28 Jun 2009, tarikh bersejarah bagi mahasiswa/i baru yang akan mendaftar di semua kampus. Tahniah dan selamat datang diucapkan khususnya kepada permata-permata dari KMJ \(^.^)/. Khabarnya seramai 3800 orang mahasiswa/i telah berjaya menembusi tapisan untuk melanjutkan pelajaran di UKM. Jumlah ini sangat kecil berbanding dengan sewaktu saya mendaftar iaitu kira-kira 5000 orang. Jadi, bersyukurlah kepada Allah kerana kalian merupakan golongan terpilih.
Melangkah ke alam kampus memberikan ruang lebih luas kepada anak muda untuk menuntut ilmu sebanyak-banyaknya dan juga meningkatkan ’softskill’. Jujur saya katakan, tiada gunanya seorang mahasiswa duduk di kerusi berteleku menghadap buku, belajar sepanjang masa, tanpa terlibat dengan aktiviti organisasi. Aktiviti yang perlu dititikberatkan adalah aktiviti yg bermanfaat, aktiviti yang menunjukkan kemahasiswaan. Hal ini penting untuk menghasilkan mahasiswa yang MAMPU berdepan dan memimpin masyarakat. Masyarakat sekeliling mahukan anak-anak yang belajar di universiti ini keluar membawa sesuatu kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi UKM merupakan ‘Universiti Rakyat’ yang mana sejarah penubuhannya adalah kerana desakan rakyat dengan harapan yang tinggi.
Saya menyeru kepada yang membaca blog ini, maklumkan kepada bakal menjadi mahasiswa/i ipta untuk gunakan peluang di kampus untuk menggapai cinta hakiki…
you’ve got everything.. you’ve got health.. you’ve got wealth.. but there’s something missing in ur heart..avoid..and here i give a solution.. revert to the virtuous love….register Islamic Student Society..
************************
Terima kasih buat Mimi (shbt KMJ.. satu blok.. satu aras) yang berada di UiTM kerana sudi memberikan award ni.. Semoga ukhuwwah berkekalan.. (^.^)
~friends 4eva~

Selamat Datang.....




Slm.. Ukhtie..Tjuknye dh mcm tjuk lgu bru UNIC..
tau.. saje je ana guna..(^.^)