gilang-gemilang dalam peperangan ini. Jumlah tentera Islam yang syahid ialah 14 orang. Orang pertama gugur syahid ialah Umair bin Humam Al-Ansari. Tentera Musyrikin yang mati ialah 70 orang dan tawanan seramai 70 orang. Antara yang terbunuh ialah Abu Jahal atau nama sebenarnya Umar bin Hisyam, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Umaiyyah bin Khalaf.

Di antara tawanan ialah Suhail bin Amru, seorang tokoh musyrikin yang handal berpidato, Al Abbas bapa saudara Nabi yang akhirnya telah memluk agama Islam. Tawanan-tawanan ini dibebaskan dengan tebusan (400 dirham setiap seorang) kecuali dua orang yang sangat memusuhi Islam dan Nabi S.A.W. iaitu Uqbah bin Abu Muit dan An Nadhar bin Al Harith telah dipancung. Sebahagian tawanan yang tidak mampu menebus diri mereka Nabi memerintahkan mereka mengajar 10 orang anak kaum Muslimin membaca dan menulis.

Pengajaran yang patut diambil daripada peristiwa Perang Badar ialah:

1)      Kebijaksanaan Nabi sebagai panglima Islam dalam mengetahui bilangan musuh. Baginda mengagak daripada jumlah bilangan unta yang disembelih setiap hari oleh tentera musuh.

2)      Nabi memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah agar tentera Islam diberikan kemenangan. Nabi juga menyabut satu persatu pemuka-pemuka Quraisy yang begitu biadap terhadap Islam agar dibinasakan seperti Abu Jahal, Utbah bin Rabiah, Umayyah Bin Khalaf.

3)      Keberanian sahabat dan semangat untuk syahid jelas tergambar dalam peristiwa ini. Contohnya dlam kes pembunuhan Abu Jahal oleh Muadh bin Amru bin Jamuh dan Muadz bin Afra, di mana dua orang anak muda ini merempuh hadangan pengwal keselamatan untuk membunuh tokoh Musyrikin. Antara sahabat yang syahid ialah Ubaidah bin Al-Harith, Umair bin Abi Waqqas, Yazid bin Al Harith, Auf bin Afra.

4)      Saudara aqidah lebih utama dari saudara kandung.(Kisah Mus’ab bin ‘Umair)

5)      Sikap baik pasukan terhadap tawanan musuh.

Kemenangan Badar menzahirkan kekuatan muslimin di mata musuh(di kalangan Arab, Parsi dan Rom). Cahaya baru kemenangan ini mula menjadi buah mulut pelbagai pihak dan kabilah dan menyuntik semangat kepada orang beriman untuk tetap teguh memperkasakan Islam. Takbir!!! Allahuakbar!!!!!

Published in: on November 5, 2007 at 11:00 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://cheekylulu.wordpress.com/2007/11/05/badar-313/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: