Alhamdulillah..
Syukur ke hadratnya kami diberikan peluang untuk menerbitkan satu video klip nasyid ini. Idea ini diilhamkan oleh Allah tika saya bermusafir di Sungai Lembing. Keseorangan sambil menonton televisyen pada malam itu menyebabkan rasa sebak mengingatkan diri ini gagal menjadi hamba yang baik, gagal menjadi sahabat yang baik. Merasakan peluang di bulan Ramadhan ini adalah medium terbaik untuk berdakwah, mengajak kawan-kawan memohon keampunan, plot cerita disusun di minda.
Apabila pulang semula ke UKM, barulah ia diterjemahkan ke bentuk tulisan dengan bantuan Hazeni yang merupakan ahli team video ISIUKM yang sangat bersemangat. Semangatnya berkobar-kobar buatkan saya mahu ia ditontoni secepat mungkin. Saya mensasarkan ia ditayang secara langsung pada malam iftar jamaie kelab geologi bersama anak yatim.
Perkara paling mencabar dalam pembikinan video ini adalah penyusunan video. 12 jam kalau tidak silap saya, saya duduk khusyuk di depan laptop menyiapkan video ini.
video ini mengandungi 3 jalan cerita. Namun ada satu jalan cerita yang tiada kesudahan. Akibat masalah teknikal. juga saya tidak tahu kesudahannya bagaimana. mungkin ’2 sahabat’ itu kembali berbaik? insyaALLAH.. mari kita sama-sama doakan..
Setiap derap langkah, setiap hela nafas, setiap gerak hati, biarlah ia semata-mata demi keredhaanNya…
Selamat Datang.....




terima kasih untuk video yang cukup mengesankan. semoga Allah memberkati